Pergi ke kandungan

Premier Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Premier
Sarawak
ڤريميير سراوق
Premier of Sarawak
Kerajaan Sarawak
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Sarawak
Bidang kuasaSarawak dan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiPejabat Premier Sarawak dan Kabinet Kerajaan Sarawak Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanDemak Jaya, Kuching, Sarawak
PusatTingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak
Dilantik olehTuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tempoh jawatan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Sarawak
Penjawat sulungStephen Kalong Ningkan (sebagai Ketua Menteri)
Dibentuk
  • 22 Julai 1963 (1963-07-22) (Ketua Menteri)
  • 15 Februari 2022 (2022-02-15) (Premier Sarawak)
Timbalan/naibDouglas Uggah Embas
Awang Tengah Ali Hassan
Sim Kui Hian
Tapak webpremier.sarawak.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang Amat Berhormat Premier Sarawak[1][2] (atau dalam bahasa Inggeris dikenali Premier of Sarawak) ialah ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak, Malaysia. Penyandang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dalam kalangan pemimpin parti terbesar bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak.[3]

Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier[4] dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.[1][5]

Penyandang Premier Sarawak terkini ialah Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang menjawat sejak 13 Januari 2017 (pada asalnya sebagai Ketua Menteri Sarawak).

# Nama Tarikh perlantikan Tarikh tamat perlantikan Parti
Ketua Menteri
1 Stephen Kalong Ningkan (Penggal pertama) 22 Julai 1963 16 Jun 1966 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Tawi Sli (Penggal pertama) 16 Jun 1966 7 September 1966 Parti Pesaka Sarawak (Pesaka)
2 Stephen Kalong Ningkan (Penggal ke-2) 7 September 1966 23 September 1966 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Tawi Sli (Penggal ke-2) 23 September 1966 7 Julai 1970 Parti Pesaka Sarawak (Pesaka)
3 Abdul Rahman Ya'kub 7 Julai 1970 26 Mac 1981 Barisan Nasional (PBB)
4 Abdul Taib Mahmud 26 Mac 1981 28 Februari 2014 Barisan Nasional (PBB)
5 Adenan Satem 28 Februari 2014[6] 11 Januari 2017 Barisan Nasional (PBB)
6 Abang Johari Tun Openg 13 Januari 2017[7] 12 Jun 2018 Barisan Nasional (PBB)
12 Jun 2018[8] 15 Februari 2022 Gabungan Parti Sarawak (PBB)
Premier
7 Abang Johari Tun Openg 15 Februari 2022 kini Gabungan Parti Sarawak (PBB)

Bekas Ketua Menteri Sarawak/Premier Sarawak yang masih hidup

[sunting | sunting sumber]

Pemangku Premier Sarawak (Acting Premier of Sarawak)

[sunting | sunting sumber]

Jawatan Pemangku Premier Sarawak hanya akan disandang sekiranya seseorang Premier Sarawak disahkan sakit untuk tempoh yang agak lama ataupun disahkan meninggal dunia semasa melaksanakan tugas dalam pentadbiran kerajaan.

Jawatan Pemangku Premier Sarawak haruslah diberi kepada seseorang individu yang berpengalaman lebih luas dalam sepuluh bidang utama di dalam wilayah Sarawak (politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang & hak wilayah, seni & budaya, sukan, sains & teknologi, sosial & perpaduan kaum, hal ehwal antarabangsa, dan hal ehwal agama). Mana-mana etnik selain etnik Melayu, layak memegang jawatan Pemangku Premier Sarawak.

Tempoh pelantikan jawatan Pemangku Premier hanya akan diberi selama 80 hari sahaja, sehingga mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan sepenuhnya pelantikan Premier Sarawak yang baharu, dengan syarat melalui kaedah pemilihan barisan kabinet kerajaan Sarawak yang baharu, yakni menerusi pelaksanaan pilihanraya kabinet kerajaan Sarawak, ataupun secara terus melalui kaedah pilihanraya umum wilayah Sarawak.

  1. ^ a b Mohd Roji Kawi (Mac 1, 2022). "Gelaran 'Premier Sarawak' ganti Ketua Menteri, berkuat kuasa hari ini". BHarian. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  2. ^ Astro Awani (Februari 15, 2022). "DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'". Astro Awani. Dicapai pada Februari 16, 2022.
  3. ^ Perlembagaan Persekutuan (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  4. ^ "RUU tukar gelaran 'ketua menteri' kepada 'menteri perdana' lulus dengan majoriti dua pertiga". Malaysia Now. Februari 15, 2022. Dicapai pada Februari 16, 2022.
  5. ^ Bernama (1 Mac 2022). "Ketua Menteri Sarawak digelar Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2022.
  6. ^ Zora Chan (28 Februari 2014). "Adenan Satem sworn in as Sarawak Chief Minister". The Star Online. Dicapai pada 2014-03-01.
  7. ^ "Abang Johari Ketua Menteri baharu Sarawak". BHarian. Januari 13, 2017. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  8. ^ "PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS". BHarian. Jun 12, 2018. Dicapai pada 16 Februari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]