Academia.eduAcademia.edu

Hansard of Malaysia's Parliament (Lower House) on 2005.09.29

This is the record of the debate in Dewan Rakyat (the Lower House of Malaysia's Parliament on 2015.12.02 which resulted in the amendment of Article 46 of the Federal Constitution to increase the number of parliamentarians from Sarawak from 28 to 31, and the national total from 219 to 222. Pages 19-87.

Bil. 44 Khamis 29 September 2005 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): Wabak Penyakit Demam Denggi - Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) (Halaman 18 & 66) RANG UNDANG-UNDANG: Rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2005 (Halaman 19) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 63) 1) __________________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2005 DR.29.09.2005 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) – MCA 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P. (Tanjong Piai) - MCA 4. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) - MIC 5. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas) - GERAKAN 6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Ranau) - UPKO 7. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah binti Abd. Aziz, S.P.M.T. S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) - UMNO 8. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) - UMNO 9. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) UMNO 10. " Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, D.H.M.S., P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) – UMNO 11. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.C.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) - MCA 12. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) - UMNO 13. “ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO 14. “ Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) - UMNO 15. “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) - UMNO 16. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai) UMNO ii DR.29.09.2005 17. Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) - UMNO 18. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Chan Kong Choy, S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.M.S.,. (Selayang) – MCA. 19. “ Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop 20. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd. Isa bin Abdul Samad, P.S.M., S.P.N.S., D.S.N.S., P.M.C. (Jempol) – UMNO 21. “ Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) - PBB 22. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP 23. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) UMNO 24. " Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) – UMNO 25. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.P.M.S., D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M.,D.P.M.P., D.S.D.K. (Shah Alam) - UMNO 26. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) - UMNO 27. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mustapa bin Mohamed (Jeli) UMNO 28. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) - UMNO 29. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Adenan bin Satem (Batang Sadong) – PBB 30. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) - PBS 31. “ Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek (Labis) - MCA 32. “ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina binti Othman Said (Pengerang) UMNO 33. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin (Besut) - UMNO TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Kerk Choo Ting (Simpang Renggam) – GERAKAN 2. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) - PBB 3. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) - MCA 4. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) - MIC 5. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) - MCA DR.29.09.2005 6. iii Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) – UMNO 7. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) - UMNO 8. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) - UMNO 9. “ Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) - UMNO 10. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) - SPDP 11. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P. (Raub) - MCA 12. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) UMNO 13. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim (Seremban) - MCA 14. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas, P.J.N. (Taiping) - PPP 15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) - MCA 16. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Fu Ah Kiow (Kuantan) – MCA 17. “ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin (Merbok) – UMNO 18. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) - UMNO 19. “ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Lenggong) – UMNO 20. “ Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) - GERAKAN 21. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ S. G. Sothinathan (Telok Kemang) - MIC 22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) - MIC 23. “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) - MCA 24. “ Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) - UMNO 25. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) - UMNO 26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 27. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu) - SUPP 28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Joseph Salang Gandum (Julau) PBDS iv DR.29.09.2005 29. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) - MCA 30. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mah Siew Keong, (Telok Intan) - GERAKAN 31. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO 32. " Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) – UMNO 33. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Setiawangsa) - UMNO 34. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah binti Mohd. Dun (Beaufort) – UMNO 35. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Marang) - UMNO 36. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin (Bachok) – UMNO 37. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) - PBDS 38. “ Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang (Hulu Terengganu) – UMNO SETIAUSAHA PARLIMEN 1. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Johari bin Baharum (Kubang Pasu) - UMNO 2. “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Baling) - UMNO 3. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Balik Pulau) - UMNO 4. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (Masjid Tanah) - UMNO 5. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr S. Subramaniam (Segamat) - MIC 6. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng (Setampin) - SUPP 7. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Klang) – MCA 8. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Osman (Nibong Tebal) - UMNO 9. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) - PBB 10. " Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah binti Kasnon (Sungai Besar) - UMNO 11. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Pokok Sena) - UMNO 12. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Puan Komala Devi (Kapar) – MIC DR.29.09.2005 v 13. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) - MCA 14. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani (Bukit Katil) – UMNO 15. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) - MCA 16. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Tuan Yew Teong Look (Wangsa Maju) - MCA 17. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi, Tuan Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat (Batu) - GERAKAN 18. " Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba (Tenggara) - UMNO 19. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman (Silam) - UMNO 20. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tuan Sazmi bin Miah (Machang) - UMNO 21. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ Lee Kah Choon (Jelutong) - GERAKAN 22. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Vigneswaran (Kota Raja) - MIC Belia dan Sukan, Tuan dan Sa. AHLI-AHLI 1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) - PBDS 2. “ Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) - UMNO 3. “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron (Rantau Panjang) - PAS 4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) - UMNO 5. “ Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) - PAS 6. “ Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO 7. “ Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin (Jerlun) - UMNO 8. “ Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud (Kota Samarahan) - PBB 9. “ Dato’ Abu Bakar bin Taib (Langkawi) - UMNO 10. “ Tuan Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) - UMNO 11. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) - PBB 12. “ Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (Titiwangsa) - UMNO 13. “ Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (Jerai) - UMNO 14. “ Tuan Baharum bin Mohamed (Sekijang) - UMNO 15. “ Tuan Bernard S. Maraat @ Ben (Pensiangan) - PBRS 16. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) - PBDS 17. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) - UMNO 18. “ Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman (Kuala Nerus) – UMNO vi DR.29.09.2005 19. Yang Berhormat Dato Haji Che Min bin Che Ahmad (Pasir Puteh) - PAS 20. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) - DAP 21. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) - DAP 22. “ Tuan Chong Hon Min (Sandakan) - BEBAS 23. “ Dato’ Chor Chee Heung (Alor Star) - MCA 24. “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) - DAP 25. “ Dato’ Chua Jui Meng (Bakri) – MCA 26. “ Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy (Cameron Highlands) - MIC 27. “ Tuan Donald Peter Mojuntin (Penampang) – UPKO 28. “ Ir. Edmund Chong Ket Wah (Batu Sapi) - PBS 29. “ Tuan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - SAPP 30. “ Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) - PBB 31. “ Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) - UMNO 32. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - DAP 33. “ Cik Fong Po Kuan (Batu Gajah) - DAP 34. “ Dato’ Ghazali bin Ibrahim (Padang Terap) - UMNO 35. “ Dato’ Goh Siow Huat (Rasah) - MCA 36. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) - UMNO 37. “ Datuk Haji Hasan bin Malek (Kuala Pilah) - UMNO 38. “ Tuan Hashim bin Jahaya (Kuala Kedah) - UMNO 39. “ Ir. Hasni bin Haji Mohammad (Pontian) - UMNO 40. “ Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) - PBB 41. “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong (Kampar) - MCA 42. “ Tuan Huan Cheng Guan (Batu Kawan) - GERAKAN 43. “ Datuk Haji Idris bin Haji Haron (Tangga Batu) - UMNO 44. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) - UMNO 45. “ Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) - UMNO 46. “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) - PAS 47. “ Datuk Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) - UMNO 48. “ Dato’ Jacob Dungau Sagan (Baram) - SPDP 49. “ Dr. James Dawos Mamit (Mambong) - PBB 50. “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) - PBDS 51. “ Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) - SPDP 52. “ Tuan Jimmy Donald (Sri Aman) - PBDS 53. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) - PBS 54. “ Dr. Junaidy bin Abdul Wahab (Batu Pahat) - UMNO 55. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) - UMNO 56. “ Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar (Subang) - MIC DR.29.09.2005 vii 57. Yang Berhormat Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) - PAS 58. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) - DAP 59. “ Tuan Lau Yeng Peng (Puchong) - GERAKAN 60. “ Tan Sri Law Hieng Ding (Sarikei) - SUPP 61. “ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Padang Serai) - MCA 62. “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) - DAP 63. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timor) - DAP 64. “ Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) - MCA 65. “ Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) - MCA 66. “ Dato’ Loke Yuen Yow (Tanjong Malim) - MCA 67. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) - DAP 68. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) - UPKO 69. “ Tuan Markiman bin Kobiran (Hulu Langat) - UMNO 70. “ Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) - UMNO 71. “ Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad (Ketereh) - UMNO 72. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) - UMNO 73. “ Tuan Mohamad Shahrum bin Osman (Lipis) - UMNO 74. “ Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat, J. P. (Kuala Krai) - UMNO 75. “ Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim (Kota Bharu) - UMNO 76. “ Tuan Mohd. Daud bin Tarihep (Kuala Selangor) - UMNO 77. “ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) - PAS 78. “ Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof (Jasin) - UMNO 79. “ Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) - UMNO 80. “ Tuan Mohd. Yusop bin Majid (Setiu) - UMNO 81. “ Tuan Nasaruddin bin Hashim (Parit) - UMNO 82. “ Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai) - UMNO 83. “ Datuk Dr. Rahman bin Ismail (Gombak) - UMNO 84. “ Tuan Raimi Unggi (Tenom) – UMNO 85. “ Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) - UMNO 86. “ Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib (Pasir Salak) - UMNO 87. “ Tuan Razali bin Ibrahim (Muar) - UMNO 88. “ Dato’ Razali bin Ismail (Kuala Terengganu) - UMNO 89. “ Datuk Richard Riot anak Jaem (Serian) - SUPP 90. “ Datuk Ronald Kiandee (Beluran) - UMNO 91. “ Datuk Rosli bin Mat Hassan (Dungun) - UMNO 92. “ Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin (Papar) - UMNO 93. “ Dr. Rozaidah binti Talib (Ampang) - UMNO viii DR.29.09.2005 94. Yang Berhormat Tuan Salahuddin bin Ayub (Kubang Kerian) - PAS 95. “ Datuk Salleh bin Tun Said (Kota Belud) - UMNO 96. “ Ir. Shaari bin Hassan (Tanah Merah) - UMNO 97. “ Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) - UMNO 98. “ Tuan Shim Paw Fatt (Tawau) - SAPP 99. “ Datuk Seri Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman (Paya Besar) - UMNO 100. “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) - UMNO 101. “ Tuan Syed Hood bin Syed Edros (Parit Sulung) - UMNO 102. “ Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail (Arau) - UMNO 103. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) - MCA 104. “ Dato’ Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) - GERAKAN 105. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) - DAP 106. “ Cik Tan Lian Hoe (Bukit Gantang) - GERAKAN 107. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) -DAP 108. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) - MCA 109. “ Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) - UMNO 110. “ Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) - UMNO 111. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) - DAP 112. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh (Gopeng) - MCA 113. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) - SPDP 114. “ Tuan Tiong Thai King (Lanang) - SUPP 115. “ Datuk Wahab bin Haji Dollah (Kuala Rajang) - PBB 116. “ Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat (Indera Mahkota) - UMNO 117. “ Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) KEADILAN 118. “ Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin (Sik) - UMNO 119. “ Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh (Gerik) - UMNO 120. “ Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) - PBB 121. “ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) - MCA 122. “ Tuan Wilfred Madius Tangau (Tuaran) - UPKO 123. “ Tuan Wong Nai Chee (Kota Melaka) - MCA 124. “ Dato’ Yap Pian Hon (Serdang) - MCA 125. “ Datuk Dr. Yee Moh Chai (Kota Kinabalu) - PBS DR.29.09.2005 ix DEWAN RAKYAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN Setiausaha Dewan Rakyat Dato’ Abdullah bin Abdul Wahab Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat Pegawai Undang-Undang Muzalni bin Soid Penolong Setiausaha Muhd Sujairi bin Abdullah Lavinia a/p Vyveganathan Bazlinda binti Bahrin Farah Nurdiana binti Azhar PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Kamisah binti Sayuti Abd. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim Saadiah binti Jamaludin Jamilah Intan binti Haji Bohari Hairan bin Mohtar Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Marzila binti Muslim Habibunisah binti Mohd. Azir Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli DR.29.09.2005 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 29 September 2005 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No. 1 - Y.B. Dato’ Firdaus bin Harun (Rembau) tidak hadir] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato Haji Che Min bin Che Ahmad. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera masyarakat Islam Hadhari. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan Ahli-ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan [Tepuk]. Tuan Lim Kit Siang: Point of Order, Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah satu ruling dibuat, sama ada semua ini perlu dibuat, oleh sebab makan masa satu jam sahaja. [Disampuk] Kalau setiap orang berdiri bila ada tetamu... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Apa salahnya? [Dewan riuh] Tuan Lim Kit Siang: Masa yang terhad selain daripada kita ada dua jam. Apa guna kalau pakai CCR Barisan Nasional sahaja. Satu ruling dibuat, kita pun boleh buat di sini. Seorang Ahli: Ini lagi buang masa, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Lim Kit Siang: semacam itu. Siapa datang kita mengalu-alukan tetapi tidak perlulah Seorang Ahli: Ipoh Timor buang masa. Tuan Lim Kit Siang: Sepuluh hari 10 minit. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: bahasalah. Jangan lagi buang masalah. Ini budi Tuan Lim Kit Siang: Kita tahu, kita pun mengalu-alukan tetapi tidak boleh buang masa. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Apa pula buang masa? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Menghormati tetamu budaya kita, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Pasir Puteh. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Hormatilah tetamu. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ini Ipoh Timor yang buang masa. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila duduk dahulu. 2 DR.29.09.2005 Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Inilah jaguh-jaguh kita, diharapkan 2008 akan mengembalikan UMNO. 1. Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sejauh manakah hasil penyelidikan oleh MARDI telah diusahakan secara komersial sehingga melahirkan Usahawan Kecil dan Sederhana. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, nanti sekejap, itu ikut budi bicara. Sesiapa yang memberi salam. Tetapi jikalau hendak memberi salam, beri salam kepada semua orang. Sila. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Seri Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, MARDI sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan telah menerajui transformasi industri pertanian dan makanan melalui pembangunan dan promosi teknologi pendahulu iaitu leading age technology, dengan izin. MARDI telah menghasilkan banyak penemuan-penemuan baru dan proses pemindahan teknologi-teknologi tersebut untuk dikomersialkan telah dilakukan dengan jayanya kepada kumpulan sasar sehingga melahirkan usaha kecil dan sederhana melalui beberapa program seperti Projek Peningkatan Skala, Projek Perintis, Pembangunan Usahawan, Sistem Inkubator Teknologi, Projek Ladang Contoh dan Usahawan Anak Angkat. Antara program-program yang telah dijalankan dengan jayanya ialah: (a) Program Pembangunan Usahawan Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan iaitu tahun 2001 hingga September 2005, MARDI melalui program ini telah melahirkan 500 usahawan IKS yang berjaya; (b) Program Anak Angkat Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan sehingga September 2005, MARDI telah berjaya melahirkan 400 usahawan berjaya melalui program ini; (c) Program Khidmat Nasihat MARDI telah melahirkan peranan yang aktif melalui Program Khidmat Nasihat kepada industri makanan terpilih yang telah dijalankan sejak tahun 1982 dan seramai 5,000 usahawan berjaya dibimbing. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: [Bangun] Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Ketereh dahulu. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Oh! Yang Berhormat bagi Ketereh. Seorang Ahli: Belaga sama sendiri, macam mana? [Ketawa] Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Macam mana boleh belaga sesama sendiri ini? [Ketawa] Silap traffic light. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. MARDI adalah pusat research. Di antara makanan, dan pengeluaran utama negara ini adalah padi. Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan petani untuk mengeluarkan hasil padi melebihi daripada 10 tan. Saya sudah dengar lama, Menteri, Timbalan Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dengan izin embark on this program. Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah MARDI ini membuat penyelidikan mengenai benih-benih padi sebab di antara sebab utama yang boleh memberikan hasil tani yang lebih, selain dari petani bekerja bagus dan bajanya banyak ialah benih padi. DR.29.09.2005 3 Sehingga kini saya tengok benih padi kita adalah tidak setaraf dengan benih-benih padi dari negara jiran, seperti Thailand. Thailand lebih mengeluarkan benih-benih padi yang jauh lebih superior daripada kita, sebab kita sudah lama, MARDI ini sudah lama, di MADA, di KADA, di luar bandar. Sampai sekarang masih belum ada satu jenama atau benih padi yang boleh sekurang-kurangnya sama dengan negara jiran kita. Terima kasih. Dato’ Seri Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan projek 10 tan sehektar itu terlibatlah beberapa perkara. (i) mutu benih; (ii) infrastruktur, seperti perairan Dari segi benih, MARDI telah mengeluarkan MR220, MRQ-74. Ini ditanam di tempat seperti Sekinchang, menghasilkan melebihi 10 tan ke atas untuk sehektar. Jadi, masalah-masalah di KADA, di MADA, di lain-lain tempat itu terlibat isu-isu yang lain bukan benih. Jika kita banding dengan benih daripada Thailand, Thailand cuma mengeluarkan lebih kurang tiga atau empat tan sehektar sahaja. Jadi, dari segi keluaran itu benih Thai itu tidak begitu bagus. Jadi, kita bukan tidak ada benih yang baik, tapi ada terlibat dengan faktor-faktor yang lain. Sekianlah sahaja. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, penghasilan MARDI begitu baik dari segi produk makanan, ternakan, tanaman dan juga perikanan. Saya ingin tahu sejauh mana bumiputera boleh mencapai tahap ini, tahap kejayaan ini dan apakah kita telah membentuk satu tabung IKS untuk memberi bantuan modal kepada usahawan ini. Terima kasih. Dato' Seri Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tabung IKS itu, kerajaan telah menyediakan bank IKS atau banyak dana-dana yang lain. Itu saya tidak ingin menyentuh perkara itu. Berkenaan dengan melalui MARDI, kita telah membangunkan banyak IKS bumiputera seperti di Johor, di kawasan saya, kawasan Air Hitam, kawasan Sri Gading, tengok satu usaha itu kerepek. Banyak kilang telah mengusahakan kerepek sehingga pengeluaran ubi kayu di negeri Johor pun tidak cukup, tidak mencukupi untuk bekalan kepada industri itu. Ini adalah salah satu contoh yang jayanya. Sekarang di negeri Selangor pun begitu juga. Jadi, kita telah menghasilkan atau merealisasikan usaha ini dengan jayanya. Terima kasih. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri didapati bahawa ada lima ribu usahawan kecil telah berjaya dilahirkan. Tetapi sehingga sekarang ini, kita telah mengimport barang-barang makanan sayuran dan sebagainya lebih kurang RM13 bilion. Jadi, saya nak tahu, bolehkah jelaskan bidang apa yang sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan IKS oleh pihak MARDI itu sedangkan dari bidang-bidang pertanian kita masih bergantung kepada import yang begitu besar. Terima kasih. Dato' Seri Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, bil import yang terbesar sekali adalah daripada makanan ternakan, jagung, soyalah itu. Yang kedua, datang daripada daging dan tenusu, itu berbilion-bilion dollar, berbilion-bilion ringgit kita importkan. Yang lain itu tidak begitu banyak, sayur ke, itu buah-buahan ke, itu tidak begitu banyak. Jadi, kalau kita ingin mengurangkan import-import makanan itu, mengurangkan itu, kita kena kerja dengan dari dua pihak, yang pertama, makanan ternakan yang kedua, itu daging dengan tenusu. Yang kita berjaya adalah resource based industry, yang kita keluarkan di Malaysia dan dari itu kita memungut dan kita memproseskan sebagai keluaran industri itu saja. Thank you. 3. Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah kaedah-kaedah yang dipertimbangkan untuk menguruskan sisa buangan pertanian, industri, perbandaran dan pembinaan memandangkan masalah ini kian meruncing dan menjejaskan alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang. 4 DR.29.09.2005 Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, memangnya pengurusan sisa pepejal menjadi tanggungjawab dan cabaran yang mustahak kepada kerajaan untuk memastikan alam sekitar kita tidak terjejas dan kesejahteraan generasi yang akan datang tidak akan terancam. Kerajaan dalam mengendalikan masalah ini mengenakan beberapa kaedah dan sebagai langkah pertama kerajaan melalui kempen kitar semula, melaksanakan konsep dengan izinnya 3R, iaitu reduce, reuse dan recycle dengan tujuan mengurangkan sisa pepejal di peringkat sumber; menggunakan semula sisa pepejal; dan mengitar semula sisa pepejal. Kerajaan berharap untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai pengamalan ini supaya kerajaan boleh mencapai matlamat untuk memastikan lebih daripada 20 peratus daripada sisa pepejal boleh di kitar semula. Untuk sisa pepejal yang bakinya, cara pelupusan yang digunakan ialah melalui tapak pelupusan sisa pepejal di beberapa tempat. Tapak-tapak baru ini menggunakan sistem yang moden dengan sanitary landfill di mana pelupusan dijalankan yang keluar daripada tapak-tapak tersebut dirawati sebelum disalurkan kepada saluran air. Kerajaan juga ada merancangkan loji rawatan termal di beberapa tempat terutamanya di bandar-bandar utama yang menghadapi kekurangan tanah. Faktor-faktor yang diambil kira dalam melaksanakan sistem ini termasuk memastikan loji ini tidak akan mencemarkan alam sekitar dan selain daripada itu akan memastikan bahawa pengeluaran dioxin dikurangkan pada tahap yang selamat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Beberapa pandangan dan cadangan baru telah diterima oleh kerajaan dan kerajaan sedang mengkaji cadangan-cadangan tersebut dan untuk maklumat dengan izin, bahan-bahan clinical diuruskan oleh Kementerian Kesihatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh kementerian tersebut. Manakala bahan toksik, dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan tersebut. Majikan kilang-kilang bertanggungjawab untuk memastikan sisa buangan industri di kumpul dan dibawa ke tapak-tapak pelupusan untuk dilupuskan. Manakala kontraktorkontraktor bertanggungjawab untuk buat sedemikian untuk sisa industri pembangunan. Terima kasih. Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra: Terima kasih, Tuan Yang diPertua dan terima kasih Setiausaha Parlimen. Setakat kempen sahaja, saya rasa tak jadi. Kalau pada malam-malam di dalam kaca TV, ada Karam Singh Walia, tiap-tiap malam. Maknanya ada masalah [Ketawa]. Jadi, untuk nak guna incinerator [Ketawa]. Untuk nak guna incenerator sahaja saya ingat ini adalah pencemaran alam dan untuk nak guna, nak buang sisa-sisa ini di pusat penimbusan sampah, kita tak boleh larikan daripada pencemaran alam, tetap ada heavy metal dan segala-segala-galanya. Yang Berhormat Mambong, akan cerita lebih panjang daripada saya [Ketawa]. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Di mana... Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra: Tetapi, masalah sisa buangan ini bukan hanya dialami di Malaysia sahaja, di seluruh dunia dan perlu kita selesaikan demi untuk masa depan kita dan generasi-generasi depan. Jadi, sisa ini perlu dikitar semula dan boleh diproseskan supaya, kita, kalau boleh kita ada suatu teknologi baru yang saya pasti di Malaysia ada dah untuk mengitar semula dan membuat barangan yang boleh berguna untuk sebagai baja ataupun kayu composite ataupun bahan binaan berasaskan simen. Sekiranya ada teknologi ini di Malaysia hari ini, teknologi untuk mengitar dan memproses hampir 100 peratus sisa buangan. Adakah kementerian atau kerajaan boleh memberi sokongan dan bantuan dari segi moral dan financial kepada groups atau kumpulan ini, supaya teknologi Malaysia ini boleh dieksportkan ke merata-rata dunia sebagai sumbangan Malaysia kepada dunia? Terima kasih. Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Memang saya tidak boleh menafikan bahawa masih ada kelemahan di dalam proses DR.29.09.2005 5 pengurusan sisa pepejal. Untuk menjawab soalan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan satu teknologi baru yang diperkenal oleh Yang Berhormat dan soalan bahawa, bolehkah kerajaan memberi sokongan dan bantuan, saya tidak mempunyai kuasa untuk menjawab soalan ini pada hari ini di sini. Yang Berhormat boleh membawa cadangan ini ke kementerian kita dan kita boleh merujuk perkara ini kepada EPU, bahagian kerajaan yang boleh membuat keputusan kepada cadangan-cadangan ini. Kalau EPU berpendapat bahawa ini boleh disokong, mungkin sokongan boleh diterima daripada mereka. Terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan berucap seperti Yang Berhormat bagi Arau. [Disampuk] [Ketawa] Tadi, saya tidak dengar dia kata, Yang Berhormat bagi Arau buang masa. Saya belum cakap lagi, dia kata saya sudah buang masa. Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat menyatakan dari segi sanitary landfill apakah yang dimaksudkan terutamanya untuk sanitary landfill di Rawang yang akan mengambil sampah dari Wilayah Persekutuan. Setiap hari kita keluarkan lebih 3,000 tan metrik di sini. Ia akan dibawa ke Rawang. Apakah yang dimaksudkan dengan sanitary landfill? Itu yang pertama. Yang keduanya mengenai incinerator. Apa yang terjadi dengan incinerator? Dan yang ketiga mengenai loji... Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh] Dr. Tan Seng Giaw: Satu soalan yang bersambung sahaja. kesinambungan. [Disampuk] [Ketawa] Satu kesinambungan sahaja itu. Itu satu Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, ya. Mengenai loji termal yang disebutkan tadi termasuklah cara untuk mengendalikan plastik-plastik yang kian bertambah terutamanya dari Ketereh. Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa] Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan dengan tiga bahagian. Untuk menjawab bahagian yang pertama berkenaan dengan sanitary landfill, ini adalah satu teknologi di mana semasa membina landfill itu, underlined coat iaitu menggunakan plastik yang digunakan dan ada saluran supaya air yang dibawa daripada sisa-sisa pepejal itu disalurkan kepada satu kawasan, di mana rawatan dibuat untuk satusatu tahap seperti tahap yang selamat sebelum disalurkan kepada saluran air. Ia pun ada kemudahan supaya udara dan gas-gas yang dikeluarkan oleh tapak sisa pepejal itu disalurkan ke satu tempat di mana ia boleh digunakan bila perlu. Itulah maksudnya sanitary landfill yang menggunakan beberapa kaedah yang moden. Untuk soalan yang berikut berkenaan dengan incinerator, mungkin ini ialah incinerator yang dicadangkan di Broga. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat maklum bahawa ada pihak-pihak penduduk setempat telah membuat satu tindakan mahkamah dan sekarang di bawah tindakan mahkamah, oleh itu proses pelaksanaan projek itu ditangguhkan sementara. Terima kasih. 4. Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang keberkesanan pelaksanaan “Schoolnet” di sekolah-sekolah, apakah masalahmasalah yang dihadapi dan perancangan kementerian untuk menangani masalah-masalah ini. Timbalan Menteri Pelajaran [Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang diPertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek “Schoolnet” ini dilaksanakan dengan 6 DR.29.09.2005 kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi di mana penyediaan talian internet jalur lebar telah memberi ruang kepada sekolah untuk meng“access” internet. Ia adalah khusus bagi tujuan sumber maklumat dan menjadi platform bagi warga sekolah berhubung dengan dunia luar. Sehingga 2005 sebanyak 9,179 buah sekolah telah dibekalkan dengan perkhidmatan “Schoolnet”. Daripada jumlah ini, 419 buah sekolah yang menggunakan genset bagi melaksanakan “Schoolnet”. Jumlah ini tidak termasuk 381 buah sekolah yang sedang dalam penelitian disebabkan sekolah-sekolah tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Sehubungan itu keberkesanan pelaksanaannya masih belum mantap sepenuhnya. Masalah utama yang dihadapi dalam pelaksanaan “Schoolnet” ialah isu bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Walaupun prasarana broadband telah disambung dan genset dibekalkan ke sekolah-sekolah, namun pelaksanaannya kurang berkesan, sekiranya bekalan elektrik masih belum mencukupi. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang menguji pengguna solar hybrid di sebuah sekolah di negeri Sabah. Penggunaannya dijangka membolehkan pihak sekolah menerima bekalan elektrik 24 jam dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan prasarana “Schoolnet” berjalan lancar. Terima kasih. Tuan Haji Fadillah bin Yusof [Petra Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Di antara matlamat, kalau kita lihat pada “Schoolnet” ini ialah supaya masyarakat kita dapat menjadi IT savvy, keduanya untuk merapatkan jurang digital terutamanya membawa masyarakat luar bandar ke dalam arus perdana dan ketiganya meningkatkan kaedah pembelajaran dan mempercepatkan sumber maklumat melalui teknologi terkini. Tadi kita tahu beberapa masalah dari segi pelaksanaan, terutamanya yang menyebabkan kelemahan dan dalam kita menyelesaikan masalah penyambungan komputer ini. Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, tetapi saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan, juga di Semenanjung, di kawasan jauh di sana, misal kata di utara, di Perlis dan di Kelantan juga menghadapi masalah. Jadi saya ingin mendapat tahu, setakat ini berapakah jumlah sekolah yang telah dibekalkan dengan komputer tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya? Itu yang pertama. Keduanya, daripada sekolah yang telah dibekalkan dengan komputer tadi, setakat mana kejayaan yang telah kita capai dalam membawa anak-anak dan pelajar kita menjadi IT savvy. Terima kasih. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Saya telah menjangka soalan ini akan disoal. Pertama mengenai dengan digital divide, Tuan Yang diPertua. Digital divide ini tidak dapat kita elakkan yang tetap berlaku antara bandar dan luar bandar, di mana anak-anak di luar bandar amat berkurangan yang dapat access kepada penggunaan komputer-komputer tadi. Walaupun di setiap sekolah sama ada di bandar mahupun di luar bandar, kita bekalkan dengan komputer atau usaha ini kita adakan makmal komputer bagi mengadakan mata pelajaran tertentu, tetapi masih terdapat masalah di luar bandar di mana anak-anak ini kurang cekap, sebab kalau dibandingkan dengan di bandar, mereka lebih cekap sebab access mereka kepada komputer di luar sekolah terutama sekali. Walau bagaimanapun, kita akan cuba sedaya-upaya untuk mengurangkan digital divide tadi. Keduanya, mengenai dengan Yang Berhormat bangkitkan berapa buah sekolah yang telah dibekalkan komputer. Boleh dikatakan hampir kesemuanya tetapi angka yang tepat tidak terdapat di sini. Saya akan memberikan kepada Yang Berhormat pada masa yang akan datang secara bertulis berapa komputer. Seperkara lagi saya ingin mengumumkan di sini juga mengenai di Sarawak terutama sekali, boleh dikatakan 57.77 buah sekolah rendah mendapat bekalan elektrik melalui SESCO Phase I penggunaan dua carbon, 45% mendapat bekalan elektrik melalui SESCO Phase II penggunaan dua carbon, 38.88% mendapat bekalan elektrik melalui jana kuasa dan satu lagi ialah 0.27 buah sekolah melalui bekalan elektrik swasta 12 jam. DR.29.09.2005 7 Insya-Allah, bagi Sabah dan Sarawak kita akan berusaha lagi dari segi penyebaran penggunaan schoolnet ini ke kawasan-kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tuaran. