Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Hidupkan dan sediakan iPhone
Hidupkan dan sediakan iPhone baru anda menerusi rangkaian Wi-Fi atau rangkaian selular pembawa anda (tidak tersedia di semua rantau). Anda juga boleh menyediakan iPhone dengan menyambungkannya ke komputer anda dan gunakan iTunes. Jika anda mempunyai peranti iOS lain (dengan iOS 11 atau lebih baru) atau peranti Android, anda boleh menyalin data anda ke peranti baru anda.
Nota: Jika iPhone anda diberikan atau diuruskan oleh syarikat atau organisasi lain, jumpa pentadbir untuk arahan persediaan. Untuk mendapatkan maklumat umum, lihat tapak web Apple di Tempat Kerja.
Sediakan untuk persediaan
Untuk menjadikan persediaan selancar mungkin, pastikan anda mempunyai item ini:
Sambungan Internet melalui rangkaian Wi-Fi (anda mungkin memerlukan nama dan kata laluan rangkaian) atau perkhidmatan data selular melalui pembawa
Apple ID dan kata laluan anda; jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan
Maklumat kad kredit atau debit anda, jika anda mahu menambah kad ke Apple Pay semasa persediaan pada model yang disokong
iPhone (atau data sandarannya) atau peranti Android lama anda, jika anda bertukar kepada iPhone baru
Hidupkan dan sediakan iPhone anda
Tekan dan tahan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda) sehingga logo Apple muncul.
Jika iPhone tidak hidup, anda mungkin perlu mengecas bateri. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone, iPad, atau iPod touch anda tidak dapat dihidupkan atau beku.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda mempunyai iPhone, iPad, atau iPod touch dengan iOS 11 atau lebih baru, anda boleh menggunakannya untuk menyediakan peranti baru anda dengan Mula Cepat. Letakkan dua peranti dekat bersama, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyalin kebanyakan seting, keutamaan dan Rantai Kunci iCloud anda dengan selamat.
Jika anda tidak mempunyai peranti iOS lain, ketik Sediakan Secara Manual, kemudian ikuti arahan persediaan atas skrin.
Berpindah daripada peranti Android kepada iPhone
Apabila anda menyediakan iPhone anda buat pertama kali, anda boleh memindahkan data anda daripada peranti Android secara automatik dan selamat.
Nota: Anda boleh menggunakan app Move to iOS hanya apabila anda menyediakan iPhone kali pertama. Jika anda telah menyelesaikan persediaan dan mahu menggunakan Pindah ke iOS, anda perlu padamkan peranti iOS anda dan mulakan semula, atau pindahkan data anda secara manual. Lihat artikel Sokongan Apple Pindahkan kandungan secara manual daripada peranti Android anda ke peranti iOS anda.
Pada peranti dengan Andoid versi 4.0 atau lebih baru, lihat artikel Sokongan Apple Pindah daripada Android kepada iPhone, iPad, atau iPod touch dan muat turun app Pindah ke iOS.
Pada iPhone anda:
Ikuti pembantu persediaan.
Pada skrin App & Data, ketik Pindahkan Data daripada Android.
Pada peranti Android:
Aktifkan Wi-Fi.
Buka app Pindah ke iOS.
Ikuti arahan atas skrin.
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting untuk iPhone sebelum menggunakan iPhone.