Assalamualaikum.
Err.. dah lama aku pendam nak citer pasal isu ni.
Tapi aku sabarkan dulu.. tup-tup, isu lain pulak yang menghangatkan jiwa raga aku.
Jadinya, aku rasa entry kali ini akan panjang dan agak beremosi.
Pastikan kerja kalian sudah langsai dan fikiran kalian terbuka bila membaca entry ini.
Perlu diingatkan apa yang ditulis dalam entry ini hanyalah pendapat aku sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun telah kembali ke Rahmatullah.
Ini personal opinion aku terhadap dua isu :
- Penggunaan B.Inggeris dalam subjek Science+Mathematics.
- Malaysia negara Islam?
* * * * *Okay, di Pehimpunan UMNO yang lalu, ada perwakilan yang mencadangkan agar subjek Sc+Maths diajar kembali dalam B.Melayu.
Sorry, tapi aku sebagai seorang guru
LANGSUNG TIDAK BERSETUJU dengan saranan tu.
[Maaf tak sempat nak Google siapa perwakilan tersebut, kalau ada yang tahu, minta tulis dalam komen..]
Kenapa aku tak setuju? Dan kalau ditanya pada murid-murid, waima yang di kampung sekalipun, mereka tentu sekali tidak akan bersetuju.
Seperti yang diberitahu Ketua PengarahPelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom kelmarin, murid-murid ni dah diajar dalam B.Inggeris selama 5 tahun.
5 tahun, bukan 5 bulan!!!
Dan sepanjang 5 tahun pembelajaran mereka tu, walaupun secetek mana penguasaan B.Inggeris anak-anak itu, sekurang-kurangnya istilah Sc+Maths yang diajar dalam B.Inggeris, mereka tahu.
Perlu diingatkan, banyak peruntukan [baca: WANG RAKYAT!!] telah dihabiskan untuk memastikan pengajaran Sc+Maths dalam B.Inggeris ini berjaya.
Buku teks dah ditukar.. dari yang B.Melayu ke B.Inggeris..
Dan perbelanjaan itu bukan sedikit..tambahan sekarang buku teks diberi percuma.
Belum cerita tentang elaun yang diberi kepada semua guru yang mengajar subjek Sc+Maths dalam B.Inggeris ni.
Dicampur dengan kos pelaksanaan kursus-kursus persediaan..
Mungkin dah beratus-ratus juta atau hampir mencecah billion Ringgit.
Aku paling tak gemar bila isu sebegini dipolitikkan.
Yang jadi mangsanya adalah kanak-kanak yang tak tahu apa-apa tu.
Tak kisah lah oleh UMNO atau PAS atau mana-mana parti politik sekalipun.
"Kita" dah setuju dengan pelaksanaan *PPSMI ni, so apa salahnya kalau kita tengok hasilnya?
Buat pengetahuan semua yang bukan dari golongan pendidik, tahun hadapan merupakan tahun pertama UPSR menggunakan B.Inggeris bagi kedua-dua subjek tu.
Ini membawa maksud batch pertama yang belajar Sc+Maths dalam B.I. belum pun lagi menduduki UPSR yang dapat mengukur pencapaian mereka.
Jadi aku tak nampak apa relevannya nak ajar balik subjek tu dalam B.M..
Tak ke pening nanti kanak-kanak tu bila dah 5 tahun belajar dalam B.I. and tiba-tiba bila ada sesetengah pihak '
merasa keputusan tidak memberangsangkan atau merosot', maka subjek itu perlu diajar kembali dalam bahasa ibunda?
For me, that's just plain ridiculous!!
Rasa nak je ajak orang-orang politik tu berkampung kat sekolah aku yang kat pendalaman ni and tengok macam mana keadaan students aku.
Sekampung-kampung students aku pun, mereka akan ada masalah bila ada istilah Sc+Maths disebut dalam B.M.
Bukan lah aku nak kata students aku tu terror yang amat dalam B.I, tapi mereka dah biasa dengan bahasa tu bila belajar, so takleh la nak salahkan deme, kan?
