Tuesday, December 16

bila orang lain kerja dan aku cuti..

pagi semalam aku ber-YM.. dengan che goro dan sorang lagi kenalan blogger.. dua-dua memberi soalan yang sama.. :--> "seronok ke cuti?".. hemmmmm... aku pun jawab yang sama pada kedua-duanya.. seronok, tapi bosan. pelik? tapi benar.. seronok kerana aku tak perlu nak fikir tentang kerja atau anak-anak murid. tapi pada masa yang sama, bosan jugak sebab tak ada apa nak buat. nak update blog, aku agak bengang dengan celcom broadband ni. speed sama je dengan zaman dial-up dulu. dek kerana ke'slow'an connection, email pun aku tak check tiap-tiap hari..

dah bosan sangat, aku ulang tayang dvd-dvd yang aku ada. kebanyakannya drama jepun dan korea. hehehe. tak pernah bosan aku tengok semua koleksi tu. yang jepun dengan komedinya dan yang korea dengan romantikanya. best melayan. di saat-saat aku kebosanan. tapi malam ni lain sikit.. baru selesai menonton filem thai "metro sexual".. best jugak. sebab ceritanya bukan sahaja pasal gay, tapi yang paling penting tentang friendship. buat aku rindu pada sahabat-sahabat baik aku je bila tengok cerita ni.

hermmm..apa aku merepek ni? sekarang dah hampir 2 pagi, tapi aku tak rasa mengantuk pun. tiba-tiba rasa nak berkarya.. haha.. spontan ni.. abaikan bahasa yang merapu.. kalau nak tambah dipersilakan.. hehehehehe..

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang dah mimpi, aku tak tidur lagi

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang dah sampai office, aku tak bangun lagi

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang mengadap PC, aku tengok DVD

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang makan di kedai, aku masak sendiri

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang balik kerja, aku tengah seronok tengok tv

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang cepat-cepat nak rehat, aku sambung lagi tengok tv atau dvd

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang mesti jeles dengan entry ni, tapi percayalah..
AKU TENGAH BOSAN NI!!


nak beransur tidur dah.. selamat...~

Wednesday, December 3

bila blog jadi beban..

hrmmm..sebulan aku tak update kat sini..agaknya orang pun dah lupa akan kewujudan aku kat blogosfera nih. hehe. entah lah, perangai buruk dah muncul balik agaknya. aku nih, cepat bosan. mungkin dah bosan jadi miss_tree.. tapi aku sayang blog ni.. sayang kawan-kawan yang kenal aku dan aku kenal sebagai 'miss_tree'.. well,.. bukan dah bosan nak berblog sebagai miss_tree, cuma aku macam kurang sikit feel nak blog kat sini. harapnya perasaan malas ni pun tak lama.

memang bila berblog dengan 2 identiti ni, seolah-olah aku ni 2 orang yang berbeza. update pun selalunya benda yang berbeza. cuma yang tahu blog utama je tahu apa cerita aku kebelakangan ni. hehe..takde yang menarik pun tentang hidup aku sejak dua menjak ni. takde banyak yang berbeza. cuti sekolah ni, tak banyak aktiviti menarik pun. awal cuti hari tu je, aku ke Penang. [ampun Che AhCock, miss_tree bertandang tak inform sepatah pun..]..hehehe.. sebab tu lah, padan muka sendiri. sesat dekat 2 jam cari queensbay mall. hehehe.

hermmm..kita buat kerja apa pun kan..kalau lama-lama tinggal..nak mula balik mesti macam susah sikit. ini lah apa yang aku rasa dengan blog miss_tree nih. blog lagi satu pun aku update dalam 2-3 kali je sebulan, jadinya yang ni di anaktirikan. bila aku kata blog ni 'beban', aku ada sebab2 tertentu.. aku perasan ada satu 'unwritten rules' atau peraturan yang tersirat bila kita jadi blogger nih. tapi, mungkin ini pendapat aku sahaja, orang lain mungkin tak mengaggapnya sebagai satu beban pun.

sedar atau tak, bila kita blog, kita akan berharap ada orang membaca apa yang kita tulis. dan untuk membuktikan ada orang betul2 membaca, kita perlukan komen2 dari mereka. dan bila mereka memberikan komen, seeloknya kita perlu membalas komen mereka ataupun berkunjung ke blog mereka sebagai balasan tanda hormat. agak mementingkan diri bila kita hanya inginkan orang membaca blog kita sedangkan kita tidak pula berbuat demikian.

aku yang selalunya tidak mampu [dari segi masa] untuk membaca dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan, selalu berasa bersalah dalam hal ni. dan ketidakmampuan inilah antara sebab mengapa aku jarang nak update, tak kira di blog ni atau yang lain. merasakan seolah aku tak bersikap adil kepada mereka yang datang ke blog ni sedangkan aku tak berbuat begitu. dalam hal ni, aku betul mengagumi Che 13May. rajin dia meninggalkan komen2 di blog orang. sebab tu lah agaknya dia disayangi ramai. ;)

semoga tahun baru yang bakal tiba mengubah sedikit persepsi aku.
dan semoga aku akan bertambah rajin. hehe.
amin.

Sunday, October 26

selamat pengantin baru, Che G O R O!

lama aku tinggalkan blog ni. kalau rumah, agaknya dah nak roboh dah pun. bukan tak ada cerita, banyak sebenarnya, cuma masa aku belum ada yang terluang. di tempat kerja sekarang, talian internet memang menyeksakan. pagi ni pun, alhamdulillah,tak perlu aku nak gi reset modem dsb. jadinya, bila internet pun dah tak laju, semangat nak berblog pun kurang. setiap hari, kalau sempat online pun, hanya check email and reply email.

masih belum sedia dan masih belum berpeluang nak berblog secara harian. 2-3 minggu kebelakangan ni, aku jarang di sekolah. banyak kursus kena hadir, dalam seminggu tu 1 hari je di sekolah. naik muak pun ada dengan makanan hotel. ada satu hari tu, lepas dah habis kursus, masa berbuka di rumah dengan house mate, aku makan nasi lauk ulam pegaga + budu.. lazat sungguh! siap tambah lagi. hehehe. aduhhhh..cakap pasal kursus ni, minggu depan pun ada lagi.. :(

hujung minggu ni pulak aku ada final exam. berdebar!! banyak lagi belum revise. hari tu bukan main lagi ingat nak study hard lah konon, sebab result mid sem teruk. hehehe. janji tinggal janji.. cita² terkubur begitu sahaja. tapi apa pun, harapnya rakan² sekalian doakan aku. aku betul² nak score semester pertama ni. amin!!

okaylah, tujuan entry ni just nak ucap satu je. pada sahabat maya miss_tree yang terbaik, Che G O R O.. ampun dan maaf tak berkesempatan nak penuhi jemputan ke majlis hari ni. sekolah miss_tree tak cuti pun. so, ...

