Folio Sivik
Folio Sivik
Folio Sivik
PENGHARGAAN
Kami berasa bersyukur kerana dapat melaksanakan folio sekolah dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Di sini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Nasuha Bin Paiman kerana memberi sokongan dan kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik kami iaitu Puan Erma kerana telah memberi banyak maklumat dan tunjuk ajar sehingga selesai kajian ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi sokongan moral dan bantuan kewangan dalam melaksanakan folio sekolah ini. Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kami yang telah memberi banyak pertolongan dan kerjasama kepada kami. Dengan ini kami dapat menjayakan folio sekolah ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang tempoh folio sekolah dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian akan dilakukan. Kajiankajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Pertama sekali, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut tenteng latar belakang sekolah kami. Kami dapat mengetahui tentang asal-usul nama sekolah, sebab-sebab nama tersebut dipilih dan perasmian sekolah kita. Selain itu, kami juga dapat mengetahui lambing-lambang sekolah seperti moto, bendera, ikrar, visi, program pelanggan dan falsafah sekolah dan maksud yang terkandung dalam setiap lambing sekolah. Ini akan meningkatkan lagi perasaan bangga terhadap identiti sekolah. Di samping itu, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut dengan tokoh dalam sekolah. Kami dapat mengetahui biodata, sifat-sifat istimewanya, tugas-tugas dan sumbangan beliau terhadap sekolah. Akhir sekali, folio sekolah ini juga dapat membantu kami menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.
Sekolah Menengah Masai telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur mulai 1 Februari 1986. Pada tahun ini juga aliran Sains diperkenalkan. Nama baru sekolah ini diambil sempena nama jawatan pembesar bergelar Dato Penggawa Timur yang menjadi wakil Sultan Johor mulai tahun 1883 untuk mentadbir dan mengawal keselamatan di timur negeri Johor. Masai juga merupakan kawasan termasuk dalam lingkungan kuasa Dato Penggawa Timur. Blok E (kini Graha Syahbandar) siap dibina dengan mengandungi makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, 6 buah bilik darjah dan tandas murid pada tahun 1990. Pada bulan Februari 1991, perkembangan fizikal sekolah terus bertambah apabila blok F(kini Graha Panglima) setinggi 3 tingkat siap dibina yang mempunyai 10 bilik darjah dan 3 buah makmal sains. Akhir sekali, didirikan Blok G(kini Graha Bendahara). Pembinaan Blok G ini ialah hasil daripada sumbangan PIBG sekolah ini. Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur telah diubah nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur pada 1 Januari 1998. Pada tahun 2004, bangunan terakhir iaitu makmal computer telah siap dibina dan kemudian dirasmi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor,
Encik Jalani bin Rusni pada 4 Mac 2005. Sekolah ini semakin berkembang apabila mulai tahun 2002 hingga 2005 telah dibuka Kelas Rancangan Khas(KRK). Sebahagian daripada murid diambil berdasarkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pada tahun berkenaan. Manakala mulai tahun 2006 hingga kini, pengambilan murid tingkatan satu sebahagian besarnya dikawal dengan menerima kemasukan separuhnya murid cemerlang UPSR. SMKDPT bukan sahaja berubah wajah infrastruktur dan prasarananya malah pembangunan suber manusia juga menunjukkan kematangan dan peningkatan profesionalisme. Murid-murid dirangsang dan dimotivasikan dengan memberi nama bilik darjah dengan nama-nama permata bernilai dan bersinar gemerlapan yang dapat memberikan insprrasi untuk mereka mencipta kecemerlangan. Nama permata seperti Berlian, Intan, Zamrud, Baiduri, Delima, Nilam, Topaz, Firus, Mutiara dan Kecubung digunakan sebagai nama kelas. Kini, sering usia dan kematangan sekolah di landasan ke-46 tahun, SMKDPT terus mengorak langkah yang hebat dan berderap gagah mengejar dan mencipta kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Mudahmudahan SMKDPT terus melakar sejarah tersendiri dan mengukir nama seharum kasturi di di persada
Lencana SMK Dato Penggawa Timur Di bahagian atas lencana bertulis dengan nama SMK Dato Penggawa Timur. Di bahagian bawah terdapat cogan kata sekolah yang berbunyi BERUSAHA BERBAKTI yang bermaksud ingin mencapai kejayaan dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa, dan Negara.
Buku terbuka bermaksud pendedahan kepada budaya ilmu. Selain itu, mikroskop bermakna ilmu sains dan teknologi manakala roda teknologi melambangkan kemajuan sains dan teknologi. Tambahan pula, obor bermaksud semangat ingin Berjaya dan lima gelang bermakna semangat kekitaan , persaudaraan serta perpaduan melalui bidang sukan. Akhir sekali, padi melambangkan ilmu yang dicurahkan akan dimanfaatkan dan terhasil.
