3.occupational Sefty and Health (OSHA) Act
3.occupational Sefty and Health (OSHA) Act
3.occupational Sefty and Health (OSHA) Act
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM TP-300-4 / AFTER SALES EXECUTIVE
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 4
Negara (NIOSH) merupakan usaha yang diambil untuk menangani isu kemalangan dan
penyakit di tempat kerja.
Tekanan akibat daripada kesedaran di peringkat antarabangsa (misalnya WTO) dan dari
dalam negeri (misalnya melalui NGO-NGO seperti MTUC), serta keinsafan semua pihak
(kerajaan dan swasta) yang makin meningkat (dan menonjol) dalam hal keselamatan
pekerja, termasuk di tapak bina telah membawa kepada tindakan susulan
pengimplementasian langkah keselamatan diambil. Salah satunya ialah melalui cabang
undang-undang.
Dalam perbincangan di sini, keselamatan pekerja merujuk kepada keselamatan pekerja
itu daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya. Aspek
kesedaran, perspektif undang-undang, pula merangkumi kesedaran oleh pihak berkuasa
sendiri, majikan (kontraktor, subkontraktor, tuanpunya projek dan konsultan projek), dan
kesedaran pekerja itu sendiri. Skop kesedaran dan menyedarkan ini nampaknya
merangkumi ketiga-tiga pihak itu, termasuk mengimplementasikan kesedaran itu sendiri.
(a) penyediaan dan penyenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang
selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;
(b) diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu
adalah selamat;
(c) memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja
berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;
(d) penyenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat.
(e) suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.Perkara-
perkara di atas perlu diterjemahkan kepada pernyataan bertulis polisi keselamatan
oleh majikan (Seksyen 16 AKKP 1994).
Jika kita tengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II
Akta, ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang
perlu diambil oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan). Ini
temasuklah:
(a) Menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang
selamat untuk pekerja.
(b) Borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja.
(c) Kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak
menyebabkan/memungkinkan mencederakan pekerja;
(d) Keselamatan daripada kebakaran.
(e) Mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah
mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin
menerima kesan daripadanya).
Pemakaian
(1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua tempat kerja yang dalam
bidang kuasa Akta yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan kecuali
bahan kimia yang -
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 5 Drp: 14
(a) Ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom
1984 [Akta 304];
(c) Berbahaya kepada kesihatan semata-mata oleh sebab sifat mudah meletup atau
mudah terbakar, atau semata-mata kerana bahan kimia tersebut berada pada
suhu tinggi atau rendah atau pada tekanan tinggi; dan
(2) Bagi maksud peraturan ini, keluaran farmaseutikal ertinya sesuatu dadah dalam
bentuk dos farmaseutikal untuk digunakan oleh manusia sebagai ubat.
(1) Jika apa-apa kewajipan dikenakan oleh Peraturan-Peraturan ini ke atas seseorang
majikan berkenaan dengan pekerjanya, dia hendaklah, setakat yang praktik,
dikenakan kewajipan yang serupa berkenaan dengan mana-mana orang lain yang
mungkin terjejas oleh kegiatan kerja yang dijalankan oleh majikan itu, sama ada
sedang bekerja atau bukan sedang bekerja, kecuali kewajipan majikan
(a) di bawah peraturan 26 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya,
melainkan jika orang itu berada di premis dan menjalankan kerja untuk majikan
dan:
(b) di bawah peraturan 27 tidak terpakai bagi orang yang bukan pekerjanya.
(2) Peraturan-Peraturan ini, kecuali peraturan 26 dan 27, hendaklah terpakai bagi orang
yang bekerja sendiri sebagaimana yang ia terpakai bagi majikan dan pekerja.
(1) Seseorang majikan hendaklah mengenalpasti dan merekodkan dalam suatu daftar
semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja.
(2) Daftar hendaklah disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik dan dikemas kini
dari semasa ke semasa dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 6 Drp: 14
(a) Senarai semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan;
(b) Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai
maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III;
(c) Jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau
setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan;
(d) Proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan
digunakan; dan
(e) Nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
(3) Daftar hendaklah mudah didapatkan oleh semua pekerja di tempat kerja yang boleh
terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
(4) Kehendak subperaturan (1) dan (2) tidak terpakai jika majikan telah mematuhi
kehendak peraturan 9 dan subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 [P.U.(A) 139/89].
Had siling
(2) Walau apa pun subperaturan (1), pendedahan mana-mana orang kepada mana-
mana bahan kimia berbahaya kepada yang disenaraikan dalam Jadual I, tidak
boleh melebihi had pendedahan maksimum untuk bahan kimia itu semasa giliran
kerja.
(1) Bagi maksud menentukan sama ada majikan telah mematuhi had pendedahan yang
dibenarkan, tahap perlindungan yang diberikan oleh alat pernafasan bagi tempoh
yang alat pernafasan itu dipakai hendaklah diambil kira.