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam soal memberi bekalan elektrik ke sekolah-sekolah ini, pihak kementerian negeri Sabah memang sudah memberi peruntukan untuk membekal genset, wiring dan sebagainya. Tetapi persoalannya di sini ialah apakah pihak kementerian membuat pemantauan dari segi pelaksanaannya. Saya beri contoh, di sebuah sekolah di kawasan saya SK Penimbawan, satu kampung yang daif, sekolah yang daif, tetapi tidak jauh dari bandar, hanya untuk membekalkan elektrik tiga kontraktor, satu untuk wiring, satu untuk membina tempat gen set dan satu membekal gen set. Kesemuanya diberikan dan akhirnya tidak ada elektrik sebab tidak ada penyelarasan dan tidak ada pemantauan. Setelah saya melawat ke sekolah itu, rupa-rupanya sudah setengah tahun tidak ada bekalan elektrik dan walaupun peruntukan Ahli Parlimen tidak boleh digunakan di sekolah, saya terpaksa menggunakan peruntukan Ahli Parlimen saya untuk membantu menyelesaikan masalah. Soalannya di sini, apakah pihak kementerian, pihak Jabatan Pelajaran membuat pemantauan pada setiap pelaksanaan pembekalan elektrik di sekolahsekolah di luar bandar. Persoalan keduanya, saya mendapat surat dahulu daripada Kementerian Sains dan juga daripada Kementerian Pendidikan tentang schoolnet ini dan saya mengucapkan terima kasih kerana di kawasan saya 85 buah sekolah rendah dibekalkan. Persoalannya di sini ialah setakat hari ini, apakah kesemua 85 buah sekolah rendah di kawasan Parlimen Tuaran itu sudah beroperasi ataupun tidak? Terima kasih. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat tiap kali membangkitkan perkara-perkara sebuah sekolah, dua buah sekolah tetapi saya rasa saya tidak menerima surat daripada Yang Berhormat mengenai sekolah tertentu. Yang Berhormat bangkitkan begitu sahaja tanpa ada follow-up dengan surat kepada jabatan kami untuk kami selesaikan. Jadi, saya berharaplah Yang Berhormat dapat memberi teguran ini, ya? [Disampuk] Tuan Wilfred Madius Tangau: Boleh beri.. Saya boleh kumpulkan semua surat yang saya sudah hantar kepada kementerian. Di kawasan saya banyak, sama ada soal elektrik... Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Dato' Mahadzir lama duduk di hospital baru-baru ini. Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya sudah hantar. permasalahan guru-guru saya hantar. Saya boleh bagi. Terima kasih. Soal tidak ada - Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, ya. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Baik, terima kasih. Saya akan buat siasatan ini dan saya berharap Yang Berhormat dapat beri reminder kepada kami mengenai ini kerana dalam Rancangan Malaysia Ke-8 boleh dikatakan hampir RM22 juta telah dibelanjakan. Walau bagaimanapun, saya berharaplah schoolnet di kawasan-kawasan luar bandar dapat diperluaskan dan saya percaya dengan adanya bekalan elektrik - dan ini satu lagi pergeseran kami, perbelanjaan untuk membekalkan elektrik yang mana terpaksa digunakan di Sabah dan Sarawak. Tetapi sepatutnya wang tadi dibelanjakan untuk misalnya pembelian komputer dan mendirikan makmal-makmal komputer terpaksa dibelanjakan untuk bekalan elektrik ini. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran akan berusaha lebih gigih lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Insya-Allah, walaupun saya lama di hospital laporan-laporan ini dapat juga sampai kepada saya tiap-tiap kali. Terima kasih. Sekian. 8 DR.29.09.2005 5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan berikutan Sektor ICT merupakan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang ICT masih berkurangan. Apakah langkah kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera seperti menubuhkan strategic alliances dengan syarikat-syarikat ICT supaya mereka mampu bersaing di peringkat global. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Libaran dan terima kasih Tuan Yang diPertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Libaran dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan menganggap agenda pembangunan dan penglibatan bumiputera dalam bidang ICT merupakan satu agenda penting negara. Kerajaan telah melalui Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan satu platform atau agensi yang telah diminta untuk memastikan penyertaan bumiputera dalam bidang pelaksanaan ICT negara. Pihak kerajaan akan terus memberi penekanan agar penyertaan ini sampai ke tahap yang kita banggakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selalu menyatakan bahawa faedah dan manfaat ICT perlu sampai ke pelosok negara agar semua lapisan masyarakat dapat manfaat daripada ekonomi dan juga manfaat kesejahteraan di kalangan rakyat. Beliau tidak mahu wujudnya pula kemiskinan IT lanjutan daripada kewujudan digital divide. Aplikasi-aplikasi kesejahteraan rakyat meliputi juga usaha-usaha seperti baru-baru ini dicadangkan diwujudkan kaedah bedah siasat secara maya. Tuan Yang di-Pertua, sehingga Julai 2005, sebanyak 225 buah syarikat berstatus MSC dikategorikan syarikat bumiputera, manakala dalam flagship-flagship ataupun pelaksanaan aplikasi pembangunan MSC seperti dalam pelaksanaan flagship kad pintar ada penyertaan 28% bumiputera. Dalam aplikasi sekolah bestari seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan tadi, kita ada penyertaan 43% bumiputera, telekesihatan ada 42% penglibatan bumiputera, e-kerajaan pula alhamdulillah, ada peningkatan sehingga 43% penyertaan bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, Multimedia Development Cooperation (MDC) seperti yang dinyatakan tadi, agensi di bawah MOSTI telah baru-baru ini atas saranan kumpulan rakyat Malaysia telah bersetuju menubuhkan sebuah jabatan penyertaan bumiputera agar tujuan untuk meningkatkan jumlah usahawan bumiputera dan juga tujuan untuk memperkembangkan daya saing ICT bumiputera ditingkatkan sehingga ke peringkat global. Di antara program-program ini ialah termasuklah program Pusat Pembangunan Usahawan Tekno-Bumiputera sebagai contoh telah diikatkan dengan rangkaian jaringan 17 kesemuanya di seluruh negara, bukan hanya di tempat Cyberjaya sahaja. Kita juga mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan bumiputera dengan MARA khususnya, agar pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang ICT dapat dilatih sebagai usahawan dalam bidang ICT. Juga diadakan program-program akademi ebussiness bagi anak-anak muda kita melibatkan diri juga dalam pembangunan ICT negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam membina usahawan tekno-bumiputera, MDC juga menggalakkan perkongsian pintar syarikat-syarikat tempatan dan juga bumiputera agar mereka mengikatkan diri mereka dengan syarikat-syarikat ICT global seperti Microsoft dan Sun Microsystems. Di bawah program ini, usahawan bumiputera diberi latihan dan pendedahan kepada persekitaran perniagaan ala global. Syarikat-syarikat tempatan juga dibantu oleh syarikat-syarikat global ini memasarkan produk-produk yang dibina oleh mereka. Di antaranya juga diberikan galakan dana-dana R&D kepada kementerian agar mereka insyaAllah akan membawa penglibatan mereka ke peringkat global. Terima kasih. Datuk Juslie Ajirol: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memang program kerajaan yang telah berjaya seperti mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kejayaan ini bukan sahaja melibatkan soal-soal yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, ia juga melibatkan keseluruhan rakyat seperti munculnya rancangan realiti TV contohnya, di mana ia melibatkan penonton, peserta dan DR.29.09.2005 9 juga melahirkan bakat-bakat dalam dunia hiburan sehingga kerajaan PAS tertarik membawa Mawi ke Kelantan. Tahniah Johor, mungkin rakyat Kelantan mahu mencontohi Johor di mana Johor 99% dikuasai oleh Barisan Nasional. Tahniah Kelantan. Persoalan saya, kalau kita berjaya melahirkan Mentor-mentor dalam peserta ini, sehingga menguntungkan dunia hiburan. Persoalan saya, apakah pihak kementerian mencadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini kepada kerajaan supaya menambahkan lagi penyertaan bumiputera? Yang keduanya, persoalan saya ialah sebanyak 225 bumiputera dalam perniagaan ini, siapakah mereka ini, di manakah mereka dan sudah mencapai standard yang kita perlukan? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat bagi Libaran. Memang kita akan terus berusaha untuk memastikan semua lapisan masyarakat di Malaysia dapat menyertai arus pembangunan ekonomi negara seperti dalam bidang-bidang baru seperti ICT. Kerajaan tidak mengambil pandangan bahawa kita berpuas hati. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan kementerian (MOSTI) supaya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan lagi penglibatan bumiputera. Ini terutama kepada kumpulan-kumpulan anak muda Malaysia termasuk bumiputera supaya terus melibatkan industri ini. Satu, industri yang hampir sekarang ini, yang kita lihat juga pembangunan seperti negara Korea dan Jepun ialah pembangunan dalam industri content, pembangunan industri content. Kita nampak bahawa ramai daripada mereka yang berminat dalam content development ini ialah boleh dikatakan 70% atau 80% merupakan anak-anak kita bumiputera, terutamanya mereka yang keluar daripada Universiti Multimedia dan juga universiti-universiti swasta seperti Lim Kok Weng. Oleh itu kerajaan sekarang ini telah memikirkan bagaimana untuk membantu anakanak muda ini melibatkan diri dan memasuki dalam industri mencipta atau content development. Oleh kerana itu kita sekarang telah memikirkan suatu kaedah dan strategi. Antara masalah yang anak-anak muda hadapi ini, mereka memerlukan suatu software engine untuk mereka melibatkan diri dalam industri content ini, dan kalau mereka mahu menggunakan software engine ini mereka memerlukan tempahan yang agak mahal kerana software ini perlu mereka sewa daripada Amerika. Oleh kerana itulah kerajaan sekarang sedang berbincang dengan anak-anak muda kita, bagaimana kerajaan boleh membantu membina enjin content development kita sendiri supaya anak-anak muda kita dapat melibatkan diri dalam content development ini secara yang lebih kompetitif. Sebagai contoh, untuk membina sesuatu episod content development, anak-anak muda ini memerlukan kos sehingga RM300,000 atau RM400,000, amat tinggi sekali. Namun demikian mereka hanya dapat jual dalam RM70,000 atau RM80,000 sahaja sesuatu episod ini dengan TV tempatan. Kementerian saya sedang berbincang bagaimana dapat membina enjin ini untuk content development agar anak-anak kita yang muda, yang berminat dalam industri kreatif content ini dapat membangunkan industri mereka secara yang kompetitif. Pada masa yang sama kita telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Penerangan bagaimana mereka mendapat suatu bayaran yang lebih manfaat, dan lebih sesuai agar industri content development menjadi suatu industri yang insya-Allah maju di Malaysia ini. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita ucapkan tahniah di atas beberapa kejayaan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang beberapa peratusan kejayaan, usahawan ICT bumiputera dan juga tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan tentang kos yang agak tinggi di antara RM300,00 hingga RM400,000 untuk menjayakan anak-anak muda yang mempunyai ilmu tentang ICT. 10 DR.29.09.2005 Tetapi apakah kementerian dan kerajaan sedar bahawa tiap-tiap tahun kita melahirkan lebih daripada dua ribu graduan ICT di semua peringkat dalam negara sama ada daripada universiti kerajaan ataupun swasta, yang mana kita mempunyai lambakan dan ramai sangat di antara graduan ICT sekarang ini tidak berada di dalam stream ICT itu sendiri, kerana peluang-peluang yang disediakan sama di peringkat kerajaan ataupun di peringkat sektor swasta. Benarkah dakwaan kebanyakan menyatakan bahawa, MSC hanya banyak mementingkan peratusan besarnya kepada pembangunan infrastruktur ICT, bukan kepada info atau substance yang dikehendaki oleh Yang Berhormat sendiri? Ini merupakan suatu kegagalan yang amat sangat kepada kementerian dan kerajaan sehingga lambakan graduan ICT yang begitu banyak, yang terpaksa sekarang bekerja sebagai salesmen, yang tidak menurut kebolehan-kebolehan yang telah kita latih begitu lama. Apakah strategi sebenarnya kerajaan supaya apa yang telah kita katakan tadi matching ataupun strategy alliance, kerana saya mendapati bagaimana graduan-graduan ICT dapat dijayakan di Bangalore ataupun Hyderabad di India yang telah menjadikan satu ICT centers yang agak terbesar dalam dunia ini. Malah bagaimanakah konsep ICT incubator yang begitu berjaya dibuat di Shanghai. Apakah model ini tidak dapat diterap dan dilaksanakan oleh kerajaan kita? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun yang amat peka dengan isu ini sehingga tahu dengan kedudukan industri global seperti Hyderabad dan negara China. Syabas kepada Yang Berhormat bagi Dungun. Nanti kalau ada maklumat-maklumat tertentu tolonglah bagi maklum balas ini kepada kementerian. Memang benar apa Yang Berhormat bagi Dungun mengatakan. Kita ada sedikit isu, orang kata mismatch daripada bekalan dan pasaran. Baru-baru ini kita mengadakan suatu pertemuan di mana kita menjemput anak-anak kita bertemu dengan industri-industri ICT yang telah diadakan di Cyberjaya. Dua belas ribu anak-anak muda kita hadir dan selepas itu susulan kita nampak, bahawa ini suatu minat anak muda yang mahu menawarkan diri mereka yang ada kepakaran core ilmu mereka di dalam bidang ICT. Kita juga buat satu lagi di Utara pula di Kepala Batas, di mana tiga ribu anak-anak muda kita hadir dengan 50 pula syarikat-syarikat industri ICT, multinasional tempatan bertemu dengan mereka dan mengadakan interview dengan mereka. Lepas itu kita buat di Timor pula iaitu di Kuantan. Kalau ada minat di Terengganu pula nanti, insya-Allah kita akan adakan juga sesi yang sama di Terengganu. Apa yang Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian kalau dapat saya sendiri memaklumkan, masalah mismatch itu bukan core expertisenya. Maklum balas yang kita dapat daripada syarikat besar, bukan kurang kemampuan ilmu mereka dalam ICT tetapi apa yang menjadi masalah ialah mereka ini kurang dari segi hubungan mereka dalam bahasa Inggeris sebagai contoh, dan juga sikap mereka kadang-kadang yang amat tidak begitu terbuka untuk menceritakan minat mereka untuk berkecimpung dalam bidang itu. So, apa yang MSC kita telah mengarahkan MDC supaya adakan Soft Core Furnishing School. Anak-anak ini ada kepakaran core dia – ICT, namun demikian ada sedikit dari segi isu last smile dia. Orang kata, yang mana tidak melayakkan diri mereka untuk diambil oleh industri supaya dengan kita mengatasi isu last smile ini, Insya-Allah, nanti anak-anak kita dapat penawaran kerja dalam sektor industri ICT. Yang kedua, dan yang terakhirnya, Tuan Yang di-Pertua, memang benar dalam isu ICT ini banyak minat seperti penggunaan SMS, isu Mawi, nampak gaya PAS ini semenjak dia ambil alih oleh ADIL, lain sikit rentaknya sekarang ini. [Ketawa] PAS semenjak diambil alih oleh ADIL, lain sudah suasana. Yang belakang itu nampak senyap dah, ikut sahaja yang di hadapan. Itu memang benar kita akan melihat kembali apa jua. Yang benar, Yang Berhormat bagi Dungun menyatakan tadi bahawa penemuan kita terdahulu mungkin kepada fizikal infrastruktur tetapi yang pentingnya kita bina pula infrastruktur ilmu. Macam tadi kalaulah kita mahu galakkan anak muda kita dan ramai anak muda kita ini merupakan daripada kumpulan bumiputera. Halangan ini adalah kerana kos utama DR.29.09.2005 11 membina, contact industry itu, kos membentuk atau mengadakan satu enjin atau satu architecture untuk membina industri itu, mengapa tidak kerajaan wujud infrastruktur knowledge ini, ilmu itu. Kalau itu merupakan yang diperlukan, Insya-Allah, kerajaan akan melaksanakannya. Terima kasih. 6. Tuan Lau Yeng Peng [Puchong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:(a) adakah kementerian bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan negara jiran berkenaan strategi berhadapan bencana kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu yang teruk pada masa akan datang; dan (b) adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan teknik pereputan bagi menggantikan teknik pembakaran jerami padi yang diamalkan oleh pesawah negara ini sejak dari dahulu. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tuan Sazmi bin Miah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Negeri Si-kebun Bunga Cik Siti Wan Kembang. [Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerjasama dengan negara-negara jiran berkenaan strategi berhadapan dengan bencana kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu telah pun sedia wujud, iaitu dalam bentuk kerjasama serantau di antara negaranegara ASEAN melalui penubuhan pasukan petugas teknikal mengenai jerebu atau Haze Technical Task Force, dengan izin, yang dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan ASEAN serta kumpulan kerja bagi penyelarasan pencegahan kebakaran serantau bagi Borneo dan juga Sumatera. Untuk bahagian yang kedua, buat masa sekarang kementerian belum bercadang untuk mewajibkan teknik pereputan bagi menggantikan teknik pembakaran jerami padi yang diamalkan oleh pesawah negara ini. Ini adalah kerana pembakaran jerami tersebut masih diperlukan untuk mengawal penyakit sebelum tanaman semula, dan merupakan aktiviti yang dibenarkan untuk dilakukan di bawah perintah kualiti alam sekeliling. Memandangkan pembakaran jerami ini sedikit sebanyak turut menyumbang kepada masalah pencemaran udara, maka kementerian di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan telah mencadangkan pelaksanaan projek kitar semula jerami dengan kaedah composting bagi menghasilkan baja organik sebagai salah satu langkah di dalam usaha untuk mengelakkan pembakaran terbuka jerami dilakukan selepas musim menuai. Terima kasih. Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sebagai mana yang kita sedia maklum dari jawapan-jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen minggu lepas bahawa faktor utama penyumbang masalah jerebu di negara ini adalah faktor-faktor luaran iaitu telah dijelaskan bahawa perjanjian demi perjanjian dan sebagainya. Soalan tambahan saya ialah bagaimana kita boleh mengawal ataupun memberi satu pengawalan yang lebih serius kepada faktor-faktor dalaman kita. Sebagai contoh masalah jerebu baru-baru ini adalah disebabkan oleh beberapa kebakaran yang berlaku di Hulu Selangor, Rawang dan juga Sepang. So, bagaimanakah kita atau apakah rancangan ataupun tindakan-tindakan yang seterus oleh kementerian? Bagaimana kita boleh mencegah dan masalah jerebu ini dapat diatasi atau diminimumkan di masa-masa akan datang. Satu penjelasan dari Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tuan Sazmi bin Miah: Terima kasih, Yang bagi Berhormat Puchong. Seperti mana yang kita tahu masalah jerebu ini ada dua punca iaitu dari luar negara dan juga dari dalam negara kita sendiri. Yang di luar negara itu, seperti yang saya cakapkan minggu lepas, saya rasa saya telah ulas dengan panjang lebar, perjanjian dan sebagainya. Di 12 DR.29.09.2005 dalam negara antara langkah-langkah yang kita fikirkan akan dibuat ialah mengeluarkan perintah larangan pembakaran terbuka bagi segala jenis, di Malaysia ini, lebih awal iaitu di dalam bulan lima atau bulan enam sebelum musim kemarau bulan tujuh, lapan dan sembilan. Ini kita akan buat pada tahun depan di mana arahan larangan, kecuali pembakaran mayat, upacara keagamaan ataupun bakar sate, barbecue dan sebagainya. Yang kedua, pihak kementerian sekarang ini tidak teragak-agak untuk membawa tuan-tuan tanah yang mana kita dapati pembakaran terbuka diadakan, ke mahkamah. Ini termasuk kerajaan tempatan yang sekarang ini kita nampak seperti di Sepang, Kuala Selangor dan sebagainya. Kebanyakan tuan tanah tersebut adalah Kerajaan Negeri Tempatan dan kita telah berbincang di peringkat kementerian, tidak akan lagi bertolak ansur dengan pemilik-pemilik tanah ini kerana di dalam akta pun kita boleh membawa mereka ke mahkamah kerana melakukan pembakaran terbuka. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, proses pereputan tidak berjawab lagi. Proses pereputan! Belum dijawab lagi. Tuan Sazmi bin Miah: Sudah, sudah jawab. Tuan Yang di-Pertua: Sudah jawab. Ya, Okey. Beberapa Ahli: [Bangun] [Disorak] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Jerai. [Tepuk] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini cara-cara dia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali kepada soalan (b) iaitu tentang pereputan jerami padi ini. Ia hendak reput lambat, lapan bulan baru boleh reput kalau kita compose pun macam itu. Sekarang ini, kita tanam padi setahun dua kali. Jadi, kalau hendak tunggu hak itu reput, baru boleh tanam padi maka ekonomi petani akan merosot. Kalau kita bakar pula mencemar alam tetapi kebakaran itu menolong petani membunuh serangga-serangga yang tidak diingini. Jadi, bolehkah pihak kementerian menggunakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kementerian-kementerian lain yang ada, kaji balik apa kita boleh buat jerami ini. Jerami ini mungkin kita boleh buat sebagai animal feed, boleh? [Disampuk] Mungkin jerami ini kita boleh buat soft board, diadun, boleh? Mungkin jerami juga, Tuan Yang di-Pertua, kita boleh buat handy craft, tidak begitu Yang Berhormat bagi Puchong. Dengan izin, this handy craft you can export to over seas. [Disorak] Apa pandangan Yang Berhormat? [Ketawa] Tuan Sazmi bin Miah: Thank you very much, Jerai. Bagi permasalahan pereputan tadi, memang saya ada sebut pereputan dengan composting. Ia adalah dua perkara yang berlainan. Pereputan ini secara semula jadinya memang lapan bulan baru reput dan menjadi baja tetapi kaedah yang hendak kita perkenalkan ialah kaedah composting, di mana kita kumpul semua jerami-jerami tersebut di satu tempat kemudian kita menggunakan kaedah memasukkan cacing dan bakteria untuk mempercepatkan kaedah composting tersebut dijadikan baja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bila tiada pembakaran terbuka dilakukan, masalah padi ini ialah masalah hama, masalah micro organism, masalah unggas-unggas dan sebagainya yang boleh mendatangkan penyakit kepada padi yang akan ditanam selepas pada itu. Jadi, bersesuaian dengan kaedah composting kita juga mencadangkan kaedah semburan chemical untuk membunuh micro organism dan juga hama-hama tersebut. Pendapat Yang Berhormat bagi Jerai berkenaan dengan hendak buat handy craft and so on to export to over sea, I agree but then kita kena fikir juga berapa banyak tikar yang kita hendak eksport. Saya rasa baja pun perlu juga untuk penanam padi. Terima kasih. 7. Tan Sri Law Hieng Ding minta Menteri Kewangan menyatakan:(a) jumlah cukai tahunan yang dikutip dari aktiviti perjudian pada tahun 2001 hingga 2004; dan DR.29.09.2005 (b) 13 adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan cukai di antara setengah peratus ke satu peratus khas bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (Research and Development). Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil cukai tahunan dari aktiviti perjudian bagi tahun 2000 hingga 2004 adalah seperti berikut:- Tahun Jumlah Kutipan Cukai Duti Perjudian 2001 1.83 bilion 2002 1.78 bilion 2003 1.67 bilion 2004 1.77 bilion Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan pertumbuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif percukaian kepada syarikat yang menjalankan aktiviti R&D. Syarikat yang menyediakan perkhidmatan, R&D syarikat yang melabur dalam dan syarikat yang mengkomersialkan hasil R&D dari institut pendidikan awam serta syarikat yang menggunakan perkhidmatan atau menderma kepada syarikat yang menjalankan aktiviti R&D. Insentif ini diberikan dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan syarikatsyarikat melalui galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan di samping potongan dua kali untuk tujuan cukai pendapatan. Memandangkan pelbagai insentif percukaian telah diberikan untuk menggalakkan aktiviti R&D, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan cukai khusus untuk tujuan R&D semata-mata, Tuan Yang di-Pertua. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi. Nampaknya itu cukai tahunan yang dikutip dari sektor perjudian itu memang banyak dan lumayan. Dan saya berharap supaya R&D yang dijalankan itu tidak bertumpu kepada aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik perjudian yang boleh memihak kepada pihak syarikat. Persoalan saya, bolehkah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa pihak Genting Highlands yang selama ini sudah banyak untung tetapi dari segi sokongan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan belia kalau kita hendak anjurkan kursus kepimpinan, apa jua NGO pergi, belia pergi memang saya rasa dia gunakan cara berorientasikan keuntungan. Potongan memang tidak ada peluang, cari Yang Berhormat bagi Bentong pun tidak boleh buat apa-apa. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah bersetuju bahawa kita kena memaksalah Genting Highlands untuk mengadakan satu obligasi sosial dari segi kita menganjurkan satu kursus kepimpinan ataupun kita membantu pembangunan belia. Saya rasa ini adalah satu perkara yang relevan dan kita tidak hendaklah orang politik sebab kita hendak bantu NGO, pertubuhan belia, pembangunan belia memang tidak cukup peruntukan minta mereka menanggung sebahagian daripadanya. Apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua: Sila jawab. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Secara mudahnya saya kata setujulah dengan pandangan Ahli Yang Berhormat bagi Ayer Hitam. 8. Datuk Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kesihatan menyatakan kenapa pihak kementerian tidak bercadang untuk membina satu “Burn Unit” di Hospital Bintulu untuk mangsa-mangsa kebakaran berkaitan dengan petroleum memandangkan 14 DR.29.09.2005 kawasan Bintulu merupakan antara kawasan perindustrian cari gali dan gas yang terbesar negara. Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua., kementerian tidak lupa pada Bintulu dan kementerian sedar bahawa Bintulu adalah satu kawasan yang berisiko ekoran kehadiran industri gas dan petroleum. Ekoran daripada itu dalam Rancangan Malaysia ke-9, satu “Burn Unit” telah pun dicadangkan di Hospital Bintulu. Terima kasih. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan yang dijawab daripada Timbalan Menteri. Terima kasihlah tadi bagi tahu kementerian tidak pernah lupa Bintulu tetapi kadang-kadang pegawai-pegawai di Kuching sana selalu lupa Bintulu. [Disampuk] Jadi macam “Burn Unit” ini sudah lama saya minta tetapi selalu dalam kajian ataupun tiada jawapan. Petra Jaya pun ada tetapi Petra Jaya tidak ada petroleum, Bintulu banyak petroleum. Jadi, soalan tambahan, berapakah kos untuk menaik taraf “Burn Unit” dan nyatakan kemudahan “Burn Unit” yang terdapat di seluruh negara, khususnya di hospital-hospital di Sarawak. Dan juga adakah pihak kementerian sudah mempunyai pakar-pakar serta kakitangan-kakitangan terlatih untuk ditempatkan di “Burn Unit” tersebut. Terima kasih. Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bintulu, sahabat saya. Tuan Yang di-Pertua, harga untuk membangunkan “Unit Burn” ini atau Unit Rawatan Kebakaran ini tidaklah mahal. Saya ingat Yang Berhormat bagi Bintulu pun boleh sponsor, [Ketawa] RM5 juta dan bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang patut ada tetapi secara piawaiannya adalah RM5 juta. Ini tidak termasuk kos untuk membangunkan sumber manusia termasuk pakar. Di Malaysia, kita sudah pun mempunyai Unit-unit Rawatan Kebakaran di semua hospital negeri. Selain daripada itu dalam Rancangan Malaysia ke-9 kita akan bangunkan Unit-unit Rawatan Kebakaran ini di hospital-hospital di peringkat daerah dan yang berisiko tinggi seperti di Hospital Port Dickson, Hospital Kemaman, Hospital Miri dan Hospital Bintulu. Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat dari Kuala Terengganu. Datuk Bung Moktar bin Radin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Tuan Yang di-Pertua: Ya baik. Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu nanti sekejap. Sila. Dato' Razali bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua soalan nombor 9. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Terengganu nanti sekejap. Sila. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah ini, Tuan Yang di-Pertua, Hospital Kinabatangan pernah berlaku di mana sebuah kilang kelapa sawit dia meletup, explode dan melibatkan tujuh orang terbakar. Dan di Hospital Kinabatangan ini tidak ada prasarana seumpama ini, terpaksa dihantar ke Tawau dan ke Sandakan dan memakan masa sehingga dalam perjalanan satu orang sudah “jalan”. Jadi kenapa kementerian tidak melihat perkara ini sebagai perkara mustahak, penting sebab apabila unit rawatan ini ada, maka mungkin boleh menyelamat nyawa seseorang. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Datuk Bung Moktar bin Radin: Kenapa tidak dibelanjakan duit itu, RM5 juta bagi kerajaan bukan banyak, kenapa belanja lain jalan? Saya melihat laporan perbelanjaan yang untuk tanah dan sebagainya terlalu tinggi, sedangkan untuk unit rawatan tadi tidak ada. Jadi Kementerian Kesihatan perlu melihat di mana hendak meletakkan kepentingan. Masyarakat ini kepentingan kita, Yang kita perjuangkan rakyat, masyarakat, jadi cuba minta ambil tindakan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ya. DR.29.09.2005 15 Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Saya harap Kinabatangan tidak kebakaran. Kita akan pertimbangkan permohonan tersebut. 9. Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil untuk penambahbaikan tadika KEMAS dari segi latihan dan infrastruktur. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran sahabatsahabat saya dari Kelantan di bawah kepimpinan bakal Yang Amat Berhormat Datuk Anuar Musa. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengambil beberapa langkah untuk menambah baik tadika KEMAS. Pertamanya usaha menambah baik infrastruktur di mana sekarang wujud 8,307 buah tadika KEMAS, 3045nya adalah bangunan sendiri, 4,052 bangunan yang ditumpang dan 381 bangunan yang disewa. Kebanyakan tempat yang ditumpang dan disewa tidak begitu memuaskan dari segi keadaan dan suasananya. Justeru dalam Rancangan Malaysia ke-8 sebanyak 515 buah bangunan baru telah dibina dan sebanyak 5,482 telah dinaik taraf. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah dijangkakan 1,443 buah bangunan baru akan dibina dan sejumlah 2,921 bangunan akan dibaik pulih. Dari segi belanjawan peralatan sejumlah RM69 juta telah dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia ke-8 dan dijangka RM120juta akan dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Keduanya dari segi latihan. Yang paling pentingnya adalah usaha meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru tadika KEMAS di mana 5,468 orang akan mengikuti Kursus Diploma Perguruan di Malaysia semasa cuti persekolahan. Kursus ini akan bermula pada pertengahan tahun 2006 dan dijangka selesai pada tahun 2011. Kementerian juga sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk meneruskan pengajian guru-guru tadika seramai 1,169 orang yang telah mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak sehingga ke tahap diploma. Kursus ini akan bermula pada tahun 2006 dan akan tamat pada pertengahan tahun 2007. Akhirnya, dalam Rancangan Malaysia ke-9, KEMAS melalui kementerian telah memohon peruntukan sebanyak RM560juta untuk membiayai usaha menaik taraf infrastruktur dan peralatan tadika KEMAS di seluruh negara. Terima kasih. Dato' Razali bin Ismail: Begitu banyak sekali agenda dan program-program yang akan dibuat, kita mengharapkan satu kemajuan yang besar bakal di capai oleh kementerian dan juga KEMAS. Saya hendak tahu apakah aktiviti-aktiviti yang melibatkan gabung jalin di antara pelbagai agensi yang memberi latihan tadika ini seperti perpaduan, seperti tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri. Dan satu perkara yang harus dilihat di sini perbezaan dari segi perjawatan itu amat ketara sekali. Ramai guru tadika KEMAS umpamanya, adalah guru-guru kontrak dan tadi ada cadangannya. Tetapi guru-guru di Kementerian Pelajaran ada sekarang ini guru-guru berijazah dengan memiliki Diploma Pendidikan agak ketara. Apa tindakan-tindakan ke arah yang pertama integrasi dan penggabungan tadi dengan agensi-agensi lain, yang kedua ialah dari segi latihan untuk merapatkan perkhidmatan tadi. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya harap rakan-rakan lain juga mengambil maklum perkataan gabung-jalin yang kita dengar pada pagi ini, memang ada hubungan dan kerjasama erat di antara KEMAS, kementerian dan juga perpaduan dalam usaha mengendalikan program tadika ini supaya satu penyelarasan dapat dilakukan dan supaya kesemuanya akan dinaik taraf ke satu tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang. 16 DR.29.09.2005 Pertamanya kerjasama yang dibuat dari segi kurikulum yang digunakan keduanya dari segi peralatan; dan ketiganya ialah dari guru-guru yang perlu dinaik taraf. Itulah sebabnya latihan guru-guru KEMAS yang saya sebutkan tadi yang melibatkan beberapa ribu orang yang akan dibuat semasa cuti sekolah dan sememangnya pada hari ini gaji yang diterima oleh guru-guru KEMAS secara kontrak ialah di antara RM525 sehingga RM1,296 kerana sebilangan besar daripada guru-guru kemas sekarang adalah berkelulusan SRP, SPM dan STPM. Sebab itulah latihan untuk menaikkan taraf profesionalisme mereka ini adalah cukup penting dan apabila mereka dapat menamatkan latihan diploma ini gaji-gaji mereka juga akan dinaikkan umpamanya ke tahap paling minimum RM1,200 ke atas. Terima kasih. Tuan Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang diPertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berminat dengan soalan ini kerana soalan ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Terengganu. Pernah satu ketika dahulu saya ingat kerajaan negeri Terengganu sebelum yang ada sekarang ini cuba ground zerokan KEMAS di negeri Terengganu. So, apakah kesan daripada itu, apakah usahausaha yang telah diambil oleh pihak kementerian hari ini untuk menghidupkan kembali KEMAS, falsafahnya di negeri Terengganu dan adakah kesan-kesan psycho kepada penggiat-penggiat KEMAS di negeri Terengganu, apakah kedudukannya pada hari ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila Yang Berhormat. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Setelah apa perubahan yang telah dibuat begitu ketara sudah tentu dia mempunyai kesan-kesan tetapi ini semua sudah diatasi dan senang diatasi dan segala program yang saya sebut tadi pelbagai program baik dari segi infrastruktur dan juga latihan dan pemodenan. Ini semua saya pasti akan membawa kebaikan kepada semua baik di seluruh Malaysia mahupun di Terengganu sendiri. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahajalah Pertanyaan Jawab Lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan bagi jawab Lisan telah tamat] 11.04 pg. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Peraturan Mesyuarat 26(1)b, mengenai jawapan perangai Menteri Sumber Manusia semasa menjawab soalan ke atas perbahasan mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2005 semalam. Semalam apabila saya membangkitkan soalan penguatkuasaan Sarawak Labour Ordinance dalam perbahasan saya dan Menteri Sumber Manusia memberi jawapan bahawa beliau telah mengumumkan penguatkuasaan Sarawak Labour Ordinance pada pagi kelmarin tetapi hari ini semasa saya membaca surat khabar, Sarawak Labour Ordinance tidak dikuatkuasakan dengan sepenuh-penuhnya. Ada sebahagian daripada Sarawak Labour Ordinance tidak dikuatkuasakan dan ia adalah mengenai overtime pay. Overtime work yang dibuat oleh pekerja menerima gaji bulanan di antara RM2,500 tidak bekerja di lingkungan ini tidak akan menerima segala apa-apa overtime pay tetapi ia telah disebutkan dalam Akta Sarawak Labour Ordinance bahawa segala pekerja yang menerima gaji bulanan yang kurang daripada RM2,500 akan dibayar over time pay. Itu adalah satu perkara di mana perangai menteri semasa menjawab soalan di dalam Dewan ini ia menyembunyikan sebahagian kebenaran dan did not reveal the whole truth, only part of the truth. Ini adalah satu perangai yang tidak dapat diterima dalam Dewan ini dan nampaknya dia telah menjadi satu tamadun dalam Dewan ini kerana kelmarin itu top 20 list company- senarai yang diberi dalam Dewan ini pun adalah tidak betul dan itu AP list pun tidak betul. Apakah telah terjadi kepada standard jawapan yang diberikan oleh menteri dalam Dewan ini. Oleh itu saya ingin merujukkan Menteri Sumber Manusia ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan ...[Dewan menjadi riuh seketika] Ini peraturan 26(1)(b). Tuan Yang di-Pertua: Ya. DR.29.09.2005 17 Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Chong Chieng Jen: Belum siap lagi, saya belum habis. Cik Fong Po Kuan: Keputusan dahulu, belum habis lah! Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Peraturan, saya pun berdiri atas peraturan. Duduk. Tuan Chong Chieng Jen: Itu, saya juga berdiri atas peraturan. Cik Fong Po Kuan: Duduk, dahululah, bagi satu persatu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Kita sama-sama berdiri di atas peraturan. Tuan Chong Chieng Jen: keputusan, ada orang sokong. Biarlah, biarlah, biarlah Tuan Yang di-Pertua buat Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Hendak bercakap masa kejadianlah. Dah orang balik datang sini baru hendak bercakap. Ini peraturan, cakap banyak-banyak buat apa, cakap mengikut peraturan mesyuarat. Apalah...