Academia.eduAcademia.edu

LITERASI MEDIA DIGITAL

2019

LITERASI MEDIA DIGITAL FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Pendahuluan: Media ialah alat yang digunakan untuk individu itu menyimpan dan juga menyampaikan maklumat serta data. Media ada pelbagai jenis, perkembangan media pada mulanya hanya berbentuk tulisan dan huruf. Setelah itu, media telah mula berkembang dengan kemajuan teknologi pada masa ini yang bersifat digital. Jenis-jenis media ialah seperti media pengiklanan iaitu media yang mempunyai isi yang berkaitan dengan pengiklanan. Media broadcast pula ialah komunikasi yang disampaikan dengan cara menggunakan media elektronik massa. Literasi media digital ialah kebolehan seseorang dalam menggunakan atau memanfaatkan serta memahami untuk mengakses, menilai, menganalisis dan juga menghasilkan maklumat untuk keperluan seharian seseorang itu yang melibatkan mengenai media digital contohnya seperti computer, telefon, internet dan peralatan digital yang lain. Salah satu tokoh yang memperkenalkan maksud literasi digital ialah Paul Gilster yang telah menerbitkan bukunya bertajuk Digital Literacy pada tahun 1997. Menurutnya, literasi digital ialah kemampuan untuk kita menggunakan serta memahami maklumat dari bermacam-macam format dari pelbagai jenis sumber yang ada melalui komputer. Manakala, menurut Deakin University’s Graduate Learning Outcome 3pula, literasi digital bermaksud penggunaan teknologi untuk mencari, menggunakan dan jjuga menyebarkan maklumat tdi dalam dunia digital ini. Kepentingan Literasi Media Digital: Literasi media adalah kemahiran penting di dalam era digital terutamanya dalam membantu anak-anak. Di antaranya ialah mereka dapat belajar berfikir dengan lebih peka, iaitu mereka dapat menilai media tersebut, yang mana mereka akan menentukan sama ada maklumat itu masuk akal atau tidak, mengapa maklumat itu dimasukkan, maklumat apa yang tidak dimasukkan serta dan apa idea utamanya. Mereka belajar untuk menggunakan sebagai contoh agar dapat membantu pendapat mereka. Akhirnya mereka akan dapat membuat keputusan mereka sendiri berdasarkan dengan pengetahuan yang mereka ada. Selain itu, ia juga dapat membantu anak-anak belajar mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu boleh dipercayai ataupun tidak. Tambahan pula, ini juga membantu mereka untuk menentukan “niat persuasif” pengiklanan dan dapat menentang cara pemasar yang telah digunakan untuk menjual produk tersebut. Kemahiran lain yang mereka akan perolehi ialah mereka kenal mengenai sudut pandang. Setiap pencipta itu mempunyai perspektif yang berbeza-beza. Dengan mengetahui sudut pandang penulis dapat membantu anak-anak dalam menghargai perspektif yang berbeza. Ini juga boleh membantu dalam menetapkan maklumat dalam konteks apa yang mereka sudah tahu atau pendapat mereka. Selain ini, mereka juga haruslah mengenal pasti peranan media di dalam budaya kita. Daripada gossip selebriti sehingga liputan majalah kepada memes, media telah memberitahu kita maklumat dalam membentuk pemahaman kita kepada kehidupan sekeliling ituatau di luar negara serta memaksa kita untuk bertindak ataupun berfikir dengan cara yang tertentu. Kemahiran lain pula ialah untuk memahami dengan apa yang ingin disampaikan oleh pengarang itu. Iaitu apakah yang pengarang tersebut mahu kita ambil daripada isi yang ada di media itu. Adakah maklumat yang diberikan sangat berguna kepada kita, adakah maklumat tersebut mencuba untuk menukar dengan apa yang kita fikirkan atau media itu memberikan maklumat baru yang kita tidak pernah tahu. Jika anak-anak tahu dan faham mengenai jenis pengaruh yang ada, maka mereka dapat membuat pilihan dengan tepat. Pada masa ini, sebahagian masyarakat telah mula menggunakan media dan digital dengan cara yang salah. Disebabkan oleh tidak mempunyai pengetahuan mengenai literasi media dan digital, ini menyebabkan masyarakat selalunya memanfaatkan pengetahuan yang mereka ada untuk membuat perkara-perkara yang bersifat negatif. Literasi media digital sangat penting supaya pihak masyarakat tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai pengguna kita haruslah pandai menggunakan media digital dengan baik. Contohnya seperti, jika ada berita yang belum ada kepastiaannya, kita tidak bolehlah terus menyebarkannya kepada pihak lain. Kita haruslah mengetahui terlebih dahulu mengenai maklumat ataupun berita yang disebarkan itu adalah benar atau tidak dan mengambil tahu darimana asal maklumat itu sebelum menyebarkan maklumat tersebut kerana kebanyakkan orang hanya membaca tajuknya dan terus menyebarkannya kepada yang