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEBAHAGIAAN MILIK CHE G O R O + ISTERI
SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
AMIN~

Monday, October 6

eid ku yang hambar~

hajat untuk bersiaran dari kampung tidak kesampaian. bukan busy sangat pun [tahun ni memang tak buat kueh raya], tapi mood tu memang tak datang. bila dah kat kampung, duduk diam tak buat apa² pun tak apa. tidur je pun tak bosan. hehehe.

eid yang lepas..aku tak tahu macam mana nak jelaskan. agak hambar berbanding tahun² sebelumnya. selain sahabat sejati tiada bersama, ada sesuatu yang mengganggu kemeriahan sambutan tahun ni. apa bendanya, biarlah ia kekal misteri.

cuma, mungkin yang paling best masa raya ke 4. aku, shambie dan kak pB ke kenduri doa selamat kak KV. sempena naik rumah baru.. [cantik sangat rumahnya!!] akhirnya jumpa lah jugak kak KV. heheheheh.. selama ni secara maya je. :D kiranya masa dok menunggu gulai dihidang tu, sempat lah ber'gosip' dan meng'update' cerita dengan kak pB. hehehehehe.
lepas tu, aku + shambie gi shopping. sampai petang. tapi tak jumpa pun apa yang dicari. :(

setiap kali raya, kita tentu paling bahagia bila balik kampung kan. tapi aku rasa bagi orang kelantan, ia bagai satu 'seksaan'. huhuuhu.. kenapa? tentu lah masalah traffic jam..bukan di tengah² bandar kota bharu je, di kampung² pun. semua jam. dan sabtu lepas, menurut seorang rakan, setelah 6 jam drive dari kota bharu, dia baru sampai di kuala krai. [selalunya 6 jam tu dah nak sampai kl dah pun].. mak oiiii..., saat² macam ni lah aku bersyukur sangat kerja dekat. jadi bila ke tempat kerja lepas subuh semalam, traffic ok je. smooth..

tapi rasanya, itu bukan masalah besar. kepuasan dapat beraya di kampung tentu dapat memadam rasa 'bengkek' dek tersangkut dalam traffic jam selama berjam-jam. :D

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ampun dan maaf andai selama ini ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

Thursday, September 25

bila rasa itu ada..

terharu miss_tree membaca komen-komen yang diberi. erkkk... terasa kehadiran miss_tree selama ni, ada meninggalkan sedikit kesan kepada rakan-rakan maya. thank you semua!! you make my day!!

  • Salam. At last my dear - Che G O R O
  • wah... baru disiram or dibaja ye? he he.
    welcome back, miss pokok yg dirindui. :) - c.h.e.n.t.a
  • finally...dah updet :)
    selamat hari raya misstree :D - Che 13 May
  • ahaaa!..misstree kita!..sudah kembali!...haduh!..rindu la plk..ahaks!..semoga update2 blog ni ye..slamat hari raya..maaf zahir & batin (^_^) - Che Aisar
  • tak nak baca
    just nak cakap
    welcome back!
    :) - Che Joe
  • cik pokok!saya rendu!!
    selamt kembali (:
    sy betul2 sengeh masa tengok blog ni da update!yeay! - Cik Pandagumuk




lepas Asar hari ni, miss_tree akan bertolak balik kampung. lepas ini akan bersiaran dari rumah di kampung. :)

Wednesday, September 24

boring,tapi jujur.

minggu lepas, atas tuntutan kerja, aku dan rakan ke Hotel Impian Morib di Banting untuk satu mesyuarat. seminggu kami di sana, bersama² rakan-rakan guru dari seluruh malaysia [kecuali dari negri sembilan +kelantan].. kami berkumpul untuk sama² berbincang tentang isu yang sedang hangat juga diperkatakan sekarang ni, iaitu tentang penggunaan english dalam subjek sains+matematik. tiada keputusan yang dibuat di akhir mesyuarat selama lima hari itu. ini kerana kami sekadar menyatakan pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan program yang berkaitan.

kenapa chegu² english dipanggil? sebelum aku teruskan, sedikit penjelasan perlu di sini. para guru sains+matematik sebenarnya telah diberi satu insentif dari segi kelas bimbingan bahasa inggeris [selain insentif 10% kerana mengajar subjek² ni dalam english]. kelas ini melibatkan kami, chegu² english yang ditugaskan untuk membantu chegu² sains+maths ni menambahbaik penguasaan english mereka. jadi, topik perbincangan kami sepanjang mesyuarat hari tu banyak berkisar tentang bagaimana cara hendak memperkasakan lagi kelas² bimbingan ni.


secara umumnya, aku rasa, kalau ditanya sesiapa sahaja tentang pelaksanaan program ETEMS [english for teaching mathematics and science], rata-rata tak setuju etems ni diteruskan. aku tak salahkan mereka, kerana memang ada kontranya bila etems ini dilaksanakan. tapi perlu juga diingat, kesan baik pun kita akan dapat lihat. cuma bukan dalam jangka masa terdekat. apa-apa pun perubahan yang kita buat, perlu masa untuk kita lihat kesannya. jangan cepat melatah. cepat terpengaruh dengan sesuatu yang realitinya kita sendiri tidak ketahui.

bagi aku, secara peribadi, etems ni boleh kalau hendak diteruskan. BOLEH, selagi ada usaha yang jitu dari semua pihak untuk menjayakannya. semua pihak, tak kira guru, ibu bapa, pihak sekolah, pemerintah dan sesiapa sahaja yang berkaitan. aku pun tak faham, apa kejadahnya orang politik nak sibuk² tentang isu ni. tak kisah dari pihak pembangkang atau penyokong kerajaan. semuanya bagi aku TAK PERLU sibuk menghentam program ni kerana mereka tak berada di sekolah atau di rumah bersama murid² ni dan melihat bagaimana ianya dilaksanakan.

tapi aku akui, SEBELUM pelaksanaan etems ni, tiada kajian terperinci dibuat. sepatutnya, program ini dilakukan di beberapa pilot schools dulu. pilih secara rawak sekolah bandar, luar bandar, pedalaman untuk laksanakan program ni. kemudian ambil data dan memantau untuk lihat keberkesanan program ni. kalau positif, maka laksanakan. begitu lah juga kalau sebaliknya. ini tak, program dibuat secara TIBA-TIBA. dan setelah berbilion² peruntukan habis, baru nak kata etems ni tak membantu? pelajar tak dapat ikuti pengajaran? peratus menurun? penguasaan dalam subjek berkurangan?


bayangkan senario ni. seorang chegu pakar matematik..yang dah berbelas atau berpuluh tahun mengajar matematik..murid-murid yang diajar pun cemerlang dalam matematik. cuma, pengajarannya dalam bahasa malaysia. dengan tiba², chegu tu diarahkan mengajar subjek itu dalam bahasa asing. siapa yang boleh lakukan dalam masa yang singkat? cukupkah dengan kursus selama sebulan? tambahan pulak kalau chegu tu dah pun berumur. orang yang dah berumur, siapa pun lah, chegu ke, doktor ke, tukang kebun ke.. boleh ke nak serap banyak² ilmu yang baru?

jujurnya, aku nampak ketidakbagusan [ada ke perkataan ni??] program ni. tapi kita perlu pandang ke hadapan. move on. apa yang kurang kita baiki. buat apa nak berundur? kita perlu bertanggung jawab akan apa yang telas kita putuskan. perlu buktikan yang kita mampu realisasikan apa yang kita impikan dulu. keputusan upsr semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran akan keberkesanan program ni. banyak lagi aspek yang perlu dilihat. selagi kita ada kesungguhan, semua pun akan jadi kenyataan, insyaAllah.

ini entry boring. tapi ini jujur dari aku.

Tuesday, September 23

setelah sekian lama

benar bak kata che aisar.. bukan setakat bersawang dah blog aku ni.. kalau rumah, agaknya, dah nak roboh pun.. huhu..kesian lah pulak tengokkan blog ni. aku anak tiri kan. atau lupakan setelah sekian lama. bukan lah di anak tirikan, sebab primary blog aku pun baru minggu ni aktif di update kan. jadi, sudah masanya aku rasa.. untuk "cikpokok" kembali aktif di persada blog ini. chewah.

kalau ada tertanya.. kalau ada lah.. miss_tree selama ni ada je. sentiasa melayari internet. cumanya bukan blog sendiri atau blog rakan-rakan yang dikunjungi. cuma singgah untuk membaca dan membalas email, check facebook, bayar bills di cimbclicks dan download-mendownload lagu.

miss_tree patah hati dengan dunia blog pada masa tu. patah hati??? betul ke simpulan bahasa tu? patah hati/berjauh hati bukan sebab apa pun. PERHATIAN yang terlebih-lebih pulak diberi pada bloggers. sampai ada sekali tu, tiap-tiap hari aku dengar blogger kena tangkap.. kena siasat.. kena tahan di lokap.. isa dan sebagainya. aku naik jelak masa tu. seolah-olahnya blogosfera ni satu tempat untuk orang yang tak puas hati sahaja melepaskan geram/perasaan.

