Ciri kebolehcapaian untuk mobiliti pada Mac
Dengan ciri kebolehcapaian terbina dalam untuk mobiliti pada Mac, anda boleh menavigasi dan berinteraksi dengan Mac anda menggunakan perintah sebutan, papan kekunci atas skrin, peranti bantuan dan cara tambahan untuk mengawal penuding. Anda juga boleh mengesetkan pilihan supaya lebih mudah untuk menggunakan tetikus atau trackpad.
Untuk menerokai ciri kebolehcapaian untuk mobiliti, menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian pergi ke bahagian Mobiliti. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Kebolehcapaian untuk saya
Kawal Mac anda dengan suara anda
Gunakan perintah suara Sebutkan perintah untuk menavigasi desktop dan app serta berinteraksi dengan perkara pada skrin, merencanakan dan mengedit teks dan banyak lagi. | Cipta Pintasan Suara Jadikan Mac anda melaksanakan tindakan apabila anda menyebut perkataan atau bunyi lain pilihan anda. |
Petua: Anda juga boleh menggunakan Siri dan Perencanaan untuk melengkapkan tugas biasa dan memasukkan teks hanya menggunakan suara anda.
Kawal Mac anda dengan papan kekunci atau peranti bantuan
Akses Papan Kekunci Penuh Gunakan pintasan papan kekunci ringkas—berbanding tetikus atau trackpad—untuk menavigasi dan mengawal Mac anda. | Kekunci Tetikus Kawal pergerakan penuding dengan tepat menggunakan papan kekunci. |
Papan Kekunci Kebolehcapaian Gunakan papan kekunci atas skrin berbanding papan kekunci fizikal untuk memasukkan teks dan menavigasi Mac anda. | Kawalan Suis Imbas antara muka sehingga anda memilih item atau melaksanakan tindakan menggunakan suis (seperti butang pada aksesori adaptif atau kekunci pada papan kekunci). |
Tindakan penuding alternatif Gunakan peranti bantuan atau papan kekunci untuk melaksanakan tindakan kekunci seperti klik atau seret dan lepas. |
Kawal Mac anda dengan menggerakkan kepala atau muka anda
Penuding kepala Gunakan kamera pada Mac anda untuk mengawal penuding dengan pergerakan muka atau kepala anda. | Inap Jika anda menggunakan teknologi penjejakan mata atau kepala, kawal penuding berdasarkan arah dan tempoh masa anda melihat. |
Tindakan penuding lain Gunakan riak wajah untuk melaksanakan tindakan kekunci seperti klik atau seret dan lepas. |
Laraskan cara papan kekunci, tetikus dan trackpad bertindak balas
Papan Kekunci Laraskan kesensitifan kekunci atau jadikannya lebih mudah untuk menekan gabungan kekunci. | Tetikus dan trackpad Jadikan tetikus dan trackpad lebih mudah digunakan—contohnya, perlahankan masa tindak balas tetikus atau trackpad apabila anda dwiklik pada item. |
Petua: Kawal ciri kebolehcapaian dan seting utama anda dengan Siri, pintasan papan kekunci atau daripada bar menu. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.