Walaupun penerangan diberi banyak dalam bahasa ibunda, tapi itu hanya bertujuan untuk pemahaman mereka sahaja.
Penekanan tetap diberi kepada istilah dalam B.I. yang ada dalam kedua-dua subjek itu.
Tak guna juga kan kalau cikgu memanjang cakap English tapi students tak faham sepatah pun?
So, baik lah ada penerangan dalam B.M jugak supaya mereka dapat faham.
Pada aku, bila nak bercakap, perlu selidik dahulu.
Jangan kerana nak attract attention dengan isu-isu panas, kita bagi buah fikiran yang tak mencerminkan kita ni orang yang berpelajaran.
Kanak-kanak sekolah bukan
guinea pig yang boleh dijadikan bahan uji kaji politik.
Bila dirasakan tak menjadi, batal.. bila tak perform, cancel!
Sepatutnya sebelum dibuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI ni lima tahun dahulu, kajian teliti perlu dibuat.
Jalankan di beberapa pilot schools dulu ke.. sekolah-sekolah kampung..
Dan bila nampak ada potensi, barulah dipanjangkan ke seluruh negara.
Keputusan dibuat secara abrupt bagi aku.., dan pada hemat aku juga, bila keputusan dah dibuat dengan sedemikian, maka jangan lah mengharapkan result yang va-va-voom dalam masa terdekat..
Kita perlu realistik.
-------------------------
Sekali lagi, aku tegaskan ini hanya pendapat individu.
Isu yang kedua ni, bukan nak menafikan fakta yang sememangnya Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Tapi, kebelakangan ini, banyaknya masjid-masjid yang akan didirikan seiring dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Rasuah berleluasa, bunuh-membunuh perkara biasa.
Lelaki berperawakan perempuan.. perempuan Muslimah berpakaian mengalahkan yang kafir.
Kasar bahasa aku?
Sorry banyak-banyak, tapi kebelakangan ini aku memang terasa ISLAM nya negara kita ini hanya pada nama.
Justeru majoritinya Melayu, dan Melayu itu Muslim [errr..tak juga sebenarnya, kan?], maka Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Ada aku sebut di blog seorang sahabatku bahawa aku sekarang tidak lagi gemar membaca surat khabar arus perdana dan juga berita di televisyen.
Bila ditanya mengapa, aku kata tak semua memaparkan 100% the truth.
Media blackout kalau dalam istilah jurnalisme nya. [sila
Wiki untuk penerangan lanjut..]
Dan selalunya, bila aku menonton siaran berita atau membaca akhbar, akan adalah topik yang membuatkan aku lebih hangat dari biasa.
Itulah apa yang terjadi bila aku membaca akhbar dan menonton berita hari ini.
Dalam Mingguan Malaysia hari ini ada dua artikel yang menyentuh tentang isu "
kereta Islamik" yang ingin diusahakan oleh Proton.
Menyedari betapa aku ketinggalan tentang berita ini, aku mula membaca..
Dan apa yang diperkatakan oleh Dr Ali Tawfik Al-Attas memang ada benarnya.
Sisipan kecil akhbar aku titip dan alangkah terkejutnya aku bila isu ini sekali lagi dibincangkan dan kali ini oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula.
Secara ringkasnya, Proton sedang dalam usaha menghasilkan kereta bercirikan Islam.
Kereta yang mempunyai kompas, penunjuk arah Qiblat..tempat letak AlQuran dan tudung.
Hrmmmmm..aku yang cetek pengetahuan agama dan cetek lagi pengetahuan tentang automotif ni pun tahu akan ke'
tidak relevan'an penghasilan kereta sedemikian.