(2) Tempoh yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dipuratakan dengan tahap
pendedahan kepekatan di udara semasa tempoh yang alat pernafasan tidak dipakai
untuk menentukan pendedahan purata berpemberat masa harian seseorang pekerja.
(3) Bagi maksud peraturan ini, tahap perlindungan ertinya nisbah kepekatan di udara
bagi bahan cemar di luar alat pernafasan dengan kepekatan bahan cemar di dalam
bahagian muka alat pernafasan.
(1) Seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan
atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia
berbahaya kepada kesihaan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis
mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja.
(2) Penaksiran yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi yang
berikut:
(b) Kaedah dan tatacara yang diterima pakai dalam penggunaan bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan.
(e) Risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan dan pelepasan
bahan kimia daripada proses kerja;
(g) Langkah-langkah, tatacara dan kelengkapan yang perlu untuk mengawal apa-
apa pengeluaran secara tidak sengaja sesuatu bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan akibat daripada kebocoran, penumpahan, atau kegagalan proses atau
kelengkapan;
(j) Kehendak bagi latihan dan latihan semula pekerja sebagaimana yang
dikehendaki di bawah peraturan 22.
(3) Jika sesuatu kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-
mana pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dimulakan sebelum
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa, majikan hendaklah menjalankan
penaksiran dalam masa satu tahun dari tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat
kuasa.
(a) Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya
penaksiran itu dibuat;
(b) Lebih dari lima tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir; atau
(c) Diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
(1) Mana-mana orang yang dilantik oleh majikan di bawah peraturan 11 untuk
menjalankan apa-apa penaksiran hendaklah, dalam masa satu bulan dari penyiapan
penaksiran itu, memberi kepada majikan laporan penaksiran itu.
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 9 Drp: 14
(2) Jika penaksiran yang dijalankan di bawah subperaturan (1) menunjukkan bahawa
sesuatu tempat kerja, loji, bahan atau proses mungkin menyebabkan bahaya segera
kepada nyawa atau harta benda, orang yang menjalankan penaksiran hendaklah
dengan segera memaklumkan kepada majikan tentang bahaya itu.
Laporan penaksiran
(1) Majikan hendaklah memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat menurut
peraturan 9 atau 10 disenggarakan dalam keadaan teratur dan baik untuk tempoh
tidak kurang dari tiga puluh tahun.
Langkah-langkah kawalan
Majikan hendaklah mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melalui langkah-
langkah kawalan yang berikut:
(a) Penghapusan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dari tempat kerja;
(b) Penggantian bahan kimia yang kurang berbahaya bagi bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan;
(d) Pengasingan kerja untuk mengawal pengeluaran bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan;
(g) Penerimaan pakai sistem dan amalan kerja selamat yang menghapuskan atau
mengurangkan risiko kepada kesihatan; atau
(2) Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat
didokumenkan dan dilaksanakan.
(3) Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat
dikaji semula bila-bila masa terjadinya perubahan ketara kepada proses,
kelengkapan, bahan atau langkah kawalan yang dipasang.
(b) Sebagai suatu langkah sementara pada masa langkah kawalan yang lebih baik
lain sedang direka bentuk dan dipasang; atau
(c) Jika langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi perenggan 15(1)(a) hingga
(g) tidak dapat mengawal sepenuhnya pendedahan seseorang pekerja kepada
bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
(3) Kelengkapan pelindung diri yang diluluskan yang diberikan kepada pekerja menurut
subperaturan (1) hendaklah -
(d) mencukupi bekalannya dan mudah didapati oleh pekerja yang menghendakinya.
(a) Diperiksa pada lat tempoh yang sesuai oleh majikan, setiap lat tempoh tidak
lebih dari satu bulan; dan
(b) Diperiksa dan diuji keberkesanannya oleh juruteknik higien pada lat tempoh yang
sesuai, setiap lat tempoh tidak lebih dari dua belas bulan.
(a) direka bentuk mengikut standard yang diluluskan oleh jurutera profesional
berdaftar dan dibina mengikut spesifikasi reka bentuk; dan
(b) diuji oleh jurutera profesional berdaftar selepas pembinaan dan pemasangan
untuk membuktikan bahawa peralatan itu memanuhi spesifikasi reka bentuk.
(2) Bagi maksud peraturan ini, jurutera profesional berdaftar ertinya seseorang jurutera
yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138].
(1) Seseorang majikan hendaklah memastikan bahawa semua bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan yang dibekal atau yang dibeli olehnya dan digunakan di tempat
kerja dilabelkan dan label itu tidak ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda.
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 12 Drp: 14
(2) Jika label yang disebut dalam subperaturan (1) ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai
atau dipinda pada masa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu sedang
digunakan di tempat kerja, majikan hendaklah melabel semula bahan kimia itu.
Pelabelan semula
(1) Jika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dipindahkan ke suatu
bekas lain, selain bekas yang dibekalkan pada asalnya, dan kandungan bekas itu
tidak digunakan dalam masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan
bahawa bekas itu dilabel semula.