dah bertahun-tahun aku berblog. sejak dari zaman myspace belum pun popular lagi. 'zaman' tu, bloggers pun belum ramai. dan memang blog seolah diary bagi pemiliknya. tapi zaman pun berubah. apa yang aku anggap sebagai positif pada mulanya, mula menunjukkan riak tak eloknya. dah rasa TERKONGKONG untuk menulis semahunya.

semua yang berlaku, ada baik dan buruknya. tapi yang paling penting bagi aku adalah kebebasan untuk menyampaikan pendapat itu penting. kadangkala, bila seorang blogger cuba nak menyampaikan pendapat dia, dan pendapat itu bukan yang ingin 'didengari' oleh pihak yang lain, maka dia dikata mengancam keselamatan dan sebagainya. haiiiiii.. bagi aku semua orang patut muhasabah. mana-mana pihak pun. jangan fikir sesuatu perkara tu dari satu segi sahaja.

selain 'merajuk' dengan layanan yang diberi terhadap blogosfera ni, sebelum ni aku juga sibuk memenuhi tuntutan kerja. murid-murid nak upsr masa tu. banyak kelas, kelas tambahan dan sebagainya. pulak tu, kerja-kerja pengurusan data sekolah pun deme letak atas bahu aku.. dek kerana miss_tree ni "hebat" sangat mengatur masa, maka blogs terpaksalah dilupakan buat sementara.

dua minggu kebelakangan ni baru lah rasa lega sikit. bila anak-anak dah habis exam ni, chegu nya pun lega. harapnya results nanti power lah. dan negeri tempat miss_tree menyumbang bakti ni kekal yang teratas di seluruh negara. aminnnnnn.

okay, sudah mahu pulang.

Tuesday, June 17

SHOPPING!

Bismillahirrahmanirrahim.
Izinkan miss_tree memperkenalkan online store sahabat sejati miss_tree ini..


Mungkin ada yang pernah dengar nama Shambijoux ni.. [jangan risau, nama sebenarnya sangat ayu, okay? :D] My dearest Shambie ni memang gemar buat crafts, terutamanya yang melibatkan jahit-menjahit.. [sangat KONTRA dengan empunya diri nih..haha..] Sebelum ni, Shambie hanya buat jualan di entries melalui blog/website nya; shambijoux.com. Dan Alhamdulillah, tahun ni ada lah rezeki untuk bukak online store secara rasminya.

Hrmmmm.. nak iklan pun tak pandai sebenarnya. Cumanya miss_tree harap kalian sudi lah menjenguk online store kawan miss_tree ni. Berilah sokongan pada hasil kerja anak muda tempatan kita. Chewah! Sebenarnya salah satu tujuan pembukaan online store ni adalah untuk menggalakkan lagi Malaysians shopping secara online. Tidaklah terhad ke shopping complexes atau kedai² sahaja. Jimat masa. :D Oh, dan jangan risau. InsyaAllah selamat.


Sebelum bicara panjang, meh tengok sedikit hasil kerja Shambie ni..






Produk yang dipanngil easy clutch ni, adalah projek terbaru Shambie. First prototype produk ni, miss_tree dah dapat masa birthday hari tu. :D Dan sejak sekolah dibuka lepas cuti, tiap hari miss_tree bawak clutch ni ke sekolah. Dah tak kisah matching ke tak dengan baju.. hehehehe.. Ini design easy clutch hadiah hari lahir ku.. :



Ada beberapa items lagi yang Shambie ni jual.. antara yang paling 'femes' adalah Ohimesan™. Nak tahu apa benda tu, kena jenguk sendiri lah store nya. Dan kalau ada berkenan apa-apa boleh inform miss_tree. Nak contact Shambie macam mana ke.. Agak-agak yang duduk area Kuala Terengganu, Hulu Terengganu atau Kota Bharu boleh lah expect beli by hand (cash on delivery). Kalau ada masa, miss_tree pun boleh jadi perantara.."Mek" Despatch lah kiranya ni.. hehehehehe.. Tapi hujung minggu saja lah..

Kaum Adam jangan segan-segan nak membeli.. sebab miss_tree jamin, orang tersayang mesti suka dapat hadiah cantik macam ni.. hehehehehe.. ermmm, kalau ada yang nak belanja miss_tree pun dialu-alukan! :D

Wassalam.

Saturday, June 7

hapdet!

Assalamualaikum.
Lama tak update.
Hehehehehe..belum kena tebang lagi pokok ni.
Masih ada..

+++++
  • Rabu lepas ke UPM, ada written test + interview untuk degree TESL. Alhamdulillah, peluang macam cerah je untuk sambung belajar. Doakan miss_tree dapat.
  • Khamis pagi, breakfast di Pak Li's dengan Kak pB. Sedap kuew teow goreng, walaupun sedikit masin.. hehe..Rindu kakak kesayangan ku itu.
  • Petangnya ke Mid Valley bertemu mata dengan 'adik ipar' dari seberang, ninadewe. Comelnya dia, tapi sayang takleh lama² jumpa. Kami dua-dua rushing.
  • Hari ni, Sabtu..sahabat baikku kena saman dek polis. Partly salah aku jua.
  • Dan hari ini juga hati miss_tree hancur lebur bila diberitahu seseorang yang miss_tree suka dah bertahun-tahun melangsungkan pertunangan hari ni. Entah ya, 'hancur lebur' tu macam teruk sangat bunyi nya. Tapi terkilan lah. Semua dah terlambat. Miss_tree doakan dia bahagia. :|
+++++

Maaf kalau ada yang terasa miss_tree tak beritahu akan kepergian ke KL baru-baru ni.
Sebab perginya sekejapan sahaja, kalau janji nak jumpa takut tak tertunai.
Mungkin lain kali boleh jumpa.. InsyaAllah.
Okay, sampai sini dulu.
Nak ubati hati yang luka ni..chewah..

Wassalam.

Tuesday, May 20

Hari Guru + Masjid Kristal

Seperti yang sedia maklum, Hari Guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun. Tapi oleh kerana 16 Mei tahun ni jatuh pada hari Jumaat, dan kami di Terengganu bercuti, maka sambutannya diadakan pada 18 Mei, Ahad yang lepas di seluruh negeri Terengganu. Aku bertindak sebagai photographer pada majlis sambutan dan serius aku katakan ke hulu ke hilir dengan DSLR Canon 400D memang agak memenatkan. [kepada Che G O R O, DSLR itu hanya di 'loan' dari kawan.. Cikpokok belum mampu nak rembat lagi..huhu..]

Sekarang ni pulak musim peperiksaan. Hari ini, anak-anak ku menjawab soalan English. Tak tahu lah macam mana resultnya. Hope for the best je lah. Ermmmm, terima kasih miss_tree ucapkan atas segala ucapan dalam entry yang lepas. Birthday wish, anniversary blog dan Hari Guru. Memang banyak sambutan pada bulan ni.


Oh, hujung minggu yang lalu miss_tree sempat ke Pulau Wan Man..apa lagi kalau bukan ke Masjid Kristal. Pergi untuk berlatih teknik photography dan juga nak melihat lah keHEBATan masjid tu. Kalau ada sesiapa yang pernah dengar rumour kononnya masjid tu hanya digunakan untuk lawatan sahaja, miss_tree nak betulkan pendapat tu. Sebab pada hari Jumaat lepas, ada je jemaah untuk Solat Jumaat. Makanya masjid itu berfungsi. Dan memang cantik binaannya.

Apa yang dikesalkan cuma dari segi pemeliharaan seluruh kawasan tu. Dari Taman Tamadun Islam [yang ada replika masjid dari seluruh dunia tu..] hingga ke Masjid Kristal. Nampak sangat terbiar. Dengan pasir sana sini, simen longkang tak siap, papan tanda tak cukup, rumput kering dan mati. Seolah-olah lepas pelancaran oleh Agong Sultan Mizan tu, tak ada follow-up dari pengurusan untuk mencantikkan tempat tu. Memang sayang.. memang rugi.