[Dewan menjadi riuh seketika] Tuan Chong Chieng Jen: Kalau mahu bahas, kalau mahu bahas, kita bawa buktilah, ini peraturan sahaja. Cik Fong Po Kuan: Hei, duduk, duduk dahululah Tangga Batu. Tuan Chong Chieng Jen: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak ini adalah semasa memberi jawapan dalam Dewan ini... Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Menyampuk] Tuan Chong Chieng Jen: Menteri, menteri, menteri, menteri mesti memberi sepenuh maklumat yang berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini, bukanlah di simpan separuh dan diberikan. Itu adalah melibatkan memesongkan Dewan. Oleh itu saya mohonlah. Cik Fong Po Kuan: Saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, apa-apa maklumat yang diberi oleh Menteri adalah merupakan maklumat-maklumat mengikut soalan yang diberi dan yang disoalkan kepada beliau. Jadi apa dia maklumat yang diberi adalah melambangkan ataupun menggambarkan soalan yang dibuat terhadap beliau. Jadi kalau ada misalannya jawapan-jawapan yang kurang maklumat yang diberi ini tidaklah diboleh, saya rasa dikatakan sebagai memesong... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Dengar dahulu saya cakap, pesanan.....[Dewan riuh ] Tapi berkemungkinan ini merupakan satu sama ada satu kesilapan atau ada perselisihan maklumat daripada apa yang dilaporkan yang dibuat ataupun laporkan dalam surat khabar ataupun yang lain. Kalau tidak pun merupakan satu silap pandang dan jikalau maklumat-maklumat yang penuh yang dihendaki, keterangan, penjelasan yang dikehendaki kemudian maka bolehlah persoalan sedemikian ditujukan kepada pihak Menteri itu sekali lagi. Dia tidak seharusnya dilakukan sebagai satu-satu yang memesongkan Dewan ini. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan sebagai satu subjek, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)(b). Sekian. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Seorang Ahli: Sudahlah. Sudahlah. Tuan Chong Chieng Jen: Itu bukan satu perkara yang berlaku selama-lamanya, ia berlaku satu kali sahaja. Minggu ini telah tiga kejadian yang jawapan diberi oleh Menteri 18 DR.29.09.2005 atau Timbalan Menteri dalam Dewan ini bercanggah dengan jawapan yang diberi di luar Dewan ini. Kita tidak mahu ia menjadi satu regularity, satu kebiasaan, perkara kebiasaan di dalam Dewan ini. [Disampuk] Ia mencemarkan imej Dewan ini dan ia juga mengurangkan prinsip-prinsip accountability administration terhadap Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Chong Chieng Jen: Bagaimana kita sebagai Ahli-ahli Parlimen hendak menjalankan tugas kita, kalau maklumat-maklumat yang diberi kepada kita, tidak sempurna. Puan Chong Eng: Separuh sahaja. Tuan Chong Chieng Jen: Ia separuh saja. How the truth, even in court you have to tell the truth nothing but the truth dengan izin dalam Dewan ini, sama juga. Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik. Saya percaya jikalau sama ada apa disarankan oleh Yang Berhormat daripada Bandar Kuching ini, tepat atau tak tepat, saya percaya ini akan diambil perhatian berat oleh pihak Menteri. USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) WABAK PENYAKIT DEMAM DENGGI 11.22 pg. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya kemukakan notis untuk meminta keizinan mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan untuk membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) seperti berikut; Bahawa Dewan Rakyat yang mulia memberikan keizinan kepada Chow Kon Yeow Ahli kawasan Tanjong untuk mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan hendak merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang berkehendak disegerakan iaitu wabak penyakit demam denggi yang melanda negara Malaysia. Wabak penyakit demam denggi disahkan melanda sebahagian besar negara ini dan jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit ini amat membimbangkan rakyat jelata. Jumlah kematian yang dicatatkan pada 9 bulan pertama pada tahun ini dilaporkan hampir 70 kes dan melebihi kadar kematian pada tahun yang lepas. Sehingga kini hanya 4 buah negeri telah mengumumkan kadar kematian iaitu Selangor (17), Perak (5), Negeri Sembilan (5), dan Pulau Pinang (4). Negara ini digemparkan oleh berita kematian seorang wanita muda yang sarat mengandung anak kembar sulung yang menjadi korban terbaru denggi berdarah di Pulau Pinang dan ini membayangkan betapa seriusnya ancaman demam denggi kepada setiap rakyat jelata dan pelajar-pelajar sekolah. Tindakan Jabatan-jabatan Kesihatan dan pihak-pihak Kerajaan Tempatan untuk menyembur dan membersihkan kawasan sekitar didapati tidak berkesan dan kes-kes penyakit demam denggi melonjak sebanyak 50% iaitu dari 400 kes setiap minggu tahun lepas kepada 600 kes pada setiap minggu pada tahun ini. Wabak penyakit demam denggi ini akan membawa padah kepada rakyat dan juga ekonomi negara jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat ini harus memberi perhatian dan membahas usul mengenai wabak penyakit demam denggi kerana ia perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendakkan disegerakan supaya seluruh jentera kerajaan dan rakyat jelata dapat digembleng untuk menangani masalah ini. Sekian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat DR.29.09.2005 19 kawasan Tanjong pada 27 September 2005. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat pada hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi 3 syarat: (i) bahawa perkara itu adalah perkara tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa tertentu - perkara ini perkara tertentu. Kepentingan orang ramai – ini adalah bagi kepentingan orang ramai. Berkehendak disegerakan - perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan Usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b), Usul ini hendaklah ditempohkan sehingga pukul 4.30 petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan benarkan pihak pencadang membahas selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab selama 30 minit. Sekian. RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO.2) 2005 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 11.27 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan bagi kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, Fasal 2 Rang Undang-undang memperkatakan Pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menambah bilangan kerusi Dewan Rakyat daripada 219 kepada 222. Penambahan ini adalah berikutan dengan satu urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kali terakhir urusan penyempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri Sarawak telah diadakan pada tahun 1996. Mengikut Fasal 2 Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, satu urusan penyempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya boleh dijalankan setelah genap 8 tahun dari urusan terdahulu. Dengan ini pada 17 Januari 2005, SPR telah memulakan urusan penyempadanan semula bahagianbahagian pilihan raya bagi negeri Sarawak dan urusan ini telah pun diselesaikan pada 10 Januari 2005. Maaf pada 10 Jun 2005. Tuan Yang di-Pertua, laporan penyempadanan oleh SPR tersebut telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 4 Julai 2005 dan laporan tersebut telah pun diluluskan pada hari yang sama. Perintah Perlembagaan Persekutuan Persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak 2005 telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong pada 13 Julai 2005 dan mula berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Berikutan penyempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya di Sarawak itu, sebanyak tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan telah ditambah untuk Negeri Sarawak. Pada 20 Jun 2005, Dewan Undangan Sarawak juga telah meluluskan pindaan kepada Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan negeri Negeri Negeri Negeri 20 DR.29.09.2005 Sarawak. Pindaan ini memperlihatkan pertambahan sembilan kerusi di Dewan Undangan Negeri di Negeri Sarawak. Pindaan itu juga telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2005. Tuan Yang di-Pertua, jika cadangan Pindaan kepada Perkara 46 yang saya bentangkan ini diluluskan oleh Dewan ini, maka jumlah kerusi Dewan Rakyat bagi Negeri Sarawak akan bertambah daripada 28 kepada 31 dan keseluruhan kerusi Dewan Rakyat di Malaysia akan bertambah daripada 219 kepada 222. Dengan berkuat kuasanya pindaan kepada Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sarawak, jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak telah bertambah daripada 62 kepada 71 dan keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri di Malaysia ialah 576. Tuan Yang di-Pertua, dalam Fasal 2, Rang Undang-undang ini dicadangkan pindaan kepada Fasal 1 Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan ‘dua ratus sembilan nelas’ dengan perkataan ‘dua ratus dua puluh dua’. Pindaan juga dicadangkan dalam Fasal 2 perenggan (a) Perkara 46 dengan menggantikan perkataan ‘dua ratus enam’ dengan perkataan ‘dua ratus sembilan’, manakala pindaan kepada subperenggan (xi) dalam Fasal 2, perkara yang sama ialah dengan menggantikan perkataan ‘dua puluh lapan’ dengan perkataan ‘tiga puluh satu’. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan ini adalah selari dengan Perintah Perlembagaan Persekutuan Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak 2005 yang telah diwartakan pada 1 Ogos 2005 melalui PUA. 278 dan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2005 mengenai pertambahan tiga kerusi Dewan Rakyat dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 3 Rang Undang-undang memperkatakan pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Yang Dipertuan Agong menetapkan tempat bagi Pejabat Pendaftaran Utama bagi Mahkamah Tinggi di Malaya, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan. Buat masa sekarang Pejabat Pentadbiran yang utama bagi Mahkamah Tinggi di Malaya, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ialah di Kuala Lumpur seperti yang diperuntukkan masing-masing dalam perenggan Fasal 1(a), Fasal (1B) dan Fasal (2) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagaimana ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan telah berpindah ke Putrajaya pada 10 Oktober 2003. Oleh yang demikian, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda untuk menukar tempat Pejabat Pentadbiran yang utama bagi mahkamah-mahkamah itu dan pindaan juga dicadangkan bagi Mahkamah Tinggi di Malaya. Pendekatan yang dicadangkan diambil ialah kaedah penempatan Pejabat Pendaftaran yang utama bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (b) Fasal 1, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Bagi Maksud itu adalah dicadangkan supaya dipinda Perenggan (e) Fasal 1 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan ‘Kuala Lumpur’ dengan perkataan ‘mana-mana tempat di Negeri-negeri Tanah Melayu’ yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dalam Fasal 1B dan (2) Perkara yang sama dengan menggantikan perkataan “Kuala Lumpur" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.” Tuan Yang di-Pertua, memandangkan perpindahan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ke Putrajaya pada 10 Oktober 2003, maka dicadangkan supaya perenggan 3D Rang Undang-undang ini diberi kuat kuasa ke belakang iaitu mulai 10 Oktober 2003. Penempatan tarikh kuat kuasa ke belakang ini tidak melibatkan implikasi undang-undang kerana ia hanya bersifat pentadbiran atau administrative. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 4 Rang Undang-undang memperkatakan pindaan kepada Perkara 124 Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan satu peruntukan berasingan dan khusus tentang tatacara mengangkat sumpah bagi Presiden Mahkamah DR.29.09.2005 21 Rayuan, dan Hakim Mahkamah Rayuan yang baru dilantik. Pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 124 ialah dengan mengadakan Fasal baru (2A) dan (4A) dan dengan meminda Fasal 4 dan Fasal 5. Melalui peruntukan Fasal baru (2A) yang dicadangkan, seseorang yang dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan akan mengangkat sumpah di hadapan Hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Rayuan. Manakala Fasal baru (4A) memperuntukkan bahawa seseorang yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah rayuan akan mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mahkamah rayuan atau jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di hadapan Hakim yang Kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Rayuan. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 5 Rang Undang-undang memperkatakan pindaan kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan yang pada asasnya bertujuan untuk membolehkan Ketua Hakim Negara merujukkan seseorang Hakim yang melanggar manamana Peruntukan kod etika seperti mana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada satu badan yang ditubuhkan di bawah Undang-undang Persekutuan dan untuk memperuntukkan bahawa kod etika yang ditetapkan hendaklah juga mengandungi peruntukkan mengenai tata cara yang hendaklah dipatuhi dan sanction yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada Jawatannya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membaca kepada Dewan yang mulia ini peruntukan Fasal 3 Perkara 125 yang sedia ada yang berbunyi seperti berikut, “Jika Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal 3A atau atas alasan tidak berdaya oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal 4 dan merujukkan representasi itu kepadanya dan boleh atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.” Seperti yang disebut tadi, satu-satunya sanction yang boleh dikenakan bagi pelanggaran kod etika adalah pemecatan hakim yang berkenaan. Sanction sedemikian adalah dirasakan terlalu berat, sekiranya pelanggaran kod etika yang dikatakan telah dilakukan oleh hakim yang berkenaan adalah seperti lewat ke pejabat. Adalah kurang wajar jika pelanggaran yang tidak sebegitu berat, satu tribunal perlu dilantik oleh Yang diPertuan Agong untuk membuat siasatan, dan laporan terhadap hakim yang melakukan pelanggaran tersebut. Oleh yang demikian dicadangkan supaya diadakan peruntukan seperti yang terkandung dalam Fasal (3A) yang baru Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, bagi membolehkan Ketua Hakim Negara merujukkan hakim tersebut kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran seumpama itu. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ini dia baru membentangkan... Tuan Lim Kit Siang: Ya, sama ini penjelasan. Ini biasa oleh sebab mengenai fasal-fasal ini. Ini tidak berlaku di sini bukan bererti tidak berlaku... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh… Tuan Lim Kit Siang: ..di mana Commonwealth Parliament ini pun berlaku, saya meminta oleh sebab Yang Berhormat Menteri menjelaskan … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Ipoh Timor... Tuan Lim Kit Siang: .. saya mahu minta ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila hormati. 22 DR.29.09.2005 Tuan Lim Kit Siang: Ini biasa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nanti mohon bahas, masa perbahasan. Tuan Lim Kit Siang: Bukan perbahasan, saya minta penjelasan, tidak ada Peraturan Mesyuarat yang mengatakan tidak boleh, bukan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, .. Tuan Lim Kit Siang: Saya meminta penjelasan, saja. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Biar saya habiskan dulu… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Biar dia habiskan. Tuan Lim Kit Siang: Oleh sebab ini bersabit dengan perkara ini. Saya bukan nak beri ucapan, saya cuma minta penjelasan saja. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya tak akan pergi ke manamana... Tuan Lim Kit Siang: Boleh tak saya minta penjelasan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor sila duduk. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya tidak akan pergi ke manamana Yang Berhormat ini. Tuan Lim Kit Siang: Adakah Peraturan Mesyuarat yang kata, “Saya tak boleh”? Adakah Peraturan Mesyuarat yang mengatakan, “Saya tak boleh meminta penjelasan”? Tidak, itu budi bicara Yang Berhormat Menteri. Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, Menteri tidak bagi. Tuan Lim Kit Siang: Sama ada Yang Berhormat Menteri mahu bagi atau tak mahu bagi, tak ada Peraturan Mesyuarat yang kata, “Tak boleh”. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Yang Berhormat Ipoh Timor sila duduk. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat tidak ada kuasa mengarahkan saya duduk oleh sebab ... Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya tidak bagi. Tuan Lim Kit Siang: .. tidak ada larangan, ini terpulang kepada Yang Berhormat Menteri ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia bagi Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Nanti saya belum habis lagi, oleh sebab kita bincang, kita bincang... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat boleh... Tuan Lim Kit Siang: Kenapa Tuan Yang di-Pertua mahu campur tangan dalam perkara ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya Yang di-Pertua. Tuan Lim Kit Siang: Ya, Yang di-Pertua bukan boleh salah guna kuasa, saya mahu tanya tidak boleh salah guna kuasa. Tuan Yang di-Pertua, bukan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat sila duduk. Teruskan Yang Berhormat Menteri. Tuan Lim Kit Siang: Boleh tak saya mahu penjelasan? DR.29.09.2005 23 Seorang Ahli: Menteri tidak bagi. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk. Seorang Ahli: Menteri tidak bagi. Peraturan apa you pakai? Tuan Lim Kit Siang: Menteri perlu bantuan, dia sendiri tak boleh buat keputusan, .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor sila duduk. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh: Ini bukan pasar, ini Menteri tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalabakan sila duduk. Tuan Lim Kit Siang: Adakah Yang Berhormat menganggap bahawa Menteri sebagai boneka, dia sendiri tentu boleh buat keputusan, bagi dia buat keputusan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor sila duduk, sila hormati Dewan yang mulia. Tuan Lim Kit Siang: Saya minta, saya berdiri, saya minta dia boleh jawab, buat keputusan, dia boleh tolak.... Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya boleh buat keputusan. Seorang Ahli: Ipoh Timor, duduklah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri. Tuan Lim Kit Siang: ....tetapi proses ini perlu dihabiskan tak boleh halfway – ditutup. Saya berdiri atas Peraturan Mesyuarat minta penjelasan. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya tak benarkan, saya dah buat keputusan. Tuan Lim Kit Siang: Ok, kata tak benar tetapi jangan, jangan mementingkan proses ini, saya ada hak berdiri atas Peraturan Mesyuarat untuk minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri ada hak untuk tolak, tetapi tidak ada sesiapa ada hak untuk mencegah saya buat begitu, termasuk Tuan Yang di-Pertua. Kalau buat begitu, Tuan Yang di-Pertua salah guna kuasa! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Duduk dahulu, sila duduk Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Faham, faham itu! Timbalan Yang di-Petua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya minta maaflah, sebab saya tidak akan pergi ke mana-mana lepas ini. Saya akan duduk di sini, mintalah penjelasan selepas ini. Berhubung dengan Kod Etika yang dimaksudkan dalam Fasal (3A) yang sedia ada dalam Perkara 125 dalam Perlembagaan Persekutuan, ingin saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini di bawah Kod Etika Hakim, 1994 telah disiarkan sebagai PUB 600 pada 2 Disember, 1994. Perenggan 2.2. Kod Etika Hakim 1994 menyebut, “Bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika itu bolehlah dijadikan alasan bagi memecat seseorang hakim daripada jawatan”. Sedemikian peruntukannya dan sejajar dengan hasrat di sebalik penggubalan Fasal (3A) yang baru, yang bertujuan untuk membolehkan Ketua Hakim Negara merujukkan seseorang hakim yang melanggar mana-mana peruntukan kod etika itu kepada suatu 24 DR.29.09.2005 badan yang akan ditubuhkan, jika beliau berpendapat pelanggaran oleh hakim itu tidak sewajarnya dirujukkan kepada tribunal. Maka dicadangkan supaya penetapan kod etika oleh Yang di-Pertuan Agong yang kini dicadangkan diperuntukkan dalam Fasal baru 3B, Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, hendaklah juga mengandungi peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti dan sanction yang boleh dikenakan, selain dari pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal 3 berhubung dengan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika itu. Pematuhan kod etika itu juga dikenakan ke atas Pesuruhjaya Kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal baru 3C, Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan yang terkandung dalam Fasal 5 rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan untuk menambah bilangan Ahli-ahli Dewan Rakyat kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Berhubung penetapan pejabat pendaftaran yang utama bagi Mahkamah Tinggi di Malaya, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan kepada Perkara 124 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan tatacara mengangkat sumpah yang khusus, bagi Presiden Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Rayuan, dan kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Kod Etika Hakim, merupakan pindaan-pindaan yang dapat memastikan terlaksananya proses persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri Sarawak yang dijalankan oleh SPR, dan bagi melicinkan pentadbiran badan kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: penyokong. Minta seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan ialah Rang Undang-Undang bernama satu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibaca kali kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Ya, Mambong. 11.48 pg. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk saya membahas rang undang-undang ini. Saya terus masuk pada Fasal 2 yang bertujuan untuk meminda Perkara 46, untuk menambah bilangan Ahli Dewan Rakyat di negeri Sarawak, daripada 29 ke 31. Seperti mana yang kita tahu bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kawasan lebih daripada 124 ribu kilometer persegi. Ia juga merangkumi 11 kawasan residen dan 31 daerah. Namun sebahagian besar muka bumi Sarawak diliputi oleh bukit bakau dan hutan tropika yang luas. Bilangan penduduknya pula yang terkini ialah 2.5 juta orang dengan purata 20 orang untuk setiap 1 kilometer persegi. Penduduk-penduduk di Sarawak terdiri daripada kira-kira 26 kumpulan etnik. Kumpulan etnik yang terbesar ialah Iban. Bagi menentukan bilangan pilihan raya di negeri Sarawak, SPR telah pun melihat beberapa faktor seperti faktor geografi dan topografi kawasan, faktor tahap pembangunan kawasan yang terlibat, faktor keadaan demografi dan kepadatan pendudukan, dan faktor kemudahan asas seperti jalan raya dan faktor kemampuan kerajaan negeri untuk menampung kos pilihan raya nanti. Saya bersetuju dengan SPR bahawa faktor wattage bagi kawasan-kawasan pilihan raya di luar bandar haruslah diperkenalkan. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan yang belum maju dan dipenuhi dengan hutan belantara dan tidak mempunyai kemudahan jalan raya atau pengangkutan yang baik, diberi wattage yang tinggi. Kriteria wattage yang digunakan di Sarawak disebabkan keadaan geografi dan demography yang berbeza. Di pedalaman terdapat 40% daripada keseluruhan penduduk di negeri Sarawak. Kalau kita lihat analisis kawasan Parlimen: DR.29.09.2005 (i) 25 Antara 29,000 hingga 60,000 pemilih Biasanya kawasan tersebut adalah kawasan-kawasan yang maju dan di Sarawak terdapat 10 kawasan; (ii) Antara 20,000 hingga 30,000 pemilih Ini adalah kawasan kurang maju dan sedang membangun. Kawasan Parlimen Mambong adalah dirangkum di dalam kawasan ini 13 kawasan kesemuanya; dan (ii) Di bawah 20,000 pemilih Kawasan luar bandar yang belum dimajukan 8 kawasan. Kalau kita lihat daripada kawasan-kawasan pilihan raya Parlimen yang baru, kawasan Igan. Kawasan Igan mempunyai dua kawasan, Dewan Undangan Negeri dan terdapat 16,512 bilangan pemilih. Kawasan Igan ini memang besar juga. Ia mempunyai keluasan 2,206 kilometer persegi. Ini dua kali lebih besar dari kawasan Mambong, kawasan Mambong yang mempunyai keluasan 1,331 persegi. Maka, adalah wajar bahawa kawasan Parlimen baru kawasan Igan diwujudkan. Yang kedua, kalu kita lihat daripada kawasan Sibuti pula. Kawasan Sibuti sama besar dengan kawasan saya, kawasan Mambong, mempunyai keluasan 1,576 kilometer persegi. Ia mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri dan mempunyai bilangan pemilih keseluruhan ialah 21,531. Saya bersetuju kawasan ini juga diwujudkan kerana kawasan ini adalah besar kawasannya. Yang ketiga adalah kawasan Parlimen Limbang. Kawasan Parlimen Limbang walaupun ini sudah wujud kawasan baru. Ya, masih besar juga. Mempunyai keluasan kawasan 4,211 kilometer persegi dan kawasan ini mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu Dewan Undangan Negeri Bukit Kota dan Dewan Undangan Negeri Bukit Danau. Jumlah keseluruhan pemilih ialah 19,913. Kalau dulunya kawasan Limbang dan kawasan Parlimen Lawas adalah satu kawasan yang dinamakan Bukit Emas. Bayangkan, Yang Berhormat bagi Bukit Emas, bagaimanakah dia menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat dengan sempurna jika kawasan terlalu besar. Sekarang kawasan ini dibahagi dua dan Bukit Emas menjadi kawasan Lawas dan kawasan Limbang adalah kawasan baru. Semua ketiga-tiga kawasan ini adalah perlu kerana kalau mengikut kriteria-kriteria SPR yang saya sebut tadi adalah kawasan yang kurang membangun. Oleh kerana kawasan-kawasan Parlimen ini kurang membangun maka adalah wajar kawasan-kawasan Parlimen ini diwujudkan di Sarawak dan saya menyokong sepenuhnya kewujudan kawasan Parlimen ini. Sekian, Tuan Yang diPertua, terima kasih. Timbalan Yang di-pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sri Aman. 11.53 pg. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga seperti kawan saya Yang Berhormat bagi Mambong menyokong pindaan ini oleh kerana kawasan kita di sana terlalu luas dan kita bertanyalah berapa banyakkah kawasan Parlimen di Semenanjung dan berapa banyakkah kawasan Parlimen di negeri Sarawak. Padahal kedua-dua keluasan Semenanjung dan Sarawak adalah hampir sama. Seperti kawasan saya sendiri, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjalan dari satu sudut ke satu sudut, along Pan Borneo Highway, mungkin makan masa satu jam setengah, kira-kira 150 kilometer dan kita tidak dapat memberi perkhidmatan kalau kita tidak menggunakan perahu, helikopter dan kenderaan pacuan empat roda. Saya rasa juga kawasan ini harus dikaji semula dan kawasan Parlimen harus dipertambahkan pada masa yang akan datang. Yang seterusnya penamaan kawasan, kadang-kadang saya nampak tidak begitu tepat misalnya Balai Ringin. Balai Ringin kawasan Dewan Undangan Negeri. Tempat yang bernama Balai Ringin adalah satu pekan yang begitu kecil. Di hujung kawasan itu, di pinggir kawasan itu, ada pekan yang lebih besar yang mempunyai administrated district 26 DR.29.09.2005 Pantu dan saya rasa tempat nama Balai Ringin haruslah ditukar kepada Pantu ataupun Sungai Tenggang kerana di sana juga ada satu pekan yang agak besar, yang di tengahtengah kawasan itu dan ia mempunyai satu nama yang telah dikenal oleh orang ramai. Tempat itu dinamakan Sungai Tenggang. Jadi, saya mintalah SPR memikir semula tentang permintaan-permintaan rakyat apabila mereka minta nama tempat itu ditukar kepada nama yang lebih ramai. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, tidak guna kalau kita menambahkan kawasan kalau perkara-perkara lain tidak diberi perhatian. Saya minta kerajaan apabila menambahkan kawasan, peruntukan untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan ini juga perlu ditambah, peruntukan kewangan. Dan pelan-pelan untuk membangunkan kawasan ini juga patut disusuli dengan peruntukan yang sewajarnya. Kita masih kesuntukan jalan raya, bekalan api, bekalan air dan kalaulah kita menambahkan kawasan dan tiga perkara asas ini tidak diberi perhatian, saya rasa tidak guna kita menambahkan bilangan kawasan. Di kawasan saya, kawasan Lachau, Pekan Lachau, Pekan Sungai Tenggang, masih ......[Disampuk]. [Ketawa] Ya memang Pekan Lachau. [Disampuk] Bukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Santubong bangun, Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya pun selalu Yang Berhormat melintas kawasan Yang Berhormat, terutama sekali saya tidak pernah miss Pekan Lachau ini, tidak diubahkan nama juga ‘lachau’ ini nanti, minta diubahkan nama ‘lachau’ ini supaya jangan salah pentafsiran kawan-kawan belah sini. Terima kasih. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Jerai bangun, Yang Berhormat. Hendak apa, Jerai? Dato' Paduka Haji Badruddin bni Amiruldin [Jerai]: Tidak, saya tidak berapa setuju dengan Santubong. Pasal tiap-tiap nama itu ada dia punya sejarah, betul atau tidak Sri Aman? Dia ada cerita dia. Dia asal usul dia. Macam Yan ini nama dia sejuk dan sebagainya. Jadi Lanchau ini yang Yang Berhormat bagi Sri Aman katakan ini tentu ada sejarah dia. Jadi, sebelum kita memperpanjangkan perkataan ‘Lanchau’ ini, boleh tak Yang Berhormat bagi Sri Aman terang sejarah... [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Jerai, tak payah tambah-tambah huruf lagi dalam tu. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: macam mana bunyi dia, macam mana? Lachau kah? Eh, tidak, tidak, tidak, tidak... Tuan Jimmy Donald: Lachau. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ha, Lachau. Jadi boleh tak Yang Berhormat terangkan sejarah Lachau itu, apa dia Pekan Lachau itu supaya orang tak terkejut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh terkejut. Tuan Jimmy Donald: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya dari Santubong dan dari Jerai, dulu Yanlah. Sebenarnya, Lachau adalah lizard dengan izin, lizard chameleon. Jadi Lachau satu ketika dahulu, ditemui di kawasan itu, jadi kerana itulah kawasan itu dinamakan Lachau. It’s a beautiful creature Lachau ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Aman, tidak payah tukarlah. Di Sabah pun, Menggatal kita tidak tukar. Tuan Jimmy Donald: Ya, kerana pengkhususan saya, Tuan Yang di-Pertua adalah sejarah, jadi saya sebenarnya tidak setuju dengan tabiat kita memberi nama baru kepada pekan-pekan baru kepada pekan-pekan lama. kerana satu nama itu menunjukkan satu sejarah dan kalau.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak beri jalan pada Yang Berhormat bagi Sri Gading?.. DR.29.09.2005 Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: 27 Ya, minta jalan. Boleh Tuan Yang di- Pertua? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah bagilah itu, itu dia sudah bagi... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Aman. Saya tak berhajat hendak ambil bahagian, Tuan Yang di-Pertua, kerana mungkin ramai kawan daripada Sarawak yang handal-handal akan mengambil bahagian, tetapi akan tetap menyokonglah. Saya seperti yang dikata oleh Yang Berhormat bagi Mambong, seperti apa yang dikata oleh Yang Berhormat bagi Sri Aman, memang luaslah Sarawak ini. Kita sini ada 165 dahulu, sekarang dah 190, kita tambah. Tetapi di Sarawak 28 campur 3 baru 31. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berhormat jiwa di Sabah, sekarang di Sarawak pula? Semalam Yang Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sarawak pula. [Ketawa]. Memang saya menyokong apa yang disaran oleh Yang Berhormat bagi Sri Aman, tambah peruntukan. Bukan sahaja luas, tidak dapat dinafikan, Tuan Yang di-Pertua, memang dia ketinggalan, termasuk Sabah. Tumpuan agaknya harus diberi. Kita hendak tengok dalam Rancangan Malaysia ke-9 ini macam mana? Beri keutamaan kepada rakyat kita yang ketinggalan. Sarawak tidak dapat nafikan, 40% dia pedalaman dan pedalaman ini dia bukan sahaja ketinggalan dari segi ekonomi, macam-macam ketinggalan. Jadi, saya sokong supaya ini diberikan perhatian. Saya harap apa yang diluahkan di Parlimen ini tidak berlalu begitu sahaja seperti angin sepoi-sepoi, lalulah engkau. Tidak ada kesan. Ambil kesan. Cuma saya nak mintalah agaknya kalau boleh cadangan juga, selain daripada peruntukan pembangunan, elaun saku kepada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak ini! Dia hendak pakai helicopter, hendak pakai pacuan empat roda, hendak pakai sampan, hendak pakai jalan kaki, hendak bot laju. Elaun dengan Ahli Parlimen lain sama. Apakah tidak boleh kerajaan menimbangkan satu peruntukan khusus? Saya tidak kecil hati, Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen di Semenanjung, tidak kecil hati, kita bersetuju! Bagilah special elaun, sebagai elaun perjalanan ke, elaun apalah yang menjadi beban dia. Kalau saya pun tidak sanggup jadi Ahli Parlimen dekat Sarawak ini. Sudahlah kena tidur dekat rumah panjang, kena belanja macam-macam. Boleh tidak kerajaan timbangkan, cuba Yang Berhormat bagi Sri Aman terus teranglah, jangan malu-malu. Minta special elaun kepada Ahli-ahli Parlimen yang begini berat untuk yang Sarawak dengan di Sabah. Tuan Yang di-Pertua tentu setuju dengan Sabah ini. Sipitang pun dahsyat juga. Kadang-kadang sampai dekat sempadan Brunei ini, dia punya kawasan. Jadi, boleh tidak agaknya kerajaan menimbangkan? Yang Berhormat Menteri ada sini, dia pun simpati. Bagi special elaun lainlah untuk meringankan beban. Dan kalau ringan beban Ahli Parlimen, dia punya tugas akan lebih lancar lagi. Bukan ‘Lanchau’, ‘lancar’, apa? Lebih lancar lagi. Lancar tu apa? Lebih lancar apa tu? Apa Yang Berhormat bagi Jerai? Lebih licin. Seorang Ahli: Lebih licin. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Lebih licin. Special elaun. Macam kakitangan kerajaan, kalau duduk di Kuala Lumpur dia ada special elaun lain. Duduk di Johor Bahru, lain, lain, di Jerai itu kampung, hulu, tidak apa. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Dia hardship allowance, elaun susah payah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ha, begitulah lebih kurang, elaun susah payah. Agak-agak macam mana Yang Berhormat bagi Sri Aman? Kalau boleh, terus teranglah Yang Berhormat bagi Sri Aman, jangan malulah. Ini tempat kita, rumah tangga 28 DR.29.09.2005 kita, kalau you tidak suarakan, dia tidak dapat dengar. Kalau kita sudah suarakan, dia dengar, dia akan timbang. Lepas timbang, dia akan lulus. Itu sahajalah. Terima kasih. Tuan Jimmy Donald: Terima kasih rakan saya, Yang Berhormat bagi Sri Gading. Kalau di dalam Ministry of Tourism, kita kata Malaysia Truly Asia, Yang Berhormat bagi Sri Gading ini Truly Malaysian MP. [Tepuk] Terima kasih. Memang apabila pegawai-pegawai kerajaan dihantar ke Sarawak, mereka menerima elaun wilayah, mereka juga menerima hardship allowance. Bukankah elok kalau Menteri dapat mempertimbangkan memberi elaun wilayah dan hardship allowance kepada Ahli-ahli Parlimen kita dari tempat-tempat di mana tempat itu sukar untuk diberi perkhidmatan. Bukan sahaja di Sarawak, bukan sahaja di Sabah, ada juga satu dua tempat di Semenanjung seperti rakan kita dari Gua Musang, mungkin dia juga susah hendak pergi ke sana, jadi kita juga beri dia hardship allowance. Jadi minta apabila Menteri menjawab nanti.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, nanti kalau dia tidak terima, transfer ke Sri Amanlah. Tuan Jimmy Donald: Ya. [Ketawa]. Mungkin minta satu lagi AP untuk pacuan empat roda. [Ketawa] Kalau dia tak mahu terima, bagi Sri Aman, Tuan Yang di-Petua. