Rasional Permohonan Padang Bola Sepak Sekolah
Rasional Permohonan Padang Bola Sepak Sekolah
Rasional Permohonan Padang Bola Sepak Sekolah
1.0 Pendahuluan Aktiviti sukan dan ko-kurikulum memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan ini, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kegiatan sukan dan kokurikulum dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Justeru, tanpa kemudahan infrastruktur seperti kemudahan padang sekolah, matlamat ini sukar untuk dicapai. Padang sekolah merupakan satu kemudahan di mana ia merupakan tempat pelaksanaan bagi murid-murid dan guru-guru untuk melakukan sesuatu aktiviti sukan dan ko-kurikulum. Keputusan sekolah membuat permohonan padang adalah tepat dan dengan adanya kemudahan ini suatu hari nanti, diharap dapat melonjakkan lagi kecemerlangan sukan sekolah serta kegiatan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Air Baruk.
2.0 Aktiviti Sukan/Pertandingan Sukan 2.1 Latihan untuk pertandingan Sebelum menyertai sesuatu pertandingan, sekolah akan mengadakan latihan dengan kerjasama jurulatih pasukan yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Buat masa ini, sekolah mempunyai sedikit kesulitan untuk melatih pasukan memandangkan kekurangan kemudahan infrastruktur. Justeru, latihan terpaksa diadakan di Dataran Minda dan di sekitar persekitaran kawasan sekolah di mana tidak selamat untuk murid. Untuk makluman, keadaan akan bertambah serius jika berlaku pertindihan pasukan-pasukan sekolah yang ingin membuat latihan. Sebagai contoh, pasukan bola jaring membuat latihan di sekolah, dan dalam masa yang sama pasukan bola sepak
juga ingin mengadakan latihan. Bagi mengelakkan pertembungan di venue yang sama, pasukan bola sepak terpaksa mengadakan latihan di padang awam di kawasan perumahan yang berhampiran. Apabila berlaku situasi sebegini, guru yang bertindak selaku jurulatih perlu memastikan keselamatan murid-murid terjaga dan dalam masa yang sama pengeluaran kos juga terlibat.
2.2 Pengelola pertandingan sukan Sedia maklum, setiap sekolah sering kali akan menjadi pengelola pertandingan bagi permainan sama ada di peringkat kawasan, daerah dan negeri. Setiap pengelola perlu menyediakan venue pertandingan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Setiap kali Sekolah Kebangsaan Air Baruk menjadi pengelola pertandingan, sekolah akan meminjam sekolah berhampiran, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara sebagai venue pertandingan. Apabila menggunakan sekolah lain, pihak sekolah terpaksa menanggung pelbagai kos seperti kos sewaan padang, alatan dan pengangkutan. 2.3 Karnival Permainan Peringkat Sekolah Setiap tahun, sekolah dengan kerjasama unit kokurikulum akan mengadakan karnival permainan untuk murid-murid sekolah. Kebiasaannya program ini akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR berlangsung. Untuk pengetahuan, beberapa jenis permainan yang akan dipertandingkan seperti futsal, bola jaring dan bola baling. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada semua murid mempamerkan bakat masingmasing. Sebelum ini, karnival permainan terpaksa di panjangkan tempoh pelaksanaannya kerana sekolah tidak mempunyai padang dan terpaksa melakukan aktiviti di Dataran Minda di mana permukaan bertar yang merisikokan murid-murid. Justeru, dengan adanya padang, pihak sekolah dapat melicinkan perjalanan program sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Di samping itu, dengan memliki padang, penganjur dapat membuka peluang lebih besar kepada murid-murid untuk menyertai program ini. Sebelum ini pihak penganjur perlu menetapkan bilangan peserta yang terlibat dan ini merugikan pihak sekolah kerana mungkin terdapat bakat-bakat murid yang tidak berjaya dikesan.