Okaylah, malas nak celoteh panjang². Let the pictures do the talking. Gambar² sekitar Hari Guru, lawatan ke Masjid Kristal dan juga yang miss_tree snap-snap dek ke'ghairah'an dapat DSLR. Hehehehehe. Enjoy~










Ermm..sebenarnya nak upload banyak lagi. Tapi ada kerja lah pulak. Alhamdulillah, hari ni miss_tree akan pulang ke kampung untuk Cuti Pertengahan Tahun. :D Jealous, ya? Jangan. Cuti pun, kami kena datang kelas jugak untuk kelas tambahan. Pada semua, terima kasih sebab masih sudi menyinggah di sini. InsyaAllah kalau ada kelapangan miss_tree akan update blog masa cuti ni.

WASSALAM.

Wednesday, May 14

1&25

♥ my utmost sincere self

hari ini ia berumur 1 tahun.
sudah 1 tahun berkarya di sini.
sudah 1 tahun merepek di sini.
sudah 1 tahun berkenal-kenalan dengan sahabat di sini.
sudah 1 tahun menjadi miss_tree @ cikpokok.
tapi..

hari ini juga ulang tahun kelahiran yang empunya badan.
sudah suku abad rupanya bonda melahirkan.
sudah suku abad menyusahkan abah + bonda.
sudah suku abad tapi belum lagi berjaya dalam hidup.
sudah suku abad, tapi masih lagi mencari belum ketemu.

Monday, May 12

Kitar

Assalamualaikum.


Lama tak update.. ini pun mengejar masa, ada aje kerja yang datang menjenguk.
Huhuhuhuhuhuhuu...
Hari ni nak recycle entry aje lah.
Alang² banyak sambutan bulan ni.. hehe.

May..
Especially to Kak Ila,Che FF,Che 13May dan Miss_Tree sendiri!!
We were all born on the 11th,12th,13th and 14th of May respectively..
Hehehehehe..

_________________

* Keras hati & tegas.
Tepat. Hehehe..
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Ini I'm not so sure..
* Pemikiran yang tajam.
Ye ke ni???
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
Sila rujuk students aku utk keterangan lanjut~
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Korang rasa??? Kuangkuangkuang~
* Perasaan yang amat mendalam.
Yup..tp bukan jiwang tau.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
Nope. I tak chantekkkk~
* Tidak perlu dimotivasikan.
Betul.Sgt betul.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
100% true lah this one!
* Mudah dipujuk.
:) .. untung tau my husband nanti.. kahkahkah..
* Bersikap sistematik (otak kiri).
Ye ke? Tak kot.. aku suka buat keje last minute..
* Suka berangan.
Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar shj!!
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Sungguh. Aku ada 'ability' ini.. Boleh x character aku nih dimasukkan dlm "HEROES"?? :D
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Erkkk..aku slalu sakit mata..
* Daya khayalan yang tinggi.
[sila rujuk "suka berangan" di atas]
* Pandai berdebat.
Tak pernah pulak wakil sekolah..tp aku memang banyak cakap. Hehe..
* Fizikal yang baik.
Alhamdulillah..
* Kelemahan sistem pernafasan.
I can't last cardio workouts for long.. :D
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Benar!Benar!Benar! Suka novels,dgr mp3..and nak gi Redang!!!! ehemmmm.. [siapa yang 'berkaitan' sila ambil tindakan.. hehe]
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
On the contrary, aku suka dok rumah..tp aku buleh spend the whole day kat shopping complex. hehehe.. [especially kalau J-Card day! ..rindu Jusco! haha..]
* Tidak boleh duduk diam.
Macam budak nakal plak takleh dok diam.. hehehe.. tp memang pun..dok rumah aku suka MASAK!
* Tidak punya ramai anak.
Erkkk..wallahualam.. tp kalau nanti ada 2-3 org ok kot. Aminnn~
* Rajin dan bersemangat tinggi.
Aku = rajin?? Bersemangat tinggi?? Oh tidak..
* Agak boros
You got this spot on!!! Hahahahah..
_______________

So, secara tak langsung.. korang dah tahu serba sedikit tentang 'personality' aku..
Seriously, kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah ni agak 'tepat' tentang aku.
Why don't you guys try this out and see?
And to Kak Ila, Che FF and Che 13May.. SELAMAT HARI LAHIR YAAAAA?

Monday, April 28

Masa

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali bagi mereka yang beriman dan yang beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran, juga berpesan-pesan kepada kesabaran.” [Al-‘Asr: 1-3]


Masa.
Sekarang ni seolah-olah betul MENCEMBURUI aku.
Sehari dirasakan seperti ada 12 jam sahaja.
Itulah, bak kata seorang sahabat, bila kita betul² memperuntukkan masa untuk kerja kita, makanya waktu dirasakan seolah tidak cukup untuk menyelesaikan segala kerja.
Bukan maksud aku selama ini aku tidak bekerja, cuma sekarang, ada beberapa task yang terletak dalam kotak A.S.A.P aku.
Semua nya perlu siap dalam jangka masa yang sama.
Sigh~

Aku tak punya ruang mahu menyinggah di halaman kalian sekarang.
Seusai semua ini, insyaAllah.

Lagipun aku tiada rasa... ada sesuatu yang agak menyentuh hati aku.
Yang buat aku tidak senang seolah aku ada membuat salah.
Jadinya, sebelum rasa tidak senang hati ini makin membarah, ada baiknya aku mengundur sebentar dari blogosfera.
Sebentar sahaja.

Wassalam.

p/s: Che Azrul, THANKS for coming back! Kamu ceriakan hariku.. :D

Wednesday, April 23

101

Assalamualaikum.

Terima kasih atas ucapan tahniah pada entry lepas.
Sebenarnya permohonan ke UPM masih dalam proses.
Dan, seandainya miss_tree diterima, masih perlu menghadiri temuduga.
Usai temuduga tu barulah confirm kemasukan, insyaAllah.
Doakan ya?! :)

Oh, wahai Che Art.. miss_tree tidak sekali² mengira bilangan entries.
Hehehehehehehehe.. cumanya bila kita masuk dashboard kan ada terpampang?
Dah nak masuk setahun blogging di sini..
Okay lah kot dengan 100 posts tu kan? :D

Ini dah entry ke 101.. agak special..
Tapi apa mau cerita?????

"101 Perkara Tentang Miss_Tree"

Hahahahahahhahaha..gilo apo? Nak senarai sampai 101?
Macamlah interesting sangat aku nih.
5 cukup lah kot ya..? Orang tak minat nak tahu pun, tapi lantak lah..
Tak ada idea nak mengarut pagi-pagi ni.

  1. Aku tak boleh hidup tanpa TV. Memang potato couch aku nih. Dulu, masa baru duduk di rumah sewa, area aku tu tak dapat pun siaran TV3.. yang ada, RTM1 ngn ntv7..tu pun kadang-kadang siaran tak elok. Tapi aku layankan je.. asal ada TV.. hahahaha..kalau tak aku akan bosan.
  2. Aku suka menangis. Ini ada kaitan dengan kegilaan aku dengan TV. Kalau aku tengok satu² cerita tu seorang diri,fuhhhhhh..kebarangkalian nak menangis tu amatlah tingginya. Sampai teresak-esak berair hidung sumeh.Dan kalau tengok makcik atau pakcik tua kat tepi jalan, tengah sapu sampah ke, tengah angkat barang ke.. itu pun buleh buat aku nanges. Huhuhuhuhuhuuhuhuhuhu.. kesian tau...
  3. Aku sing and drive..bukan drink and drive, okay? Hehehehehe.. tak sah kalau aku tak melalak dalam kereta bila memandu. Nak-nak bila on the way nak balik kampung. Ini adalah salah satu cara aku menghilangkan rasa mengantuk. Tapi kalau kena dengan lagunya, bila drive ke sekolah yang 10 minit tu je pun aku menyanyi. Bukan ada orang dengar pun kan? :D
  4. Aku tak boleh buat kerja tanpa iringan mp3. Setiap pagi, masuk je makmal komputer, perkara pertama selepas komputer on adalah membuka media player. Kemudian alunan lagu akan berkumandang di segenap ruang makmal komputer and I'm good to go! Hehehehehhe..kali ni aku tak nyanyi, cuma perlu ada bunyi-bunyian sahaja bila sedang buat kerja.
  5. Aku jatuh cinta sama Korea. Bukan setakat dramanya sahaja. Aku suka menonton cara hidup orang Korea. Cara mereka makan dan sebagainya. Aku suka bahasa mereka. Aku suka cara mereka yang sangat mengutamakan ilmu dan teknologi dalam kehidupan, tetapi tetap mengekalkan adat tradisi mereka. Dan oleh kerana itu, aku sekarang sedang dalam proses mempelajari bahasa dan tulisan Hangul. :D


Ini adalah lima perkara tentang aku.
Ada yang menyamai kalian?
:D

Wassalam.