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga apabila Ahli Parlimen kita ditambah, kita juga minta mungkin waktu Parlimen bersidang juga mungkin ditambah oleh kerana saya nampak kadang-kadang bil terpaksa dirushkan, dipercepatkan. Dan kita tidak mempunyai peluang untuk berbahas dengan sepenuh-penuhnya. Waktu soalan juga, saya minta secara diformalisekan dari satu jam mungkin ke satu jam setengah. Pada masa sekarang, kita menggunakan budi bicara Tuan Yang di-Pertua. Bila mood dia bagus, dia bagi 1 jam 10 minit. Bila mood dia lebih bagus, dia bagi 1 jam 15 minit. Seorang Ahli: [Menyampuk] Tuan Jimmy Donald: Kira mood. Kerana belum diformalisekan juga. Bolehkah saya mencadangkan … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Speaker, mood dia selalu bagus. [Ketawa] Tuan Jimmy Donald: Tetapi kadang-kadang saya nampak, tidak bagus 1 jam, jadi saya mintalah masa debate ini, perbahasan ini diformalisekan kepada satu jam setengah. Saya juga, Tuan Yang di-Pertua, nampak Ahli Parlimen ini serba salah. Kita dari kawasan, kita hendak pergi berjumpa dengan Menteri. Oleh kerana kadang-kadang Menteri tidak ada masa untuk datang mengunjungi Parlimen, jadi kita juga hendak berjumpa dengan mereka di pejabat mereka – Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang boleh membantu dan menerangkan kepada kita tentang kerumitan-kerumitan yang dihadapi oleh kita. Pada satu ketika dulu, kita bermesyuarat di sebelah petang, jadi dapatlah kita menggunakan waktu sebelah pagi untuk pergi ke kementerian-kementerian. Jadi, saya harap kerajaan juga mencari jalan berbincang supaya Ahli-ahli Parlimen ada masa untuk pergi ke kementerian-kementerian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Yang seterusnya, saya memang berterima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada kementerian-kementerian yang membuang masa, membuang wang kadang-kadang untuk menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk datang dan mendengar taklimat-taklimat kepada mereka. Saya haraplah taklimat-taklimat ini dapat diatur dengan cara yang lebih teliti supaya kita dapat menghadiri semua taklimat ini. Pada kita juga kadang-kadang selepas ucapan belanjawan dijemput datang mendengar taklimat, memang saya berterima kasih dengan adanya taklimat seperti ini kita dapat mengenali dengan lebih mendalam apakah isu-isu di manakah tekanan-tekanan yang diberi dalam budget itu. Tetapi sayangnya kadang-kadang taklimat itu diadakan di tempat yang tidak bersesuaian dan juga pada masa yang tidak bersesuaian dan kita lebih-lebih lagi Ahli-ahli DR.29.09.2005 29 Parlimen dari Sarawak yang tidak mempunyai kenderaan tidak dapat menghadiri taklimat yang seperti ini. Seterusnya, nearer home, Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar sudah keluar satu circular di mana air-cond di jabatan-jabatan kerajaan perlu dijimatkan. Saya harap janganlah begitu dijimatkan di Parlimen kerana tidak selesa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Kalau kita tidak selesa jangan-jangan tidak ada kuorum tiap-tiap hari nanti. Oleh kerana itu saya haraplah, tolonglah saya rasa kalau kita hendak menjimatkan cari tempattempat yang lain di mana kita dapat menjimatkan kerana saya nampak dalam bajet begitu banyak peruntukan yang diberi ke sini ke sana. Misalnya yang diberi kepada…. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Sri Aman. Ini tentang aircond Tuan Yang di-Pertua. Minggu lepas dengan semalam panas kita, tidak selesa betul, Tuan Yang di-Pertua. Ini kenapa sebenarnya? Apakah ada penjimatan? Kita ramai ini, ramai itu satu….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya baru masuk. Apa masalahnya? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Berhormat bagi Sri Aman. Ini apa yang dibangkitkan oleh Yang Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Oh! Tidak kaitan dengan rang undang-undang? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta supaya aircond di Dewan ini jangan dijimatkanlah maknanya sejukkanlah apabila sejuk orang selesa dan sedap kita berbahas, dapat duduk dengan selesa, kalau dia kata kalau panas mungkin hendak kuorum pun payah semua itu tetapi duduk di luar pun panas. Jadi apa masalahnya ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah saya bersetujulah, kami akan siasat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jangan siasat, Tuan Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Membetulkan, membetulkan keadaan itu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ha, betulkan, tidak ada siasat. Perkataan siasat ini buang daripada kamuslah, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Siasat dan...Yang Berhormat, Yang Berhormat… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini ‘siasat’ ‘timbang’, siasat timbang ini boleh tidak buang daripada… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat siasat dan perbetulkan. Yang Berhormat, Yang Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Pembetulan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ha, pembetulan dibuat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tambah sahaja sejuklah bukan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau tidak cukup, kasi cukup sejuk. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Jimmy Donald: Terima kasih rakan saya Yang Berhormat bagi Sri Gading, Tuan Yang di-Pertua saya tadi hendak sentuh tentang langkah-langkah penjimatan. 30 DR.29.09.2005 Memang saya bersetuju dengan langkah penjimatan tetapi di tempat yang mungkin lebih sesuai. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua, kita memperuntukkan wang untuk program Rakan Muda kita. Siapa yang menggunakan? Orang yang di bandar. Program Rakan Muda ini tidak sekali menyentuh orang yang di luar bandar, mereka tidak beruntung. Saya rasa kita ini we spoiled the parents in the town dan juga orang-orang muda di bandar-bandar dan saya rasa kita di Parlimen ini merasa terpanggil untuk membantu menjaga remaja-remaja kita yang berkeliaran di Kuala Lumpur tetapi siapa yang menjaga remaja yang berkeliaran di rumah panjang di Sri Aman, tidak ada orang. Jadi mungkin kita bolehlah menggunakan wang dari program Rakan Muda ini untuk membayar bil aircond kita di Parlimen dan juga di jabatan-jabatan kerajaan. Oleh kerana saya rasa pegawai kita pun dapat menjadi lebih produktif kalau mereka duduk di tempat yang selesa, di pejabat yang selesa. Dengan itu Tuan Yang diPertua saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tumpat. 12.15 tgh. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin terlibat dalam perbahasan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara, pertamanya Fasal 2 yang melibatkan pertambahan kerusi-kerusi Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri untuk negeri Sarawak iaitu menambah daripada di Parlimennya tiga yang baru dan di peringkat DUNnya sembilan tambahan anggotanya. Point saya mudah sahaja Tuan Yang di-Pertua iaitu rasanya, seboleh-bolehnya jadikanlah ini amalan terakhir dalam Parlimen kita ini iaitu membuat persempadanan dan pindaan perlembagaan khusus untuk mana-mana negeri sahaja dalam negara kita ini. Pada masa-masa yang akan datang saya ingin menyeru supaya persempadanan semula dilakukan secara nation wide dengan izin, secara meliputi seluruh negara. Oleh itu pindaan kepada perlembagaan boleh disamakan dengan seluruh negeri lain dalam negara kita ini. Sarawak, maaf cakap bukanlah suatu negeri yang terlalu istimewa supaya ianya diasingkan daripada negeri-negeri lain. Ianya sebuah negeri yang besar sebagaimana Yang Berhormat bagi Mambong sebutkan tadi tetapi ia sebuah negeri dalam negara Malaysia kita ini. Oleh itu jika Sarawak diasingkan sesudah negeri-negeri lain di seluruh negara kita bahaskan dan luluskan, maka kesannya mungkin akan menjadi, belanjanya sudah tentu akan menambah, kesannya pun akan mungkin tidak begitu baik dalam kita untuk membanggakan diri kita 48 tahun Merdeka dan Malaysia sudah berusia 42 tahun tiba-tiba apabila hendak pinda berkenaan dengan pindaan kepada kerusi-kerusi Parlimen kita pisahkan sebuah negeri daripada negeri-negeri yang lain dalam negara kita ini. Jadi saya ingin supaya amalan ini diakhirkan dengan pindaan pada kali ini dan pada persempadananpersempadanan semula yang akan dilakukan mengikut peruntukan perlembagaannya ianya disamakan dengan semua negeri-negeri lain di dalam negara kita ini. Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah Fasal 3 iaitu menggantikan Kuala Lumpur dengan istilah-istilah yang lain sebagai pejabat utama kepada khususnya Mahkamah Tinggi yang sebelum ini Kuala Lumpur mungkin. Saya rasa amalan dan struktur ini perlu kita tukar, yang kita ada sekarang ini ialah struktur Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi dahulunya Borneo tetapi ditukar kepada Sabah dan Sarawak. Sekali lagi ini adalah peninggalan penjajah, kenapa perlu Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada sistem Mahkamah Tinggi yang ada. Kenapa perlu menggunakan istilah-istilah Mahkamah Tinggi Malaya misalnya. Malaya ini adalah rekaan penjajah dan kita cukup bangga, UMNO cukup bangga mengingatkan kita bahawa merekalah memperjuangkan kemerdekaan, tiba-tiba kita masih mengekalkan selepas 48 tahun merdeka, istilah Mahkamah Tinggi Malaya. Jadi saya ingin menyeru dari segi namanya pun ditukar kepada Mahkamah Tinggi Semenanjung Malaysia atau sebagainya. Oleh itu istilah Mahkamah Tinggi Malaya digantikan. DR.29.09.2005 31 Keduanya, kalau struktur pengasingan Mahkamah-mahkamah Tinggi ini kita ingin kekalkan, maka kalau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak satu struktur Mahkamah Tinggi, maka untuk Semenanjung Malaysia ini ada baiknya kita pecahkan Mahkamah Tinggi Pantai Timur Semenanjung, Mahkamah Tinggi Pantai Barat Semenanjung atau Mahkamah Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Mahkamah Tinggi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu kalau kita masih cintakan kepada istilah-istilah pra kemerdekaan seperti istilah “Malaya” itu supaya dari segi nama dan dari segi keefisienan perjalanan, pentadbiran, perundangan kita dapat ditingkatkan supaya beban kepada Ketua Hakim Mahkamah Malaya mengikut istilah yang masih ada hari ini tidaklah begitu berat kalau dipisahkan kepada seorang Ketua Hakim Mahkamah Pantai Timur Semenanjung, seorang lagi Ketua Hakim Mahkamah Pantai Barat Semenanjung ataupun nama-nama yang sesuai dengannya. Dari sudut nama dan dari sudut istilah maksudnya dan juga dari sudut struktur sebenarnya, saya ingin memohon dan mencadangkan supaya kerajaan mengambil kira akan perlunya perubahan-perubahan dan bukan setakat usaha-usaha untuk memindahkan pejabatnya daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya sahaja ataupun dengan usaha-usaha mengekalkan bangunan mahkamah di Putrajaya itu dengan nama Inggerisnya Palace of Justice ataupun nama-nama seperti itu. Saya fikir proses memindahkan atau tukar dari bahasa colonial atau bahasa penjajah kepada bahasa Malaysia di bidang kehakimanlah yang paling lambat sekali pertukaran ini berlaku. Nama bangunan di Kuala Lumpur pun, di Putrajaya pun Palace of Justice dan banyak lagi akta-akta yang bahasanya belum lagi ditukar dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia kita ini. Fasal 4 berkenaan dengan angkat sumpah yang mana mengenakan dan memperkenalkan kaedah-kaedah Presiden Mahkamah Rayuan mengangkat sumpah di depan Hakim Kanan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa akhir-akhir ini angkat sumpah pun jadi masalah dalam negara kita. Parlimen sendiri, Dewan Rakyat sendiri menjadi saksi bagaimana kaedah angkat sumpah apabila ditegur akhirnya mencetus suatu krisis yang akhirnya Yang Berhormat Bukit Gelugor dibawa ke Jawatankuasa dan kemudiannya digantung selama enam bulan dan kesan-kesan yang berikutan dengan itu. Dengan itu saya ingin menyarankan kepada kerajaan supaya mempunyai dan mencatatkan dengan jelas kaedah yang tetap bagaimana seseorang mengangkat sumpah sama ada mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, mengangkat sumpah sebagai pemegang-pemegang jawatan-jawatan yang lainnya dalam negara kita supaya tidak ada salah tafsir, supaya tidak ada cara-cara yang berbeza-beza. Kalau ia memang ditetapkan ada kaedah dan cara berbeza-beza itu pun biarlah jelas supaya misalnya orang Islam mungkin ingin mengangkat sumpah dengan menyebut awalnya istilah baiah cara Islam, sementara orang yang bukan Islam ada cara-cara yang mana ia memberi kesan kepada mereka merasa terikat dengan angkat sumpah mereka itu ataupun cara-cara yang ingin ditetapkan oleh kerajaan dan negara kita yang sesuai dengan pegangan-pegangan dan amalan-amalan kepercayaan-kepercayaan yang ada dalam negara ini supaya tidak ada lagi tercetus tafsiran-tafsiran berbeza, supaya tidak ada lagi perlu ada krisis-krisis tentang bagaimana hendak mengangkat sumpah apabila memegang apa-apa jawatan dalam negara kita ini. Seterusnya berkenaan dengan Hakim Mahkamah Rayuan, saya ingin mengulangi seruan yang kita dengar dalam media dan yang disebut-sebutkan oleh pengamal undangundang iaitu ada banyak kebimbangan di kalangan pengamal-pengamal undang-undang bahawa proses naik pangkat hakim-hakim daripada Pesuruhjaya Hakim menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, daripada Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, daripada Hakim Mahkamah Rayuan naik kepada Hakim Mahkamah Persekutuan ada banyak kegelisahan di kalangan pengamal-pengamal undang-undang dalam negara kita ini bahawa kenaikan pangkat ini dijejaskan dengan perkiraan-perkiraan di luar dari perkiraanperkiraan yang sepatutnya. 32 DR.29.09.2005 Saya mendengar dari pengamal undang-undang bahawa apabila seseorang itu sudah menjadi hakim maka asas yang sebaik-baiknya untuk proses kenaikan pangkat adalah kekananan perkhidmatan mereka atau seniority mereka dengan izin dan perkiraanperkiraan lain tidak harus diberikan keutamaan. Tetapi amalan yang berlaku dalam beberapa tahun yang akhir ini khususnya banyak pengamal-pengamal undang-undang menunjukkan bukti-bukti bahawa kenaikan pangkat para hakim ini adalah disebabkan faktor-faktor dan perkiraan-perkiraan yang lain daripada perkiraan-perkiraan seniority dengan izin atau kekananan perkhidmatan mereka dalam bidang kehakiman. Janganlah kita menjatuhkan martabat hakim di mata pandangan rakyat kita. Kalau rakyat menganggap hakim-hakim itu dinaikkan kerana mereka dalam perkhidmatan mereka sebelum itu memberikan penghakiman-penghakiman yang memihak kepada pihak-pihak yang berkuasa sahaja terutama dalam kes-kes yang kritikal kepada kerajaan. Biarlah rakyat mempunyai kepercayaan yang sepenuhnya bahawa hakim-hakim kita tidak memihak kepada sesiapa tetapi hanya memberi keputusan beliau atau mereka mengikut keadaan undang-undang dan mengikut apa yang dibentangkan oleh pihak pendakwa dan pihak peguam dalam mempertahankan kes-kes tersebut. Ada juga kita mendengar daripada pengamal-pengamal undang-undang supaya pelantikan hakim-hakim pun dilakukan dengan cara yang lebih baik dan ada cadangan supaya pelantikan hakim ini diserahkan kepada suatu suruhanjaya yang mana suruhanjaya dianggotai oleh bekas Hakim-hakim Kanan antaranya, bekas-bekas hakim, peguampeguam kanan misalnya wakil Majlis Peguam Malaysia dan wakil-wakil dari pihak-pihak yang berminat untuk melihat ketinggian martabat kehakiman dalam negara kita ini. Amalan sekarang ini dan di mana hakim-hakim dipilih hanya atas cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Majlis Raja-raja Melayu dilihat bahawa ia mungkin tidak akan memberi kesan yang sebaiknya kepada perkhidmatan dan perjalanan kehakiman dan perundangan dalam negara kita. Kemudian Fasal 5 Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan kod etika untuk hakimhakim Mahkamah Tinggi. Saya bersetuju dengan cadangan menambahkan lagi satu badan yang lain untuk mengenakan dan mengkaji kes-kes yang tidak berat dan tidak berakhir dengan pemecatan hakim-hakim itu. Pemecatan hakim-hakim sudah tentu suatu perkara yang besar dan sudah tentu seharusnya berpunca daripada kesalahan-kesalahan yang besar. Cadangan saya kepada kerajaan selain daripada yang ada ini ialah supaya juga memikirkan bagaimana untuk memastikan bahawa etika ini tidak hanya dikenakan kepada hakim-hakim yang sedang berkhidmat. Kita mendengar rungutan daripada pengamal undang-undang sekali lagi bahawa ada hakim-hakim yang baru sahaja bersara termasuklah bekas Ketua Hakim Negara yang lalu, baru bersara tidak sampai beberapa bulan terus diumumkan menjadi partner kepada sebuah syarikat guaman yang tersohor yang terkenal di Kuala Lumpur walhal kalau kita bercakap dengan peguam-peguam dan pengamalpengamal undang-undang, semua tahu bahawa kes-kes yang beliau sedang uruskan sebelum bersara dan belum tamat kes-kes tersebut masih berjalan dan syarikat guaman yang beliau sertai selepas bersara itu terlibat dalam kes-kes mahkamah itu tetapi beliau dengan mudah menyertai syarikat guaman tersebut. Ini saya fikir etika ini di negara-negara Barat ada jelas dilakukan bukan terhadap hakim-hakim sahaja tetapi pegawai-pegawai kanan misalnya pegawai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan selepas bersara tidak boleh minggu depannya terus masuk dalam syarikat Naval Dockyard atau syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada Kementerian Pertahanan. Amalan supaya kepentingan-kepentingan profesional semasa dalam perkhidmatan kerajaan tidak dengan semudah itu dipergunakan untuk kepentingankepentingan perniagaan seseorang pesara itu seharusnya terkena kepada semua pegawai kerajaan dan tidak terlepas juga kepada hakim-hakim Mahkamah kita yang bersara. Saya ingin mencadangkan supaya etika ini dilakukan juga untuk melibatkan hakimhakim negara yang bersara supaya ada tempoh misalnya setahun selepas bersara baru boleh menyertai profesion kehakiman sama ada sebagai konsultan atau sebagai partner dalam syarikat-syarikat guaman yang mereka ingin sertai. Itu saja pandangan saya, terima kasih. DR.29.09.2005 33 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Santubong. 12.30 tgh. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat pada hari ini hanya beberapa jam, 4.30 kita dah bincang perkara lain dan dalam perundangan ini sebahagian besar adalah melibat negeri Sarawak. Bukanlah bermakna hanya orang daripada negeri Sarawak sahaja yang boleh berbincang tetapi terbuka kepada semua Ahli Parlimen. Dan input-input yang kami terima, dan kita dengar dari awal tadi banyak menyentuh persoalan persempadanan baru di negeri Sarawak yang akan diguna pakai pada pilihan raya yang dekat ini nanti. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya juga mengikut garis panduan yang telah dikhususkan dalam pindaan Perlembagaan ini yang mengatakan bahawa pertama, kita hendak menambahkan kedudukan Parlimen dan negeri di Sarawak. Pindaan Perkara 46, telah diulas panjang lebar oleh Yang Berhormat bagi Mambong tadi berhubung dengan weightage system yang digunakan oleh pihak SPR untuk menilai persempadanan di negeri Sarawak. Biasanya kalau negeri Sarawak itu tidak menjadi besar, apa makna kata ‘besar’, ia tidak mengembang, masih 124 ribu square kilometers. Saya percaya apabila persempadanan berlaku, penambahan kedudukan seat dan sebagainya bertambah, bermaknanya kawasan-kawasan itu ada yang mengecil, sekurang-kurangnya sedikit mengecil. Tetapi yang menghairankan ialah ada bahagian kawasan-kawasan menjadi besar umpamanya Santubong dan Batang Lupar. Santubong dahulu mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri dan mempunyai kawasan yang bukanlah dikatakan kecil tapi cukup besar, hampir semua coastal area bahagian pertama iaitu bahagian Kuching diambil oleh kawasan Santubong. Sampai ke satu tempat dinamakan Kampung Sempadi iaitu satu jam setengah naik kereta pacuan empat roda daripada Santubong sampai ke Sempadi. Tetapi sekarang ditambah lagi dengan satu kawasan DUN iaitu kita panggil Tanjung Datu. Tanjung Datu ini satu kawasan lagi, maknanya kalau daripada one end dengan izin kepada another end of Santubong kita kena berjalan hampir tiga jam, baru sampai, jalan lurus through flight. Kalau pacu empat roda tu boleh terbang macam burung. Jadi ini menghairankan saya bagaimanakah rational menambahkan kedudukan ini? Saya memintalah menteri memberi penjelasan kepada saya, kalau tak beri penjelasan, beri kepada kementerian-Kementerian yang ada terlibat dengan peruntukan kewangan dan sumber membantu kawasan-kawasan ini supaya ditambahkan sumber kewangan itu nanti. Oleh kerana tidak wajarlah saya kalau diberikan kawasan ini sepatutnya ditambah tiga kawasan Parlimen, sepatutnya tiap-tiap kawasan, logically speaking, dengan izin, menjadi kecil tetapi kawasan Santubong jadi 1/3 lebih besar daripada yang asal, ini menghairankan. Jadi dalam masa yang sama sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan sebagainya tadi, bantuan, sokongan kerajaan mungkin sama saja dengan satu Ahli Parlimen yang lain. Jadi saya berharap perkara ini dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya supaya masyarakat di kawasan-kawasan ini tidak tertindas dan tidak menjadi terpinggir oleh sebab masalah persempadanan ini nanti. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Aman. Tuan Jimmy Donald: Saya terpanggil berdiri kerana Yang Berhormat Datuk tadi mengatakan kawasan beliau menjadi lebih besar, padahal patut menjadi lebih kecil. Jadi kawasan saya pun menjadi lebih besar, dulu dua kawasan ADUN sekarang menjadi tiga. Jadi bolehkah Yang Berhormat Datuk apabila berucap ‘nyangkong’ sayalah. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya tengah menulis satu dictionary nak membuat istilah-istilah Sarawak ni, perkataan ‘nyangkong’ means ‘bawa bersama’. Jadi umpamanya kalau saya pergi ke pekan, jadi saya nak beli ikan masin, jadi kalau Yang Berhormat Menteri kata, “Wan, nanti kalau pergi ke pekan tu jangan lupa nyangkong saya belikan ikan masin juga”. Jadi saya akan beli menyangkong Datuk beli ikan masin satu kati tak pakai kilogram, satu kati untuk dibawa balik bersama dan 34 DR.29.09.2005 diserah dengan Datuk selepas kembali dari pekan, itu menyangkong. Jangan sebut Batang Lupar sahaja, jangan sebut Santubong sahaja, sangkonglah juga Sri Aman. Aneh sekali negeri itu, tambah tiga seat tapi kawasan Parlimen membesar, memang adalah tempat-tempat lain yang jadi kecil. Mungkin kita tak ambil satu inci pun, setengah pun kita tak ambil tanah Indonesia nak menambah kawasan Santubong, Sri Aman dan Batang Lupar. Jadi macam mana nak bantu masyarakat itu nanti, kalau dulunya kecil, sekarang dia menjadi besar, jadi makna dia apa-apa sahaja kemudahan yang kita boleh sampaikan menjadi juga mengecoh. Jadi saya berharap pihak kerajaan melihat perkara ini apabila bantuan diperlukan kena sasarkan perkara ini. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang banyak dihebohkan di Sarawak, minta pengkhususan yang tertentu. Bukan saya tanya ni, saya ditanya soalan ini oleh pihak-pihak di Sarawak termasuk pihak media, pihak surat khabar, reporter dan sebagainya, telefon saya. Soalan kemerdekaan Malaysia ini, jadi diistilahkan kemerdekaan Malaysia ini dah 48 tahun, 48 tahun dahulu kata orang Sarawak tak ada Malaysia, 48 tahun dahulu hanya kemerdekaan Malaya iaitu daripada tahun 1957 hingga tahun 1963, Malaysia hanya berlaku pada tahun 1963 iaitu 42 tahun. Jadi istilah kemerdekaan 48 tahun ini, kata dia tidak tepat, jadi mengelirukan. Jadi saya minta penjelasan sama ada disebut kita 48 tahun ataupun 42 tahun. Bahkan ada buku di sini, saya baca buku yang ditulis oleh seorang Profesor Andrew Hading daripada universiti - apa saya nak cari nak nama, Department of Law - School of Oriental and African Studies, University of London. Dia mengatakan bahawa kemerdekaan itu dibahagi dua, satu kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan Malaysia pada tahun 1963. Jadi apabila kita meraikan hari kemerdekaan kena jelaskan Tuan Yang di-Pertua, soalan hari kemerdekaan dan berapa lama kemerdekaan? Sarawak masih dijajah tahun 1957. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ayer Hitam. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sila Yang Berhormat. Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Santubong. Saya mendengar, saya meneliti ucapan Yang Berhormat tadi dan telah dikatakan bahawa kemerdekaan Malaysia ke 48 pada tahun ini. Sebenarnya kita sering mendengar rungutan orang Sarawak dan Sabah dan nampaknya rasa kepunyaan itu berlainan sedikit apabila disebut hari kemerdekaan ke 48 tahun. Dan pelbagai rintihan dan rungutan telah dikeluarkan, masih lagi 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan Malaysia. Hari Malaysia ini, pada 16 September nampaknya sambutan kalau berbanding dengan hari kemerdekaan nampaknya tak ada. Apakah sebab atau mengikut huraian Yang Berhormat, kenapa boleh terjadi begitu dan sehingga kita memisahkan orang Sarawak dan Sabah sebahagian daripada kita. Itu perasaan daripada orang Sarawak dan Sabah. Dan saya nak minta Yang Berhormat terangkan adakah ini adil bagi orang Sarawak dan Sabah dan satu lagi apakah cadangan Yang Berhormat kepada pihak yang berkenaan supaya betul-betul melihat hari Malaysia pada 16 September kerana kami ini warganegara Malaysia. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat, yang rata-rata saya dengar, rata-rata orang bercakap dengan saya di Sarawak, Kuching. Mereka tidak mempertikaikan sangat soalan sama ada 16 September sebagaimana yang sebenarnya berlaku ataupun 31 Ogos sebagaimana yang kerajaan telah pilihkan sebagai hari kemerdekaan. Ini tidak menjadi satu rungutan, rungutan mereka ialah soalan tahun dia tu 48 ke atau 42? Kalau dikatakan Malaysia, dia kata mesti 42, tapi kalau dikatakan merdeka yang Malaya, 48. Selepas itu Sarawak, Sabah dan Semenanjung Tanah Melayu dirangkumkan menjadi satu negara Malaysia dan mencapai kemerdekaan dan dimateraikan perjanjian pada 1962 dan akhirnya pada tahun 1963, itu hanya baru 42 tahun. Jadi ini saya ditanya oleh seorang reporter saya kata, “Pada saya ini tidak ada masalah sangat, persoalan pada saya, asalkan perasaan dan hati sanubari kita itu tidak terjejas dengan keadaan ini, kita tetap mencintai negara ini, dan kita mesti patriot sebagai seorang patriot dan mencintai dan loyal dengan negara ini”. Ini tidak menjadi satu masalah, DR.29.09.2005 35 tetapi mereka mahu juga bahawa penjelasan sepatutnya diberi dan hari kemerdekaan itu jangan terasa mereka pada tahun 1957 itu orang Sarawak masih dikongkong dan orang Sabah pun sama, oleh penjajah pada ketika itu, masih dizalimi oleh penjajah. Selepas itu pada tahun 1963 baru kita mendapat kemerdekaan. Jadi secara ringkas, saya hendak... Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: ... cerita panjang lagi soalan ini Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tuaran bangun. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuaran okey, sila, satu daripada Batu Pahat, satu daripada Tuaran. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Santubong. Soal sama ada kita ini merdeka 48 tahun ataupun 42 tahun? Bukan hanya semata-mata soal perasaan, soal sentimen tetapi soal fakta sejarah. Bukan sahaja fakta sejarah, tetapi soal Perlembagaan Persekutuan itu sendiri bahawa Perlembagaan Persekutuan yang kita guna pakai pada hari ini ialah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bukannya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan umur Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini adalah 42 tahun. Dalam Perlembagaan ini yang amat penting di situ ialah, Perkara 161 hingga Perkara 165, iaitu menceritakan tentang hal-hal perlindungan ataupun perlindungan tambahan untuk negeri Sabah dan Sarawak, additional safeguard in Sabah dan Sarawak. Maknanya di sini ialah apabila kita tidak mengiktiraf 42 tahun, Hari Malaysia itu kita dengan sendirinya menafikan bahawa adanya perkara-perkara sedemikian rupa dalam Perlembagaan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita seharusnya menghayati apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan seharusnya dihormati dan seluruh rakyat Malaysia harus dididik dengan perkara-perkara yang dipersetujui, dan yang telah dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pertama Yang Berhormat, saya sebut soalan patriotisme dan loyalty kepada negara Malaysia tidak memandang soalan 42 tahunkah ataupun 48 tahun, ini fakta yang pertama perlu kita semua terima. Jadi, maknanya kalau dia sebut Malaysia janganlah tanya 42 tahunkah atau 48 tahun, ini tidak penting. Pada kita negara ini adalah negara kita, kita cinta negara ini dan kita rela berkorban untuk negara ini, itu fakta yang pertama. Yang kedua ialah fakta sejarah, ini juga penting dan amat penting fakta sejarah ini dibetulkan. Bahkan dalam persoalan dan persekolahan sama ada UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kalau persoalan dibangkitkan hari kemerdekaan Malaysia adalah salah menjadi satu jawapan, kalau disebut dengan satu perkataan 48 sahaja. Ini terpaksa dibetulkan supaya jangan menjadikan satu kelam-kabut, celaru berkecelaruan, confusion, dengan izin dalam fakta sebenar. Jadi secara akademiknya kita mesti menerima realisasi, sebagaimana seorang profesor daripada Universiti London ini merealisasikan kebenaran itu. Jadi bukankah kita mengatakan bahawa ditulis oleh pihak profesor ini sebagai satu garis panduan kebenaran, tetapi tidak boleh dinafikan fakta sejarah. Saya sudah sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, saya tak hendak sentuh perkara ini panjang sangat. Yang kedua, saya hendak sentuhkan soal energy ini, soal penggunaan kuasa, arahan daripada kerajaan yang disebut oleh Yang Berhormat, saya setuju dan saya semalam sebut dalam sesi yang lepas, saya sebut soalan energy principle ini, tiga energy principle yang saya sebut. Tuan Jimmy Donald: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Minta maaf Yang Berhormat, biar saya habis nanti saya terlupa pula. Energy principle yang pertama kita janakan kuasa dan yang kedua penggunaan, penjimatan kuasa yang dijanakan itu. 36 DR.29.09.2005 Yang ketiga, yang kita tidak amalkan, yang kementerian bagi jawapan bertulis dan jawab lisan di Dewan ini pun salah juga. The third energy principle started from mulamula hendak bina building, acquisition of building material, penggunaan design macam mana? Adakah kita bawa bersama arkitek, engineer, planner untuk save energy kerana dipercayai, saving energy ini bukan makna kita off air-cond, off api dan off sebagainya. Satu, penggunaan bulb kita ini ada bulb yang wastage, penggunaan kuasanya dia lebih tinggi daripada bulb jenis lain. Mungkin harganya mahal sedikit tetapi penggunaannya lebih panjang dan penggunaannya lebih rendah energynya. Jadi mengikut selidikan yang telah dibuat oleh pihak TNB kita boleh save 40 peratus, ini jangan switch off air-cond dalam Dewan ini membuat dia tidak selesa ataupun jabatan-jabatan kerajaan. Jangan diswitch off, kalau perlu beri keselesaan pegawaipegawai kerajaan beri air-cond dalam pejabatnya dia itu, jangan terus switch off oleh sebab save energy kerana kesalahan kita ialah dari mula lagi, design kita salah, acquisition of building material kita salah, semua salah. Kita tidak ingat the third energy principle is much more important daripada yang dua akhir itu. Jadi kena kita amalkan dari sekarang kalau ada bangunan kerajaan yang hendak dibuat sekarang, binalah mengikut the third energy principle ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu cerita …. Tuan Jimmy Donald: [Bangun] Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Menyampuk] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Minta maaf ya, yang ini dahulu, sila. Tuan Jimmy Donald: Sebelum ke energy saya minta dengan hormatnya Yang Berhormat Santubong berpatah balik kepada pengisytiharan Malaysia ini kerana tiap-tiap tahun kita mendengar rungutan di Sarawak, iaitu 31 Ogos mereka rasa tidak begitu selesa menyambut kerana Malaysia tidak wujud pada 31 Ogos, kalau kita memang orang yang mengamalkan disiplin sejarah memang Malaysia tidak wujud pada 31 Ogos, memang 16 September dan mungkin Yang Berhormat teringat dengan cerita “The Naked Emperor”, (Maharaja yang berbogel) tidak ada seorang pun yang berani mengatakan maharaja itu berbogel, oleh sebab siapa yang tidak melihat bajunya, pakaiannya orang itu bodoh. Jadi semua orang takut bodoh dan mengatakan baju yang dipakai oleh maharaja itu memang begitu cantik dan begitu indah, padahal beliau berbogel. Macam mana pendapat Yang Berhormat atau mungkinkah kita di Malaysia ini mengamalkan tabiat itu semua, takut mengatakan maharaja itu berbogel? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Baru masuk berjalan ke dalam dewan] [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Jerai hendak tanya siapa? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya hendak minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Minta sama siapa? Tuan Jimmy Donald: Dapatkah Yang Berhormat... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sri Aman. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Aman bukan yang berucap. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Sorry, sorry. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: penjelasan sama Santubong. Yang Berhormat minta Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Okey Yang Berhormat. Tuan Jimmy Donald: Mungkinkah Yang Berhormat setuju kalau penasihat sejarah, pemimpin-pemimpin kita ini takut mengaku mereka ini salah? DR.29.09.2005 37 Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat, ini cerita barulah takut menyebut, mengatakan bahawa raja berbogel, takut dibunuh oleh raja kalau panggil dia berbogel, jadi kata elok betul raja ini, walaupun dia berbogel. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jerai hendak minta penjelasan. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Minta maaf saya habiskan jawapan ini dahulu. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tidak, saya hendak tanya pasal maharaja bogel ini, jadi bolehkah Yang Berhormat tanya balik kepada Sri Aman dan Sri Aman jawab balik dan Santubong beritahu pada saya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Adakah ini semua melibatkan Perlembagaan yang dibincangkan? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Perlembagaan pun kita ubah macam itulah jadinya. Jadi saya percaya dan yang tahu pasal maharaja bogel ini Sri Aman, jadi saya tidak tahu, saya dengan Arau teringin sangat hendak beli buku itu, terutama sekali Arau sebab dia hendak faham maharaja bogel itu macam mana rupanya. Jadi bolehkah Yang Berhormat? Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa] Yang Berhormat kalau yang bogel itu sama ada yang raja atau bukan raja pun samalah bogel, kalau dia emperor itu orang lelaki, kalau berbogel, macam orang lelakilah bogel, jadi mungkin dia tidak dikembiri, masih ada lagilah benda itu. Jadi Yang Berhormat saya ingat kalau bogel itu bogellah, kalau hendak lihat di cermin pagi-pagi semasa mandi itu boleh tengok sendiri, macam itulah raja itu. Minta maaf Yang Berhormat saya hendak habiskan cerita itu sebab Tangga Batu tunggu saya ini. Jadi Yang Berhormat Sri Aman secara serius, sebenarnya banyak hari yang kita raikan di Malaysia ini, dia tidak jatuh pada hari yang sebenarnya. Umpamanya hari keputeraan seorang gabenor, tempat lain saya tidak tahu Sultan dan sebagainya. Hari keputeraan yang sebenar pada hari yang tertentu dan hari rasmi perayaan pada hari yang tertentu ditetapkan, diputus oleh kerajaan-kerajaan negeri menetapkan. Umpamanya Gabenor ini kalau bertukar tiap-tiap tahun, sultan itu bertukar tiap-tiap berapa abad dan sebagainya, dan hari keputeraan sultan hari keputeraan gabenor-gabenor ini letaknya mungkin ada di bulan 2, bulan 3, bulan 4, bulan 5, bulan 6, bulan 7 sampai bulan 12. Tetapi hari rasmi yang diraikan oleh kerajaan negeri-negeri yang tertentu adalah menentukan apa yang telah diputus oleh pihak Kabinet negeri-negeri tersebut. Jadi, inilah ada perbezaan. Dalam keadaan ini mungkin Kerajaan Malaysia telah menentukan 31 Ogos menjadi Hari Kebangsaan, saya tidak baca dalam Perlembagaan di mana ada mengatakan 31 Ogos menjadi Hari Kemerdekaan Malaysia. Jadi, kenapa hari sebenarnya 16 September itu tidak diraikan tetapi diraikan pada 31 Ogos. Kalau kita singkap sejarah balik mungkin kita terikut-ikut dengan apa yang berlaku di Indonesia yang meraikan 31 Ogos itu, jadi kita hendak associate kita sendiri dengan negara yang begitu besar sebelah kita di sini. Jadi, saya serahlah balik kepada kerajaan tetapi yang pentingnya kehendak masyarakat tetapi kalau kehendak masyarakat hendak ditanya kita kena buat referendum, Yang Berhormat, kita kena tanya dengan masyarakat keseluruhannya macam mana, yang mana satu kita mahu. Kita mahu 16 hari bulankah ataupun 31 hari bulan? Kerana 31 hari bulan ini kita sudah rai berpuluh-puluh tahun. Jadi kalau kita hendak ubah, hendak ubah tradisi kita sendiri, hendak ubah convention kita sendiri, sudah jadi convention ini sudah bertahun- 38 DR.29.09.2005 tahun jadi sejarah kita panjang keraikan itu sendiri. Maknanya, jadi satu, apa yang dikatakan dalam undang-undang, satu force of law, menjadi force of law satu convention. Jadi, kalau kita hendak ubahkan perkara ini kita mesti balik kepada masyarakat, rakyat semuanya, setuju atau tidak, 16 ke 31? Sebelum jawapan itu dibuat saya tidak boleh buat jawapan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sila, Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong. Berkenaan naked king, naked emperor itu, saya ingat harus ada antara kita yang menjadi anak kecil, yang berkata, “Hey! Look the king is naked”. Jadi, budak kecil ini kurang pengetahuan dalam apakah risiko dia apabila menegur raja. Hari ini tahniahlah Yang Berhormat bagi Sri Aman, jadi the small boy, the small kid yang tegur look the king is naked. [Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat bagi Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua, saya berminat dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Santubong tentang kecekapan dan keberkesanan kita dalam mengurus tenaga sebentar tadi. Saya percaya Yang Berhormat bagi Santubong telah menyebutkan tiga peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan dan saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Santubong tentang perancangan yang melibatkan perincian dari segi perundingan, jurutera, arkitek dan sebagainya. Saya hendak minta Yang Berhormat bagi Santubong cuba komen sedikit tentang penjimatan tenaga ataupun pengurusan tenaga dengan cekap dan berkesan ini, yang telah berlaku di negara lain dalam tempoh yang begitu lama lebih empat abad. Umpamanya district cooling system, di mana pada malamnya mereka menggunakan tenaga secara cekap dan berkesan dengan mengepam air naik ke atas tempat yang lebih tinggi kemudian melepaskan air tersebut pada keesokan harinya untuk menjalankan jana kuasa bagi penjanaan tenaga. Begitu juga dengan menyediakan bilik-bilik ais yang besar bagi mengedarkan udara sejuk, bagi menggantikan udara-udara sejuk seperti air condition ini yang cekap dan berkesan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat, adakah ini masalah tenaga kita ada berkenaan? Yang Berhormat, Yang Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Saya hendak cakap tentang pengurusan tenaga yang berkesan dan perlu diambil kira oleh pihak kerajaan dalam urusan ini, Tuan Yang diPertua. Saya setujulah sebab benda ini terlalu teknikal. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Sila, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ada enam minit lagi tidak apa. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat tetapi saya berbanggalah, Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini ada banyak budak-budak kecil. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada? Tidak ada. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Banyak! Kerana budak kecil yang berani dalam istilah, dalam konteks cerita ini tadi berani menegur kerajaan, berani menegur pegawai, berani menegur Menteri, banyak. Tangga Batu salah seorang daripadanya, Ketereh, Jerai, saya hendak sebut hampir semua, kebanyakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat, mereka ini Ahli Yang Berhormat bukan budak-budak. Yang Berhormat, Yang Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Bukan! Dalam konteks dan istilah. Saya bukan pakar bahasa tetapi sudah belajar daripada Cameron Highlands. Dalam Istilah dan konteks cerita yang kita sebut tadi banyak yang mempunyai keberanian sebagai DR.29.09.2005 39 keberanian anak kecil ini tadi, menegur pihak yang membuat kesalahan dan kesilapan. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah, Ahli Parlimen. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Termasuk Yang Berhormat sendiri. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi, saya pindah, Tuan Yang diPertua dari kemerdekaan tadi kepada energy, saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat bagi Tangga Batu sebut, memang banyak lagi Malaysia perlu belajar daripada soalan penggunaan teknologi, umpamanya. Dan recycling of recooling system dan penggunaan teknologi-teknologi baru dalam soalan-soalan untuk memperbaiki keadaan, sama ada untuk memperbaiki environment, - Menteri Environment baru sampai - ataupun kita hendak memperbaiki supaya savekan energy ini kita kena belajar, jangan dengar sahaja. Kadang-kadang ada kepakaran kita, ada knowledge kita, ada benda yang kita belajar tetapi malang tidak dipakai. Jadi kita hanya counting dollar and cent right from the very beginning kerana benda yang boleh selamat untuk long term ini mungkin mahal daripada initial stage. Initial investment dia tinggi tetapi it save a lot Malaysia punya keadaan, sama ada dari segi environment, segi dia punya energy saving atau dari segi kos kita, akhirnya mendatangkan hasil kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada Perlembagaan ini sendiri, di sini di sebut 46 soalan penambahan seats di Sarawak yang telah diluluskan dan di Dewan Undangan Negeri sudah dipersetujui dan di Dewan ini pun sudah mempersetujui dan Perlembagaan ini dipinda akhirnya, di sini. Tidak ada bantahan kepada orang di sini dan tidak ada bantahan orang Sarawak. Bahkan, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Sri Aman dan disokong oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading, kita setuju. Sarawak 124,000 square kilometers besar dia hanya 5,000 square miles smaller dicompare dengan Semenanjung iaitu 134,000 square kilometers. Jadi, dalam masa yang sama di sini kita hanya mempunyai 29% Ahli Parlimen Sarawak, kalau dicompare dengan Semenanjung. Makna Semenanjung 100%, kita hanya 29%. Jadi, cadangan Ahli Parlimen dari Sri Aman kata tambahkan kita banyak sedikitlah di Sarawak. Kenalah banyak Ahli Parlimen, tidak payahlah Ahli Parlimen Santubong jaga tiga kawasan Parlimen Santubong, Parlimen Sri Aman, Parlimen Batang Lupar ke? Kesian Yang Berhormat bagi Batang Lupar turun naik bukit, sungai, semua pergi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada persoalan Perlembagaan, soalan hakim ini tadi. Yang Berhormat soal Tumpat soal mengangkat sumpah ini tetapi saya tidak setuju dengan Yang Berhormat bagi Tumpat. Soalan mengangkat sumpah ini kalau soalan angkat sumpah di mahkamah mesti kita pastikan macam mana mengangkat sumpah. Sama ada dia, ritual dia, lafaz dia, semua kita hendak buat, boleh buat tetapi untuk Parlimen ini, Tuan Yang di-Pertua, kita kena serah kepada Parlimen ini sendiri jangan regulate Parlimen ini banyak sangat. Kerana Parlimen ini adalah the seat of a democracy, the seat of independent. Kalau kita regulate dan bendungkan Parlimen ini makna kita sudah...... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak tahulah. Apa yang saya fikir itu, yang disebut oleh Yang Berhormat itu, makna kita sendiri mengongkong independent atau kebebasan Parlimen itu sendiri bertindak. Nanti Ahli Parlimen Jerai pun tidak boleh berucap, Ahli Parlimen Sri Gading pun tidak boleh berucap, macam mana mereka berucap sebab kita hendak kongkong dia macam mana berucap. Begitu jugalah umpamanya kalau macam hendak angkat sumpah ke sampai angkat tangan ke, angkat kaki ke, dua tangan ke, satu kaki ke, jadi tidak boleh dibuat macam itu, biarlah Tuan Yang di-Pertua, sebagai the Authority the house masa sitting ini membuat regulation dia sendiri, sebagaimana telah diputus. Peraturan kita sudah jelas sudah. Tadi Ketua Pembangkang buat satu bantahan, saya tidak setuju dengan Ketua Pembangkang tadi. Dia kata dia berhak kerana peraturan ini tidak menyebut yang mana-mana mencelah semasa Menteri ... 40 DR.29.09.2005 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tunggu dahulu, habiskan dahulu, Tuan Yang di-Pertua, sebab tidak boleh sambung sentence ini. Tidak boleh mencelah apabila seorang Menteri membentangkan satu-satu perkara, tidak ada peraturan menyebut. Tetapi convention kita, amalan kita yang menjadi force of law dan force of peraturan selama 40 lebih tahun. Saya tidak sebut 42 tahun, 48 tahun. Sudah diguna pakai tidak pernah dibuat macam itu, it is part and parcel of this peraturan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dan, Peraturan Mesyuarat 99 boleh dipakai. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pertua, is final. 99, keputusan Tuan Yang di- Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat boleh sambung pada jam 2.30 petang. Memang betul. Yang Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Santubong, sila sambung ucapan. 2.33 ptg. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi berpindah daripada persoalan persempadanan di Sarawak kepada perkara khusus yang disebut dalam cadangan pindaan ini iaitu berhubung dengan mengangkat sumpah apabila menjadi Presiden Mahkamah Rayuan. Jadi, ada cadangan mengatakan kita kena khususkan macam mana hendak angkat sumpah, sama ada di dalam pejabat apabila orang berhadapan dengan commissioner for oath,... dengan izin ataupun menjadi hakim yang memegang mana-mana jawatan kerajaan ataupun menjadi Ahli Parlimen. Jadi saya dengan izin, beg to differ, tidak setuju. Saya bersetuju kalau perkara-perkara dalam mengangkat sumpah rasmi lain, selain daripada Parlimen ada didefine cara mana yang diperlukan untuk mengangkat sumpah, saya setuju. Kalau hendak jadi hakimkah, hendak jadi pegawai kanan kerajaankah, hendak jadi ambassador atau wakil kerajaan di luar negarakah, saya setuju. Tetapi dalam Parlimen ini saya tidak setuju benda itu didefine. Biarlah keputusan itu dibuat oleh Parlimen sendiri, dibuat oleh Speaker sendiri supaya berlandaskan apa yang kita amalkan selama ini kerana kita kalau ini disetujukan kita, dengan sendirinya kita macam menyetujui apa yang Yang Berhormat bagi Ipoh Timor telah cadangkan. Bukan sebab itu sahaja, tetapi konsepnya Parlimen ini mesti bebas. Mesti able to regulate itself, dengan izin. Buat keputusan dia sendiri. Jadi saya berharap cadangan ini biarlah jadi satu cadangan dan tidak payah diambil begitu berat sangat soal mengangkat sumpah ini kerana kalau kita lihat seseorang itu hendak buat Form 48A umpamanya, hendak buat jadi pengarah syarikat ataupun hendak sain surat agreement, hendak sain surat janji untuk pinjam sumber kewangan, semua sekarang sudah buat surat sumpah. Macam-macam, seribu satu macam perkara yang kita hendak buat surat sumpah, tetapi di pejabat saya seorang peguam yang menjadi commissioner for oath ini tidak satu orang pun yang datang ke pejabat dia berdiri beramairamai angkat tangan macam ini, angkat sumpah. DR.29.09.2005 41 Dia duduk atas pejabat itu, dia jelaskan satu persatu soalan requirement undangundang lepas itu sain, bayar fees dia dan sain dalam buku sumpah dia, sain dalam buku pembayaran fees, semua sudah bayar, tidak ada pun orang berdiri angkat sumpah, angkat tangan ataupun angkat apa. Jadi kalau ini dibuat macam itu, saya ingat tidak wajar. Jadi saya berharap biarlah kita menjalankan amalan ini sebagai satu amalan yang telah biasa kita buat yang saya yakin tidak menjejaskan sama ada daripada kewibawaan kerajaan ataupun menjejaskan perjalanan perundangan Negara Malaysia. Jadi berpindah saya, Tuan Yang di-Pertua, kepada perkara yang lebih serius lagi, iaitu soalan dalam pindaan Perkara 125 berhubung dengan hakim ini. Jadi kita tidak boleh, apabila berbincang soalan pelantikan hakim lari daripada membincang soalan kedudukan hakim itu sendiri iaitu tenure seorang hakim. Jadi kalau kita melihat perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, banyak telah dibangkitkan, khususnya daripada pihak pembangkang dan khususnya juga Ketua Pembangkang sendiri mempersoalkan the security of tenure ataupun kesinambungan perkhidmatan seorang hakim. Jadi kalau kita singkap semula sejarah dari segi undangundang sebelum kemerdekaan Malaysia, sebelum Perlembagaan Malaysia dilaksanakan. kita lihat dari segi common law yang kita amalkan di Malaysia yang apa disebutkan oleh segelintir para akademik dalam perundangan, mengatakan Common Law of Malaysia mengatakan tidak ada, there is no such thing as security of tenure untuk hakim sebelum kemerdekaan. Makna dia, hakim dilantik oleh high commissioner, pegawai British menjalankan tugas hakim dan hakim boleh dibuang dan digugurkan oleh pihak pegawai kanan British pada zaman itu. Bahkan itu diiktiraf oleh penulis. Saya refer semula kepada Andrew Harding ini, profesor daripada Universiti of London ini boleh dikatakan pakar dari segi Undang-undang Perlembagaan. Saya baca dalam bahasa Inggeris, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The security of judicial tenure was not recognized by the common law in colonial Malaysia. Ha, ini dia sebut. Dalam satu kes Terell against the Secretary of States for the Colonies (1953) QB 482. Jadi dalam itu disebut mengatakan bahawa security of tenure untuk seorang hakim dalam Kolonial British Malaya tidak mengiktirafkan kedudukan hakim sebagai satu benda yang wujud atas keputusan hakim itu sendiri ataupun the security of tenure itu sebagai permanent, tidak boleh diganggu gugat oleh pihak-pihak lain selain daripada kehakiman itu sendiri. Tetapi apabila independent Malaya pada tahun 1957, digubal satu Perlembagaan untuk mengiktirafkan tenure seorang hakim dan dibubuh dalam Perlembagaan kita di bawah Peraturan 121 sampai 125 dan sebagainya. Dalam Perlembagaan kita menentukan bahawa kedudukan hakim itu hanya boleh diganggu gugat berlandaskan sistem satu-satu prosedur yang tertentu telah ditentukan oleh Perlembagaan sendiri. Walaupun, Tuan Yang di-Pertua, sebelum Perlembagaan itu menjadi satu Perlembagaan Malaysia dahulu, Reid Commission yang diarahkan untuk membuat satu penyelidikan untuk mengenal pasti penggubalan Perlembagaan Malaysia telah menentukan bahawa Reid Commission buat recommendations supaya the.tenure seorang hakim itu akan hanya boleh diganggu gugat. Maknanya Hakim hanya boleh digugur atau pun dilantik oleh Parlimen mengikut garis panduan yang di amal oleh pihak West Minster iaitu di England. Tapi pada masa itu, kerajaan Malaysia lebih bijak memikirkan daripada Commission Reid itu sendiri. Kalau keputusan Commission Reid itu 100% diguna pakai oleh kerajaan Malaya pada masa itu, mengguna pakai atas saranan mereka, diserahkan kedudukan ini kepada Parlimen, nescaya kedudukan Hakim tidak begitu kukuh sebagaimana yang ada sekarang ini. Mungkin orang bertanya kenapa saya berkata macam itu. Kenapa dia kalau diserah kepada Parlimen dia tidak kukuh dan yang ada sekarang ini lebih kukuh lagi di bawah Perlembagaan kita yang ada sekarang, lebih kukuh lagi. Sebabnya Tuan Yang di-Pertua kita lihat sekarang berapa tahun dah Barisan Nasional menjadi majoriti yang tertinggi menerajui kerajaan Malaysia. Sudah berabad Barisan Nasional ini governing this country. Maknanya, mana-mana Hakim kalau manamana Menteri nak bawa Hakim ke Parlimen untuk dijatuhkan, ia akan gugur macam itu saja, oleh sebab the majority of Parliament, kalau they put to the board. Berapa kali Ahli Parlimen deviate daripada mengundi selain dari apa yang di kehendak oleh pihak majoriti. 42 DR.29.09.2005 Jadi dengan sendirinya saranan yang dibuat oleh Lord Reid itu dan commissionnya adalah lebih lemah daripada apa yang kita gunakan sekarang ini bahkan kedudukan Hakim di bawah Perlembagaan sekarang jauh lebih kukuh daripada apa yang telah dicadangkan oleh Lord Reid berlandaskan kepada keadaan politik semasa di Malaysia. Kalau sekarang umpamanya siapa sajalah Menteri ke macam Menteri di Jabatan Perdana Menteri nak bawak seorang Hakim ke hadapan Parlimen untuk digugurkan kedudukannya dan diusulkan di sini, tanyalah dengan kita sendiri gugur tak dia, walaupun 100% Pembangkang tidak setuju, kita akan gugurkan juga dia dengan sendiri lebih senang menggugurkan dia daripada keadaan yang ada sekarang ini. Langkah yang sedemikian Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan kita masih boleh dipertahankan, mengatakan kedudukan seorang Hakim di Malaysia amat kukuh sekali. Tetapi dari segi perkataannya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita selidiki semula yang melihat bahawa pelantikan seseorang hakim itu ada consultation di antara Chief Judge, Perdana Menteri dan sebagainya, ini telah membimbangkan beberapa pihak. Oleh sebab mengatakan bahawa pihak eksekutif sepatutnya tidak terlibat dengan pelantikan seorang Hakim. Maknya Perdana Menteri jangan terlibat dengan pelantikan dan pengguguran seorang hakim, itu yang pertama. Kedua, untuk merangkan ethics sebagaimana yang disebut di bawah Etika Hakim sepatutnya Perdana Menteri jangan terlibat. Eksekutif jangan terlibat dengan merangkakan etika seseorang hakim sebagaimana yang disebutkan dalam Perlembagaan sekarang kerana ini telah dikatakan menjejaskan apa dikatakan ‘the separation of power. Perbezaan atau pun pengasingan kuasa di antara Judiciary, executive dan legislature. Dalam keadaan sedemikian ada baik juga kalau kita hendak memperbaiki atau memperbaiki nama baik kita di seluruh dunia, pandangan umum masyarakat dunia bahawa dalam Perlembagaan itu menunjukkan bahawa eksekutif tidak akan terlibat dengan apa-apa kedudukan seorang hakim supaya kedudukan hakim itu sebulat suara dilantik oleh badan kehakiman itu sendiri sejauh pun dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja daripada consultation dengan Perdana Menteri. Kalau ini boleh diubahsuaikan dalam Perlembagaan kita dalam Artikel 125 seterusnya (1), (2), (3), (4), dan (5) kita ubahkan, tak payahlah Perdana Menteri terlibat, biarlah keputusan melantik seorang hakim, menggugurkan seorang hakim itu hanya terletak di tangan Majlis Raja-Raja, pada Yang di-Pertuan Agong begitu saja. Jadi dengan sendirinya Perlembagaan ini boleh dikatakan Perlembagaan menunjukkan kekukuhan dan keunggulan prinsip the separation of powers itu sendiri Tuan Yang di-Pertua, kita masih ingat, ini sejarah, fakta sejarah yang bersemadi dalam buku-buku dan masih dalam ingatan kita perkara yang berlaku pada tahun 1988, pengguguran Chief Justice pada ketika itu, President of Supreme Court pada ketika itu Tun Salleh Abbas dan ini telah dianggap atau pun dikatakan mencemar sedikit kedudukan The Independent of Malaysia's Judiciary. Tetapi kalau kita baca apa yang telah dirumuskan pihak-pihak pandai bahawa kebebasan (Independent of Judiciary) di Malaysia, hanya sedikit itu sajalah yang menjejaskan. Keseluruhannya sebagai tradisi dan amalan kehakiman kita adalah bebas daripada interference daripada pihak eksekutif dan juga pihak lain atau pun pihak Parlimen. Dalam keadaan sedemikian kita mesti menerima pakai apa yang telah disebut oleh pihak-pihak bijak pandai daripada luar yang independent daripada kita menyebutkan bahawa Judiciary kita bebas daripada keseluruhannya daripada interference ataupun sentuhan, gangguan daripada pihak-pihak lain. Bahkan ada juga termasuk Profesor Andrew Harding mengatakan bahawa di antara negara-negara di rantau ini, Malaysia adalah negara yang terunggul bersama dengan Singapura dikatakan yang tidak pernah tergugur dari mengamalkan amalan demokrasi semenjak merdeka tahun 1957 dahulu, tidak sebagaimana yang berlaku di negara-negara Afrika dan banyak negara-negara lain yang mendapat kemerdekaan bersama atau sebelum kita. Sekurang-kurangnya berlaku dalam sejarah negara itu pengambilan kuasa oleh pihak tentera, pengambilan kuasa oleh pihak diktator-diktator yang tertentu, tetapi belum pernah berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan keunggulan pentadbiran negara ini yang mesti kita terima. Belum ada diktator, belum ada tentera mengambil alih teraju kerajaan negara Malaysia. Ini DR.29.09.2005 43 diterima pakai sebagai satu sejarah yang unggul dalam negara Commonwealth merdeka selepas Peperangan Dunia Kedua. Jadi kita menerima, ini satu sejarah yang cemerlang dalam hidup Constitutionalism Malaysia. Tuan Yang di-Petua: Yang Berhormat, Grik. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sila. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan The [Grik]: Soalan, Tuan Yang di-Pertua. Betul tidak ada rampasan kuasa, tapi kita ingat bahawa pada tahun 69 dan 70 ada pemerintahan MAGERAN dan Parlimen digantung, jadi apa pandangan Yang Berhormat bagi Santubung. Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kalau kita baca buku akademik, banyak menyentuh soal constitution berlaku dalam mana-mana negara. Saya tak nak sebut sama ada negara di selatan kita, di kiri kanan kita banyak menggugurkan, bukan dalam masa seminggu dua, Tuan Yang di-Pertua. Penggunaan Perlembagaan, zaman darurat tahun 1969, kalau kerajaan tidak mempunyai the wisdom atau kebijaksanaan menggantungkan sekejap, kalau kita, if you blink you didn’t see dalam bentuk sejarah negara. Jadi berlaku sedikit, tapi keadaan itu tidak mencemar langsung kerana dia hanya soal mengambil kuasa Perlembagaan dan tetapi kuasa mahkamah tidak pernah digantung pada ketika itu. Kuasa mahkamah tak pernah digantung, kuasa Parlimen tak pernah digantung hanya yang penggantungan pada ketika itulah atas nama kertas dia sahaja oleh sebab executive hendak gunakan kuasa untuk menenteramkan keadaan. Sepatutnya kita puji kerajaan pada ketika itu kerana menggunakan kuasa dengan begitu bijaksana sekali dan melepaskan kuasa ini Tuan Yang di-Pertua, ini yang penting sekali. Kadang-kadang kalau kita terpegang kuasa kita tidak tahu macam mana hendak melepas tetapi kerajaan kita mempunyai wisdoms dan keberanian yang begitu tinggi telah pegang kuasa telah gantung perlembagaan tetapi dengan sendirinya tiada desakan daripada mana-mana pihak melepaskan kuasa semula kepada pihak perlembagaan dan demokrasi dan penggantungan constitution itu telah dilepaskan begitu sahaja ini walaupun berlaku tetapi bukan menjadi detik hitam dalam sejarah kerajaan Malaysia Dalam pengajian akademik yang menjadi detik hitam berlaku dalam sejarah Malaysia ialah penggantungan Tun Abbas sahaja dalam pandangan akademik. Tetapi dalam masa yang sama Malaysia telah mempunyai satu kecemerlangan kehakiman apabila parti UMNO diharamkan pada tahun 1988. Itu kecemerlangan kehakiman yang mana parti politik menerajui kerajaan telah diharamkan dan tergugur daripada pendaftaran. Walaupun sedih dalam perasaan hati kita yang sedar parti kerajaan jatuh daripada pendaftaran tetapi kecemerlangan di mata dunia sebagai badan kehakiman yang berkebolehan dan berani sekali mesti mendapat pujian. Macam mana keputusan yang dibuat di Sabah atas kes Tun Mustafa juga kita menunjukkan bagaimana hebatnya Tun Mustafa pada ketika itu tetapi berani juga mahkamah kita membuat keputusan berlandaskan rule of law Ini kita kena terima perkaraperkara ini jadi sedikit-sedikit berlaku tidak akan mencemar kepada kecemerlangan penggunaan constitution ataupun perlembagaan Malaysia dan constitutionalism Malaysia masih boleh dibanggakan di seluruh dunia bahkan di antara negara-negara di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua dalam kita meletakkan negara ini di persada yang indan dan cemerlang sekali, ada perkara-perkara berlaku. Ada sampingan dengan kehakiman ada hubung kait dengan kehakiman ini yang mencuit perasaan kita. Baru-baru ini kalau kita lihat kes-kes umpamanya kes Patricia Wong orang Singapura, kes Xi Jiang Huang budak Cina dan kes Norita Shamsudin masyarakat Malaysia, tiga kes dari Singapura dari China dari negeri Malaysia .... Norjan dari Sabah. Kes ini dibawa ke mahkamah, keempat-empat kes ini tak apa saya cerita satu-persatu latar-belakangnya tetapi yang pentingnya kes ini dibawa ke hadapan keadilan bawa ke mahkamah satu-persatu di bawa kes ini jatuh di mahkamah kerana tidak cukup bukti untuk menghakimi saya tidak kata menghukum menghakimi orang yang salah. Kes yang controversial macam orang Singapura yang boleh menjejaskan pandangan mata orang Singapura kepada sistem kehakiman negara kita Tuan Yang di- 44 DR.29.09.2005 Pertua. Sistem kehakiman ini bermula bukan daripada judiciary Tuan Yang di-Pertua, dia bermula daripada polis penyelidikan. Yang kedua, di Pejabat Attorney General Office yang akhir sekali baru di pejabat di Kamar Mahkamah dan di hadapan Mahkamah Terbuka. Persoalannya dalam kes-kes yang empat ini iaitu Patricia Wong, Zew Jhang Kwang, Norita Samsudin dan Norjan (Yang Berhormat) itu kan, Datuk? Daripada Sabah. Persoalan yang kita tanya-tanya saya sendiri, saya tertanya-tanya di mana letaknya kelemahan kita. Di mana letaknya kelemahan penyelidikan polis yang pertama, kenapakah the collection of evidence ini begitu tak betul sekali, begitu rendah sekali begitu tidak boleh diterima sekali kenapa perkara ini berlaku? Yang kedua, apabila dibawa fail-fail ini kepada Attorney General. Kenapa Attorney General tergamak bawa kes itu ke mahkamah sebelum evidence ini fully investigated collection evidence belum cukup, kenapa dibuat? Tuduhan di mahkamah. Adakah kita menuduh oleh sebab kes ini mendapat tarikan dan kontroversi yang besar ke khalayak ramai kita hendak bawa sahaja tangkap seseorang itu tuduh di mahkamah selepas itu tidak dapat kes lepas tangan tetapi Tuan Yang di-Pertua, nama kita di Singapura tercemar. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Minta laluan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat tertarik dengan Santubong ini kerana dia pakar dalam bahagian perlembagaan cuma saya hendak tanya pandangan. Ada dua, tiga kes yang saya hendak tanya pandangan. Pertama sekali yang telah lepas. Satu masa dahulu Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman sembilan tahun ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri. Kemudian pula bila dirujuk kepada Mahkamah Tinggi Rayuan - dilepas. Apakah waktu dihukumkan dahulu cukup bukti sehingga boleh dihukum sembilan tahun dan bila dirayu pula nampak tidak cukup bukti sehingga dilepas, satu. Di mana kualiti keunggulan mahkamah ini sendiri. Adakah dia mahkamah sendiri dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tertentu sekali begitu hukum, sekali begini ini fact. Yang kedua masalah ISA. Kita pun setuju dasar ISA ini tetapi adakah tidak bila ISA ini dilanjutkan hukuman dua tahun tidak menjejaskan demokrasi. Sekiranya dalam masa empat tahun bolehlah di kumpul bukti-bukti atau evidence untuk didakwakan di Mahkamah Sivil. Adakah ini menunjukkan bahawa judiciary mahkamah kita ini, pengadilan ini tidak cukup. Yang ketiganya masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Noh Omar, termasuk kes Norita kes bunuh, kes jenayah sehingga dikatakan kerana air mani itu bercampur maka dilepaskan. Adakah ini menunjukkan mahkamah ini sendiri mempunyai satu kelemahan ataupun pendakwaan itu sendiri mempunyai kelemahan? Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya apabila menjawab, jawab dengan betul saya tidak jawab politik Yang Berhormat jadi kalau banyak sangat itu kadangkadang terlupa saya. Yang pertama Yang Berhormat soalan kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi didapati bersalah dan selepas itu dibawa ke Mahkamah Rayuan didapati tidak bersalah. Memang sistem judiciary di mana-mana pun Yang Berhormat kadang-kadang mahkamah ini menilai sesuatu kes dan oleh sebab pandangan mahkamah itu, hakim itu bahkan di kalau macam di Amerika di England dia gunakan juri. Juri pun boleh membuat kesalahan di samping hakim dibantu orang sampai berapa orang juri di situ pun boleh membuat kesalahan apabila membuat keputusan di mahkamah yang pertama. Tetapi apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan mesti menilai semula daripada segi pengambilan buktinya, saksinya, kredibilitinya, perundangan penilaian dua-dua perkara ini kepada undang-undangnya sama ada betul tidak keputusan yang awal. Inilah sebab sistem kita mengadakan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tiga peringkat. Kalau salah semua mahkamah ini telah mendapati kes itu orang itu bersalah barulah orang itu dikata muktamadlah kesalahan dia, tidak DR.29.09.2005 45 bolehlah dipersoalkan lagi jadi kalau lagi daripada Mahkamah Majistret, Mahkamah Tinggi dan sebagainya sampai Mahkamah Persekutuan ini mendapati salah satu daripada mahkamah itu mendapat dia tidak bersalah inilah sistem yang memang tidak ada tolok banding keunggulan Yang Berhormat memang cara dia, kita tidak boleh nafi kita tidak boleh tuduh, tunjuk tangan kata ini kelemahan hakimlah ini, kebodohan hakim, tidak boleh. Memang sistem kita sedemikian. Kerana manusia memang lemah. Ada kesalahan cara penilaian, pandangan dia, macam mana dia menilai benda-benda yang kecil itu, dan pada pandangan dia ini adalah betul. Tapi apabila tiga, empat hakim duduk bersama, dalam Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, mereka hakim ini akan berbincang sesama sendiri, ada kadang-kadang tiga hakim kata setuju, 2 hakim kata tak setuju. Tapi, dalam masa yang sama dia tak boleh dikatakan yang Hakim ini bodoh, tak. Memang begitulah sistemnya Yang Berhormat. Diamal di England, diamal di Amerika, bahkan diamal di seluruh dunia. Kita bukan Malaikat, boleh melihat hati dan degupan jantung manusia, mengatakan betul atau tidak perkara itu berlaku. Jadi mereka menghakimi, semua kes ini berlandaskan bukti-bukti, saksi-saksi, dan dengan undangundang, garis panduan undang-undang iaitu undang-undang substantive, iaitu undangundang dihakimi ataupun undang-undang evidence yang diguna pakai untuk menilaikan bukti-bukti yang ada. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tidak boleh mengatakan hakim itu telah salah, oleh kerana telah mendapati dan telah menghukumi orang ini dan lepas itu digugur, dibuang pula oleh hakim Mahkamah Tinggi. Jadi, ini memang sistem kita. Kita patutnya mengucap tahniah kepada diri kita, kerana mempunyai sistem kehakiman yang begitu elok sekali, yang boleh menghakimi, satu hakim kata betul, satu hakim kata salah, hakim ini pula kata ini pendapat kurang tepat oleh hakim yang awal itu, dan orang itu dibebaskan. Begitulah, sistem yang memang diguna pakai. Kerana kita bukan mengguna Malaikat sebagai Hakim. Yang soalan ISA Yang Berhormat, ini amat menarik soalan ISA ini. Apabila saya menjadi wakil rakyat pada tahun 1990, saya pernah pergi ke Australia. Apabila saya datang dan saya appear di hadapan Jawatankuasa Human Right Committee, dan Environmental Committee Australia, tuduhan-tuduhan oleh peguam-peguam pihak-pihak wakil rakyat Australia itu kepada Malaysia berhubung dengan ISA bukan main lagi. Dia kata, contohlah negara yang telah maju macam England, macam Amerika, kalau tak ikut pun, macam Australia kata dia tengok negara ini. Tetapi sekarang Yang Berhormat, kita dah tunjuk yang bahawa kita itu betul. Sekarang dia ada undang-undang ‘Guantanamo Bay’, orang tangkap, macam-macam. Di England, apabila berlaku satu pengeboman dia dah tangkap semua orang di kawasan itu, lagi-lagi orang pakai songkok macam Yang Berhormat, kena tahan kalau masuk ke tube kereta api di London sekarang. Ada janggut panjang sikit ni, kena tahan!... Belum habis cerita saya Yang Berhormat, tunggu sekejap, saya tahu, benda ini ada sensitif sikit. Saya bagi tahu dulu. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Bukan. Nanti, saya hendak buat contoh, seperti di England apabila ditahan di Guantanamo, dalam beberapa masa, kemudian dia bawa ke Mahkamah Sivil, jadi kita tidaklah mempertikaikan ISA. Tetapi dalam masa empat tahun investigation dibuat, Tuan Yang di-Pertua, takkan lah boleh tak ada bukti untuk dibawa ke Mahkamah Sivil. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ya, saya, saya.. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Di England, baru ini dia dah putus semua sekali, berapa tahun, berapa tahun kena. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Memang, saya setuju, saya setuju. Kalau kita lihat ISA itu, kalau dalam konteks seorang peguam, seorang pengamal undang-undang, dia memang tak setuju dengan ISA ini. Tapi kalau you tanya dia seorang hamba Allah, orang yang benar-benar cintakan 46 DR.29.09.2005 negaranya, orang itu akan bercakap benar kepada seorang yang bertanya mengatakan undang-undang ini ada keperluannya kepada negara kita. Oleh kerana soalan kebebasan peribadi, yang mana soalan informersnya, intelligent reportnya mungkin tak boleh diversify atau stand the scrutiny of mahkamah dia tak boleh dibawa ke mahkamah, dan ada sebab-sebab yang lain, tetapi kenyataannya, orang ini memang terlibat dengan satu-satu perkara yang tertentu, jadi undang-undang kita ini telah banyak menyelamatkan negara kita ini daripada masalah. Selain daripada berlaku tahun 1969. Negara Malaysia selama semenjak lahir merdeka, pada tahun 1957 sampai sekarang, kita tidak ada mempunyai satu masalah. Bukan maknanya orang Malaysia ini memang keturunan Malaikat, tak. Kita keturunan manusia biasa. Kita mempunyai pendirian biasa. Kita mempunyai pendapat individu. Tapi dalam keadaan kerajaan menerajui Kerajaan Malaysia sekarang, hari ini, kita duduk aman damai. Tanya dengan orang perniagaan, dia kata kita tak nak - bebas kemudian ni. Saya banyak berbincang dengan orang Cina, dia kata yang penting pada kita, kita boleh berniaga, kita boleh buat business, kita boleh hidup senang, kita boleh hidup selesa, dan negara kita boleh maju, kita boleh senang lenang, mewah dan sebagainya. Ini yang penting. Soalan teori. ... Seorang Ahli: [Menyampuk]. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: ...soalan prinsip itu, kita hormati jugalah. Tapi pada satu ketika, kalau negara itu tercabar macam di Amerika, tercabar macam di England, walaupun tradisi, dikata demokratik tradisi mereka dah menyampai di England tu dah 800 tahun daripada zaman Magna Carta pada 1215 dahulu, zaman All Man were Created Equal di Amerika 300 lebih tahun. Ada bila negara mereka tercuba, baru mereka tercabar undang-undang dikeluar lebih teruk daripada undang-undang kita. Lebih teruk daripada undang-undang kita. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, we must find our own way, cara kita sendiri, mentadbir negara kita sendiri mengguna undang-undang asalkan undangundang ini jangan diguna pakai dengan salah ataupun perkataan yang selalu diguna pakai ialah abuse by executive. Itu sahaja yang kita nak tu. Tapi ada mekanismenya. Orang ini boleh. Kerajaan, menteri boleh, untuk menentukan betul tidak, cara-cara yang dibuat oleh undang-undang itu telah diguna pakai, dah diguna kita. Diikut kita garis panduannya. Kalau ini diikut maknanya sepatutnya kita tidak begitu khuatir sangat persoalan ini. Ini yang kedua. Yang ketiga, tadi saya terlepas, terlupa cerita yang ketiga ini. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman: Ini saya bangkitkan masalah yang ditegur oleh Yang Berhormat Dato’ Noh Omar kepada pihak polis dan pihak peguam negara, supaya duduk bersekali sebelum dibawa ke mahkamah. Bukti-bukti tu cukup, banyak jenisjenis bunuh seperti Norita tu, jadi akhirnya semua penjenayah semua terlepas. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Okey Yang Berhormat. Dah tau dah, dah tau dah. Sebenarnya tu yang saya sebut tadi. Sebenarnya, Yang Berhormat, kemudian, saya dah sebut dulu dah. Saya cerita hal Patricia Wong orang Singapura tu, saya dah sebut budak Cina tu, saya dah sebut Norita Shamsuddin orang Malaysia, dan saya sebut juga Norjan kes yang di Sabah tu. Masalah kelemahan, saya pandang kelemahan ni bukan daripada kelemahan seorang sahaja. Saya tak pandang masalah ini adalah hubung kait dengan kehakiman. Masalah ini masalah kelemahan penyelidikan. Penyelidikan polis, kenapa penyelidikan begitu cetek sekali, tak boleh mencari bukti-bukti yang boleh mensabitkan seorang ini boleh dibawa ke Mahkamah. Yang kedua, apabila fail ini diserah kepada Attorney General, kenapa terburuburu bawa kes ke mahkamah sebelum dikenal pasti dibaca dari muka ke belakang dia, melihat betul sudah ketat atau tidak, adakah tidak kita dah 100% atau 120% kita dah pasti buktinya cukup, baru kita boleh bawa kes ni ke mahkamah. Jangan kita serah dengan mahkamah bila kes ini kita sendiri pun ragu-ragu. Yang Berhormat, hukuman di negara kita ialah hukuman bunuh kepada siapa yang pembunuh. Jadi, tak bolehlah hakim tu berlandaskan kepada slim evidence. Evidence yang begitu nipis sekali, yang tak jelas sekali, nak menghukum seorang itu walaupun kita secara logiknya menerima bahawa orang inilah yang membuatnya. Tak boleh. Jadi hakim DR.29.09.2005 47 di sini tak boleh dipersalahkan. Yang kita boleh dipersalahkan di sini ialah satu penyelidikan. Kedua, pengawal seliaan atau supervision kepada penyelidikan kes-kes ini. Dan yang ketiga, sepatutnya pihak AG jangan terburu-buru membawa kes ini ke mahkamah oleh kerana attract attention of media, attract attention of orang ramai, jadi satu kes yang kontroversi. Sepatutnya jangan berlandaskan itu kita terburu-buru bawa kes ke mahkamah. Kita mesti puas hati kita sendiri. Dapatkah tidak kes ini boleh dibawa ke mahkamah? Ini sepatut garis panduan dia. Bukan kepada kita letakkan kepada mahkamah, lepas tu kita kata, kita dah buat kerja. Sebenarnya, Yang Berhormat, di sini hakim tidak ada pilihan lain. Bila kes itu bila dikatakan beyond resonable doubt tidak dapat diprove di mahkamah, dengan sendiri hakim mesti mengeluar orang itu, kerana konsep perundangan kita lebih elok melepas 10 orang dari menghukum seorang di mahkamah dengan tidak pasti. Dalam keadaan sedemikian, kita tidak boleh salahkan kes ini kepada pihak Mahkamah. Yang salah ialah penyelidik, pihak AG yang tidak membuat kepastian dahulu sebelum kes ini dibawa ke mahkamah. Saya berharap perkara ini tidak berlaku. Saya telah berbangga juga. Kita tidak boleh salahkan kerajaan. Kelemahan polis kita tidak boleh salahkan kerajaan. Kelemahan dalam pihak AG office pun kita tidak boleh salahkan kerajaan. Itulah kenapa diadakan kerajaan satu suruhanjaya. Diwujudkan satu suruhanjaya untuk bertanya dengan polis ini. Di mana letak kelemahannya. Jadi rata-rata kita dengar yang polis tidak cukup orang, tidak cukup pegawai. Umpamanya kita melawat ke Polis Stesen Sentul, pegawai OCPD dia mempunyai 6 polis stesen di bawahnya, 6 polis stesen ini, pegawai penyelidik hanya ada 12 orang yang jaga 6 polis stesen diibupejabatkan di Polis Stesen Sentul. Yang 12 orang inilah bergilir ganti, mungkin dibantu oleh 2 orang assistant tiap seorang IO, jadi 6 ini kalau dibahagi satu-satu stesen 2 orang. Tetapi dalam satu bulan 500 kes yang perlu diselidik, jadi kita boleh salahkan kerajaan kalau tidak ambil tindakan apa-apa, tetapi kerajaan sudah buat satu tahun, sudah. Sarankan satu suruhanjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas buat recommendation kepada kerajaan apa hendak buat dengan polis ini? Supaya anggota polis ditambah, pegawai penyelidiknya ditambah, pegawaipegawainya ditambah semua ditambah. Bahkan sekarang pun saya telah dimaklumkan Suruhanjaya Polis telah berjalan ke seluruh negara untuk melantik pegawai baru. Hanya yang tidak sedap hati, saya dengar kuota-kuota itu dihadkan. Mungkin kerajaan kata hendak beri kuota untuk pelantikan kadet ASP sebanyak ini. Malangnya juga sambutan daripada Semenanjung ini orang-orang etnik Cina dan India jarang mahu masuk walaupun jadi ASP, jadi ASP besar pangkat ini. Patutnya kita sambutlah seruan kerajaan ini dan kerajaan pun hendak cuba tarik orang India, orang Cina memasuki polis dengan menawarkan kedudukan ASP ini, kadet ASP ini, kedudukan tinggi ini. Jadi, saya menyarankanlah kepada pihak kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya kita beritahulah dengan pihak polis ini, menyelidiklah perkara ini baik-baik. AG ini, scrutinizelah fail-fail ini dengan baik, cukup evidencenya baru kita hendak bawa kes ini ke mahkamah dan sekarang Tuan Yang di-Pertua apa yang ditanya, orang tanya-tanya, kenapa kes ini boleh berlaku macam itu? Khususnya kes yang baru ini, budak Cina ini Xu Jiang Huang ini, orang tertanya-tanya bahkan ada orang menyebut. Saya berani repeatlah apa orang sebut, orang kata, “Jangan-jangan ada orang kena sogok tidak?” Dia orang tanya, orang tanya dengan saya, saya kata, “Manalah saya tahu”. Dia kata, “Ini orang yang kena tuduh di mahkamah ini orang kaya, tetapi saksi-saksi 3 orang hilang….. