Peperangan anti-pesawat
- "Flak" dilencongkan ke sini.
Peperangan anti pesawat atau pertahanan balas udara ditakrifkan oleh NATO sebagai "semua langkah-langkah dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan keberkesanan tindakan udara musuh."[1] Ia merangkumi sistem senjata yang bertempat di darat dan udara, sistem sensor yang berkaitan, pengurusan perintah dan kawal dan langkah-langkah pasif (seperti belon baraj). Ia boleh digunakan untuk melindungi tentera laut, darat, dan udara di mana-mana lokasi. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakkan negara usaha utama lebih cenderung menjadi 'pertahanan tanahair'. NATO merujuk pertahanan udara airborne sebagai cegah udara dan pertahanan udara tentera laut sebagai peperangan anti pesawat. Pertahanan peluru berpandu adalah lanjutan daripada pertahanan udara sebagai inisiatif untuk menyesuaikan pertahanan udara dengan tugas memintas sebarang projektil yang terbang.
Di beberapa negara, seperti Britain dan Jerman semasa Perang Dunia Kedua, pihak Soviet Union dan Markas Bersekutu Eropah NATO, pangkalan darat pertahanan udara dan pesawat pertahanan udara telahpun berada dibawah perintah dan kawal bersepadu. Namun, ketika seluruh pertahanan udara mungkin untuk pertahanan tanah air termasuk kemudahan tentera, pasukan-pasukan di medan tempur, dimana sahaja mereka berada, selalunya menggerakkan keupayaan pertahanan udara mereka sendiri jika terdapat ancaman udara. Keupayaan pangkalan darat pertahanan udara juga boleh diatur gerak secara ofensif untuk menghalang penggunaan ruang udara oleh pihak lawan.
Sehingga tahun 1950an, meriam yang menembak peluru-peluru balistik antara 20 mm hingga 150 mm adalah senjata yang standard; peluru berpandu kemudian menjadi dominan, kecuali pada jarak yang sangat dekat (sama dengan sistem senjata jarak dekat, yang biasanya menggunakan meriam putar automatik atau, didalam sistem yang sangat moden, peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat versi peluru berpandu udara ke udara).
Terminologi
[sunting | sunting sumber]Istilah pertahanan udara mungkin pertama kali digunakan oleh pihak Britain apabila Pertahanan Udara Great Britain (Air Defence of Great Britain-ADGB) telah ditubuhkan sebagai markas pasukan Tentera Udara Diraja pada tahun 1925. Namun, pengurusan di UK juga menggelarkannya sebagai 'anti-aircraft' (anti pesawat), disingkatkan kepada AA, sejenis istilah yang kekal digunakan sehingga tahun 1950an. Selepas Perang Dunia I ia kadangkala dibubuh awalan 'Light' (Ringan) atau 'Heavy' (Berat) (LAA atau HAA) bagi mengklasifikasikan jenis meriam atau unit. Nama samaran bagi meriam anti pesawat adalah AA, AAA atau triple-A, iaitu singkatan kata daripada anti-aircraft artillery (artileri anti pesawat); "ack-ack" (dari ejaan abjad yang digunakan oleh British untuk menyampaikan bunyi "AA");[2] dan archie (sejenis istilah Perang Dunia I British yang mungkin dicipta oleh Amyas Borton dari Kor Penerbangan Diraja dan dipercayai berasal daripada pelawak dewan muzik George Robey yang menyebut "Archibald, certainly not!"[3]).
NATO mentakrifkan anti-aircraft warfare (AAW) atau peperangan anti pesawat sebagai "langkah-langkah yang diambil untuk mempertahankan pasukan maritim daripada serangan senjata airborne yang dilancarkan oleh kapal terbang, kapal, kapal selam dan tapak pangkalan di darat."[4] Didalam beberapa tentera darat istilah All-Arms Air Defence (AAAD) atau Pertahanan Udara Semua Senjata telah digunakan untuk pertahanan udara oleh askar bukan pakar. Istilah lain dari hujung abad ke-20 termasuklah GBAD (Ground Based Air Defense/Pertahanan Udara Berpengakalan Darat) dengan istilah berkaitan SHORAD (Short Range Air Defense/Pertahanan Udara Jarak Dekat) dan MANPADS ("Sistem Pertahanan Udara Mudah Alih": ianya biasa dipikul di bahu untuk melancarkan peluru berpandu). Peluru berpandu anti pesawat yang pelbagai dipanggil peluru berpandu permukaan ke udara, disingkatkan dan disebut "SAM" dan Senjata Berpandu Permukaan ke Udara (Surface to Air Guided Weapon-SAGW).