Thursday, April 17

C

C

Kenapa C?
Apa maksud C?
Hehehehehhehehehehehe..

Mengikut angka Roman, C itu adalah 100.
Ini adalah post/entry ke 100 ku.
:)




Called UPM tadi, dan kata keraninya, permohonan aku dalam proses.
Alhamdulillah. Kalau ada rezeki, Julai ni insyaAllah aku sambung belajar.
Aminnnnnnnnnn~

Friday, April 11

akhirnya.

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini aku agak stress.
Memikirkan tentang perihal sambung belajar yang belum lagi berkesudahan.
Bak kata kumpulan Muse kegemaran ku : "Time Is Running Out"..
Lagi lama aku tangguhkan hal ni, lagi lambat lah ijazah berada di tangan aku.
Tapi rasanya hati aku dah bulat.
Setelah pilihan lain semua tiada, makanya aku akan memohon sekali lagi untuk UPM.
Muktamad. Titik.

Dalam ke'stress'an tu, seperti yang Che G O R O kata kan, aku asyik download lagu je. Hehehehehehehehehe..
Memang pun. Muzik boleh buatkan aku lupa segala masalah yang bersarang di kepala.
Jadinya, kerja aku waktu senggang, adalah mencari dan mendownload lagu-lagu yang terkini dan mengasyikkan.. [rujuk post sebelumnya..]

Dalam banyak² lagu, ada satu lagu yang aku belum berkesempatan sebut dalam entry yang lalu.
Lagu yang sangat-sangat ISTIMEWA ni aku dah cari sejak tahun 2005 lagi.
Bayangkan, dah 3 tahun, akhirnya, tahun ni, aku berjaya 'menjejaki' lagu itu.

Tak lain tak bukan ianya adalah dendangan seorang penyanyi yang berbakat besar tapi tidak diketengahkan iaitu RIDZUAN.
Aku pasti ramai yang tak mengenali siapakah gerangan Ridzuan ni..
Oleh itu mari kita bersama-sama lihat fotonya.



Comel kan Ridzuan ni? Tahun ni umrnya baru 19 tahun.
Muda trang-tang-tang lagi..tapi suaranya... mak oiiii!!
Memang aku cairrrrrrr sangat. Kalah Bang Nuar.
Hehehehehehehehehehehehhehehehe..

Selamat menikmati lagu "PERMATA KASIH" nyanyian Ridzuan ni.
Sekerat je, sebab ini edisi live, semasa AIM 13.
Oh, masa AIM 13 tu Ridzuan ni dapat anugerah Artis Harapan.
Tapi harapan tinggal harapan je lah. Tak ada follow up pun.
Mungkin sekarang tengah sibuk belajar.
Lagi bagus. :)

Wassalam.

Tuesday, April 8

lagu

Assalamualaikum.

Sedikit sambungan dari entry sebelumnya.
UITM sudah tidak mengambil pelajar untuk PJJ bagi Bachelor in TESL.
OUM juga macam dah tak ada program di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru, KPM.
Jadinya aku tinggal satu pilihan yakni UPM.
InsyaAllah hari ini akan bertanya status permohonan aku yang dulu, masih valid atau tidak.
Kepada Che G O R O, terima kasih banyak atas segala nasihat.
Dan juga kepada kalian semua yang memberi pendapat.

Ermmm.. sekadar nak menarik perhatian kalian pada playlist aku di sebelah kanan tu.
Ada beberapa lagu baru yang semenjak dua menjak ni asyik di replay sahaja di media player.
Lagu dari Ungu, Cinta Dalam Hati tu, ada seorang blogger suruh aku dengar.
Memang mengasyikkkan.

Lagu dari Ella dan Shah [pendatang tanpa izin baru] yang tajuknya Ku Merindu tu jugak best.
Pertama kali dengar dalam rancangan Malaysia Hari Ini.
Selain tu, lagu dari Ayu (juara OIAM 2), Hanya Di Mercu jugak menarik perhatian aku.
Best dan layannnnnnnnnn jugak suara minah ni.. patut lah dia boleh menang.
Ada iras penyanyi Indonesia jugak lah suaranya..
Dan lagu terbaru Faizal "The Superman" Tahir juga tak manghampakan.
Sampai Syurga ni memang boleh buat aku stop bekerja kejap and layannnnn..
Hehehehehehehehehehehe..

Tapi yang PALING AKU SUKA adalah lagu dari Aizat AF5; Hanya Kau Mampu.
Perghhhhhhhhh!! Best lagu nih.
Tak sangka suaranya best..kena pulak dengan lagunya..
Ke orang² yang ala² "sihat" ni suara nya best, ek?
Tengok contoh Adibah Noor and Bob AF2..
Masa tengok ABPBH (ya, aku tengok!! malu pulak nak ngaku..huhu..), masa Bob nyanyi lagu Bang Nuar, rasanya suara dia lagi best+power dari yang empunya badan.

So, sila lah melayan lagu² terbaru yang best ni..
Untuk download, jangan segan ke sini : Top10mp3download.
Sila search dan download lagu² tersebut..
Tak rugi maaaaaaa...

Wassalam.

Wednesday, April 2

pening.

Assalamualaikum.

Setelah 3-4 hari 'terpisah' dari dunia maya, hari ni Alhamdulillah..
Talian broadband Schoolnet dapat beroperasi seperti biasa..
Makanya, barulah terasa tak terputus hubungan dengan dunia luar.
Sepanjang ketiadaan internet, hidupku lemah lesu tidak bermaya..
Hehehehehehehe..

Banyak dugaan sepanjang 3-4 hari lepas.
Komputer² di makmal nih bagai "mogok".. semuanya nak rosak.
Dengan masalah networking dan sebagainya.
Aku, yang sememangnya bukan 'ahli' IT, tak termampu nak buat apa.
Tension je sepanjang tempoh tu.

Jadinya, bila dah okay ni, agak lega lah sedikit..
Chegu-chegu lain pun tak bermasalah dah dengan PC di makmal nih.
Fuhhhhh..legaaaaa..~

Tapi, hari ni, ada satu hal jugak yang buat aku pening kepala.
Perihal nak sambung belajar.. nak buat first degree secara part time.
Buat masa sekarang aku ada 3 pilihan..

Pilihan pertama sebenarnya nak apply UITM.
Tapi bila masuk web PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) nya, course TESL takdak plak tersenarai.
Tu yang pening, selama ni ada je ditawarkan kat UITM Dungun.
Huhuuuhuhuhuhu.. nak nanges pun ada.

Pilihan kedua pulak UPM.
Tawaran aku dah pernah dapat sebenarnya tahun lepas,tapi dek kekangan masa, tak boleh pulak nak attend interview tu tahun lepas.
Tapi, kos belajar kat sini mahal.
Pulak tu, aku nak kena travel ke Serdang untuk kelas.
Bayangkan lah dari Terengganu ke Serdang 2-3 kali sebulan..
Tak tahu lah secara fizikal dan mental nya aku dah bersedia atau tidak.
Aku ni dah lah amat lembab dalam bab time management nih.

Yang terakhir, Open University (OUM).
Tapi nak kena apply melalui Kementerian..dan peluang nak dapat tu agak tipis.
Kalau dapat, senang lah kot.. sebab tempat belajarnya ada di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Tak perlu lah nak fikir tang nak kena travel ke apa..