3.0 Aktiviti Ko-Kurikulum Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan. Dalam kegiatan kokurikulum ini, pelbagai aktiviti akan dibuat baik dari segi teori dan amali. Apabila aktiviti amali dilaksanakan, setiap unit dalam kokurikulum memerlukan ruang yang khas untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Unit Badan Beruniform dengan kawad kakinya manakala bagi aktiviti sukan atau permainan dengan latihan kemahiran mengikut sukatan masing-masing. Untuk makluman, Dataran Minda di mana tempat pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum tidak lagi relevan kerana ia tidak mampu menampung jumlah bilangan murid Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Selain daripada itu, pihak sekolah juga berhadapan dengan masalah kehadiran murid-murid yang sering kali tidak menghadirkan diri sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kekurangan atau kepincangan setiap unit untuk melaksanakan aktiviti dan seterusnya memberi impak kepada murid-murid untuk meneruskan aktiviti. 4.0 Kecemerlangan Sukan Sekolah Sekolah Kebangsaan Air Baruk terkenal dengan kecemerlangannya dalam bidang sukan. Untuk mengekalkan kecemerlangan ini, pihak sekolah perlu sentiasa mencungkil dan mengasah bakat-bakat secara berterusan. Kejayaan demi kejayaan sekolah adalah usaha gigih jurulatih dalam mencari inisiatif dalam setiap latihan yang dilakukan walaupun sekolah tidak mempunyai kemudahan padang. Jika disingkap kembali kecemerlangan sukan sekolah, Sekolah Kebangsaan Air Baruk berjaya mengharumkan nama dalam sukan-sukan yang berikut; Bola Jaring Olahraga - Johan Kawasan Jasin bagi tahun 2011 dan 2012 - Muhammad Azizan b. Mohamad - Johan lari pecut 100m, 200m dan 4x100m MSSM kawasan Jasin dan MSSM Melaka bagi tahun 2013. (mewakili Melaka ke MSSM peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang)
Dalam masa yang sama, pihak sekolah juga ingin melonjakkan semula zaman kegemilangan sekolah melalui sukan bola sepak dan bola baling. Kecemerlangan dapat dilonjakkan lagi jika sekolah mempunyai kemudahan padang dan menaikkan semangat guruguru untuk melatih pasukan sekolah.
5.0 Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah ( Hari Sukan ) Setiap tahun sekolah akan mengadakan acara besar seperti Sukan Tahunan. Mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka, setiap sekolah perlu menjalankan acara ini selepas cuti pertengahan tahun, iaitu di antara bulan Jun hingga November. Masalah yang acapkali dihadapi oleh pihak sekolah adalah berkenaan dengan ketiadaan padang dan perlu menggunakan padang sekolah yang berhampiran, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, Jasin. Kesulitan yang dihadapi adalah dari segi pertindihan jadual aktiviti padang yang digunakan oleh SMKDB dan berlangsungnya peperiksaan seiring dengan takwim yang dirancang oleh pihak Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Untuk mengelakkan masalah, pihak sekolah terpaksa melangsungkan program ini di saatsaat akhir di mana tiada lagi aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak SMKDB. Kebiasaannya pihak sekolah terpaksa menerima perkara sebegini hampir setiap tahun. 6.0 Perbelanjaan Meningkat Untuk makluman, perbelanjaan diperlukan dalam menganjurkan sesuatu aktiviti atau program. Dalam kegiatan ini, banyak perbelanjaan atau kos perlu dikeluarkan bagi memenuhi tuntutan sesuatu aktiviti. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu mengawal dalam setiap perbelanjaan bagi setiap aktiviti dan program selari dengan peruntukan yang diterima daripada kementerian. Dengan mengambil kira faktor kos dan juga perbelanjaan yang selalu menjadi masalah pihak pengurusan sekolah. Wang PCG (percapita grant) adalah mengikut enrolmen murid. Setiap pelaksanaan program atau aktiviti yang melibatkan perbelanjaan akan menggunakan peruntukan kokurikulum dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) mengikut enrolmen murid. Untuk makluman, setiap sekolah memiliki kadar yang sama dalam setiap peruntukan kecuali Sekolah Sukan Negeri (SSN). Maka tidak adil kepada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan padang tetapi menerima peruntukan yang sama dengan sekolah lain yang memiliki kemudahan padang. Untuk makluman, apabila sekolah tidak memiliki kemudahan padang, sekolah terpaksa menanggung perbelanjaan bagi sewaan padang, pengangkutan dan sebagainya bagi setiap
aktiviti yang melibatkan penggunaan padang. Sebelum ini ada dibincangkan masalahmasalah yang timbul berkenaan segala aktiviti berkenaan sukan dan permainan 7.0 Kesimpulan Kemudahan padang penting bagi setiap sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan. Pihak akan menggunakan kemudahan ini dengan sepenuhnya demi membangun serta melonjakkan kecemerlangan sukan sekolah. Jika permohonan ini menjadi kenyataan, semua warga sekolah akan begitu gembira khususnya murid-murid kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Pihak sekolah berharap, dengan adanya kemudahan infrastruktur ini segala masalah yang dihadapi sebelum ini dapat diselesaikan khususnya bebanan guru dan pertambahan perbelanjaan dapat dikurangkan. Selain daripada itu, dengan kemudahan ini juga diharap dapat melahirkan kecemerlangan jasmani dan rohani di kalangan murid-murid sekolah selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Di samping itu, diharap pembangunan sukan dari akar umbi berjaya dilaksanakan untuk mencari bakat-bakat yang bakal mengharumkan nama sekolah, negeri dan juga negara di peringkat yang tertinggi.