Tuesday, June 16

bila bos meragam dan aku pun sama

subhanallah. semoga aku tenang menghadapi hari-hari di sekolah ni, berhadapan bos [guru besar] yang betul2 mencabar kesabaran aku. hari ni dengan rasminya aku melancarkan sekali lagi 'perang dingin' aku dengan bos. baru je ingat nak redakan sesi tak bertemu muka,bertentang mata dengan dia selepas 2 minggu cuti, tup-tup hari ni 'bom sabar' aku meletus lagi.


sebab aku marah? benda yang kecil sahaja, tapi dek perkara yang kecil itu lah dia tak nak berkompromi dengan aku. mungkin sebab 'terkujat' dengan reaksi spontan aku yang melawan cakap dia depan semua orang. aku tahu aku tak patut begitu, tapi aku melawan dengan menyatakan pendapat yang aku rasa rasional.

memang sudah 'resam' aku, kalau aku marah dengan sesuatu/seseorang, aku akan mengelakkan diri dari bersemuka. bimbang kata-kata yang tak sepatutnya keluar, atau yang lagi menggeramkan aku terpaksa MENAHAN apa yang aku nak katakan di dalam hati. sudahnya aku sendiri akan merana sebab tak dapat meluahkan perasaan. jadi, baik aku mengelakkan diri.

surat terbuka kepada bos aku.. walaupun aku tahu dia tak akan baca, tapi aku nak tulis jugak.


kepada Kak L,

saya tahu saya agak kurang ajar sebab menjawab masa tu, tapi tindakan Kak L masa tu jugak sangat menjatuhkan air muka saya sebagai orang yang in charge. memang sejujurnya saya terasa kredibiliti saya dipijak-pijak je masa tu. dan itu adalah sesuatu yang saya tak boleh sabar. in fact, saya tak rasa ada orang boleh sabar kalau maruah tercabar.

saya memang tak akan bercakap dengan orang yang saya buat saya marah, terasa hati dan yang sewaktu dengannya. jadi, tak ada guna Kak L mengadu kat orang lain tentang tu, sebab semua orang pun tahu itu lah yang akan berlaku kalau ada orang sakitkan hati saya. kurang ajar? lebih baik begitu dari saya menjawab lagi benda-benda yang tak sepatutnya.

memang saya tahu risiko markah prestasi saya tahun ni akan turun [kalau Kak L bagi markah ikut emosi], tapi saya tawakkal. sebab sekurang-kurangnya saya tetap mengajar. cuma saya cukup tak setuju dengan arahan baru tu. suka hati lah apa Kak L nak kata, saya tak akan ikut sebab ianya TAK RASIONAL!!

Monday, May 25

termenung sebelum mula.

sehingga 17 may, masih ada rupanya yang masih menjengah di sini. aku sendiri pun sebenarnya dah lama tak berblog. aku x menulis, x membaca tulisan orang lain, apatah lagi memberi komen. memang aku nak menjauhkan diri dari blogosfera ni. malas dan tiada rasa ingin menulis. blog-blog kepunyaan aku sendiri pun tidak dijengah.

tapi aku terkedu bila ada yang masih sudi bertanya ke mana aku menghilang. aku masih ada di sini. masih tidak sanggup membuang segala apa yang pernah aku tulis di sini. dan sahabat-sahabat yang pernah aku 'kenali' di sini, tidak pernah aku lupakan. 
cuma seperti yang aku katakan, aku malas. cepat bosan. dan selepas tulisan hari ini, aku tak tahu bila lagi aku akan menulis kembali.
hari-hari aku di tempat kerja masih lagi bertemankan internet. aku x boleh hidup tanpa internet. :D cuma 'haluan' kini berbeza. aku hanya menjadi seorang pembaca pasif di laman-laman web yang aku tahu rakan-rakan di sini tidak akan mengunjungi. [mungkin che g.o.r.o boleh teka laman apa.. hehehe] dan dalam jangka masa itu, aku ada menghasilkan satu laman web yang langsung tidak bersifat naratif, cuma tentang sesuatu yang betul-betul aku minati. mungkin satu hari nanti aku akan berkongsi.
sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa keinginan aku menulis mungkin bersifat sementara. entah kenapa aku menjadi malas sebegini pun hanya Allah yang Maha Mengetahui.

안녕!