So, aku perlu nasihat atau sebarang info dari kalian..
Che Butaseni di USM (kan?!).. atau Che G O R O di UKM..(ke UM?!)..
Ada apa-apa pendapat tentang ini..?
Miss_tree ini mahu buat course TESL.. secara part time..

TOLONG SAYA..BERI PENDAPAT..
APA PATUT SAYA BUAT..APA YANG TERBAIK.


Wassalam.

Friday, March 28

rosak

Assalamualaikum.

Miss_tree bersiaran dari rumah sahabat baik.

Internet di sekolah rosak.. router bermasalah.

Jadinya, daku ga' bakalan ada di alam maya buat seketika.

Blogger, YM, email... semua takdak..



Errr,kalau ada apa-apa berita, sila sms.

Hehehehehehehe..

Wassalam.

Sunday, March 23

CH

Assalamualaikum.

"Hilang" ku bersebab kali ini.. hehehe..
Cuti Maulidur Rasul yang lepas daku ke Tanah Tinggi Cameron bersama kakak, abang ipar dan dua anak saudara.
Perjalanan dari rumah ke sana mengambil masa kurang lebih 4 jam.
Sesampainya kami kat sana, rehat sebentar dan terus ke Bharat Tea.
Malamnya ke pasar malam.

Esoknya ke Rose Centre [terimbau kenangan ke sini semasa sekolah..]
Kemudian ke Butterfly Farm [yang hanya ada 4 spesies rama-rama]..
Lepas tu kami ke Raju's Strawberry Farm [yang ice creamnya YUMMYLICIOUS!!]
Dan kemudian sebelum balik menyinggah di pasar..
Bunga-bungaan, buah-buahan,sayur-sayuran..semuanya segar..

Sedikit foto yang diambil semasa 'percutian singkat' tu..
Agak penat, tapi sangat memuaskan hati..
Errr..sila bawa cursor ke gambar untuk title nya..
Oh, tajuk entry nih "CH" sebab masa di sana kebanyakan kenderaannya ada di cat "CH"..
Hehehehe..



Wassalam.

Saturday, March 15

lawak

Assalamualaikum.


Sebelum apa-apa, jom kita ucapkan tahniah kepada BANG BIL yang telah menjuarai Raja Lawak ASTRO malam tadi. [Thanks for the info, ya Che G O R O..] Namun begitu, kita tak perlukan Raja Lawak, Last Comic Standing atau Bang Bang Boom! untuk ketawa kebelakangan ini.

Kita hanya perlu membaca surat-koba dan menonton berita di tali-besen.

Dengan isu-isu yang tak habis dan tak sudah-sudah.. politicians bagi aku dah macam pelawak. Cakap berbelit-belit tak kira parti memerintah ke yang membangkang. [Kecuali negeriku yang aman lagi makmur dan selesa. Alhamdulillah..] Tali-besen dan surat-koba pula masih tak reti nak INSAF. Dah tahu orang benci, polak, bengang dan sebagainya dengan laporan yang BERAT SEBELAH, lagi lah tak nak ubah perangai tu. Cuba lah jadi macam bloggers di alam maya ni.. yang menyampaikan berita secara telus dan jujur.. hahahaha.. Ye lah, kalau tak pun sekurang-kurangnya tak ada lah senget sebelah dacing penilaian betul salah para bloggers ni.

Bila kita boring, dan tension..bak kata sahabat baikku, "baik kita tengok citer Korea!" Hahahahahahahaha.. memang pun! Tengok kan muka hero dan heroin K-drama yang sama cantik sama hensem tu lagi menyonangkan hati den. :D

Tapi lagi menyenangkan hati bila beribu-ribu rakyat negeriku ke Dataran Ilmu hari Jumaat lepas bagi mendengar ceramah agama dan selepas itu diikuti dengan solat sunat hajat kesyukuran sempena kemenangan penggal kelima PAS di negeri Serambi Mekah ini.

Jumaat 14 Mac 2008
(sumber: kelantankini.com)


Untuk rekod, setiap hari Jumaat di Kelantan akan berlangsung ceramah agama di Dataran Ilmu (berhampiran Stesen Bas Kota Bharu). Alhamdulillah, setiap kali adanya sesi ilmu ini, beribu-ribu rakyat dari seluruh pelosok negeri akan bersama-sama mendengar amanat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz (sesi kedua 9.00-10.00 pg) dan sebelumnya oleh mana-mana exco kerajaan negeri (8.00-9.00 pg). Sesi sebegini khabarnya akan dilaksanakan juga di Kedah. Alhamdulillah.

Wassalam.

Sunday, March 9

berita.

Pasir Pekan, 9 Mac - Dalam keghairahan meraikan kemenangan parti PAS sempena Pilihanraya Umum ke -12, negeri Kelantan kini dilanda kekurangan bekalan yang agak merunsingkan para penduduk terutamanya di daerah Tumpat.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan R, beliau terkejut apabila ke Pasar Besar Wakaf Bharu pada pagi ini dan mendapati bekalan bagi ayam dan laksa/laksam habis dijual walaupun waktu itu baru menunjukkan jam 11.30 pagi. Beliau yang khuatir suami serta anaknya yang baru pulang dari Perak untuk mengundi semalam akan kempunan, terus bergegas ke kilang laksa di Chabang Empat, Tumpat.

Namun, tiada berita gembira dikhabarkan walaupun lebih dari tiga kilang dilawati bagi mendapatkan bekalan laksa yang diidam-idamkan oleh seluruh ahli keluarganya.

Faktor kekurangan bekalan ayam serta laksa ini dikaitkan dengan keghairahan rakyat Kelantan yang ingin meraikan kemenangan PAS yang kekal memerintah bagi penggal yang seterusnya. Kebanyakan rumah di sekitar kawasan ini didakwa berbau haruman dari kuah laksa lemak yang menjadi santapan kegemaran rakyat negeri Serambi Mekah ini.

Suami Puan R yang dihubungi pula berkata, beliau redha dengan keadaan ini dan menambah bahawa dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang, kekurangan bekalan daging pula mungkin akan melanda Kelantan kerana dilaporkan bahawa banyak kenduri KESYUKURAN akan diadakan sempena kemenangan besar PAS pada Pilihanraya Umum kali ini yang mengulangi kejayaan tahun 1990.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

* * *

Selesai sudah.
Ada yang berduka, ada yang memanjatkan kesyukuran kerana doa dimakbulkan.
Aku?
Bak kata Bang Bil (Raja Lawak) kesayanganku...
"Lu pikirla sendiri! Assalamualaikum!!"



*Puan R dalam berita di atas adalah ibunda Cikpokok.. hahahahahahahaahaha..
** terima KASIH pada bloggers Wan and Che GORO yg mengupdate dan berbalas pantun sms dari semalam hingga pagi tadi melaui sms.. hehe..

Tuesday, March 4

pertabalan~

Assalamualaikum.

Hari ini, aku cuti.
Seluruh rakyat yang mendiami dan berkerja di Terengganu cuti.
Cuti sempena Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu.

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Baginda adalah my second favourite Agung selepas Sultan Azlan Shah.
Dan apabila Raja Nazrin jadi Agung, baginda Sultan Mizan akan menjadi third favourite kerana Raja Nazrin akan mendahului carta..
Hehehehehehe.. entry nih buat aku sedar, kerabat DiRaja Malaysia tak kurang juga hebatnya.

* * *

Sebenarnya, aku dah insaf lepas menyepikan diri buat sekian lama.
Banyak cerita rakan-rakan yang aku missed..

Tentang Che Dayat yang tak berapa sihat..[tapi alhamdulillah dah ok..]
Tentang Cik Lindosh yang disakitkan hatinya oleh seseorang..
Tentang Cik Nina yang selalu bermimpi manis..yang buat aku cemburu.. ;)
Tentang Che G O R O yang kesibukan dengan tanggungjawab di tempat kerja..
Tentang Che AlanZed yang dah berada di Terengganu [rupanya..]..
Dan tentang Cik Bintang ♥..ahhh, kamu sungguh tabah!

