Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Kongsi fail daripada iCloud Drive pada iPhone
Dengan iCloud Drive, anda boleh menyimpan fail dalam iCloud dan mengaksesnya daripada semua peranti anda. Sebarang perubahan yang anda buat muncul pada semua peranti yang anda sediakan dengan iCloud Drive.
Daripada iCloud Drive dalam app Fail , anda boleh berkongsi fail dengan orang lain dengan menghantarnya sebagai pautan pada fail. Mereka boleh mengakses fail dikongsi anda menggunakan pautan yang anda hantar—anda tidak perlu menghantar fail tersebut.
Penting: Jika nama atau kandungan fail dikongsi adalah sulit, pastikan anda meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Untuk menggunakan iCloud Drive, anda mesti didaftarkan masuk ke iCloud menggunakan Apple ID anda dan iCloud Drive diaktifkan. Lihat Gunakan iCloud Drive pada iPhone.
Aktifkan iCloud Drive
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan iCloud Drive.
Jemput orang lain melihat atau mengedit fail
Jika anda pemilik fail dalam iCloud Drive, anda boleh menjemput orang lain untuk melihat atau mengedit fail.
Ketik Fail , kemudian ketik Layari.
Ketik Lokasi. (Jika anda tidak melihat Lokasi, ketik Layari lagi.)
Di bawah Lokasi, ketik iCloud Drive. (Jika anda tidak melihat iCloud Drive, ketik Lokasi.)
Cari fail yang anda mahu kongsikan.
Anda boleh mengetik folder untuk membukanya, jika perlu.
Sentuh dan tahan fail, ketik Kongsi, kemudian ketik .
Jika anda mahu mengehadkan pilihan melihat atau mengedit, ketik Pilihan Perkongsian, pilih seting akses dan keizinan, kemudian ketik Tambah Orang di bahagian kiri atas.
Anda boleh memberikan akses hanya kepada orang yang anda jemput atau sesiapa sahaja dengan pautan dan benarkan orang lain membuat perubahan kepada fail atau hanya melihatnya. (Jika anda memberikan akses hanya kepada orang yang anda jemput, mereka memerlukan Apple ID untuk membuka fail.)
Pilih kaedah untuk menghantar pautan kepada fail (sebagai contoh, Mesej atau Mail), masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar atau siarkan jemputan.
Apabila anda membenarkan orang membuat perubahan pada fail, ianya dikemas kini dengan perubahan semua orang secara automatik. Bergantung pada app, anda mungkin perlu membuka semula fail atau mengetik pautan asal untuk melihat perubahan terbaru.
Nota: Jika anda memindahkan fail dikongsi ke folder atau lokasi lain, pautan kepadanya tidak lagi berfungsi dan orang akan kehilangan akses kepada fail.
Lihat Jemput orang lain membuka fail pada iCloud Drive pada iPhone.
Berhenti berkongsi fail
Jika anda pemilik fail dikongsi dalam iCloud Drive, anda boleh berhenti berkongsinya.
Sentuh dan tahan fail.
Ketik Kongsi, kemudian ketik .
Ketik Henti Berkongsi.
Sesiapa yang membuka fail semasa anda berhenti berkongsi akan menerima isyarat. Fail ditutup apabila isyarat ditutup, fail dikeluarkan daripada iCloud Drive peserta dan pautan ke fail tidak lagi berfungsi. Jika anda berkongsi fail kemudian dan setkan akses ke “Sesiapa dengan pautan,” pautan asal akan berfungsi. Jika akses disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal berfungsi lagi untuk orang yang anda jemput semula untuk berkongsi fail.