lain melalui Whatsapp, Facebook atau media sosial yang lain. Apabila kita melakukan perkara ini, maklumat yang tidak benar yang telah kita sampaikan kepada orang lain itu akan dilihat dan terus ikut disebarkan sehingga perkara ini dapat menimbulkan masalah lain seperti keresahan dan kebencian dari pihak masyarakat. Dengan ini kita tidak bolehlah hanya melihat dari tajuk sesuatu berita itu sahaja kerana isi berita tersebut belum pasti akan sama seperti tajuk yang dinyatakan. Boleh jadi berita itu hanya terdiri daripada tajuk sahaja dan tidak mempunyai isi yang sah. Seharusnya, kita perlulah mencari terlebih dahulu mengenai maklumat itu. Tambahan pula, kita juga harus melihat gambar yang ada di dalam berita itu dengan berhati-hati, kerana pada zaman ini dunia teknologi sudah semakin canggih dan gambar tersebut boleh saja di edit untuk mengelirukan atau mempengaruhi pemikiran pembaca. Bukan hanya gambar sahaja yang boleh ditukar atau dipalsukan, bahkan kandungannya juga dapat dipalsukan yang berupa teks, suara, serta video dengan menggunakan teknologi yang ada. Kepentingan lain ialah kita haruslah pandai mendidik anak kita dalam menggunakan media digital dengan cara yang betul. Ini adalah untuk menghindari daripada terjadinya cyber bullying, kita juga dapat mendidik mereka mengenai perkara yang mereka boleh katakan dan juga tidak boleh katakan kepada orang lain di sosial media. Sebagai ibu bapa, mereka juga mestilah mengajar anak mereka mengenai perasaan yang akan membuat orang lain berasa sedih atau tertekan, dan untuk mereka faham mengenai masalah ini, kita haruslah memberikan contoh berdasarkan diri mereka, iaitu contohnya jika perkara ini terjadi kepada diri mereka sendiri dengan cara ini mereka akan lebih faham dan menghargai perasaan orang lain ketika menggunakan media digital. Seterusnya, jika kita terlihat maklumat yang disebarkan adalah palsu, maka kita haruslah memberitahu perkara itu kepada yang lain dan juga kepada yang menyebarkannya agar maklumat itu tidak terus-menerus disebarkan. Contohnya, sekiranya ibu bapa kita menyebarkan sesuatu maklumat di group Whatsapp, maka kita sebagai pengguna media digital sepatutnya memberitahu mereka bahawa berita yang disebarkan adalah merupakan berita hoax. Masalah ini adalah penting supaya penyebar dapat menghentikan berita itu daripada disebarkan. Selain ini, jika berita ini telah menimbulkan kebencian, permusuhan antara satu sama lain dan mengakibatkan ketidakharmonian masyarakat. Perkara ini akan dikenakan hukuman penjara selama enam tahun atau dikenakan denda. Penutup: Literasi digital di era ini adalah sangat penting dalam mengingat bahawa data dan juga maklumat pasti akan bertambah tanpa dapat dikawal. Sekiranya setiap orang itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai literasi digital, maka pada masa ini untuk mencari maklumat yang benar-benar berguna adalah sangat susah. Fungsi untuk mendapatkan maklumat yang berguna atau berfaedah adalah untuk kita dapat membuat keputusan mengenai sesuatu perkara itu dengan baik. Salah satu manfaat literasi digital ialah untuk mendapatkan maklumat yang bernilai. Elemen literasi digital lain yang didapati daripada Steve Wheeler, McGill, Littlejohn dan juga Beetham, literasi digital ini banyak meliputi kemampuan yang harus kita miliki contohnya seperti tentang cara kita menjaga privasi seseorang itu di dalam dunia online. Memahami dengan apa yang dimaksudkan dengan cybercrime contohnya pencurian yang dibuat secara online iaitu mencuri melalui kad kredit, mengenal pasti ciri-ciri laman web yang palsu dan penipuan yang dibuat melalui email. Selain itu, literasi digital juga meliputi tentang cara etika dalam teknologi maklumat itu. Rujukan: Murad Maulana. (2015). Definisi, Manfaat dan Elemen Penting Literasi Digital. Available: https://www.academia.edu/21277105/Definisi_Manfaat_dan_Elemen_Penting_Literasi_Digital. Last accessed 21th November 2019. Ellycia Salsabil. (2018). Literasi Media Digital, Apakah Penting?. Available: https://www.kompasiana.com/ellyciasalsabil/5c07e8b3aeebe1149f629372/literasi-media-digital-apakah-penting?page=all. Last accessed 21th November 2019. tennewssite. (2017). Literasi Media Dan Literasi Digital. Available: https://tennewssite.wordpress.com/2017/05/23/literasi-media-dan-literasi-digital/. Last accessed 22th November 2019. Christabel Fernanda (2018). Pentingnya Literasi Media Digital dalam Era Modern. Available: https://www.kompasiana.com/christabel/5c07bafdbde5750e8458e5e7/pentingnya-literasi-media-digital-dalam-era-modern?page=all#. Last accessed 22th November 2019. 7