Istilah bukan Inggeris untuk pertahanan udara ialah Flak (Fliegerabwehrkanone, "meriam pertahanan (menentang) pesawat" Jerman,[5] juga dinamakan sebagai Flugabwehrkanone), dari bahasa Inggeris flak, dan istilah Rusia Protivovozdushnaya oborona (Abjad Cyril: Противовозду́шная оборо́на), terjemahan literal "pertahanan anti (pesawat) udara", disingkatkan sebagai PVO.[6] Di Rusia sistem AA dipanggil sistem (meriam, peluru berpandu dll) zenitnye (iaitu "menunjuk ke puncak"). Di Perancis, pertahanan udara dipanggil DCA (Défense contre les aéronefs, "aéronef" menjadi istilah generik bagi semua jenis kelengkapan airborne (kapal terbang, kapal udara, belon, misil, roket, dll.)).[7]
Jarak maksimum di mana meriam atau peluru berpandu dapat memintas sesebuah pesawat adalah angka yang penting. Namun, banyak definisi yang berbeza dipakai melainkan definisi sama digunakan, prestasi meriam atau misil yang berbeza tidak boleh dibandingkan. Untuk meriam AA hanya bahagian menaik trajektori yang berguna boleh dipakai. Satu istilah adalah 'siling', iaitu had ketinggian maksimum yang boleh dicapai projektil jika ditembak secara menegak, tidak praktikal digunakan kerana hanya sedikit meriam AA yang mampu menembak secara menegak, dan tempoh maksimum fius barangkali terlalu singkat, tetapi berpotensi sebagai satu standard untuk membandingkan senjata yang berbeza.
Pihak British mengguna pakai terma "siling efektif", iaitu ketinggian yang mana sesuatu meriam boleh melepaskan tembakan peluru berturut-turut terhadap sasaran yang bergerak; ia boleh dikekang oleh kendalian masa fius maksimum serta keupayaan senjata itu. Menjelang akhir tahun 1930an definisi British adalah "ketinggian yang mana sasaran terus menghampiri pada kelajuan 400 mph (=643.6 km/h) boleh bertempur selama 20 saat sebelum meriam itu mencapai sudut 70 darjah".[8] Walaubagaimanapun, siling efektif bagi meriam berat AA terjejas oleh faktor-faktor bukan balistik:
- Kendalian masa maksimum fius, ia menetapkan masa maksimum penerbangan yang digunakan.
- Keupayaan alat kawalan tembakan untuk menentukan ketinggian sasaran pada jarak jauh.
- Ketepatan kadar kitaran tembakan, panjang fius terpaksa dikira dan menetapkan dimana sasaran akan berada pada masa penerbangan selepas menembak, untuk melakukan tujuan ini mesti mengetahui dengan tepat semasa pusingan tembakan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Penguasaan udara
- Artileri
- Gun laying
- Senarai senjata anti pesawat
- Meriam anti pesawat gerak sendiri
- The bomber will always get through
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ AAP-6
- ^ "ack-ack, adj. and n.". OED Online. September 2013. Oxford University Press. (accessed September 14, 2013).
- ^ "A E Borton_P". Rafweb.org. Dicapai pada 19 June 2010.
- ^ .AAP-6
- ^ "flak". Merriam-Webster Online Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-14. Dicapai pada 30 June 2008.
- ^ Bellamy pg 219
- ^ le petit Larousse 2013 p20-p306
- ^ Hogg WW2 pg 99–100
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- AAP-6 NATO Glossary of Terms. 2009.
- Bellamy, Chris. 1986. "The Red God of War – Soviet Artillery and Rocket Forces". London: Brassey's
- Bethel, Colonel HA. 1911. "Modern Artillery in the Field". London: Macmillan and Co Ltd
- Checkland, Peter and Holwell, Sue. 1998. "Information, Systems and Information Systems – making sense of the field". Chichester: Wiley
- Gander, T 2014. "The Bofors gun", 3rd edn. Barnsley, South Yorkshire: Pen & Sword Military.
- Hogg, Ian V. 1998. "Allied Artillery of World War Two". Malborough: The Crowood Press ISBN 1-86126-165-9
- Hogg, Ian V. 1998. "Allied Artillery of World War One" Malborough: The Crowood Press ISBN 1-86126-104-7
- Hogg, Ian V. 1997. "German Artillery of World War Two" London: Greenhill Books ISBN 1-85367-261-0
- Routledge, Brigadier NW. 1994. "History of the Royal regiment of Artillery – Anti-Aircraft Artillery 1914–55". London: Brassey's ISBN 1-85753-099-3
- Handbook for the Ordnance, Q.F. 3.7-inch Mark II on Mounting, 3.7-inch A.A. Mark II – Land Service. 1940. London: War Office 26|Manuals|2494
- History of the Ministry of Munitions. 1922. Volume X The Supply of Munitions, Part VI Anti-Aircraft Supplies. Reprinted by Naval & Military Press Ltd and Imperial War Museum.
- Flavia Foradini: I bunker di Vienna", Abitare 2/2006, Milano
- Flavia Foradini, Edoardo Conte: I templi incompiuti di Hitler", catalogo della mostra omonima, Milano, Spazio Guicciardini, 17.2-13.3.2009
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Peperangan anti-pesawat |
- "Flak (1943)" di YouTube
- 1914 1918 war in Alsace - The Battle of Linge 1915 - The 63rd Anti Aircraft Regiment in 14 18 - The 96th poste semi-fixed in the Vosges
- Archie to SAM: A Short Operational History of Ground-Based Air Defense by Kenneth P. Werrell (book available for download)
- Japanese Anti-aircraft land/vessel doctrines in 1943–44
- 2nd/3rd Australian Light Anti-Aircraft Regiment
{{#switch:||Kategori=