Memetik kata-kata kedua-dua tokoh berkenaan:
Bagaimanakah dengan memiliki “kompas, bacaan kiblat, dan ruang untuk menyimpan al-Quran dan tudung” akan menghasilkan kereta ‘Islami’ yang secara dasarnya berbeza daripada semua kereta lain? Mitsubishi, dalam menghasilkan kenderaan pacuan empat roda Pajero telah pun memasukkan kompas sebagai sebahagian daripada reka bentuknya. Para pereka bentuk kereta Jerman sekarang ini telah pun memasukkan sistem GPS yang mampu menunjuk arah kiblat dalam banyak kenderaan mewah mereka. Berkenaan ruang menyimpan pula, bagi sebahagian besar, kalaupun bukan semua, pembuat kereta telah pun mempunyai banyak petak dan ruang untuk menyimpan barang-barang, termasuklah tudung. [klik sini utk artikel penuh]
-Dr Ali Tawfik Al Attas, Ketua Pengarah IKIM.
Apakah kereta yang dianggap Islamik itu hanya pada kompas dan ruang penyimpanan al-Quran dan tudung? Apakah ruang kereta ‘konvensional’ sekarang tidak mencukupi untuk menyimpan al-Quran mahupun tudung? Ada sahabat penulis menukilkan secara sinis, jika kereta sahaja boleh menyimpan tudung tetapi pemandu Islamnya tidak bertudung, maka kereta sahajalah yang Islam tetapi bukan pemandunya. Atau jika kereta sahaja berkompas kiblat tetapi pemandunya tidak pun menunaikan solat, hanya kereta sahajalah yang Islam bukan pemandunya.
Lebih malang sekiranya kereta berjenama Islam ini dipandu pula oleh pemandu yang langsung tidak bercirikan Islam seperti memandu secara rakus dan berbahaya hingga ramai menjadi mangsa korban jalan raya. Akhirnya, terpalit pula wajah hodoh dan negatif pada ‘kereta Islam’ dan agama Islam.
[klik sini utk artikel penuh]
-Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain itu, laporan Buletin Utama tadi menyiarkan tentang keluhan penduduk di sebuah perumahan 4 fasa di Kajang.
Mereka terkilan kerana kerajaan negeri membatalkan permit untuk membina surau di kawasan kediaman mereka.
Alasannya, sebuah masjid sedang dalam proses pembinaan [yang pada ketika laporan disiarkan masih belum ada langsung sebarang kerja-kerja pembinaan dilakukan..]
Apa yang menyedihkan aku adalah jawapan Menteri Besar
yang beri hadiah penyapu itu sendiri.
Kali ini, isu agama dipolitikkan bila mana beliau mengatakan sebab surau itu tidak dibenarkan dibina adalah kerana tidak mahu ada 'agenda peribadi'.
Agenda apa yang beliau maksudkan bila kita mengadap Ilahi? Bukan kah semua orang itu sama di sisiNya?
Dan wahai Datuk Seri, kalaupun ada lah orang yang 'menyalah guna kan' surau itu, Tuan harus yakin akan rakyat Tuan sekalian.
Mereka tentu akan membuat pilihan yang tepat kerana seperti yang wakil taman perumahan itu katakan "we are not stupid people"..
Perihal orang yang menyalahgunakan rumah Allah itu hanya Dia tahu bagaimana membalasnya.
Beliau juga ada mengatakan kerajaan negeri telah memperuntukkan 7 juta untuk pembinaan masjid itu.
Sudahlah bayang pun belum nampak, duduknya pula berdekatan dengan kolam kumbahan.
Astaghfirullahalazim..
Sedangkan surau yang rakyat Tuan pohon pembinaannya itu hanya berukuran 0.1-0.2 hektar dan menelan belanja hanya beberapa puluh ribu Ringgit..
Itupun kalau tak salah pendengaran telinga saya akan ditanggung oleh dana yang mereka kumpul sendiri.
Dengan tenangnya, Tuan berkata..
"Bagi saya, daripada kat surau, lebih baik di masjid.. daripada kita membazir 400-500 ribu buat surau yang 10 orang je jemaah, lagi baik kita bina masjid.. lagipun MAIS memang tak benarkan bina surau ni.."
MasyaAllah.
Kalian yang baca, sila lah fikir.
Bukan nak kata aku ni pandai agama, tapi sesungguhnya aku tergamam.
* * * * *
Sekian luahan perasaan aku kali ini.
Panjang entry hari ni..
Ampun maaf dipinta.
Wassalam.