Itu.. baru beberapa orang..

Apa khabar Cik Rena? Cik Nelly? Achik???
Kak KV? Kak pB? Kak Ila? Kak Jun? Kak Yatie?
Che Joe? Che AhCock? Che Butaseni? Che Art?
Che Wira? Che Jinggo?

*
Yang tak tertulis di atas, jangan terasa hati kerana aku juga kangannnnnnn sama kalian.
Aku akan rajin menjenguk rumah-rumah kalian dan aku akan rajin update.
Selagi masa mengizinkan.

Wassalam.

Monday, March 3

meriah!

Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku sukaaaaaaa sangat drive..jalan² tengok pemandangan.
Kiri, kanan, atas.. sumeh ada bendera terpacak..tergantung..
Hijau..biru..biru muda..saujana mata memandang.
Setakat ni, paling meriah aku rasa kat Kg Lak Lok,Jerteh.
Iya, kawasan MB Terengganu..
Kat situ, keadaan sama naik..hijau..biru..
Memang cantik!

Sayang aku takde camera.. nak ambik guna camera phone macam x besh plak.
Lagipun tengah drive kan..
Tapi memang asyik lah.. rasanya time 31 Ogos pun tak macam nih.
Meriah yang amat.. tu yang terasa semangat terlebih-lebih pulak nak mengundi.
Kat depan umah aku di kampung pun best.
Siap ada bunting sumeh lagi.
Nak tahu gambar siapa, kena datang tengok sendirilah.
Heheheehe..

(sumber: bharian.com.my)

(sumber: mba2u.blogspot.com)


Wassalam.

Wednesday, February 27

cin-cin

Assalamualaikum.

Al fitnatul asshadul minal qatl~
Fitnah itu lebih teruk dari membunuh.
Fitnah, rumours.. adalah adik beradik.. tak pun sepupu sepapat.
Hehehehehhehe.. takde lah aku kena fitnah ke apa..
Saja je nak buat gimik..
Tapi orang sudah pandang lain bila aku pakai ini :

[gambar hiasan sahaja.. tapi..cantik kan???]

Soalan-soalan lazim dari rakan sekerja..
[yang agak 'kejam' bagi aku.. huhu..]


"Hai..cuti hari tu ada majlis ke?"
"Ohhh.. tak bagi tahu pun dah tunang?"
"Orang mana bagi tu? Oghe Kelate?"
"Cincin dah ada, walimatul urus nya bila?"

Arghhhhh!! Tekanan betul.
Cincin yang kuanggap sebagai aksesori pelengkap diri selalu disalah tafsir.
Macam.. kalau ada cincin di jari, confirm dah tunang or kahwin.
Kalau betul takpe lah.. urghhh! Tekanan..tekanan..
Sighhhhhh~

Oh, kepada Che Sunan yang 'dirindui'..
Saya bakal mengundi di DUN Pasir Pekan 8 Mac nanti.
Alhamdulillah, kalau tiada aral akan ku pangkah calon idaman.
:D

Wassalam.

p/s: Che G O R O, tak jumpa lah ayat tu. :( Thanks anyway, sebab betulkan. ;)

image source: http://www.furthers.com/images/GREEK-ENG-1.jpg

Sunday, February 17

err...emmm..

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, dah update.
Serious. tak caya tanya Achik. (hehe..)
Tapi bila nak upload tu tak jadi.
Tekan 'back' terus hilang apa yang dah tulis.
Orang bila dah malas, jadi pulak macam tu..
Terus give up! :D

Kucing kemalasan.. hehehe..
Lebih kurang sama dengan pemilk blog ini.
Perhatikan timbunan kerja yang diabaikan oleh kucing itu.
;)



Ramai yang sudah perli tentang virus M yang melanda ni..
Heheheheheeh... harap tak tersebar kepada yang lain.. :P
Oleh itu hari ini daku insaf.. maka sedikit berita ingin disampaikan.

Kerja masih lagi bertimbun, menunggu untuk disiapkan.
Tah bila akan settle semuanya, aku pun tak tahu.
Sesungguhnya pengurusan masa merupakan KELEMAHAN aku yang paling utama.
Aku tak sistematik dan suka buat kerja di 'saat-saat kecederaan' kalau dalam bahasa bola.
[tgh ber YM dengan seorang blogger yang sedang "berkabung" dek kekalahan Arsenal.. haha]

Kurang lebih dua minggu dari sekarang, kita akan mengundi.
Aku excited yang amat.
Kali pertama menjalankan tanggungjawab.
Akan ku pangkah yang mana kurasakan boleh memimpin dengan baik.
:D

Wassalam.

image source: http://www.ontora.com/wp-content/uploads/2007/03/lazy.jpg

Tuesday, February 5

musim.

Assalamualaikum.

Sekarang ni musim...

Bukan musim banjir, cuma hujan sekali sekala.
Bukan musim panas, kerana negaraku beriklim khatulistiwa.
Bukan musim durian, sebab tak ada sampai lagi bau-bauannya.

Sekarang ini musim MALAS.
MALAS MENULIS BLOG,
MALAS UPDATE..
JUGA (dengan penuh rasa bersalah),
MALAS MENYINGGAH BLOGS KAWAN-KAWAN.

Sebetulnya 'enjin' otak ku belum berfungsi dengan baik.
Berserabut lagi dengan segala mesyuarat, minit mesyuarat, cadangan program dan aktiviti tahunan, Hari Sukan, baju sukan, latihan sukan...
Aaaaarrghhhh!!!! Poning 'palo den!

Tension² layan Raja Lawak kat ASTRO ok jugak. :D

(cute kan Nabil ni? and dia sgt lah lawak!! I like!! :D) ♥ ♥

Wassalam.

Monday, January 28

sementara...

Assalamualaikum..


Iya, saya sudah pulang.. percutian sehari semalam sangatlah menggumbirakan.
Tempatnya memang best, jauh dari resorts lain, seolah-olah pantai itu kami yang punya.
Tentang tempat tinggal tu pulak, memang SUPERB.
Selesa, luas.. facilities semua cukup lengkap..
Dengan katil queen+single, bathroom pun sangat luas.

Nak bercerita panjang lebar, actually miss_tree nak tunggu gambar² yang akan diupload nanti oleh sahabatku.
So, hari ni saje nak tayang something yang aku dapat [baca: BELI] dari Jepun.
Akhirnya dapat jugak.. walaupun bukan model yang diingini, tapi tetap berpuas hati..
:D







Lawa takkk??? Hehehehehehehe...
Ceritera bercanda di tepi pantai akan di post a.s.a.p.
Sementara tu..yang ni dulu.
Wassalam!!

Thursday, January 24

Getaway~


Assalamualaikum.

Esok..miss_tree akan bersantai ke pantai bersama kawan-kawan.
Saja nk release tension sambil lepak sama²..
Tunggu laporan nanti ok?
Have a great weekend!!



Cantik tak??

------------------------------------------------------------------

p/s: Che Wira + Che G O R O.. miss_tree akan berDSLR kat sana nanti.. :D

Sunday, January 20

Annyong-haseyo!

Assalamualaikum!

Hehehehehe.. tajuk pun agaknya kalau yang biasa dapat agak nak berceritera pasal apa hari ni.
Hrmmm.. kalau nak kata miss_tree ni tengah obes obses ngan Korea ni buleh jugak lah.
Sekarang ni, bukan setakat vcd/dvd drama Korea je yang dilayannnnnkan.
Pasang TV pun lately ni asyik channel KBS je.. (Korea Broadcasting System - stesen TV milik kerajaan mcm RTM, tp versi best lagi.. haha..)
MP3 tak yah cakap lah.. playlist skarang dok repeat lagu Korea je.. haha.
Gila ke macam ni? :D


Satu lagi, negara Korea Selatan ni.. tersangat lah cantiknya..
Pulau² dia sangat menggiurkan.. especially Jejudo (yang dah diiktiraf sebagai World Heritage).
Kat Jejudo ni ada satu gunung.. Halla-san namanya.. ikut Wikipedia, ni gunung tertinggi di Korea Selatan.
Oh, tapi Pulau Redang masih menjadi po-jaan hati ku.
Tahun ni tak dapat tak, nak jugak jejak kaki ke sana..
(nak sampai Jejudo lambat laaaa... dalam mimpi je kot.)

