Pergi ke kandungan

Thales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thales dari Miletus
Potret anumerta oleh Wilhelm Meyer
Kelahirans. 626/623 SM
Bandar Miletus purba
(kini Balat, Didim, Aydın, Turki)
Meninggal dunias. 548/545 BC (umur 78)
EraFalsafah pra-Socrates
FalsafahFalsafah Barat
Sekolah
  • Ionia / Milesia
  • naturalisme
Kepentingan utama
Idea cemerlang

Thales dari Miletus (Yunani: Θαλῆς; sekitar 624/623  – s. 548/545 SM) ialah seorang ahli falsafah pra-Socrates Yunani Purba, serta ilmuwan matematik, astronomi dan negarawan dari Miletus di Ionia, Asia Minor. Ramai ahli, terutamanya Aristotle, menyifatkan beliau sebagai ahli falsafah pertama dalam aliran Yunani,[1][2] dan diiktiraf dalam sejarah sebagai ahli pertama yang mendalami falsfafah saintifik.[3][4] Beliau juga sering digelar sebagai "bapa sains".[5][6]

Thales diiktiraf kerana memisahkan mitologi dalam menjelaskan kejadian dunia dan alam semesta, dan beralih kepada huraian berasaskan teori dan hipotesis alamiah. Hampir semua ahli falsafah pra-Socrates lain kemudian menurutinya dalam menjelaskan alam semula jadi sebagai berasal dari suatu kesatuan segala-galanya berdasarkan kewujudan satu bahan muktamad dan bukannya melalui mitologi. Aristotle menganggap beliau sebagai pengasas aliran falsafah Ionia, dan melaporkan hipotesis Thales, yakni hipotesis bahawa prinsip asal (arkhe) alam dan sifat jirim ialah satu bahan tunggal: air.[7]

Dalam matematik, Thales menggunakan geometri untuk mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Beliau adalah individu pertama yang diketahui menggunakan penaakulan deduktif yang digunakan untuk geometri dengan memperoleh empat akibat teorem Thales. Beliau juga merupakan orang pertama yang diketahui dikaitkan dengan satu penemuan matematik.[8]

  1. ^ Aristotle, Metaphysics Alpha, 983b18.
  2. ^ Templat:Cite DGRBM
  3. ^ Michael Fowler, Early Greek Science: Thales to Plato, University of Virginia [Retrieved 16 June 2016]
  4. ^ Frank N. Magill, The Ancient World: Dictionary of World Biography, Volume 1, Routledge, 2003 ISBN 1135457395
  5. ^ Singer, C. (2008). A Short History of Science to the 19th century. Streeter Press. m/s. 35.
  6. ^ Needham, C. W. (1978). Cerebral Logic: Solving the Problem of Mind and Brain. Loose Leaf. m/s. 75. ISBN 978-0-398-03754-3.
  7. ^ Aristotle. "Book I 983b". Aristotle, Metaphysics. Perseus Project.
  8. ^ Boyer 1989, m/s. "Ionia and the Pythagoreans" p. 43.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Thales di Wikimedia Commons