Friday, February 6

tabah, sabar dan jangan putus asa!

aku tahu aku bukan yang selayaknya nak memberi pendapat sekarang. aku orang Kelantan [dengan penuh bangganya] dan tak pernah pun tinggal di Perak. tapi aku suka mengikuti perkembangan di sana sekarang. dan aku tahu, kebanyakan orang lebih suka mendiamkan diri dan mengambil langkah tunggu+lihat akan perkembangan di Perak. tak kurang juga yang menyampah akan senario politik sekarang dan langsung tidak kisah akan apa yang berlaku.

aku tak berniat nak bercerita lebih lanjut tentang situasi di Perak sekarang. kalau ada yang ingin tahu, aku pasti kalian boleh sahaja Google dan baca di mana-mana. terpulang kepada pendapat masing-masing bagi menentukan mana yang betul dan mana yang tidak. aku pun malas nak kata pihak mana yang patut dipersalahkan, kerana bagi aku, politik itu tetap satu PERMAINAN YANG KOTOR. tambahan pula dengan situasi sekarang yang menjadikan sekalian rakyat sebagai mangsa. tak kira lah mereka [ahli politik] ni dari kalangan pembangkang atau pihak kerajaan.

entry hari ini hanya untuk menyatakan yang apa yang paling buat aku sedih akan kesudahan insiden ini adalah pengunduran YB Menteri Besar Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang bagi aku merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber. walaupun bukan di bawah pemerintahan beliau, aku suka melihat ketenangan YB menghadapi segala tentangan dan dugaan selama menjadi orang no 1 di Perak. sentiasa menjawab soalan provokatif dengan penuh ilmiah dan bijaksana. memang nampak kualitinya sebagai seorang pemimpin Islam. 

jadi, pada pendapat aku, inilah kehilangan yang paling besar bagi warga Perak. tentu ada yang tidak bersetuju, tapi perlu aku tegaskan ini hanyalah pendapat aku sahaja. feel free to object. 11 bulan merupakan satu masa yang sangat singkat untuk menilai barangkali, tapi bagi aku he's a good leader. period. dan kalau lah berubah hala tampuk pemerintahan Perak nanti, YB Nizar aku harap akan sentiasa tabah, sabar dan jangan berputus asa dengan ketentuan-Nya. di sebalik kejadian, ada hikmah yang hanya Allah yang tahu. mungkin salah satu daripadanya ialah selepas ini tumpuan yang sepenuhnya dapat ditumpukan kepada DUN Pasir Panjang.

kerjaya YB tidak terhenti di sini. BE STRONG!!

Wednesday, February 4

kalau sayang, orang kata tinggal-tinggalkan

macam tu lah sebenarnya aku rasa dengan blog ni. dah lebih sebulan tinggalkan. bukan tak sayang, tapi entahlah ya, macam tak ada rasa nak berblogging pun kebelakangan ni. banyak benda yang buat aku frust. satunya celcom broadband yang dah lama aku beli tapi speed nya ya Allah!! sama atau mungkin lagi teruk dari zaman dial-up dulu. jadinya, walaupun laptop dah baru, dan aku sepatutnya boleh je online sepanjang masa, tapi dek kerana speed yang macam siput, aku pun tak ada hati nak selalu online.. [baru pindah ke rumah sewa yang baru tahun ni, memang kawasan kampung sikit..huhu..]


bukannya aku nak bagi alasan, tapi itu cuma salah satu kekangan je sebenarnya. paling utama, aku memang macam agak tawar hati nak berada di blogosfera sekarang ni. tiap hari di computer lab pun, aku cuma check email, bukak websites yang aku memang follow dan baca newspaper online. hehehe. kerja sebenarnya dah agak berkurangan kalau nak bandingkan dengan awal tahun hari tu, tapi biasalah aku ni.. selalu last minute.

tapi, walau macam mana tawar hati pun aku nak berblog, aku masih sayang blog ni.  sekali-sekala menjenguk dan update cukuplah rasanya. mungkin lama-lama rasa semangat untuk menulis tu kembali muncul.

buat masa sekarang, biarkan aku melayan isu politik negara kita yang makin hari, makin lawak aku rasa..seronok agaknya bagi orang politik ni memainkan rakyat.


p/s: apa kata Che G.O.R.O agaknya tentang situasi negeri dia..