(2) Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) digunakan dalam
masa giliran kerja biasa, majikan hendaklah memastikan bahawa bekas itu dilabel
semula dengan nama kimia atau nama dagangan sebagaimana tertulis pada label
asal.
(3) Jika kandungan bekas yang disebut dalam subperaturan (1) adalah bahan kimia
yang digunakan dalam maklmal ujian kimia, bekas itu hendaklah dilabel semula
mengikut subperaturan
(4) Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3), bekas itu tidak perlu dilabel semula
jika bahan kimia berbahaya kepada kesihatan itu digunakan segera.
(5) Bagi maksud peraturan ini, pelabelan dan pelabelan semula ertinya pelabelan
atau pelabelan semula -
(a) dalam hal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, mengikut kehendak
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan,
Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1977 [P.U.(A)
143/97]:
(b) dalam hal racun makhluk perosak, mengikut kehendak Akta Racun
Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]; atau
(1) Jika sesuatu penaksiran menunjukkan bahawa pengawasan kesihatan perlu untuk
perlindungan kesihatan pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 13 Drp: 14
(3) Jika seseorang pekerja terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual II, pengawasan
kesihatan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk
pengawasan perubatan yang dijalankan pada lat tempoh yang tidak lebih dari dua
belas bulan atau pada lat tempoh yang singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh
doktor kesihatan pekerjaan atau seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang juga ialah seorang pengamal perubatan.
(4) Majikan hendaklah memastikan bahawa rekod pengawasan kesihatan atau sesalinan
rekod pengawsasan kesihatan itu disenggarakan dalam keadaaan teratur dan baik
dan disimpan bagi tempoh tiga puluh tahun dari tarikh catatan terakhir yang dibuat
padanya.
(5) Majikan hendaklah menyediakan apabila diminta semua rekod yang dikehendaki
disenggarakan di bawah subperaturan (3) kepada Ketua Pengarah untuk
pemeriksaan dan penyiasatan.
(6) Majikan hendaklah, selepas notis yang munasabah diberikan, membenarkan mana-
mana pekerjanya mendapatkan rekod pengawasan kesihatan yang berhubungan
dengan pekerjanya itu.
(1) Majikan tidak boleh membenarkan seseorang pekerja terlibat dalam dan hendaklah
memindahkannya dari mana-mana kerja yang mendedahkan atau mungkin
mendedahkannya kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan pada setiap kali
yang dapatan, penentuan atau pendapat perubatan yang dinyatakan oleh pegawai
keselematan dan kesihatan pekerjaan yang juga seorang pengamal perubatan atau
oleh seseorang doktor kesihatan pekerjaan yang menunjukkan bahawa pekerja itu
mengalami keadaan perubatan yang dapat dikesan yang menyebabkan
meningkatnya risiko gangguan kesihatan jasmani kepada pekerja itu akibat
pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
(2) Majikan, selepas diberitahu oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
juga seorang pengamal perubatan atau seorang doktor kesihatan pekerjaan
mengenai hakikat itu, tidak boleh memebenarkan pekerja yang hamil atau pekerja
yang menyusukan bayi terlibat dalam, dan hendaklah memindahkan pekerja itu
daripada kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerja itu
kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
NO KOD / CODE NO TP-300-4/M04/P(3/4) Muka: 14 Drp: 14
(a) bagi seseorang pekerja yang dipindahkan mengikut subperaturan (1), jika
dapatan, penetuan atau pendapat perubatan berikutannya menunjukkan bahawa
pekerja itu tidak lagi mengalami keadaan perubatan yang dapat dikesan; dan
(b) bagi seseorang pekerja yang dipindahkan mengikut subperaturan (1), pada
masa
yang sesuai jika pekerja itu tidak lagi hamil atau menyusu bayi.
(4) Bagi maksud peraturan ini, pengamal perubatan ertinya seseorang pengamal
perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 5
Tanda amaran
(1) Jika sesuatu bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan dalam mana-mana
kawasan mengikut apa-apa cara yang berbahaya kepada kesihatan, mana-mana
orang yang mungkin berada di kawasan itu atau yang boleh atau mungkin
menanggung risiko akan terjejas oleh bahan kimia berbahaya kepada kesihatan,
majikan hendaklah memastikan bahawa
(a) tanda amaran ditampalkan di tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pintu
kawasan untuk memberi amaran kepada orang-orang yang memasuki
kawasan yang berbahaya itu;
(b) maklumat berkaitan lain diberikan kepada orang-orang yang boleh atau
mungkin menghadapi risiko terjejas oleh bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan.
(2) Majikan hendaklah memastikan bahawa tanda-tanda amaran yang dikehendaki oleh
Peraturan-Peraturan ini diterangi cahaya dan dibersihkan sebagaimana yang perlu
supaya perlambangan mudah dilihat.
RUJUKAN
2. Penerbitan Akta (2009). Road Transport Act 1987 (Act 333), Selangor: Penerbitan
Akta (M) Sdn. Bhd.
4. PNMB. (1994). Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514),
Kuala Lumpur: PNMB
5. PNMB. (1997). Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139), Kuala Lumpur: PNMB