Apa lagi yang buat aku jatuh cinta dengan Korea?
Ermmmm... bahasanya kot.. mula-mula dengar memang pelik.
Tapi lama-lama best pulak.. dah dapat tangkap pun sikit² frasa bahasa Korea ni..
Macam tajuk entry ni.. maksud dia macam "Hi!!" or selamat sejahtera gitu.. hehehe..
Nama pun cikgu bahasa kan.. so aku sangat curious kalau bab-bab bahasa selain B.Melayu dan English ni.. [pernah belajar French masa sekolah.. sekarang pulak nak belajar Korean+Spanish..]
Cintaku kepada bahasa tak terkata lah.. ahahahahaha..

Tulisan Korea pun menarik bagi aku. Nama tulisan Korea ni "Hangul".
Tengok macam kelakar je sebab ada bulat-bulat dalam huruf deme ni.
Tapi bila try tulis masakkkk jugak..
Macam cakar ayam jek jadinya. hehehe..



Banyak lagi yang menarik tentang Korea ni..tapi kalau nak tulis lagi, takut membosankan kalian yang tak layan langsung apa-apa berkaitan Korea nih.
Kira entry ni sekadar nak sharing apa yang miss_tree suka je la.
Erm, kepada Che Anul sila layari www.mysoju.com untuk menonton drama-drama Korea terdahulu dan terkini.. hehehe..

Kamsa-hamnida! Annyonghi kasayo!
(Thank you! Good bye!)

Tuesday, January 15

Sawang~

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhh... agaknya dah buleh jadi Spiderwoman aku jap lagi..
Habis bersawang dah blog nih tak ada update.. heheheheh..
So sorry pada yang berkunjung tapi masih dihidangkan dengan lagu Kerispatih dan OST Full House..
Juga entry yang tak berubah-ubah dari awal bulan.



Sejujurnya, aku agak MALAS nak mengupdate blogs buat masa sekarang.
Mood tu belum ada.. tak nak beralasankan kerja, sebab tak adalah banyak sangat.
Kalau banyak pun boleh je lepas sekolah nak online dan update..
Tapi betul.. aku tak ada mood.
InsyaAllah akan slow-slow kembali mengumpulkan minat terhadap penulisan ni.
Juga melawat blogs kalian semua.. [janji tinggal janji nih.. huhu..]

Oh, oleh kerana aku tak terfikirkan topik apa nak bercerita sekarang ni.., so aku hidangkan kalian semua dengan lagu dari Big Mama.
Siapa Big Mama? Haaaaaa.. mereka adalah favourite vocal group miss_tree dari South Korea.
Dan tajuk lagu ni aku pun tak ingat.. first time dengar kat channel 303 (KBS World-[achik..feveret channelku selain 703]..)
Tapi layankan je lah ekk..

Jap lagi nak gi jaga kelas untuk exam..
Ya kawan-kawan.. hari ini anak-anak muridku sudah ada exam.
So, laman kalian akan disinggahi satu-persatu selepas ini.
InsyaAllah.

----------------------
bad mood..
sat tadi aku caught anak murid meniru dalam exam..
dahlaa budak paling pandai.. lagi lah berapi..
aku.., memang cukup PANTANG kalau orang meniru.
aku "hilang" dua bloggers kesukaan aku di alam maya ni..
harapnya mereka sihat-sihat dan kembali berkarya.

Monday, January 7

Belum..

Assalamulaikum.

Minggu kedua di sekolah.. tengah meng'adjust'kan diri dengan kerja-kerja di sekolah selepas hampir dua bulan meninggalkan 'alam pekerjaan' ni.
Fuhhhhh...awal-awal di sekolah ni banyak perkara yang kena diselesaikan lantaran aku seperti biasa menjadi guru kelas.
Alhamdulillah, yuran murid kelasku dah selesai dikutip dan diserahkan kepada kerani dan guru penolong kanan.
Dan tidak seperti yang diuar-uarkan di siaran berita waktu perdana kebelakangan ini, tiada rungutan tentang bayaran yuran di sekolah aku.
Mungkin kerana secara puratanya yuran di sekolah ni hanya sebanyak RM 50.00.. justeru ibu bapa [walaupun kebanyakannya hanya penoreh getah] tidak terasa terbeban.

Hendak bercerita tentang yuran, entahlah.. aku rasa sekarang isu ini dah overrated.
Terlalu banyak di'bincang'kan sehinggakan dah naik muak rasanya..
Secara peribadinya, aku merasakan kebanyakan ibu bapa tersalah informasi bila dikatakan yuran sekolah di M-A-N-S-U-H kan.
Lebih elok, seawal pengumuman itu dibuat, sepatutnya dinyatakan jumlah sebenar yang dimansuhkan agar tidak timbul kekeliruan di kalangan ibu bapa.
Untuk rekod, bagi sekolah rendah hanya RM4.50 dipotong dari yuran tahunan yang selama ini dibayar oleh ibu bapa.

Cakap banyak tidak berguna bila nasi sudah jadi bubur.. Menteri Pelajaran pun dah beri kebenaran untuk ibu bapa mengambil balik wang lebihan yang telah mereka bayar.
Harap jangan ada yang salah faham.. aku bukan nak menyalahkan ibu bapa kerana pada pendapat aku, sekolah yang mengenakan yuran tinggi itu 'sengaja mencari nahas'.
Sudah ada pekeliling yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran, kenapa tidak diikut sahaja?
Dan sudah tahu isu ini 'hangat' pada waktu sekarang kenapa hendak mengapikan lagi dengan mengenakan yuran yang tinggi?
Kalau pun ada yuran yang memang patut dibayar oleh murid, pada hemat aku lagi sesuailah ianya dipungut secara beransur-ansur..bukan pada awal tahun sekaligus.
Ibu bapa pun tak akan terbeban.. Buletin Utama pun tak akan siarkan.
Hehehehehehe..

Secara tak sedar aku sendiri dah TERbincang tentang yuran sekolah dalam entry ni.
Bukan apa, sekadar menyampaikan pendapat sendiri.
Tajuk entry ni "belum" kerana aku masih belum sempat nak menjenguk blogs kalian lagi tahun ini.
Masih terkial-kial dengan jadual waktu yang baru sampai kadang-kadang terlambat masuk kelas.
InsyaAllah, sebelum pulang bercuti untuk Tahun Baru hari Khamis nanti akan kusinggah laman-laman kalian semua yang amattttttttttttttttttttttttt aku rindui.

Wassalam~

Wednesday, January 2

2008

Assalamualaikum.

Entry no. 1 x tau nak letak title apa Hari Guru 2007 kami guru Malaysia Sabtu yang hening..ke lemah gaji chocs bola break jalan. Kembali luah blocked seni seni 2 sensitif balik. Sorry tagged. Baru!! ♣ bunga ♣ cinta tolong Laila. Cukupp alaa.. 30th break.. Course tagged Ooopss!! May maaf masih.. lagi *moody* teruja Langkawi rindu... merdeka suka tangisan lelaki misteri Kamarul.. Ramadhan 1428 1 Ramadhan puasaku.. nakal jawapan rutin rutin 2 polaq idea-less.. draft betul² the lima iftar disorganized Eid-ul-fitr *mengeluh* away lama hilang.. transformasi enam-tujuh 1:27AM beres! UPSR serius teater pencapaian bahasa sopan. Tolong² tujuh-tujuh kahkahkah.. cita² cita² akhir.

->> Tak faham?? hehehehe.. apakah yang cuba miss_tree katakan di atas? Anyway, selamat tahun baru ekk? Tapi "tahun baru" kita 10hb Januari ni sebenarnya. Tungguuuu... Thanks atas segala ucapan dalam entry yang lalu.