Negara yang dicintai. Berusaha berbakti cita-cita Bersama amalan kita Membina bangsa maju dan berjaya Untuk hidup bahagia Sekolah Dato Penggawa Timur Jasamu kami ingati Tetap berbakti, terus berbakti Negara yang dicintai.
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara kita Malaysia mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu car ahidup demokratik; mencipata satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; membina satu masyarakat progrefsif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
Dua, Berusaha dengan penuh dedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan aktif dalam bidang kokurikulum. Tiga, Bertanggungjawab menjadi pelajar yang berdisiplin tinggi, menghormati ibu bapa, guruguru dan rakan-rakan. Empat, Kami bersedia menerima teguran dan tunjuk ajar guru untuk menjadi murid yang berketerampilan kea rah mencapai Wawasan Negara.
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Memastikan sistem pendidikan berjalan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara. Memastikan staf yang mencukupi serta berdisiplin, berdedikasi, bertanggungjawab dan produktif. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. Memastikan kami sentiasa peka dan progresif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa, penjaga, masyarakat dan negara. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang terus berurusan dengan kami. Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan. Mewujudkan persekitaran yang indah lagi ceria dan memastikan budaya sekolah berjalan lancar. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dari segi akademik mahupun sukan.
Nama: Puan Abiana Binti Jaafar Umur: 25 Hari lahir: 1-10-1988 Tempat lahir: K9.Tepong, Merumau, Melaka Alamat: No.26, Jln Klang 10, Nusa Damai Nama suami: Mohd. Nazri Bin Hashim Bil. Anak: 4 Hobi: Melancong Pendidikan: Ijazah Sarjawa Muda Sains Universiti: Universiti Putra Malaysia
sebagai seorang guru di SMK Dato Penggawa Timur pada 3 Jun 2000. Puan Abiana Jaafar mempunyai tugas yang amat banyak di SMK Dato Penggawa Timur. Beliau sebagai seorang guru mata pelajaran Sains, Guru Cemerlang Sains dan ketua Panitia Sains. Beliau juga sebagai ketua guru untuk disiplin sesi petang SMK Dato Penggawa Timur dan AJK Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang. Selain itu, Puan Abiana merupakan guru penasihat untuk St. John Ambulance, Persatuan Sains dan rumah Syabandar. Sumbangan Puan Abiana Jaafar kepada sekolah amat banyak. Beliau sebagai jurulatih negeri untuk Program MBMMBI Sains tingkatan 1 dan juga 4. Selain itu, beliau sebagai AJK Majus Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang. Puan Abiana juga merupakan penceramah untuk teknik menjawab Sains PMR untuk sekolahsekolah di daerah Pasir Gudang, murid-murid Tingkatan 1 dan 2 SMK Dato Penggawa Timur. Motto Puan Abiana ialah Kecermelangan Berterusan. Beliau berharap semua murid boleh mendapat A dalam mata pelajaran Sains dan meningkatkan GPS SMK Dato Penggawa Timur.
RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana bersekolah di SMK Dato Penggawa Timur kerana sekolah ini mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Kita juga hendaklah sentiasa mengenang jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Dengan mengetahui sejarah sekolah ini, kita dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identity sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.
RUJUKAN
Buku Semai edisi ke-27 2011, Pihak sekolah. Buku Catatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur, 2011. Buku Catatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur, 2012. http://smkdatopenggawatimur.blogspot.com/# http://www.google.com.my/#hl=en&gs_nf=1&cp=19&g s_id=24&xhr=t&q=smk+dato+penggawa+timur&pf=p& sclient=psyab&oq=smk+dato+penggawa+t&gs_l=&pbx=1&bav=on .2,or.r_gc.r_pw.r_qf.
Bagaimanakah anda menghayati peristiwa penting sekolah anda dan mengambil iktibar daripadanya?
Kita berasa amat bangga kerana sebagai rakyat Malaysia. Kita patut menghormati raja dan pemimpinpemimpin negara yang banyak sumbangan. Kita juga harus menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara dan menghormati lambang-lambang negara. Kita amat berbangga dengan sejarah negara Malaysia. Selain itu, kita wajib bersemangat setia negara. Kita seharusnya cinta akan bangsa dan negara kita, Malaysia. Kita juga patut taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara. Kita bersyukur kerana sebagai warganegara Malaysia dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara yang disayangi. Tambahan pula, kita wajib bersemangat kekitaan. Kita boleh hidup bersatu-padu dan berharmoni dengan rakan-rakan yang berkaum lain, bekerjasama dan tolongmenolong apabila rakan-rakan menghadapi kesusahan. Kita juga saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi. Di samping itu, kita pelajar-pelajar yang berdisiplin. Kita bertindak wajar, bersifat amanah dan jujur. Kita juga berakhlak dan berbudi pekerti mulia serta mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, masyarakat dan negara.
Akhirnya, kita berusaha dengan penuh semangat dan produktif. Kita bersikap rajin, gigh dan berdikari. Kita tabah menghadapi cabaran dan berganding bahi untuk membangunkan Negara Malaysia.