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. Tuan Yang di-Pertua: Ya. 48 DR.29.09.2005 Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Santubong, saya quote: “36(2)., Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan......”, sebab kes ini telah pun dirayu pada Mahkamah Persekutuan, saya minta Yang Berhormat daripada Santubong janganlah sebut kes itu, kes lain sebutlah, kes itu minta maaflah jangan sebut. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Sila Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, minta tolong recorder Parlimen jangan masuk kes itu semua, apabila kes ini disebut saya tadi tarik balik semua, tetapi Patricia Wong punya kes, Noritta Shamsudin punya kes, Norjan punya kes simpan, yang kes ini deletekan daripada skrip yang you tulis itu ok? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ini memanglah saya pun terlupa sub judice ini. Tuan Yang di-Pertua: Sub judice. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Itu pronunciation Tuan Yang diPertua, kadang-kadang orang yang pronoun perkataan Latin ini my profesor daripada Cambridge University dahulu dia kata, dia tidak tahu macam mana pronounce certain words, Latin ini sama ada “sub judice” ataupun “sub judice” kata dia, jadi dalam undangundang ini banyak gunakan perkataan Latin ini. Tuan Yang di-Pertua: Ya, teruskan. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi saya hendak bertanya, saya hendak meminta kepada pihak Menteri supaya menekankan kepada pihak polis, kepada pihak AG supaya membuat penelitian yang pasti, lihat secara peribadi, selidik secara peribadi tiap-tiap fail khususnya kes pembunuhan ataupun kes yang besar-besar ini. Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Ronald Kiandee: Terima kasih, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa ada pindaan akan dilakukan terhadap CPC yang akan melibatkan caution statement ini, yang diambil oleh polis, dan kalau kita lihat kes Norjan umpamanya, apabila trial itu dilakukan caution statement itu telah ditolak oleh mahkamah, dan telah mengakibatkan evidence yang tidak kuat terhadap kes pendakwaan. Apakah Yang Berhormat melihat bahawa pendekatan baru yang dibuat oleh kerajaan ini dengan cadangan untuk tidak mengehendaki polis untuk mengambil caution statement ini, akan memperbaiki investigation yang dilakukan oleh polis di masa akan datang? Bererti polis tidak akan lagi bergantung kepada pengakuan beramaran, pengakuan bertulis daripada amaran ini, caution statement ini dan akan melakukan investigation yang lebih rapi di masa akan datang. Apakah Yang Berhormat melihat, bahawa investigation akan dilakukan dengan lebih baik dengan adanya nanti pindaan terhadap CPC yang akan dibuat oleh kerajaan? Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya select committee untuk pemindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah telah menjalankan tugas selama 1 tahun, tetapi atas arahan Parlimen kita sambungkan lagi 6 bulan untuk jawatankuasa itu menjalankan tugas mereka hingga bulan Mac akan datang. Kalau saya hendak sebutkan di sini, jadi saya lawan tauke juga nampaknya. Yang Berhormat Menteri Pengerusi Jawatankuasa ini akan berdiri dan dia yang hendak cakap nanti, tidak elok juga saya hendak cerita. Jadi di bawah Seksyen 112 iaitu soalan statement direcord oleh polis, 113 - caution statement, 115 - confession kepada majistret akan direview, akan kita kaji semula dan saya berjanji dengan Parlimen ini bahawa kita akan perkenalkan satu sistem baru, satu sistem yang mana kita kurang bersandar ataupun DR.29.09.2005 49 menggunakan soalan confession, caution statement dan perkara-perkara yang sedemikian untuk membawa kes-kes ke mahkamah. Kita menekankan supaya pihak polis mesti membuat penyelidikan yang lebih elok lagi dan polis kena kerja lebih banyak sedikit, apabila membawa kes-kes ataupun menyelidik mana-mana kes. Insya-Allah Yang Berhormat, ini janji jawatankuasalah kita akan memperkenalkan undang-undang yang bentuk dia baru, moden dan forward looking st for the era of 21 century, tetapi butirannya biarlah saya jangan pre-empt my chairman dengan jawatankuasa lain, nanti kawan kiri kanan semua berdiri hendak cerita juga, jadi tidak payahlah saya cerita. Kita akan bawakan kes ini ke Parlimen ini insya-Allah pada tahun akan datang selepas bulan Mac, apabila jawatankuasa ini siap membuat saranan mereka kepada Parlimen. Saya cukup yakin bahawa jawatankuasa ini telah berbincang begitu banyak bahkan masa bulan puasa ini saya telah diberi notis kita bermesyuarat, bila Parlimen berhenti bersidang kita mesyuarat hari Jumaat, hari Sabtu, hari minggu tidak ada berhenti. Jadi saya tidak hendak mempersoalkan soal itu kerana kerja kena buat. Tuan Yang di-Pertua, itulah permohonan saya kepada pihak polis dan AG supaya jangan kes dibawa ke mahkamah kalau tidak pasti kekukuhan saksi-saksi dan bukti-bukti yang dibawa. Jangan sama sekali mana-mana kes dibawa ke mahkamah berlandaskan statement di bawah seksyen 113, CPC, dengan izin, iaitu apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Beluran tadi hanya berlandaskan itu. Walaupun ada undang-undang yang mengatakan keputusan mahkamah bahawa tidak salah bagi mahkamah memutuskan kesalahan seseorang berlandaskan concession, tidak salah tetapi jangan dibiarkan perkara ini berlaku. Orang yang membuat supervision kepada mana-mana kes ialah AG supaya polis jangan membuat penyelidikan sedemikian dan polis daripada peringkat IO sampai peringkat OCPD dan akhirnya kepada Pengarah Jabatan Jenayah Polis mestilah terlibat sama, jangan ingat golf sahaja. [Disampuk] Habis cerita dalam MAS punya lounge saya dengar, “Saya ini Ketua Polis dari negeri ini, saya ini police commissioner dari negeri ini”. Cerita pergi kawad, main golf, masya-Allah. Saya wakil rakyat pun tidak main golf. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Menteri pun main golf? Sebab Menteri dengan orang luar negeri mesti main golf. Seorang Ahli: Oh! Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tetapi masalahnya pegawai kerajaan dari satu daerah ke daerah yang lain pergi main golf. Cerita dalam lounge dia main golf, saya dengar pun pening kepala. Sepatutnya, kalau jadi pegawai polis saya tulis surat dengan police commissioner, saya kata, sepatutnya pegawai-pegawai polis ini tidak payah main golf banyak sangat takut nanti pukul 3.00 on the cup of coffee main golf, pukul 10.00 on the breakfast table main golf, duduk di sana main golf. Bila masa hendak tahu cerita kes Norita Shamsudin, bila masa hendak tahu cerita Patricia Wong, bila hendak tahu cerita kes Norjan, sebab cerita main golf. Bukan sebab saya tidak main golf saya sebut golf ini? Apa-apa permainan sahaja, menyeleweng - Akademi Fantasia. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terkilan. Saya duduk bersama, jadi saya tidak main golf jadi tak tahulah benda macam itu. Dia kata buddylah, saya tahu budak kecil-kecil dahulu, buddy itu ada cerita lain. Itu cerita hal main. Tuan Lim Kit Siang: Point of Order, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Lim Kit Siang: Kita bincang di sini bukan pasal buddy. Oleh kerana masih ada Ahli-ahli Parlimen yang mahu ambil bahagian, mungkin bukan buddy main golf. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Okey, okey. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tidak main golf, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Berhenti cerita golf. 50 DR.29.09.2005 Saya berbalik kepada pindaan Perlembagaan ini. Jadi, soalan yang penting juga ialah soalan tadi saya sudah sebut, di mana kita tidak payah bandingkan negara kita soalan pelantikan hakim ini ataupun pengguguran hakim ini menggunakan Parlimen sebagai mana yang sebut, yang direcommend oleh Lord Reid dalam cadangannya bahawa hanya Parlimen boleh menggugurkan tetapi dalam senario kalau Parlimen itu yang mana Barisan begitu banyak majoritinya bila-bila masa kita boleh gugurkan orang. Jadi, the tenure sebagai seorang hakim kalau dibawa ke Parlimen ini dia akan tergugur juga. Biarlah kita gunakan kebijaksanaan yang ada sekarang ini walaupun saya mencadangkan supaya dipinda soal pelantikan dan pengguguran seseorang hakim itu hanya direfer kepada DYDP Agong dan juga kepada Majlis Raja-raja dan seterusnya boleh membuat keputusan untuk pelantikan dan pengguguran hakim. Yang kedua, tidak boleh juga hakim ini kita tidak boleh gugurkan kerana berlaku di Amerika ada negeri-negeri di mana hakim tidak boleh digugurkan. Tuan Yang di-Pertua, baca satu buku ditulis oleh seorang penulis lepas hakim yang mana ada hakim di Amerika duduk dalam penjara setelah didapati bersalah sebab tidak boleh digugurkan sebagai seorang hakim dia masih jadi hakim tetapi dia duduk dalam penjara. [Ketawa] Ini berlaku di Amerika. Hari ini saya terlupa bawa buku tu, tebal buku itu. Ia cerita pasal hakim yang membuat macam-macam kesalahan tetapi kerajaan tidak berupaya, tidak berkuasa hendak menggugurkan hakim oleh kerana hakim di bawah tenure of office dia memang permanent tidak boleh digugurkan macam Master of the roll di England dia tidak boleh digugurkan. Kalau dia hendak serve sampai 90 tahun maka 90 tahunlah, macam Lord Denning dahulu dia serve sampai dia sakit dan tidak boleh berjalan lagi baru dengan sendiri berhenti tidak boleh digugurkan. Tidak ada tenure of office. Memang dia sesudah dilantik, tidak boleh digugurkan. Jadi dalam keadaan sedemikian kita kena balancekan yang betul, yang salahnya, di mana letaknya. Bukan kita hendak eksekutif interfere dengan soalan kehakiman tetapi tidak. Yang kedua, soalan etika. Dalam susulan kes Tun Abbas dahulu banyak persoalan etika yang telah dibuat ini mendatangkan satu persoalan. Soalannya, apakah yang dikatakan improper judicial behavior yang dikatakan dalam etika ini. Garis panduan etika ini kalau saya baca dalam Inggeris, Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak ada 9 headings sahaja: (i) subordinate his judicial duties to his private interest; (ii) bringing his private interest into conflict with judicial duties; (iii) conduct himself in any manner likely to cost a reasonable suspicion that he has allowed his private interest into conflict with his judicial duties so as to in pair his usefulness as a judge, that he has used his judicial position for his personal advantage; (iv) conducted himself dishonestly or in such a manner is to bring the judiciary into to disrepute or bring discredit there to; (v) lack efficiency and industry; banyak laporan tidak buat ada hakim tidak buat (vi) inordinate and without reasonable explanation, delay in the disposal of cases, the delivery of the decisions and the writing of grounds of judgment; Ini selalu banyak buat. Ketua Hakim Negara pernah sebut ini bahawa hakimhakim buat keputusan hari ini tetapi tidak buat laporan. Sebab itu saya bawa ke Parlimen ini saya kata bagilah setiap hakim itu steno, ada recording ada recorder, supaya steno ini boleh buat secara verbatim. Lepas itu dia summarizelah. Jadi, supaya hakim ini jangan dipersalahkan. Bukan mudah hendak tulis semua surat, panjang ceritanya sampai 50 pages; (vii) absents himself from court during office hours, tidak pernah dengar ini. Without reasonable excuse or without prier permission of the Chief Justice, the President of Court of Appeal DR.29.09.2005 51 and the Chief Judge as the case of Sarawak in Sabah, and be a member of any political party or participate in political activity. Ini kadang-kadang kita buat penilaian makna political itu begitu besar jadi kita boleh mempersalahkan hakim jadi kita hendak kena define sedikit etika ini. Jadi, saya berharap pihak Menteri dengan kebijaksanaannya berkenaan interfere Tuan Yang diPertua, bukan hendak interfere dengan kehakiman tetapi kita kena menguruskan perkaraperkara ini diserah semula kepada pihak Ketua-ketua Hakim untuk menilai etika ini supaya jangan jadi satu pertikaian apabila berbincang soal etika ini. Saya cukup setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tumpat tadi. Itu saya setuju. Orang yang lepas jadi hakim, 3 hari lepas itu jadi secretary syarikat. Ini saya sebut benda ini. Saya boleh sebut nama hakim itu di Sarawak dahulu. [Disampuk] Dia dilantik jadi secretary company. Patut kesianlah tengok seorang bekas hakim lepas itu jadi secretary company. Dia tidak boleh masuk dalam board of directors meeting hingga board of directors itu kata dia boleh masuk. Seorang hakim, orang yang dihormati duduk di kerusi luar board members punya board meeting. Sampailah MD kata boleh bawa secretary kita masuk, barulah yang retired hakim 65 tahun boleh masuk. Yang jadi board members ini hanya 30-an umur dia. Jadi, sepatutnya kita ada role dalam etika kita ini jangan bagi mereka ini jadi board of directors mana-mana, jadi partner mana-mana firm selepas jadi hakim. Letakkan satu garis panduan dan jangka masa yang tertentu supaya jangan menunjukkan sangat ada hakim yang dia orang katakan baru jadi hakim hendak retire sudah buat preparation dulu pergi ke Kanada, Australia dan New Zealand dengan businessmen. Ini kita kena jaga. Kerana kredibiliti hakim akan menjejaskan semua judiciary, seorang saja yang bawa lumpur, semua akan terpalit kita kena jaga. Saya setuju dengan cadangan supaya ada garis panduan supaya hakim ini menjauhkan diri, jauhkan juga dengan golf, jauhkan juga dengan golf kerana di padang golf lah bercampur dengan businessman, bercampur dengan orang sosial dekat situ, bercampur mungkin ada penyamuk ... eh, apa? Seorang Ahli: Penyangak. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: ..penyangak macam-macam di padang golf juga. Tapi hakim dekat sana juga. Kalau hendak buat, buat padang golf khas untuk hakim, ........ buat padang golf khas untuk hakim biar dia main sana saja, satu orang dengan hakim-hakim. Sebab kita campurkan hakim ini, sepatutnya dijauhkan dan dielakkan dengan orang-orang awam, takut kedudukan dia, keperibadian dia, termasuk dalam perkara-perkara yang kurang menyenangkan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya nak baca cerita Andrew Hading ini panjang-panjang, nak baca constitution ini panjang-panjang mungkin banyak kawan nak bercakap juga. Saya dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor. 3.31 ptg. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih sebagai Perdana Menteri, beliau ada datang ke Parlimen untuk beri maiden official speech beliau pada 3 November 2003 di mana beliau ada buat janji bahawa akan beri makna kepada demokrasi, kepada doktrin separation of powers dan kepada Kempen Perangi Rasuah. Lagi sebulan ialah ulang tahun kedua Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri. kita mengakui bahawa adalah langkah-langkah yang diambil terhadap ketiga-tiga matlamat ini. Tetapi kalau kita mahu lihat daripada perspektif, perspektif ada satu perubahan yang menyeluruh sama ada untuk memelihara demokrasi, doktrin separation of powers atau untuk membanteras rasuah. Kita perlu lihat, kita harus lihat langkah-langkah yang ada diambil sebagai baby steps sahaja, baby steps sahaja tidak cukup. Sekarang 52 DR.29.09.2005 nampaknya sebagai contoh yang di hadapan kita ialah Pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan yang Kedua, second batch, oleh sebab first batch ialah di bulan Januari tahun ini. Bukan kita kata bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang hari ini tidak perlu dan tidak sesuai oleh sebab mengenai persempadanan kawasan-kawasan di Sarawak dan oleh sebab beberapa cadangan mengenai kehakiman yang perlu dibuat tetapi kita ada harap apabila kita ada satu perbahasan dan perbincangan mengenai pindaan kepada Perlembagaan, perkara-perkara yang penting, yang pokok, yang bersabit dengan mempertahankan, memajukan demokrasi untuk memulihkan doktrin separation of powers untuk memerangi rasuah. Perkara ini boleh menjadi, isu-isu boleh menjadi benda-benda dalam pindaan kepada Perlembagaan, tetapi nampaknya tiada. So bagaimana kita boleh memastikan bahawa sebenarnya kita berdepan dengan arahan menjadikan Parlimen first world Parliament. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita boleh memulihkan, mengadakan satu kehakiman yang sebenarnya bebas, truly independent judiciary, doktrin separation of powers, truly independent judiciary, bukan sahaja tempat dan alamat kehakiman tetapi assents , inti dalam...... Bagaimana Ahli Parlimen first world Parliament? Adakah kita dengan berkesan ke arah first world Parliament dalam dua tahun ini. Kalau ada saya percaya bahawa 8 hari ini , dua minggu ini kita tidak akan di haunted dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya akan sifatkan sebagai “sindrom Rafidah”, seorang Ahli Menteri yang nampaknya sudah hilang demokratik moorings, sudah lupa mengenai betapa penting prinsip accountability dan tanggungjawab seorang Menteri kepada Parlimen. Tidak, tidak akan menghadapi masalah semacam ini sehingga semalam, Kabinet perlulah mesyuarat buang masa untuk buat satu keputusan bahawa seorang Menteri yang kanan, yang second most senior Menteri perlu datang ke Parlimen untuk memberi jawapan yang memuaskan mengenai AP skandal. Membuang masa tetapi mana dia? Adakah Yang Berhormat Menteri di sini? Kenapa dia tidak ada dalam Dewan ini? Saya tahu bahawa semalam mesyuarat di Vientiane sudah habis. Saya dapati bahawa pagi dia sudah balik, kenapa dia tak terus datang ke Dewan yang mulia ini untuk memberi accountability kepada Dewan yang mulia ini. Saya baca dalam surat khabar, dia balik tugas rasmi 1hb Oktober, adakah ini bererti esok dia pun boikot Bajet 2006 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah dia pun boikot itu bajet? Sebenarnya dia perlu berhenti segala urusan, datang ke Parlimen dan make amends, apa yang supaya hormat Parlimen ini. Saya baca dalam surat khabar, apa dia cakap di Vientiane, dia kata dengan izin, “I came here for work”. Dia nafi bahawa dia lari shove responsibility to a Dewan Rakyat, “I came here for work as you can see I’m doing my work, I’m worried if the Minister are not able to make any decisions here, he could affect Asian Summit in December and affect our image as the host”. Dia kata bahawa sebab dia tak boleh menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat ialah oleh sebab dia banyak tugas yang berat, bahawa she said “She had be a way from the country”, several times this year, seven times on visit to the Prime Minister and ten times on trade missions. Seven times dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ten times dengan trade mission’s sendiri. Kita mahu tengok itu kalendar dia, match lawatan beliau luar negeri dengan jadual Parlimen, benarkah bahawa ini boleh match. Kedua, mengenai lawatan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, put aside trade missions, 10 trade missions beliau, dia tahu bahawa time jadual ......... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat, Tuan Lim Kit Siang: Itu first world Parliament, ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat. Akta Pindaan Perlembagaan. Tuan Lim Kit Siang: Saya tak cakap mengenai buddy, buddy dan golf-golf, ini ada berkaitan dengan perlembagaan. First world Parliament talks doctrine separation of powers, kita mahu independent judiciary, kita mahu first world Parliament. Kabinet ini more direct, adakah itu match, dia kata itu dan adakah itu match? Saya ada sebut tahun 2000, dua hari dia menghadiri, tahun 2000, Dewan yang mulia ini bermesyuarat 79 hari, dia DR.29.09.2005 53 menghadiri 2 hari. 2001, Dewan yang mulia ini bersidang 71 hari, dia datang lima hari. 2002 Dewan yang mulia ini bersidang 64 hari, dia datang dua hari, 2003 bermesyuarat 67 hari, dia datang enam hari, 2004 bermesyuarat 63 hari, dia datang 2 hari. Tahun ini 2005, kita sudah bersidang 45 hari, dia datang dua hari, dan sekarang kita baca kesilapan bukan beliau. Senarai itu tak patut, senarai AP, MP tak patut dikeluarkan, itu kesalahan pegawai. Di negara lain di mana kita look is ........ kalau ada perkara semacam ini yang oleh sebab kelakuan seorang Menteri sudah hala kiri, sudah hala kiri tetapi di sini Menteri itu mahu pegawai kerajaan buat hala kiri, dia tak mahu hala kiri dia mahu pegawai kerajaan hala kiri. Di lain negara kalau ada kesilapan pegawai, Menteri memikul tanggungjawab, Menteri take over all the responsibility. Di sini Menteri salah pegawai kerajaan mahu memikul tanggungjawab, saya rasa ini tidak adil, ini tak patut berlaku, mana itu prinsip ministerial responsibility. Siapa itu pegawai? Nampaknya mengikut Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, semua kata “Woi, itu bukan hal, kita pun tak tahu, semua itu tanggungjawab pegawai kerajaan”. Ini semua Menteri tak bertanggungjawab, patut memikul tanggungjawab, kenapa kata ini semua hal ehwal pegawai kerajaan. Bukankah ini menunjukkan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen semua tidak menjalankan tanggungjawab mereka oleh kerana tanggungjawab mereka ialah menentukan apa yang dijawab dalam Parlimen ini mereka mahu bertanggungjawab. Bagaimana datang ke Parlimen kalau ada kesilapan boleh kata, “Ooh, itu bukan hal saya, saya tidak tahulah itu pegawai kerajaan.” Mana? Mana prinsip Parlimen through the responsibility membenarkan seorang Menteri, Timbalan Menteri dan seorang Setiausaha Parlimen lari daripada tanggungjawab mereka mengenai ucapan, jawapan, apa-apa kenyataan dalam Dewan yang mulia ini. Kalau begitu ini sudah menjadi satu joke. Siapa? Kita mahu tahu siapa pegawai kerajaan itu? Kita mahu tahu oleh kerana apa dia buat betul, kita puji naik pangkat kepada dia. Dalam senarai itu ada dilaporkan bahawa nampaknya mahu sabotaj beliau dan mahu sabotaj kerajaan oleh kerana saya tidak tanya senarai AP itu, saya ada tanya. Saya ada tanya untuk senarai AP bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen, bukan sahaja daripada 2000 ke 2005 tetapi sampai mula, full list, bukan MP’s sahaja tetapi individu, open AP, franchise AP, semua! Saya ada tanya dan saya rasa pegawai kerajaan itu patutlah dipuji dan bukan dianiayai. Kalau kita spring perkara ini pun kita tidak berani untuk menangani constitution amendments, doctrine separation of powers kita. Adakah kita ada satu Parlimen yang lebih tidak bermakna? Ini bertentangan dengan apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke Parlimen ini pada 3 November, buat janji akan memulihkan dan kembalikan doctrine separation of powers. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun, hendak tanya soalan. Tuan Lim Kit Siang: Sri Gading? Okey, sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Saya ingat hujah itu simpanlah. Tuan Lim Kit Siang: Hah? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bila dia datang nanti, baru ceritalah. Ubah cerita tajuk lain, kita pun mahu cerita lain tentang pindaan Perlembagaan. Yang Berhormat bagi Ipoh Barat mana, lama tidak nampak? Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Lim Kit Siang: Saya dapat satu mesej bahawa Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bila berhadapan dengan seorang menteri sungguhpun di luar dia cakap marah, maki-hamun tetapi bila berhadapan dengan menteri itu, semua takut, semua pengecut. Beberapa Ahli: Ooh! 54 DR.29.09.2005 Tuan Lim Kit Siang: Kenapa? Kita di sini, apa kita cakap sekarang di dalam dan di luar, bila-bila dengan menteri atau tidak ada menteri cakap sama, tidak lari, bukan semacam Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading, lari daripada menteri. [Tepuk] Kita tidak lari, apa boleh kita cakap kita cakap. Kalau Yang Berhormat Menteri datang sekarang, saya boleh repeat word for word. Bila-bila, repeat word for word, ini mustahak. Ini bukan mengenai seseorang, bukan mengenai seseorang menteri tetapi mengenai prinsip Parlimen, first world Parliament. Adakah ini cara kita go through the first world Parliament kalau kita go backwards than world Parliament. Di mana menteri boleh kata tidak bertanggungjawab mengenai apa yang diucap di sini dan apa yang dikatakan di sini. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh buat satu arahan bahawa setiap kenyataan, every word yang dikatakan dalam dewan ini oleh seorang menteri, timbalan menteri, setiausaha Parlimen, that menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen perlu memikul tanggungjawab 100%, tidak boleh kata, “Oh!, saya baca sahaja. I am only a parrot. I come here to read.” Bagaimana boleh begitu? Ini nampaknya sudah menunjukkan ada budaya baru. Dalam dua tahun ini ada budaya baru, kenapa? Are we the standard of fallen? Saya haraplah bahawa… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sudah penatkah, sudah penat? [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang: Tidak faham, mahu main-main, tidak faham, ini begitu mustahak. Saya harap bahawa perkara ini boleh diambil perhatian yang serius bahawa sebelum sidang berakhir pada Disember tetapi at the first available of opportunity, mungkin esok atau pun Isnin, Yang Berhormat Menteri berkenaan datang dan ada satu session dalam Parlimen ini untuk account mengenai segala aspek skandal AP itu. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pindaan-pindaan kehakiman. Tadi saya ada berdiri untuk tanya Yang Berhormat Menteri ialah oleh kerana beliau ada …. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, hendak tanyalah. Tuan Lim Kit Siang: Apa itu? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hari Isnin menteri itu ada datangkah? Tuan Lim Kit Siang: Hah? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hari Isnin, 3 hari bulan, dia ada datangkah itu menteri? Tuan Lim Kit Siang: Kita bukan menjaga Yang Berhormat MITI. Yang Berhormat bagi Sri Gading boleh lebih layak menjadi guardian Yang Berhormat Menteri MITI, saya mana tahu? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya mahu tanya sebab Yang Berhormat bagi Ipoh Timor banyak minat dengan menteri ini, saya mahu tanya menteri itu dia ada datangkah pada 3 hari bulan? Kalau datang, kita tengoklah apa macam pembangkang, backbenchers, apa macam dia punya suara you tengoklah. You takut? Tuan Lim Kit Siang: Apa? Sekarang pun tidak berani hendak suarakan, kalau sekarang pun tidak berani suarakan, bila menteri datang you lari keluar. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: You tidak tahukah, saya berani cakap Ipoh Timor pun takut. Sudah habis! Tuan Lim Kit Siang: You lari keluar dewan, lari luar dewan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang: Tetapi kita tidak mahu memainkan isu ini yang mana isu yang serius, dan saya tadi saya kata berdiri untuk tanya beberapa isu dan saya mahu tanya sahaja mengenai cadangan (3A), “Jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan DR.29.09.2005 55 kepada tribunal yang dilantik di bawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh merujukkan hakim itu kepada satu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran itu.” Sekurang-kurangnya ini one step forward, sungguhpun kita rasa ini tidak cukup tetapi okey, one step forward, maybe step forward. Tetapi saya mahu tanyalah… [Sambil menyemak dokumen] Mana itu? [Dewan menjadi riuh dengan sorakan] I’m not going to be rattled by all these animal noises. Seorang Ahli: Ada buat homeworkkah? Beberapa Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan, teruskan Yang Berhormat bagi Ipoh timor. Tuan Lim Kit Siang: (3A) di mana the Chief Justice is of the opinion that the breach has taken place for the code. Apa keadaan di mana Ketua Hakim sendiri melanggari kod? Apa boleh buat? Siapa boleh merujukkan Ketua Hakim kepada badan ini supaya satu remedy atau siasatan boleh dibuat? Itu saya mahu tanya, adakah satu proses dibuat? Kalau tidak, ini bukan satu lacuna tetapi satu kelemahan yang kita perlu memperbaiki. [Disampuk] Apa itu? Selain daripada kita kata bahawa Ketua Hakim itu mungkin perfect, sempurna, perfect being dan tidak mungkin dia langgari apa-apa kod etika. Kod etika bukan baru, kod etika untuk hakim-hakim Malaysia bukan baru. Ia dibuat pada tahun 1993 oleh ketua hakim masa itu. Dan ketua hakim yang bertanggungjawab untuk menggubalkan kod etika itu sendiri melanggari kod etika itu. Kita semua tahu Yusof Chin, dia sendiri melanggari kod itu. Dia pergi dengan peguam holiday, ada gambar ada bukti yang tunjuk sendiri melanggari kod etika itu tetapi apa remedynya? Okay sekarang kita ada satu peruntukan, apa keadaan apabila ketua hakim sendiri melanggari kod etika itu. Tidak sampai satu peringkat di mana perlu dirujuk kepada tribunal untuk dipecat, tidak sampai itu. Now, less - kurang daripada tribunal able offence misconduct tetapi melanggari kod. Oleh kerana ini sudah pernah beberapa kali, bukan event ini pigment of imagination tetapi sudah berlaku dalam negara kita dan yang antara lain sudah menjatuhkan darjat, kedudukan dan kepercayaan orang ramai kepada sistem kehakiman di negara kita. Saya rasa ini perlu kita ambil perhatian. Kedua, tadi Yang Berhormat Menteri pun ada sebut ada satu saya masa itu tidak begitu boleh tangkap penjelasan Yang Berhormat Menteri kata bahawa retrospective provision. Kalau tidak silap Artikel 121 (b)(1) fasal 3 ialah mengenai mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang Dipertuan Agong ialah daripada Kuala Lumpur to Putrajaya, kalau tidak silap itu retrospective. Kenapa retrospective? Yang Berhormat Menteri kata oleh kerana ini tidak ada apa-apa consequence undang-undang. Kenapa kita perlu ada satu retrospective legislations dengan izin is …….dan obnoxious. Oleh kerana ini menunjuk bahawa kita tidak boleh mengadakan forward planning,…. dan obnoxious at the a first …….. kita mahu tahu kenapa sekarang kita mahu peruntukan ini retrospective. Oleh kerana Palace of Justice yang ada di Putrajaya sekarang illegal, tidak sah. Kita perlu mengesahkan Palace of Justice sekarang nama Palace of Justice sebenarnya Palace of Illegality. Palace of Illegality! Sebab itu kita perlu beri retrospective effect, apa ertinya? Ini menunjukkan kita ada satu sikap di dalam kerajaan yang bertanggungjawab mengenai perundangan di mana mereka tahu ini tidak sah tetapi so what? We can do what we want. Mungkinkah mereka tidak tahu? Mungkin mereka tidak tahu apabila Palace of Justice dibuka di Putrajaya dua tahun, tiga tahun saya tidak tahu, ini tidak sah oleh kerana tidak ada semua persediaan undang-undang yang perlu tetapi oleh kerana kita ada majoriti yang begitu besar kita boleh buat apa-apa dasar boleh disahkan itulah sikap. Saya rasa ini sikap bahaya. Sikap itu tidak boleh dibenarkan, itu sikap kita mahu kutuk. Bukan kata bahawa pendirian kita di sini ialah kita terus masa dua tahun, tiga tahun di mana Palace of Justice ada beroperasi daripada Putrajaya, okeylah kita tidak hirau mungkin satu hari boleh satu cabaran dibuat mengenai apa-apa keputusan ada dibuat di 56 DR.29.09.2005 Palace of Justice boleh dicabar bahawa ia tidak sah. Okey kita boleh sahkan tetapi sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri perlulah dengan terbuka mengakui illegality yang ada dibuat dan secara terbuka minta maaf kepada Dewan yang mulia ini, minta maaf kepada negara. Sekurang-kurangnya dan bukan cross over perkara ini satu “istana” yang tidak sah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat boleh gulung ucapan. Tuan Lim Kit Siang: Ya. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Ketereh bangun Yang Berhormat hendak bagi jalan. Tuan Lim Kit Siang: Ya boleh Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Saya dengar Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebut tadi Palace of Justice ini tidak sah. Apakah bila Yang Berhormat kata demikian bermakna segala keputusan yang dibuat oleh Palace of Justice sejak dia tidak sah, termasuklah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak sah, maka kerajaan kena tangkap balik. Tuan Lim Kit Siang: Itu standard kindergarten tidak apalah. kindergarten tidak apalah, itu kita fahamlah. Standard Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: No, no. When you say that... Tuan Lim Kit Siang: Yes, it mean that as well. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: You mean that…you meant that way? Tuan Lim Kit Siang: Yes, yes it mean that as well. It could have that meaning. Yes. Understand? [Ketawa] Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: .. portion understand. Apa yang you cakap macam itu menyebabkan rakyat faham macam itu. Don’t play the rule …. Tuan Lim Kit Siang: Yes, don’t play the fool. Who is playing the fool? Datang ke sini untuk retrospective legislation kepada satu peruntukan, that is playing the fool? Ini tidak boleh lihat, tidak boleh faham. Mendedahkan orang yang playing the fool is the playing the fool, itulah, standardlah - Barisan Nasional, betul! Kalau mahu strict interpretation of the law boleh kata apa yang diputuskan di sana tidak sah sebab itu mahu retrospective registration. Sama ada Anwar Ibrahim keputusan bebaskan beliau tidak sah atau keputusan lebih awalnya untuk hukuman dia salah tidak sah. Which is… I mean if it comes a, tidak tahulah. Keputusan yang lebih awal kata dia guilty pun tidak sah. Then? Kita tidak perlulah masuk itu maze itu, kita tidak di sini tidak create maze itu, itulah kerajaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berhormat. Gulung Yang Tuan Lim Kit Siang: Saya sudah alih kepada perkara, mahu balik saya pun boleh balik. Satu isu yang penting tadi Yang Berhormat bagi Santubong pun ada sebut ada bincang ialah mengenai bagaimana kita boleh memastikan satu truly independent judiciary dan pelantikan hakim-hakim ini sangat penting, cara pelantikan hakim-hakim. Kita tahu dahulu bukan masa yang sangat lama ada pelantikan hakim-hakim bukan melalui satu kriteria yang rasional, benchmark tetapi mengikut kroni-kroni, beri makan pun boleh, jamuan makan pun boleh. Semua tahulah tidak payah saya beri butiran, kalau saya dicabar saya pun boleh. Kita tahu masa itu arbitrary recommend siapa menjadi hakim tidak ada satu bench mark. Sebab itu akhirnya kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman runtuh. Kita tidak mahu apa yang berlaku masa lampau diulangi. Kita perlu satu sistem pelantikan hakim-hakim di mana transparent dan accountable yang ada dilakukan di negara-negara yang lain, first world! Dan bukankah cadangan ini saya ada kerap kali kemukakan dalam Dewan yang mulia ini dan ini pun ada dikemukakan oleh Bar Council. DR.29.09.2005 57 Baru-baru ini pun adalah dicadangkan oleh SUHAKAM, saya percaya semua Ahliahli Parlimen ada terima laporan yang terbaru ini SUHAKAM Report Forum on the Right to an Expeditious and Fair Trial. Saya tidak tahu bahawa Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ada baca atau faham isi kandungan ini. Apa yang relevan di sini ialah bahawa SUHAKAM selepas satu kajian pun buat cadangan dan dengan izin mengenai cadangan ini saya baca: ” SUHAKAM feels that an independent judicial commission is needed to:(a) ensure a competent independent an impartial judiciary as that is fundamental to the protection of human rights dan oleh kerana Suhakam remade ialah human rights - that is implementation of other right ultimately depends upon the proper administration of justice (b) Increase the appointment. transparency and accountability of judicial Sampai sekarang 48 tahun kemerdekaan Malaysia, bila ada, accountability dan transparency of judicial appointment? Tidak pernah! Di negara-negara maju inilah take for granted. Di Malaysia..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, cukuplah. Tuan Lim Kit Siang: Tidak. Ini mustahak, Constitution Amendment Bill. I'm only starting on the subject. Saya bukan main-main mengenai ‘buddy-buddy’, golf-golf and all that. Kalau boleh berucap mengenai buddy -buddy dan golf-golf..... Seorang Ahli: Hei, hei.... Tuan Lim Kit Siang: Apa hey? [Dewan gamat] Tuan Lim Kit Siang: Buddy-buddy bukan saya kata, ini perkataan bukan saya kata. Tadi ada Yang Berhormat kata buddy-buddy dan golf-golf. Apa itu? Tidak ada objection. Apabila saya ulangi, itu objection. Apa itu sikap mentality ahli Barisan Nasional ini? Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Awak seorang sahajakah.....angkuh. Tuan Lim Kit Siang: Orang yang bodoh perlu orang angkuh untuk ajar mereka. [Dewan gamat] Tuan Lim Kit Siang: Ya perlu, kalau tidak sikap angkuh tidak boleh ajar orang yang bodoh semacam ini! Seorang Ahli: Orang yang bodohlah angkuh! Beberapa Ahli: Bodoh.... Tuan Lim Kit Siang: Ya, ini laporan SUHAKAM. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berhormat. Gulung Yang Tuan Lim Kit Siang: Mereka ambil masa untuk kaji, kita pun tidak mahu hirau, tidak mahu khas adakan satu perbahasan khusus tidak apa. Bincang dalam perbahasan pun tidak mahu dengar. Apa Parlimen ini? Boleh saya teruskan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payahlah Yang Berhormat. Beberapa Ahli: Gulung. 58 DR.29.09.2005 Tuan Lim Kit Siang: Tidak mementingkan isu nasional, apa yang mementingkan ialah untuk sendiri (interest). About awak mahu balik rumah, mahu balik hotel. Itu sahajalah yang penting. Kalau begitu kenapa mahu jadi Ahli Parlimen? Baliklah, tidak perlu... balik! Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Semalam Ketua Pembangkang balik awal. Tuan Lim Kit Siang: Oleh kerana tidak boleh balik, ada duit... Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Dia balik awal semalam. Kenapa sampai pukul 11 tidak datang? Apa ini balik awal! Tuan Lim Kit Siang: Baliklah! [Dewan gamat] Seorang Ahli: Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: .... jangan berucap, baliklah! Tuan Lim Kit Siang: Untuk sikap ini, negara tunggu, tengok, tanggungjawab atau tidak bertanggungjawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: penjelasan. Penjelasan Yang Berhormat, Tuan Lim Kit Siang: Ya. Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Hey, semalam awak balik pukul berapa? Kita balik pukul berapa tahu? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: ... Yang Berhormat bagi Jerai...Ahli Yang Berhormat yang lain.... [Dewan gamat] Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor balik awal tahu semalam? Kita balik pukul sebelas. Pukul sebelas kita balik tahu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli Yang Berhormat yang lain.... Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Siapa yang balik awal? Baliklah, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor balik! [Dewan gamat] Seorang Ahli: Tidak bertanggungjawab. Tuan Lim Kit Siang: Benar-benar satu zoo Barisan Nasional! [Dewan gamat] Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad: Zoo, sebab awak yang jaga zoo! Tuan Lim Kit Siang: Selalu kata ini zoo! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor.... Tuan Lim Kit Siang: Saya tengok, ini zoo. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang: Saya mahu true, saya serius. Saya tak mahu main-main. DR.29.09.2005 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berhormat gulung. 59 Saya minta Yang Tuan Lim Kit Siang: Ini.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yalah, Yang Berhormat baca. Tuan Lim Kit Siang: Kurang berminat. Kita hormat SUHAKAM. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, orang lain pun boleh baca buku itu. Tuan Lim Kit Siang: Bukan baca, kita mahu... apa guna baca. Semua ada, semua tidak buka pun. Seorang Ahli: Saya buka, saya buka. Tuan Lim Kit Siang: Bolehkah sesiapa berani kata mana ini, mana itu bahagian dalam Laporan SUHAKAM? Semua tidak baca, mungkin seorang dua. Yang Berhormat bagi Santubong pun tidak tahu, sama ada dia baca atau tidak. Lain orang semua tidak baca. Betul, berdirilah. Berdiri. Apa baca? Waste of time, waste of money, bagi laporan kepada mereka. Waste of time and waste of money. Boleh saya teruskan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya minta gulung, Yang Berhormat gulung. [Dewan gamat] Seorang Ahli: Gulung-gulung. Tuan Lim Kit Siang: Saya mahu teruskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payahlah baca Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang: Tidak boleh, ini mustahak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi ucapan. Tuan Lim Kit Siang: Ini... [Ketawa] Saya baca Yang Berhormat Menteri boleh faham dan bersetujulah. Ini mustahak, bukan main-main. Kita... insist hak saya untuk teruskan ucapan saya. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Lim Kit Siang: Yes, I must insist. Oleh kerana ini mustahak, you want to listen, you listen, if you don’t want to listen, you get out. Seorang Ahli: Hey, dia halau orang pula.... [Dewan gamat] Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. [Meninggalkan Dewan] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, ikut peraturan. Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, gulung-gulung. Tuan Lim Kit Siang: Provokasi daripada beliau. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: pembangkang. Tuan Lim Kit Siang: Menteri boleh provoke the people. Serupa macam 60 DR.29.09.2005 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat... Tuan Lim Kit Siang: Don’t think that you are very great because you are the Minister. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Berhormat. Ikut Peraturan Speaker, Yang Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat kena dengar cakap saya. Tuan Lim Kit Siang: Saya mahu teruskan ucapan saya. Ini mustahak, bukan untuk saya,... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskanlah ucapan. Tuan Lim Kit Siang: ....untuk negara kita, untuk generasi akan datang .... Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof: Dewan ini ada rules, ada prosedur bukan hutan. Tuan Lim Kit Siang: kita mahu satu tafsiran yang benar-benar bebas. Its a truly independent judiciary. Kita bincang mengenai apa? Mengenai kehakiman. Datuk Haji Mohd. Said bin: Ada rules, this is not a jungle. Tuan Lim Kit Siang: Kalau tidak boleh teruskan, apa ertinya? perbahasan ini ? Boleh saya teruskan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berhormat gulung. Apa erti Saya minta Yang Tuan Lim Kit Siang: Saya teruskan dan selepas itu saya akan gulung. Seorang Ahli: Waste of time. Tuan Lim Kit Siang: Waste of time you get out! But you dare not get out, that is the problem. Dare not get out. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: teruskan gulung Yang Berhormat. Yang Berhormat, Tuan Lim Kit Siang: Kalau mahu provokasi, tentu akan.... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain tidak payah kacaulah. Tuan Lim Kit Siang: Mahu kacau, they are going to get it. That’s all. Seorang Ahli: Get what? Tuan Lim Kit Siang: As I said lah. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Duduklah, duduk! Tuan Lim Kit Siang: Fantasticlah, fantastic learn better. Seorang Ahli: Get what? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Hulu Rajang bangun, hendak bagi jalan Yang Berhormat? Tuan Lim Kit Siang: Mengenai isu ini atau mengenai apa yang saya hendak bincang? Adakah mengenai apa saya bincang? Tuan Billy Abit Joo: Tentang komen.. Seorang Ahli: Bagilah peluang orang bangun. Tuan Billy Abit Joo: .... Yang Berhormat tadi. DR.29.09.2005 61 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: hendak bagi jalan atau tidak? Yang Berhormat, Tuan Lim Kit Siang: ... tentang isu yang saya kemukakan. Kita boleh bincang, boleh. Tuan Billy Abit Joo: Tadi dia katakan ini sebagai zoo. Tuan Lim Kit Siang: Oh, itu, itu. Tuan Billy Abit Joo: Jikalau ini zoo, Yang Berhormat ialah man of attraction. Tuan Lim Kit Siang: Saya datang untuk tengok zoolah. [Bersorak] Tuan Billy Abit Joo: [Meninggalkan Dewan] Tuan Lim Kit Siang: Kalau keluar jangan masuk lagilah. Jangan masuk zoo lagilah. Itulah apa yang SUHAKAM rekomen. Saya sudah sebut (a). (b) increase the transparency and accountability of judicial appointment. [Beberapa Ahli Yang Berhormat meninggalkan Dewan] Tuan Lim Kit Siang: Accountability transparency, bukan increase sebenarnya. Tidak pernah ada accountability dan transparency judicial appointment; (c) ensure that only competent individuals are appointed to the bench; (d) increase public confidence in the judiciary as the authority and integrity of the judiciary is of the up most importance in a democratic society. SUHAKAM pun ada mencadangkan bahawa adalah satu independence judicial commission for judicial appointment. [Disampuk] Kuasa mutlak masih semacam ada diperuntukkan dalam Perlembagaan. Kuasa mutlak ialah bahawa cadangan atau perakuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang Dipertuan Agong, tetapi sebelum sampai peringkat itu adalah satu selective process. Adalah satu sieving filtering process di mana semacam di UK yang ada sebelum satu keputusan dibuat oleh lord chancellor mengenai siapa dilantik sebagai hakim adalah satu commission untuk welcome, menjemput pun cadangan-cadangan mengenai pelantikan sama ada mereka layak, sama ada mereka mengikut kriteria-kriteria yang sudah ditetapkan mengenai pengalaman mereka, mengenai kelayakan mereka, merit mereka dan adalah satu shortlist yang disubmit kepada prochancellor di UK, dan di sini kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, saya sudah lima kali bagi tahu Yang Berhormat suruh gulung, minta Yang Berhormat habiskan ucapan. Tuan Lim Kit Siang: Saya rasa ini mustahak. Kenapa saya mesti berhentikan ucapan di sini? Seorang Ahli: Apa yang mustahak? Tuan Lim Kit Siang: Apa yang mustahak? Bukankah kita datang ke Parlimen, supaya apa yang kita bahas dan putuskan selepas satu perbahasan dan kajian yang mendalam. Atau sini rubber stamp sahaja. Oleh kerana kerajaan mahu bil ini diluluskan, kita tidak perlu perbahasan yang mendalam - rubber stamp. Seorang Ahli: Cakap keluar tajuk...... Tuan Lim Kit Siang: Di mana saya keluar tajuk? 62 DR.29.09.2005 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat.... Tuan Lim Kit Siang: You baru datang dari luar negeri, tidak tahu apa yang berlaku, you are not been grounded at home, you are let go. Where are you, where are you from? Where is your mind? Which country? Your mind is which country? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, kita bercakap mengenai pemindaan Akta Perlembagaan Persekutuan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ini style Chin Peng kah? Tuan Lim Kit Siang: Tengok, bagi berapa jam, empat jam. Kalau banding dengan apa yang saya ucap, mereka... completely out of order, and totally irrelevant. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat boleh berucap panjang hari Isnin, hari Selasa. Tuan Lim Kit Siang: Isnin itu Budget, ini mengenai Kehakiman, khusus. Ok, lagi satu point sahaja. Tadi Yang Berhormat bagi Tumpat ada bangkit satu hal, Yang Berhormat dari Santubong kata setuju, ini mustahak. Post Retirement Code of Ethic. Tuan Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Itu dah sebut, apa nak sebut lagi. Saya dah sebut… Tuan Lim Kit Siang: Kalau tak mahu dengar you get out. You get out. That’s all. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Satu, satu. Tuan Lim Kit Siang: Don’t waste your time. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Menyampuk] Tuan Lim Kit Siang: Get out, get out. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: Sebutlah satu persatu. Tuan Lim Kit Siang: Get out, get out. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Menyampuk] Siaran ulangan ni buat apa. Tuan Lim Kit Siang: Get out, get outlah….. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Peraturan Mesyuarat….. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli Yang Berhormat yang lain berilah dia bercakap. Tuan Lim Kit Siang: Get out. Don’t come back! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Larut apa tu. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Peraturan Mesyuarat 44(1), duduklah, Ipoh Timor, hormatlah saya, duduk, duduklah. Tuan Lim Kit Siang: All right. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua 44(1) ini, kalau 44(1)Tuan Yang di-Pertua tak boleh guna, guna 44 (2). Ini bercakap luar daripada tajuk, berdegil-degil, apa ni, mengata orang, dia ingat dia hebat ke, ha! Tuan Lim Kit Siang: Luar tajuk okey. Boleh saya habiskan ni? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya minta Yang Berhormat gulung ya. DR.29.09.2005 63 Tuan Lim Kit Siang: Saya habiskan ni, ni mustahak, saya bangkit oleh sebab saya pernah bangkit perkara ini, tetapi tidak dihirau - Post Retirement Ethic, sama ada di Sarawak atau di sini, ini ada berlaku, ada berlaku dua sijil, dua Ketua Hakim pun berlaku ada melanggari Code. Di negara-negara, di mana kita ada hakim-hakim, ada budaya right and wrong, sangat kuat. Tak payah code pun, mereka pun tahu ada perkara boleh buat, ada perkara tak boleh buat. Dia ada hakim, ketua hakim, esok menjadi satu syarikat, penasihat, partner atau apa-apa. di negara-negara lain tak perlu code. Ini undoable, unthinkable, right and wrong, kalau perkara ini kita tidak mahu mementingkan, bagaimana kita berjaya dalam kempen for integrity. This is the piece of integrity, faham kalau itu pun tak faham, mampuslah kempen for national integrity. No basis for success of the national integrity campaign, right and wrong, black and white, sahaja okey, oleh sebab manusia lemah. Di negara-negara lain tak perlu code, kita ada satu code, Post Retirement Code. Bukan kata seorang yang menjadi hakim, lepas retirement dia dipulaukan, semua tak boleh buat, tidak, tak begitu, tetapi ada bidang-bidang yang sensitif yang boleh menimbulkan conflict of interest. Saya harap bahawa Code of Ethic yang akan dipinda kerana kita ada satu Code of Ethic. Sungguhpun Code of Ethic ini untuk kehakiman, nampaknya is more observed in the pitch than anything else, apabila ia dipindakan, dua prinsip akan diikuti; satu adalah memasuki satu Post Retirement Code. Kedua bahawa ada satu transparent consultative process untuk buat kod etika hakim yang baru, bukan terserah kepada Ketua Hakim, sahaja. Perlulah welcome, mengalu-alukan input daripada Ahli-ahli Parlimen, daripada civil society , daripada Bar Counsel, it is a product of our consultative process. Dulu - tidak, Code Ethic yang dicipta oleh bekas Ketua Hakim Eusoff Chin, dia sendiri, this must be a consultative process yang menunjukkan bahawa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ada satu consultative society. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: cukuplah, diminta Menteri menjawab. Sebelum itu minta Usul Menteri. Yang Berhormat USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan 12(1), mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undangundang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2005 dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 4.00 petang esok hari”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan. Usul dipersetujukan. [Perbahasan disambung semula] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri sila gulung. Yang Berhormat 64 DR.29.09.2005 4.05 ptg. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun membahaskan rang undang-undang yang dikemukakan pagi tadi. Sebenarnya ada empat perkara sahaja yang hendak dipinda dalam Perlembagaan kita. Saya ingin menyebutkan di sini secara ringkas, iaitu Fasal 46, Fasal 121, 124, 125. Fasal 46 itu bersangkut paut dengan penambahan kerusi di Parlimen di negeri Sarawak, yang mana perkara ini telah pun dibahas dengan panjang lebar, apabila laporan daripada SPR dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini pada 4 Julai tahun ini, di mana 185 ahli yang mengundi bersetuju dan 14 yang tidak bersetuju, Jadi ekoran daripada itulah maka pindaan ini dibuat. Ini adalah dengan izin, consequential kepada persetujuan yang telah dibuat oleh Dewan ini pada 4 Julai. Tentang Fasal 121, iaitu Pejabat Pendaftaran Utama bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah dipindahkan ke Putrajaya. Fasal 124 ialah berkenaan dengan tatacara mengangkat sumpah hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan juga yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Terakhir sekali ialah Fasal 125, iaitu menubuhkan satu badan untuk membicarakan hakim-hakim. Itu yang dikemukakan untuk dibahas. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang bangun. Yang Berhormat dari Mambong yang menyokong pindaan itu. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sri Aman yang bangun memberi pandangan dengan menyentuh tentang satu kawasan yang terdapat di kawasannya. Yang Berhormat menyatakan, bahawa nama “Balai Ringin” sepatutnya ditukar kepada “Pantau” atau “Sungai Tengah”. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sepatutnya perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa SPR mengadakan pameran pada 17 Januari hingga 17 Februari tahun ini, kerana mengikut Perlembagaan, rayuan-rayuan yang telah dikemukakan semasa dalam tempoh itu akan diterima dan dipertimbangkan oleh SPR. Mungkin Yang Berhormat boleh membuat bantahan ini apabila dilakukan sekali lagi persempadanan semula lain kali. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tumpat yang bangun menyuarakan dan mengemukakan beberapa cadangan. Di antaranya mengapa urusan persempadanan tidak boleh dibuat secara menyeluruh di seluruh negara dan diharapkan bahawa inilah kali yang terakhir diadakan. Lain kali Yang Berhormat ingin melihat bahawa persempadanan semula diadakan di seluruh negara serentak, dengan cara itu boleh menjimatkan wang dan seterusnyalah. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan persempadanan bagi negeri Sarawak tidak dapat dilakukan bersama dengan urusan persempadanan negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah, oleh kerana lat tempoh 8 tahun yang diperlukan oleh Perlembagaan adalah berbeza. Ini disebabkan urusan persempadanan Sarawak diadakan terlebih dahulu daripada negeri Tanah Melayu dan negeri Sabah. Walau bagaimanapun ini satu cadangan yang baik, dan pihak SPR akan mengambil perhatian untuk dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tumpat. Yang Berhormat daripada Tumpat juga membangkit beberapa perkara lagi yang menyentuh berkenaan dengan Mahkamah Tinggi Malaya, kenapakah dipanggil Mahkamah Tinggi Malaya sedangkan kita ini dah tukar kepada Malaysia. Jadi ini sebenarnya ialah masalah historical, dengan izin Yang di-Pertua, perkara ini telah dikekalkan sedangkan dahulunya sebenarnya dahulunya Mahkamah Malaya juga dikenali dan juga Mahkamah Borneo dan Sarawak juga dikenali sebagai Mahkamah Borneo dan selepas ditukar kepada Mahkamah Tinggi Sarawak dan Mahkamah Sabah. Jadi oleh sebab tidak ada cadangan awal untuk diubah nama mahkamah ini kepada Mahkamah Semenanjung Malaysia jadi mungkin satu cadangan yang boleh dipertimbangkan daripada Yang Berhormat pada masa-masa yang akan datang. DR.29.09.2005 65 Sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat daripada Tumpat juga bertanya mengapa perlu ada pengasingan antara Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, kenapa begini. Pengasingan ini perlu diadakan berdasarkan kepada syarat-syarat perjanjian Penubuhan Malaysia iaitu Malaysia Agreement. Implementasi daripada syarat ini dimasukkan di dalam Perkara 121, perlembagaan kita di mana terwujudnya dua mahkamah, disebut dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang-bidang kuasa dan taraf yang setara iaitu mahkamah di negerinegeri Tanah Melayu yang dikenali sebagai Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan satu lagi Mahkamah Tinggi di Negeri Sabah dan di Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Perwujudan mahkamah-mahkamah ini di Sabah dan di Sarawak ini terdapat perlindungannya dalam perlembagaan kita di bawah Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan. Jadi perkara-perkara yang menyentuh tentang Sabah dan Sarawak dimaktubkan dalam Perkara 161E. Jadi kalau kita hendak pinda ini memerlukan persetujuan daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah dan Sarawak. Mungkin ini satu perkara yang sukar hendak dipinda, itu saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat juga mengesyorkan bahawa sekiranya hendak dikekalkan sistem pengasingan maka dicadangkan supaya struktur pentadbiran Mahkamah Tinggi di Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada Mahkamah Tinggi Pantai Timur misalnya dicadangkan oleh yang berhormat, Mahkamah Tinggi Pantai Barat. Struktur sistem yang sedia ada ini tidak menjejaskan sistem pentadbiran badan kehakiman. Kita ada yang saya ceritakan tadi dua sistem. Satu Mahkamah Tinggi Malaya, ataupun yang hendak dicadangkan oleh Yang Berhormat Mahkamah Tinggi Semenanjung Malaysia dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sistem ini yang ada tidak menjejaskan pentadbiran sistem badan kehakiman kita. Oleh itu tidak timbullah keperluan untuk kita memisahkan struktur ini yang sedia ada kepada apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Tumpat itu. Satu lagi perkara yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Tumpat dan juga Santubong ialah berkaitan dengan upacara mengangkat sumpah ini. Bagi para hakim saya menjawab tentang hakim sebab kita meminda masalah perlembagaan berkaitan dengan angkat sumpah hakim Mahkamah Persekutuan dan hakim Mahkamah Rayuan dan presiden Mahkamah Rayuan. Bagi para hakim, teks angkat sumpah jawapan ada diperuntukkan dalam Jadual Keenam, Perlembagaan kita. Cara mengangkat sumpah oleh para hakim telah pun dilaksanakan mengikut amalan tertentu yang ditetapkan oleh mahkamah. Sebab bila seorang hakim itu hendak dilantik dan sebelum dia mengangkat sumpah, satu proses rehearsal akan diadakan oleh sebab itu tidak timbullah masalah yang telah timbul apabila Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor cuba hendak mengangkat sumpah sebagai Yang Berhormat di sini. Jadi para hakim melalui satu prosedur rehearsal dan seterusnya maka tidak timbullah masalah dan sistem ini telah diamalkan dan tidak ada timbul kekeliruan dalam hal ini. Pelantikan hakim-hakim juga ditimbulkan oleh yang Berhormat daripada Tumpat dan Santubong juga, pelantikan hakim-hakim ke Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pengawal undang-undang kerana tidak diambil kira fakta kekananan. Pelantikan atau kenaikan pangkat seorang hakim di mahkamah ke Mahkamah Rayuan, ke Mahkamah Persekutuan mengambil kira banyak faktor dan bukan sahaja faktor kekananan. Dalam hal ini pelantikan atau kenaikan pangkat ini dibuat berdasarkan kepada clause 10 dan clause 13 Prinsip-prinsip Asas Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kebebasan kehakiman, dengan izin The United Nation Basic Principle on the Independent of the Judiciary yang menekankan bukan sahaja fakta kekananan tetapi juga kebolehan, integriti dan pengamalan seseorang. Juga diambil kira kriteria yang disebut di bawah Prinsip-prinsip Bangalore Mengenai Tatakelakuan Kehakiman, The Bangalore Principal’s of Judicial Conduct di mana seorang hakim antara lain harus memiliki sifat tidak berat sebelah atau prejudis, mempunyai integriti yang tinggi dan penzahiran ketatasusilaan. 66 DR.29.09.2005 Ini dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat juga, Yang Berhormat daripada Tumpat, Santubong dan juga Yang Berhormat daripada Ipoh Timur. Dicadangkan supaya pelantikan hakim diserahkan kepada suruhanjaya yang dianggotai oleh bekas-bekas hakim ataupun peguam. Amalan yang diamalkan sekarang ini di mana mereka dipilih atas cadangan Perdana Menteri. Sistem pelantikan hakim-hakim yang diamalkan sekarang yang berlandaskan peruntukan kepada Perkara 121B Perlembagaan Persekutuan berjalan dengan baik dan tidak ada apa-apa sebab mengapa sistem pelantikan ini perlu diubah. Dalam mekanisme ini yang ada sekarang pelantikan itu tidak dibuat hanya atas nasihat Perdana Menteri sahaja. Ini adalah kerana dalam memberikan nasihatnya kepada Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dikehendaki berunding terlebih dahulu dengan Ketua Hakim Negara jika pelantikan itu adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan ataupun Perdana Menteri perlu berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan jika pelantikan itu dibuat kepada hakimhakim Mahkamah Rayuan dan juga kepada hakim-hakim Mahkamah Besar Malaya, hakimhakim Mahkamah Besar Sabah dan Sarawak jika pelantikan itu dibuat kepada hakim-hakim Mahkamah Tinggi sahaja. Ini sistem yang diamalkan sekarang ini. Selepas menerima nasihat ini Perdana Menteri barulah akan membuat perbicaraan dengan Yang Dipertuan Agong dan menasihati Yang Dipertuan Agong yang mana Yang Dipertuan Agong dikehendaki pula berunding dengan Majlis Raja-raja. Oleh itu sistem yang ada sekarang adalah mencukupi dan memastikan bahawa kewibawaan..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, oleh sebab ada usul Peraturan Mesyuarat 18(1), ingin saya mencadangkan supaya jawapan Yang Berhormat Menteri boleh di sambung semula selepas perbahasan usul itu diselesaikan, okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun pukul 4.30 petang, dan menurut keputusan yang telah pun dibuat pada pagi tadi, satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan dibahaskan pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan Usul itu seperti yang telah pun diputuskan tadi, pihak pencadang akan diberi 30 minit, dan pihak kerajaan juga 30 minit. Yang Berhormat bagi Tanjong, sila kemukakan Usul itu. USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) WABAK PENYAKIT DEMAM DENGGI 4.31 ptg. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, kerana telah membenarkan saya membawa Usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan, iaitu ancaman wabak demam denggi yang melanda negara Malaysia. Perbahasan Usul yang membabitkan kepentingan rakyat adalah kewajipan Dewan Rakyat dan wakil-wakil rakyat, sebab kita tidak dapat mengabaikan kepentingan rakyat dalam satu isu yang begitu penting. Ini juga menunjukkan komitmen kita semua untuk mewakili rakyat yang menaruh harapan dan memberi mandat kepada kita sekalian untuk menginsafkan pihak pentadbiran, bahawa masih ada kelemahan dan kekurangan yang perlu diatasi demi menjaga nyawa rakyat jelata dari terus menjadi korban kepada penyakit demam denggi. Tuan Yang di-Pertua, pusat kawalan dan pencegahan penyakit Amerika Syarikat telah menyifatkan demam denggi sebagai virus bawaan nyamuk yang mengancam manusia yang paling mustahak pada tahun ini. DR.29.09.2005 67 Pakar kesihatan telah menyifatkan kelalaian kerajaan terhadap bahayanya demam denggi sebagai punca loncatan kes jangkitan pada masa kini, dan merebaknya penyakit itu di beberapa buah negara rantau Asia termasuk Malaysia. Pengarah Institut Asia Pasifik bagi penyakit berjangkit dan ubat tropika di Hawaii telah buat enakmen yang serius apabila beliau berkata, denggi antara penyakit yang diabaikan malah tidak dipedulikan selama bertahun-tahun. Kita tidak buat apa-apa sehingga timbul krisis. Kemudian barulah kita bertindak balas dan ketika itu sudah terlewat. Dakwaan ini amat serius, Tuan Yang diPertua. Kerajaan-kerajaan di rantau ini, termasuk Malaysia haruslah terima kenyataan ini dengan hati dan sikap yang terbuka. Memang berasas kenyataan itu, sebab pada hakikatnya negara Malaysia dilanda wabak demam denggi saban tahun. Tetapi ini bukan alasan untuk menerima takdir yang melanda negara ini setiap tahun. Kita melihat perkara ini berlaku berulang-ulang setiap tahun. Iaitu kita tidak buat apa-apa atau buat dengan sambil lewa sehingga timbul krisis, kemudian barulah bertindak balas, dan ketika itu sudah terlewat. Kerana terlewatlah 70 nyawa rakyat jelata yang tidak berdosa sudah dikorbankan sehingga sekarang pada tahun ini. Perlukah kita melihat kematian seorang wanita muda yang sarat mengandung anak kembar sulung dari Teluk Kumbar Pulau Pinang menjadi korban terbaru, kemudian barulah kita bertindak balas. Saya berharap tindak balas ini masih tidak terlewat. Perwakilan parti DAP dalam Dewan ini memandang berat tentang ancaman wabak penyakit demam denggi ke atas nyawa kesihatan dan keselamatan 25 juta rakyat Malaysia. Apabila statistik menunjukkan satu keadaan yang amat membimbangkan, dengan kelonjakan kes-kes jangkitan. Kes-kes jangkitan bagi seluruh negara telah meningkat sebanyak 26% dan Menteri Kesihatan telah memberi amaran minggu ini bahawa kita mungkin akan menghadapi satu epidemic. Kita ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, mengapa epidemic denggi masih menjadi ancaman tahunan apabila pelbagai cara digunakan untuk membasminya. Tetapi apabila nyamuk menyerang rakyat, kita mudah tewas. Seramai 706 rakyat telah menjadi korban demam denggi sejak tahun 1991. Dan apakah cara-cara pencegahan dan rawatan masih tidak berkesan? Dan apakah jentera-jentera kerajaan masih complacent dalam menangani krisis ini? Kementerian Kesihatan dan lain-lain kementerian yang berkaitan, yang memantau demam denggi tidak harus berahsia akan kedudukan hal sebenar yang sedang kita hadapi. Kita sudah banyak kali menyeru kerajaan bertindak dengan telus dan proaktif dan memberi maklumat secara cepat, tetapi masih wujud masalah di mana kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mahu merahsiakan keadaan kritikal yang berlaku, sehingga langkah pencegahan dan rawatan tidak dapat diambil dengan segeranya. Kita juga melihat masalah koordinasi di antara Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan-kerajaan negeri dan Pihakpihak Berkuasa Tempatan yang mungkin menyebabkan kita tidak dapat menyediakan satu sistem pertahanan terhadap denggi yang proaktif, dengan program pengawasan makmal dan program maklum balas kecemasan yang berkesan. Kita ingin melihat segala jentera kerajaan digemblengkan Tuan Yang di-Pertua. Bukan Kementerian Kesihatan sahaja yang memikul tanggung jawab. Kita sudah mempunyai undang-undang yang mencukupi, tetapi penguatkuasaan perlu dikaji semula dan ditingkatkan. Sikap kita yang pandang remeh kepada nyamuk Aedes haruslah berubah. Negara kita boleh terus bangga dengan Petronas Twin Tower, dan Sepang Formula 1 dan KLIA. Putrajaya dan Cyberjaya, ICT dan biotechnology. Tetapi ini tidak bermakna jika kita tewas kepada nyamuk aedes yang membawa penyakit demam denggi. Negara kita mungkin tidak ada peperangan seperti di Iraq dan Afghanistan. Tetapi rakyat Malaysia kita terus mati kerana tidak dapat perang dengan nyamuk. Pengorbanan rakyat kita akan jadi sia-sia jika kita masih tidak mampu untuk menangani wabak denggi terbaru. 68 DR.29.09.2005 Oleh kerana setakat ini masih belum ditemui penawar paling mujarab, untuk merawat pesakit demam denggi. Kita perlu mencari penawar dalam mengubah sikap kerajaan dan orang awam untuk sama-sama menang dalam peperangan dengan penyakit demam denggi. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya turut membahaskan Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1) yang dibawa oleh rakan saya Yang Berhormat Tanjong mengenai ancaman wabak demam denggi berpunca peningkatan pembiakan nyamuk denggi di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, jika Acheh dilanda Tsunami, Malaysia diancam denggi, perangkaan menunjukkan dalam seminggu, minggu ke tiga bulan September 2005, terdapat 752 kes denggi. Setakat ini 27,569 kes denggi dicatat di seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Setakat ini juga kematian akibat wabak meningkat ke 70 orang tahun ini berbanding 68 pada tahun yang lalu. Terbaharu, seorang Profesor UIA dilaporkan meninggal dunia akibat demam denggi. Demam denggi tidak memilih sesiapa untuk menjadi mangsanya. Betapa seriusnya ancaman demam denggi, kita boleh menyemak laporan Kementerian Kesihatan sendiri iaitu dari 54,508 premis yang diperiksa sepanjang 1hb hingga 8hb Januari tahun ini, terdapat 496 kes positif nyamuk denggi. Tapak yang menyumbang terdapat peningkatan pembiakan nyamuk aedes ialah tapak pembinaan iaitu 22.9%, tanah kosong 30.8%, kilang 2%. Di Kuala Lumpur, kawasan sekolah menyumbang 30.7% kes pembiakan aedes dan tapak pembinaan 16.7%. Tuan Yang di-Pertua, mengapa wabak dan demam denggi boleh berlaku dan merebak kerana kita rakyat Malaysia termasuk jabatan kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan sama-sama bertanggung jawab menyebabkan nyamuk aedes boleh membiak. Jika kerajaan menyalahkan rakyat dan NGO tidak peka dan tidak mahu samasama menjaga alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan kediaman tetapi rakyat menyalahkan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan kerana tidak peka dengan aduan-aduan yang dibuat supaya dijalankan kerja-kerja pembersihan kawasan kediaman, lorong, kedai, kilang, longkang, projek terbengkalai dan air bertakung dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan majlis melancarkan Mencegah Denggi di Cheras pada 15 Januari 2005 oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu dan diikuti dengan acara yang sama di kawasan lain. Ternyata satu kegagalan, kawasan pelancaran terdapat faedah seperti pihak Jabatan Kesihatan melakukan semburan rumah ke rumah tetapi di kawasan lain berdekatan hanya boleh memandang sahaja. Kerajaan menjaga rakyat akan turut serta tetapi publisiti yang meluas tidak dibuat. Bagaimana rakyat hendak bekerjasama jika jabatan gagal berbekalkan peralatan gotongroyong untuk kerja membersihkan kawasannya. Jika Jabatan Kesihatan tidak berupaya melakukan semburan dan melakukan kerja gotong-royong membersihkan kawasan maka mereka hendaklah mendapatkan kerjasama dengan persatuan NGO dan pemimpin masyarakat dan rakyat sendiri. Syaratnya mereka hendaklah memaklumkan lebih awal dan menyeluruh serta memastikan mesej tersebut sampai ke bawah. Agak malang jika aduan meminta semburan denggi dibuat di sesetengah kawasan, ia kurang mendapat layanan, ada yang tidak dijawab, ada yang memakan masa yang lama baru diperiksa. Sebagai Ahli Parlimen saya berpengalaman dalam perkara ini iaitu bila meminta Jabatan Kesihatan melakukan semburan, mereka kata hendak siasat dahulu walaupun kes denggi sudah berlaku di situ. PBT termasuk DBKL hendaklah mencergaskan merinyumerinyu mereka melakukan pemeriksaan dan tindakan. Tuan Yang di-Pertua saya percaya kempen mencegah denggi menyeluruh kerjasama semua pihak di samping kesedaran DR.29.09.2005 69 mendapatkan kerjasama penduduk dan masyarakat sendiri adalah punca kejayaan kempen ini. Saya ingin menegaskan bahawa ancaman demam denggi di negara kita adalah salah satu tanda sikap kejiranan dan semangat gotong-royong masyarakat yang dipusakai sejak datuk nenek kita dahulu sudah lentur. Jika kerajaan berjaya mengembalikan semangat gotong-royong dan bantu-membantu serta volunteerism di kalangan masyarakat Malaysia menerusi kempen ‘Berbudi Bahasa’ dan nilai-nilai murni sebagaimana yang berlangsung sekarang, saya percaya bukan sahaja denggi dapat dicegah tetapi sikap mementingkan kebersihan dan amalan bersama antara rakyat dapat dilahirkan. Syaratnya kerajaan dan pemimpin dan masyarakat sendiri mesti bersungguhsungguh dan ikhlas melakukan kerja, bukan sekadar untuk publisiti murahan bagi mengelakkan tuduhan tidak melakukan tindakan. Kerja-kerja gotong-royong mestilah dibuat sepanjang masa dan bukan bermusim dan bukan menjadi salah satu acara menghabiskan peruntukan wakil rakyat dan kerajaan. Sepanjang ingatan saya jika tidak silap, belum ada kes rakyat didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana menyebabkan nyamuk aedes membiak. Jika ada pun adalah kes terpencil sahaja. Maksud saya ialah sikap sambil lewa, tidak cukup kakitangan Jabatan Kesihatan, PBT dan sebagainya ditambah dengan sikap malas rakyat untuk membersihkan rumah dan halaman dan longkang sendiri kerana itu tanggungjawab PBT telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes pada kadar lebih pantas. Dalam tempoh negara sedang dilanda wabak denggi ini, masih ada rakyat yang tidak menyedari laporan media tentang kes-kes denggi ini. Tuan Yang di-Pertua saya ingin mencadangkan supaya agensi sehenti, one-stop center, dengan izin, ditubuhkan bagi menyelaraskan kerja-kerja membasmi dan mencegahkan nyamuk aedes dilaksanakan dengan lebih segera melibatkan banyak pihak - hospital, klinik, Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat dan sebagainya. Maknanya jika berlaku kes denggi bagi sekurang-kurangnya beberapa jam kemudian, tindakan susulan sudah boleh dijalankan sebelum ia menjadi lebih serius. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pendang. 4.46 ptg. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita telah dikejutkan dengan wabak denggi dan denggi ini lain sedikit dia punya cara dia sebab ini disebut penyakit kota, sebab denggi biasanya menyerang pekan-pekan ataupun menyerang kawasan-kawasan yang membangun, disebabkan oleh adanya pembangunan yang pesat dan adanya kawasankawasan air bertakung yang jernih, sebab itulah denggi mudah membiak, jentik-jentik denggi membiak di kawasan air yang jernih. Denggi ini merupakan satu penyakit yang telah lama diketahui lebih kurang 200 tahun yang lalu tetapi masih belum lagi dapat dihapuskan daripada dunia ini. Kenapa masalah denggi ini menyebabkan satu gejala yang begitu lama berlaku. Ini disebabkan oleh keadaan virus yang memasuki badan seorang pesakit yang tidak dapat dikesan apakah kerosakan yang dilakukan oleh virus denggi terhadap sel-sel manusia dan apakah tindak balas yang dilakukan oleh virus denggi terhadap imune sistem seseorang manusia. Itulah puncanya yang menyebabkan ia sangat sukar untuk dikaji dan juga dihapuskan. Sebenarnya denggi pada zaman sekarang ini sudah menjadi begitu berbahaya berbanding dengan 10 ataupun 20 tahun yang lepas kerana timbulnya genegene virus yang baru yang dinamakan Den 1, Den 2, Den 3 dan juga Den 4. Seandainya seseorang itu terkena virus Den 1 dan kali yang kedua dia kena virus Den 2 maka dia akan menjadi bertambah serius, bertambah teruk, lebih-lebih lagi kalau disebut sebagai Denggi Haemorrhagic Fever iaitu denggi yang menyebabkan pendarahan dan juga denggi yang menyebabkan berlakunya Shock, Denggi Haemorrhagic Shock. 70 DR.29.09.2005 Inilah yang menyebabkan susahnya penyakit denggi apabila masuk di hospital amat sukar untuk kita merawat, kalau tidak dirawat secara cepat mereka akan mati dan kadar kematian denggi Shock Syndrome ini boleh mencapai sehingga 20%. WHO menjangkakan penyakit denggi adalah di antara 50 hingga 100 juta infleksi setiap tahun dan ini menyebabkan penyakit ini menjadi wabak yang melibatkan lebih daripada kalau tidak silap saya 100 buah negara tropika dan juga sub tropika. Sebenarnya denggi disebabkan oleh sejenis nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus dan nyamuk ini peliknya adalah nyamuk betina dan ia ini menggigit di siang hari. Itulah yang menyebabkan ia mudah merebak disebabkan oleh kita tidak peka dengan keadaan gigitan nyamuk ini terutamanya di waktu pagi dan juga di waktu petang. Biasanya kalau kita melawat ke wad-wad kita akan dapati wad-wad yang dipasang kelambu pada siang hari itulah pesakit-pesakit yang dijangkiti oleh demam denggi ini. Masalah yang berlaku sekarang yang menyebabkan kesukaran adalah apabila berlakunya musim hujan. Apabila terjadi musim hujan, maknanya banyak air yang bertakung dan inilah ketikanya nyamuk aedes ini membiak dan juga menjadi wabak ataupun terjadi epidemic seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi. Dan air yang saya sebut tadi, air yang jernih, inilah yang menyebabkan mudahnya nyamuk aedes ini membiak. Kita mengharapkan kepada PBT-PBT yang telah ditugaskan untuk menyelia kawasan-kawasan perbandaran supaya lebih aktif untuk menjalankan kajian jentik-jentik terutamanya di kawasan-kawasan elit ataupun kawasan-kawasan orang kaya. Misalnya kita lihat Menteri Besar Selangor sendiri mengeluh kerana ada banglo-banglo yang tidak membenarkan dilakukan siasatan terhadap jentik-jentik di banglo-banglo mereka. Ini merupakan satu masalah kepada masyarakat sebenarnya kerana apabila mereka mempunyai takungan air dan di dalam air itu ada jentik-jentik aedes, maka ini akan menyebabkan kawasan sekitarnya akan menghadapi risiko untuk dijangkiti oleh virus aedes ini. Sebab itulah kita mengharapkan pihak kementerian dan juga PBT mengambil tindakan tegas, ataupun lebih tegas di dalam proses mereka untuk menghalang daripada pembiakan jentik-jentik ataupun penyebaran nyamuk-nyamuk aedes ini. Begitu juga dengan maklumat yang kita dapati bahawa fogging sekarang ini sudah tidak berkesan lagi untuk menghapuskan nyamuk aedes. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kesihatan, apakah pernyataan ini benar kerana kita dapati apabila berlaku wabak denggi maka fogging inilah yang dijalankan terutamanya memasuki seluruh rumah, seluruh bilik dan seluruh kawasan yang dikatakan ada kes-kes denggi. Saya harap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan terhadap perkara ini. Yang ketiga tentang wujudnya vaksin-vaksin yang sedang dikaji. Apakah Malaysia juga mempunyai pasukan-pasukan untuk mengkaji, ataupun menghasilkan vaksin-vaksin untuk menghalang atau mencegahnya daripada berlakunya penyakit denggi ini? Dan seterusnya ada universiti yang telah mengeluarkan kit-kit untuk menjalankan kajian tentang diagnosis penyakit denggi ini. Apakah kita menggunakan kit-kit tersebut di dalam melakukan diagnosis penyakit denggi ini agar ia dapat dirawat dengan segera apabila mereka masuk hospital,? Agar ia tidak berlarutan menjadi denggi haemorrhagic fever ataupun denggi haemorrhagic shock syndrome? Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bagan. 4.52 ptg. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wabak denggi kini menarik perhatian semua lapisan rakyat, kerana setakat tahun ini telah menjadi 70 maut dan trend kes-kes denggi pun telah melambung sehingga 26.5% kalau dibandingkan dengan tahun yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, apabila sesuatu kes denggi berlaku di sesuatu kawasan, maka pihak berkuasa akan menghantar pekerja-pekerja datang untuk membuat fogging dan selalunya mereka datang jam 6.00, iaitu dikatakan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk menjalankan semburan ini. Tetapi saya nampak apabila Jabatan Kesihatan datang ke satu taman untuk membuat fogging, mereka meletakkan jentera mereka di atas sebuah land rover dan land rover itu bergerak sepanjang jalan dan apabila fogging ini dijalankan, maka fogging ini tidak sampai ke rumah cuma di tengah-tengah jalan sahaja, dan land rover ini berjalan dengan cepat. Saya ingat ini tidak berkesan sekiranya hendak DR.29.09.2005 71 menjalankan fogging. Sepatutnya fogging perlu dijalankan secara manual iaitu dengan manpower di mana undercarriage atau di bawah-bawah longkang atau di longkang depan rumah, di mana terowong-terowong pun kena fogging. Saya berharap kerajaan jangan sahaja menjalankan fogging tanpa berkesan, tetapi perlu menengok kesannya dengan cara yang efektif untuk menjalankan kerja ini. Pasukan pemeriksa selalu datang ke rumah untuk menyiasat tempat-tempat membiak jentik-jentik nyamuk, mereka datang dan mereka akan tanya kepada suri tangga sama ada, ada nyamuk atau jentik-jentik di mana-mana. Dan suri rumah sering berkata kepadanya ada banyak jentik-jentik dan nyamuk di depan rumah saya, di longkang sana banyak kerana mereka ini diganggu oleh nyamuk, sebab mereka ini pun tidak faham sama ada nyamuk yang serupa, nyamuk yang bermacam-macam dan berjenis-jenis boleh membawa penyakit denggi ini. Jadi perlulah pegawai-pegawai yang menjalankan pemeriksaan perlu memberi tahu suri rumah, bahawa jentik-jentik itu ada beberapa jenis, dan apa jenis-jenis itu supaya mereka boleh memahami penyakit denggi ini adalah disebabkan oleh satu jenis dan nyamuk yang tertentu supaya suri rumah atau orang-orang di rumah pun boleh bekerjasama dengan tidak menakung air dalam takungan-takungan. Tuan Yang di-Pertua, abate adalah salah satu jenis ubat boleh ditaruh dalam tangki-tangki air supaya jentik-jentik tidak membiak. Tetapi apabila kami pergi ke kedaikedai atau Jabatan Kesihatan hendak membeli abate, iaitu ubat yang boleh mencegah pembiakan jentik-jentik, ia memerlukan satu paket berharga lebih kurang RM5. Apabila dikatakan RM5, mereka akan patah balik tidak mahu beli dan membiarkan tangki-tangki tanpa ada ubat ini. Jikalau kerajaan boleh memberi kondom dan syringe atau jarum kepada penagih dadah atau sesiapa untuk mencegah HIV, mengapa tidak kerajaan juga memberi abate kepada setiap keluarga, mengajar mereka di mana-mana ada tangki air atau di tandas-tandas, atau di pasu-pasu hendak menanam bunga atau di mana-mana diberi abate supaya setiap keluarga boleh mencegah pembiakan jentik-jentik ini. Sekian sahaja, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat cuma ada 2 minit sahaja lagi. Permatang Pauh, Yang 4.58 ptg. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih, 2 minit pun 2 minitlah, tetapi kerana masalah ini adalah masalah antara hidup dan mati. Saya mengambil kira bahawa perkara ini telah dibincangkan dan dibahaskan dalam satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Gombak bulan Januari tahun ini juga. Dan pada masa itu Menteri telah memberi jawapan bahawa bukan epidemik yang berlaku, tetapi kerana Malaysia ini adalah endemik kepada denggi. Apakah ini ada jawapan yang memuaskan yang diterima kerana soalnya hidup mati, dan apabila kerajaan, kalau kita melihat bahawa Selangor adalah kes yang paling tinggi mengalami jangkitan denggi ini, dan apabila hendak diisytiharkan Selangor sebagai negeri yang termaju paling maju, di manakah logiknya kalau kita tidak boleh menangani masalah denggi. Jadi ini saya hendak mengambil bahagian dalam perbincangan dan perbahasan ini, kerana kalau kita lihat telah dikatakan beberapa kali, telah diberi peringatan beberapa kali oleh kementerian dan Menteri sendiri adalah berlatarbelakangkan kesihatan dan kedoktoran. Ini saya melihat bahawa ada juga gejala-gejala untuk menutupi perkara yang sebenar dan ada juga biasa berlaku dan kalau dikira think about epidemik, bila ada outbreak, bila dia jadi serius. Ini bukan soal vocabulary atau what you say - it is, tetapi ini adalah hidup mati, so saya mohon agar kementerian memberi jawapan yang lebih ..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: masa sudah cukup. Yang Berhormat, maaflah Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Saya habiskan sentence ini. Kementerian memberikan jawapan yang lebih berkesan, lebih bermakna, lebih komited untuk kita sama-sama menangani masalah hidup mati ini . Terima kasih. 72 DR.29.09.2005 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Gombak dan lepas itu menteri boleh jawab. 5.00 ptg. Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa masalah wabak denggi ini bukanlah merupakan satu masalah hanya masalah Malaysia, ia juga masalah regional. Kalau kita lihat baru-baru ini di Singapura juga mereka juga sedang berperang dengan masalah wabak denggi ini. Kita tahu bahawa di Singapura contohnya setakat tahun ini sudah 11,000 kes dilaporkan di Singapura, it is just a small island with the very strong and strict enforcement and then selain daripada itu didapati 11 kematian di Singapura. Selain daripada itu, saya juga ingin mengalu-alukan, saya lihat ada banyak perubahan daripada pihak kementerian terutama selepas saya membawa usul yang lepas yang mana kita dapati bahawa telah lebih banyak ketelusan sekarang ini pihak menteri ataupun pegawai-pegawai mereka juga telah mengumumkan kes-kes dan juga telah menerangkan keadaan semasa wabak. Dan juga kalau kita baca berita hari ini yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan bahawa sudah ada keputusan akan diberikan ketelusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan wabak, berkaitan dengan data dan statistik. Satu perubahan yang saya nampak juga ialah misal kata sekarang sudah ada kalau dahulu digunakan hanya a bait secara tradisional seperti mana yang disebutkan oleh wakil daripada Bagan tadi, sekarang ini telah digunakan satu larvicidal yang baru yang diberi nama larvicidal BTI ataupun Bacillus Thuringiensis Israelensis (BTI) yang mana dikatakan lebih berkesan dan kekesanannya dalam masa dua minggu dan lebih berkesan daripada yang sebelumnya. Jadi saya memang mengalu-alukanlah segala perubahan yang berlaku di Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, kita dikejutkan juga dalam tahun 2004 terdapat 102 kematian. 102 kematian disebabkan oleh denggi bukan satu angka yang kecil. Dan tahun ini sudah 70 mati dan dalam masa yang sama kalau kita bandingkan tahun yang lepas cuma 68. Bermakna tahun ini dari segi angka kematian sudah lebih, begitu juga dari segi angka kes ya. Dalam tempoh yang sama didapati sudah 27,569 kes tahun ini, berbanding tahun lepas hanya 21,000 kes. Inilah pada saya perkara-perkara yang membimbangkan rakyat. Selain daripada itu, pada saya yang berada di Gombak hari ini merupakan satu yang tragedi iaitu kalau kita baca surat khabar seorang profesor yang mengajar di UIA yang letaknya di Gombak meninggal dunia. Dan saya juga datang dari Selangor dan Selangor is top on the list kalau kita lihat dari segi bilangan kes denggi dan kematian. Kalau kita lihat statistik-statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tempat yang paling utama berlaku pembiakan di katakan ialah kawasan pembinaan. Ini kita boleh faham kawasan pembinaan kerana banyak kerja-kerja pembinaan yang dilakukan. Tetapi yang memeranjatkan saya juga dari segi apa yang dikeluarkan ialah tempat yang kedua banyak pembiakan nyamuk ialah di kawasan taman rekreasi. Apabila banyak pembiakan berlaku di taman rekreasi, bayangkan kita semua yang mana kalau kita sekeluarga dalam keadaan sihat segar bugar pergi ke taman rekreasi untuk menjadi lebih sihat akhirnya digigit oleh nyamuk ini dan kalau tragedi akhirnya berakhir dengan kematian. Jadi inilah pada saya suatu perkara tindakan yang secara serius yang bersepadu harus dilakukan. Selain daripada itu disebutkan juga sekolah, kilang dan juga hospital-hospital. Kita banyak dengar laporan di hospital-hospital juga banyak berlakunya pembiakan-pembiakan nyamuk ini. Apa yang saya lihat, apa yang sama amati kelemahan-kelemahan yang berlaku sehingga didapati bahawa wabak ini berulang tahun demi tahun dan bukan sahaja berulang, makin lama semakin meningkat dari segi kesnya dan juga bilangan kematiannya. Yang pertama ialah kekurangan tenaga kerja yang sungguh ketara di unit-unit vector sama ada di Jabatan Kesihatan mahupun di PBT-PBT. Saya rasa ini yang harus kita lihat sama ada unit-unit, pekerja-pekerja dari segi kategori yang dipanggil sebagai Pembantu Kesihatan Awam (PKA) yang dipanggil sebagai Inspektor Kesihatan (IK) mahupun Pegawai Kesihatan, kita dapati bahawa setengah PBT langsung tidak mempunyai Pegawai DR.29.09.2005 73 Kesihatan. Jadi oleh itu, perkara-perkara begini saya ingat harus dilihat dengan lebih serius kerana dia boleh mengancam nyawa rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Yang kedua, saya dapati tiada atau kurang koordinasi terutama kawasan-kawasan yang dipanggil sebagai kawasan kelabu (grey areas). Contohnya kawasan persempadanan di antara kawasan PBT dan kawasan PLB. Mereka saling tuduh menuduh, mereka mengatakan itu tanggungjawab satu pihak, yang satu pihak lagi menuduhkan tanggungjawab satu pihak yang lain. ,Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat. Jadi perkara ini saya lihat dan sesuatu perkara yang serius dan harus ditangani dengan lebih baik. Yang ketiga saya tengok melalui kempen-kempen melalui apa yang diberitahu oleh Menteri memang ada kesedaran. Kesedaran itu saya tengok sudah mula meningkat, tetapi soalnya kesedaran tidak cukup, yang kita mahu ialah behavioural change, maknanya ada pertukaran sikap mereka maka mereka mahu melakukan. Kalau mereka sedar bahawa denggi itu bahaya tetapi mereka masih membiarkan tin-tin kosong itu masih berada di rumah mereka dan boleh membiaki nyamuk ini pada saya kita tidak berjaya. Yang keempat, saya dapati penguatkuasaan kita cukup undang-undang. Saya kata tidak perlu apa-apa yang harus kita pinda lagi, tetapi penguasaan longgar dan kurang keras. Ini pada saya harus dipergiatkan. Jadi daripada kes ini terus berulang dan daripada sesuatu yang boleh dicegah, sesuatu yang boleh ditangani terus mengancam nyawa rakyat Malaysia, saya ada beberapa cadangan. Pertama, kalau kekurangan tenaga kerja terutama unit-unit vector ini begitu kritikal, sukar diatasi, sukar kita pohon dan dapat kakitangan-kakitangan daripada kelulusan JPA dan sebagainya, mengapa tidak kita tahu denggi ini satu masalah penting kepada rakyat, mengapa kita tidak swastakan sahaja vector control itu. Terutamanya misal kata PBT-PBT dia boleh menswastakan vector control tetapi walaupun kita swastakan vector control ini mestilah dikawal dengan rapi. Masalahnya kalau tidak dikawal dengan rapi maka mereka akan melakukan tugas-tugas pencegahan yang tidak berkesan. Itulah yang seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Berhormat yang tadi walaupun mereka menyembur kabus, ada semburan kabus tetapi semburan kabus itu sebenarnya hanyalah membazirkan wang rakyat dan tidak berkesan dan tidak mengikut prosedur yang betul. Misalnya seharusnya dibuat dua kali semburan pada dua ratus meter radius di kawasan tempat berlaku kes dan sebagainya. Dan selain daripada itu, saya lihat harus ada task force di peringkat Parlimen ini sentiasa wujud yang mana pada saya task force ini haruslah, misal kata melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, ADUN, ketua-ketua kampung, NGO-NGO. Ini kita ingin mobilisasi rakyat sama-sama menangani masalah ini kerana kita tahu menteri pun selalu bercakap, ”Ini bukan sahaja masalah yang harus ditangani oleh kementerian dan juga jabatan-jabatan. Ini juga satu masalah yang harus ditangani bersama oleh rakyat.” Jadi saya rasa task force ini untuk memantau sama ada situasi denggi ini sama ada dalam keadaan wabak mahupun dalam kawasan tidak wabak. Saya rasa dengan adanya pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlibat secara langsung dalam task force ini maka kawasan-kawasan yang saya katakan tadi grey areas, kurang koordinasi dan sebagainya dapat kita atasi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi itulah pada saya harus kita lakukan penggemblengan, harus kita ada perkataan yang digunakan seperti perkataan gabung jalin di antara pihak pemerintah, pihak berkuasa dan juga rakyat. Dan kita tahu dan kita sentiasa peka bahawa kementerian memang sentiasa berusaha keras untuk sama-sama menangani masalah wabak denggi ini bukan sahaja ia jangan lagi berulang tetapi jangan lagi melibatkan lebih banyak kematian. Sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kesihatan. Yang Berhormat Menteri 74 DR.29.09.2005 5.10 ptg. Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Chua Soi Lek]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah sudi mengambil perbahasan dalam Usul berkaitan dengan wabak denggi ini. Mungkin saya akan beri latar belakang sedikit sebanyak berkaitan dengan denggi ini supaya Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada parti pembangkang lebih memahami wabak ini, dan tidaklah menabur fitnah dan tuduhan yang tidak berasas terhadap agensi-agensi kerajaan. Tahniah dan ucapan ribuan terima kasih juga kepada Yang Berhormat dari Pendang yang telah menunjukkan kefahaman yang dikatakan berkaitan dengan denggi yang lebih tinggi, dan berharaplah Ahli-ahli Yang Berhormat daripada DAP khususnya, daripada Tanjong, daripada Bukit Bintang, daripada Bagan belajarlah sedikit sebanyak daripada Yang Berhormat bagi Pendang, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, penyakit demam denggi sebenarnya adalah penyakit yang dikatakan endemik. Endemik bermakna ia sentiasa wujud dan ia berlaku di kawasan Tropika dan subtropika di seluruh dunia yang melibatkan daripada 100 buah negara. WHO telah menganggarkan sejumlah sebanyak 50 juta kes setahun. Daripada 50 juta kes setahun ini, 500 ribu kes adalah demam denggi berdarah dan kadar kematian di kalangan penghidap demam denggi berdarah adalah 5%, iaitu 25 ribu kes setahun yang kebanyakannya melibatkan kanak-kanak dan jangkitan demam denggi juga menjadikan masalah kesihatan awam di negara-negara di Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Brunei, Filipina juga mengalami jangkitan demam denggi. Maka mengatakan Selangor sebagai negeri yang maju dan dengan kes demam denggi yang tertinggi, adalah benar dan dalam konteks ini saya berharaplah Yang Berhormat bagi Permatang Pauh merujuk juga kepada perbahasan daripada Yang Berhormat bagi Gombak yang telah maklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa Singapura sebuah negara yang maju sedang dilanda oleh wabak denggi juga. Wabak demam denggi pertama dilaporkan di Malaysia pada tahun 1901 di Pulau Pinang, dan wabak demam denggi berdarah pertama dilaporkan juga dari Pulau Pinang pada tahun 1962. Sehingga kini demam denggi dan demam denggi berdarah masih menjadikan endemik di Malaysia. Pada tahun ini sehingga 24 September 2005, Malaysia telah melaporkan jumlah terkumpul kes demam denggi adalah sebanyak 27,560 kes, termasuklah 1423 kes adalah demam denggi berdarah dan jumlah kematian telah mencecah 70 kes berbanding dengan 21,786 kes dan 68 kematian dalam tempoh yang sama tahun yang lepas. Nyata adalah peningkatan kes sebanyak 26.5% dan dari segi kematian meningkatkan 2.9%. Negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan adalah merupakan negeri yang melaporkan jumlah kes yang tertinggi dan juga Pulau Pinang, negeri Pahang dan Sabah melaporkan kes yang meningkat pada tahun ini jika dibandingkan pada tempoh yang sama tahun yang lepas. Hasil daripada pemantauan yang rapi, sehingga minggu 28 tahun ini telah dapat beberapa kawasan utama atau hot spot denggi, iaitu daerah barat daya Pulau Pinang; daerah Johor Bahru, Johor; Majlis Perbandaran Subang Jaya Selangor; Setapak, Kuala Lumpur; daerah Gombak, Selangor; Majlis Bandaraya Shah Alam Selangor; Majlis Daerah Kajang Selangor; daerah timur laut Pulau Pinang; Cheras Kuala Lumpur; Majlis Perbandaran Ampang Jaya Selangor; daerah Seremban Negeri Sembilan. Pada kebiasaannya kes denggi banyak berlaku di kawasan bandar. Sebab itu ia dikatakan urban diseases, dengan izin. Tetapi kebelakangan ini, ingin kami maklumkan bahawa kes denggi telah pun menular ke kawasan luar bandar seperti di Jempol dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta di kawasan perkampungan di daerah barat daya Pulau Pinang dan negerinegeri lain. Ini adalah disebabkan oleh proses urbanisasi yang berlaku di kawasan luar bandar. Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa mengambil berat ancaman wabak denggi. Bagi pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan sebanyak 12,742 kompaun yang bernilai RM2,330,267 kepada tuan punya premis dan memberikan sebanyak 6,550 DR.29.09.2005 75 notis di bawah Seksyen 8, Akta pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit tahun 1975. Sebanyak 22 notis dan 17 kompaun telah dikeluarkan kepada kemudahan kesihatan termasuklah klinik dan hospital, kerana didapati ada pembiakan nyamuk aedes, maka dalam penguatkuasaan kita menegakkan keadilan. Sebab itu klinik dan hospital kerajaan juga dikenakan kompaun. Sebanyak 41 notis dan 67 kompaun juga telah dikeluarkan kepada pejabat kerajaan, manakala sebanyak 163 notis dan 375 kompaun telah dikeluarkan kepada sekolah yang didapati ada pembiakan nyamuk aedes. Memandang kejadian kes denggi di negara jiran semakin meningkat, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan seramai 225 orang anggota daripada negeri-negeri yang kurang mengalami masalah denggi seperti Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka ke negeri-negeri yang bermasalah seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang untuk menjalankan operasi besar-besaran mengawal denggi. Aktiviti pemeriksaan premis mengesankan kes-kes di lapangan dan menjalankan pengasapan bagi kawasan yang melaporkan kes denggi. Pada masa yang sama aktiviti kawalan dan pencegahan di negeri Johor telah ditingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan peningkatan kes yang berlaku di Singapura. Walau bagaimanapun, pada masa ini keadaan di Johor Bharu masih terkawal dan operasi bantuan membasmi denggi ini telah pun bermula di Johor dan di Pulau Pinang pada bulan ini. Tiga pasukan bantuan daripada negeri Perak telah dihantar ke negeri Pulau Pinang dan pasukan bantuan dari Kedah akan dihantar kemudian bagi membantu mengawal wabak denggi di daerah barat daya dan timur Laut. Empat pasukan bantuan tambahan dari negeri Terengganu yang terdiri daripada 24 orang anggota kesihatan telah memulakan tugas membantu melakukan operasi membasmi denggi, dan meningkatkan aktiviti kawalan dan pencegahan di daerah Johor Bahru pada 26 September tahun ini. Beberapa pendekatan terbaru akan dijalankan dan sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan di dalam pengawalan dan pencegahan wabak denggi, di antaranya ialah menggunakan kaedah biological larvae control, dengan izinnya, dan ini akan dilaksanakan di negeri-negeri yang bermasalah denggi dengan menggunakan apa yang dikatakan Bacillus Thuringiensis Israelensis (BTI) iaitu sejenis bakteria yang akan secara spesifik memakan larvae nyamuk aedes dan perlepasan agen biologi ini akan dilakukan di kawasan-kawasan yang disyaki ada pembiakan larvae nyamuk tapi tidak dapat dimasuki oleh anggota-anggota kesihatan untuk membubuh ubat jentik-jentik. Kedua ialah penggunaan ovi-trap di dalam pemantauan kadar density nyamuk dewasa di lapangan. Ketiga ialah pengisahan awal nyamuk denggi di dalam jentik-jentik dengan menggunakan kaedah dipanggil Polymerize Change Reaction (PCR), dan keempat ialah peningkatan pemantauan serology bagi kes-kes yang disyaki demam denggi. Aktiviti lain yang akan dipertingkatkan juga termasuklah penguatkuasaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah di kawasan yang terdapat laporan kes. Akhir sekali kita mempertingkatkan juga penyertaan masyarakat di dalam program... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat, Yang Datuk Dr. Chua Soi Lek: Sila. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan bahawa adakah keberkesanan kompaun kepada pejabatpejabat kerajaan telah dikaji kerana kalau kompaun pejabat kerajaan atau hospital, yang akan bayar kompaun itu ialah rakyat juga, bukan dari duit atau siapa-siapa yang bertanggung jawab. Jadi kepada mereka saya rasa ini bukan satu cara prevention yang akan diambil. Itu yang pertama. Kedua kepada kes, kejadian yang berlaku di Pulau Pinang di mana seorang ibu muda telah mati dengan dua kandungannya. Apakah cara untuk merawat, kalau seorang ibu yang sedang mengandung seperti kes ini, sudah tujuh bulan, 76 DR.29.09.2005 kalau dia didiagnose secara lebih awal bagaimana hendak memberi treatmentnya? Terima kasih. Datuk Dr. Chua Soi Lek: Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Kalau pihak kami tidak mengenakan kompaun kepada agensi-agensi kerajaan, termasuklah hospital dan klinik-klinik kesihatan, maka pihak Pembangkang akan menuduh kerajaan yang memilih kasih, hanya mengenakan kompaun kepada rakyat saja, agensi kerajaan terlepas. Apabila kita menegakkan keadilan dia pun cari pasal. Soalan rawatan kepada pesakit, seorang ibu mengandung tujuh bulan dan dua kandungan meninggal, saya tidak bercadang menjawab kerana saya bukan seorang pakar dalam soal rawatan denggi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]; Yang Berhormat, Kepong Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Kita di sini membincang soal denggi lebih dua dekat dan kerana tabiat manusia susah hendak mencegah dan dia ada sekurang-kurangnya tiga jenis, bertukar dari masa ke masa, sebab itu sukar. Adakah Yang Berhormat, di negara-negara seperti di Cuba adakah mereka menggunakan strategi yang berkesan. Saya diberitahu bahawa pihak kementerian pun pernah mengkaji keadaan di Cuba. Adakah di situ mereka menggunakan BTI seperti yang dicadangkan oleh yang Berhormat tadi dan kalau Cuba ada berkesan sedikit, apakah contoh yang kita ambil daripada Cuba ini? Datuk Dr. Chua Soi Lek: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Yang nyata kejayaan di Cuba ialah penglibatan masyarakat melalui media TV yang berterusan hingga rakyat meningkatkan kefahaman dan kesedaran. Kefahaman dan kesedaran ini diterjemahkan dalam soal amalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Gombak. Peningkatan kesedaran di Malaysia tidak diikuti dengan soal amalan atau diterjemahkan dalam amalan. Ia sedar bahawa nyamuk adalah berbahaya membawa denggi, tetapi sekadar itu saja. Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Petua, saya rasa yang cari pasal adalah Yang Berhormat Menteri. Saya bertanya satu soalan dengan baik, yang itu pun munasabah. Adakah keberkesanannya atau adakah dia efektif, kerana tak efektiflah sekarang jadi wabak. Saya rasa mungkin kebanyakan tempat adalah dari pejabat kerajaan, itu saya bercakap mungkinlah. Jadi saya rasa adalah baik jika Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan sama ada itu ada berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan, apakah cara lain yang boleh kita cari supaya ini dapat dibendung dan tidak ada ibu atau rakyat yang akan mati lagi. Terima kasih. Datuk Dr. Chua Soi Lek: Saya bukan cari pasal, ini adalah sebenar, kerana kalau kita tidak keluarkan kompaun, tidak menjalankan tindakan, dia cakap Kementerian Kesihatan dan agensi kerajaan tidak ambil berat. Dalam soal penguatkuasaan, kompaun, denda dan masuk penjara, tidak berkesan, yang berkesan ialah pendidikan dan kesedaran rakyat. Ini nyata bukan hanya usaha menangani wabak denggi saja, tapi dalam usaha menangi jenayah juga, kita keluarkan kompaun, kita masukkan dia jel, jenayah masih berlaku. Puan Chong Eng: Yang Berhormat Menteri, kompaun juga walau pun tidak berkesan tapi terus kompaun juga. Jika dikatakan pendidikan adalah cara yang berkesan, kenapa Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian Yang Berhormat Menteri tidak laksanakan, apakah sebabnya? Saya berpendapat bahawa kalau duit itu datang daripada pegawai ataupun sesiapa yang bertanggung jawab di pejabat itu, jadi kompaunlah. Tetapi duit itu duit daripada pejabat itu pun kerajaan, kerajaan itu duit dari saya dan rakyat juga. Saya rasa itu lagi tidak akan berkesan kalau berbanding kepada kompaun kepada rakyat biasa seperti saya. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri sikapnya tak betul kerana dia dari pihak sini, jadi semuanya cari pasal, semua tak betul walaupun kita dengan ikhlas dengan munasabah. Dan orang yang bagi duit itu sama-sama salah kerana dia tahu semua fogging itu dilakukan tanpa bayaran baik daripada Kementerian Kesihatan ataupun daripada pihak berkuasa tempatan dan kita berapa kali sudah umumkan bahawa fogging adalah free kalau dilakukan oleh agensi kerajaan. DR.29.09.2005 77 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat masa cukup. Datuk Dr. Chua Soi Lek : Yang Berhormat.... tidak payah jawab lagikah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa cukuplah. Datuk Dr. Chua Soi Lek: Gulung-gulunglah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng: Jawapan memang jelas. Datuk Dr. Chua Soi Lek: Okay. Aktiviti yang melibatkan anggota masyarakat di mana setiap orang bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan di dalam dan di sekitar rumah atau tempat kerja masing-masing untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes merupakan langkah yang paling berkesan dan cepat tanpa penglibatan semua pihak usaha untuk menangani wabak ini tidak akan mencapai hasil yang diharapkan. Baik, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masa telah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini dan dengan demikian saya tutup perbahasan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, balik kepada Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang belum kita selesaikan. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung semula perbahasan ini. Yang Berhormat Menteri, sila. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, selepas Perdana Menteri berunding dengan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan di Sabah dan Sarawak tentang pelantikan hakim-hakim tadi. maka Perdana Menteri akan menasihati Yang dipertuan Agong yang mana Yang dipertuan Agong dalam membuat pelantikan dikehendaki berunding dengan Majlis Raja-raja. Oleh itu sistem yang ada sekarang adalah dianggap mencukupi dan dapat memastikan kewibawaan dan integriti badan kehakiman terpelihara. Tuan di-Pertua, ahli dari Ipoh Timur ada bangkitkan soalan apakah tatacara yang akan diikuti jika Ketua Hakim Negara sendiri telah melanggar kod etika yang kita hendak pinda ini. Siapakah pula yang akan mengambil tindakan terhadapnya. Jawapannya ialah bagi empat jawatan ini - saya hendak umum kepada Dewan ini, bagi empat jawatan tertinggi badan kehakiman iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Apa jua pelanggaran peruntukan kod etika akan menyebabkan mereka dihadapkan terus ke tribunal di bawah Perkara 125(4) Perlembagaan Persekutuan kerana mereka dianggap mempunyai integriti yang tertinggi, dengan izin, they are expected to poses the high integrity. Apa sahaja pelanggaran oleh empat jawatan tertinggi badan kehakiman yang saya sebutkan tadi mereka akan terus dihadapkan ke a tribunal yang akan membicarakan untuk dismissal. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang: Terima kasih. Siapa dan apa proses yang akan digunakan dalam keadaan semacam itu? Siapa yang akan buat keputusan dan apa proses itu? Saya tahu itu Perdana Menteri tetapi apa proses tertentu seorang Perdana Menteri, atau tidak kira sesiapapun tentu tidak boleh ada masa round-round untuk buat siasatan apa proses? Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Prosesnya seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan kita yang sedia ada di bawah Peraturan 125 yang sedia ada. I think you are aware the Perlembagaan 125 di mana komposisinya terdiri daripada hakim-hakim sendiri mengikut senioritynya. Kalau katalah Hakim Mahkamah Tinggi 78 DR.29.09.2005 Malaya, maka komposisinya sudah tentu terdiri daripada mereka-mereka yang lebih terkanan lagi. Tuan Lim Kit Siang: Ya. Minta penjelasan. Adakah ini bererti bahawa kalau ada satu complaint dibuat oleh sesiapa terhadap satu antara empat jawatan memegang jawatan tinggi ini seterusnya satu tribunal akan diadakan. Kalau tidak, apa proses akan diadakan supaya untuk buat satu keputusan yang lebih awal sama ada rujuk atau tidak rujuk kepada tribunal itu. Itulah soalan saya. Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Seperti mana yang sedia dimaklumkan Yang Berhormat bahawa selain daripada apa yang saya sebutkan tadi dalam perlembagaan kita memang termaktub Perkara 127 yang mana kelakuan hakim boleh dibawa dalam Dewan ini melalui usul yang tertentu. Jika terdapat perkara ini, mana-mana Yang Berhormat boleh membuat usul dalam Dewan ini melalui Perkara 127 perlembagaan kita yang ada sekarang ini. Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Ini pun tidak benar oleh sebab saya pun ada pengalaman, bukan sesiapa boleh bawa usul terhadap seorang hakim di Dewan yang mulia ini, tentu Yang Berhormat Menteri tahu. Tidak boleh, kerana ada terikat kepada peruntukan dalam Perlembagaan 124 bukan seseorang. Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Perkara 127 dengan terangnya memberi kuasa kepada Ahli Yang Berhormat membawa usul dan jika dipersetujui oleh satu perempat Dewan ini, memang ada syaratnya, mesti ada syarat. [Ketawa] Mesti ada syarat. Semua pun mesti ada syarat. Tuan Yang di-Pertua, ada juga dicadangkan supaya Kod Etika Hakim-hakim yang terpakai bukan sahaja bagi hakim-hakim yang sedang berkhidmat tetapi juga bagi hakimhakim yang sudah bersara. Ini yang dibawa juga oleh Ahli Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Mengikut Peruntukan Fasal 3(a) Peraturan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, Kod Etika Hakim terpakai bagi hakim-hakim. Jadi hakim-hakim ditakrifkan sebagai hakim-hakim yang sedang berkhidmat. Sebaik sahaja seseorang hakim itu bersara atau meletakkan jawatan maka kod etika itu tidak lagi terpakai baginya kerana dia berhenti menjadi hakim. Badan kehakiman tidak bolehlah mengawal selia tata kelakuan hakim jika dia telah bersara dan secara kebetulan ditawar jawatan termasuk jika seseorang bekas hakim itu menjadi perunding ataupun rakan kongsi firma guaman yang besar kerana itu adalah hak beliau sebagai rakan, sebagai rakyat Malaysia biasa. Di sini saya ingin menegaskan bahawa kita tidak bolehlah mengadakan peraturan untuk hendak melarang seorang hakim selepas beliau bersara untuk memegang sebarang jawatan mengikut kemahiran dan dia punya pengalaman. Kalau seorang hakim itu mempunyai pengalaman yang begitu hebat sekali sudah tentu dia akan ditawarkan jawatanjawatan yang boleh firma-firma kehakiman dan firma-firma guaman dan juga syarikatsyarikat swasta yang lain. Jadi kita tidak bolehlah mengadakan peraturan untuk hendak menyekat hakim tadi itu. Kalau kita buat sedemikian rupa sudah tentu pihak pembangkang akan mengatakan ini melanggar peraturan Perkara 8 dalam perlembagaan kita, tidak bagi kebebasan kepada seorang hakim yang telah bersara untuk mendapatkan jawatan-jawatan yang tinggi di tempat-tempat lain. Ini akan ditegur oleh pihak pembangkang pula. Oleh sebab itulah pihak pencadang tidak mencadangkan untuk mengadakan kod etika dan kita pun tidak boleh mengawal mereka yang tidak lagi menjadi hakim. Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagi Ipoh Barat ialah tentang kenapa Perenggan 3(a) Rang Undang-undang dijadikan berkuat kuasa ke belakang. Beliau menuduh bahawa Palace of Justice adalah satu illegal place tidak sah kononnya yang menyebabkan rakan saya tadi ini telah pun naik confuse sikit.. Penetapan pejabat utama pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan hanya perkara-perkara administrative dan tidak menyebabkan, menyentuhkan tentang legality atau kesahihan perbicaraan kes-kes oleh hakim-hakim. Ini terang, saya nak jelaskan di sini bahawa saya nak jelaskan di sini, dengan izinnya bahawa it just nothing to do with the legality of the cases. Dia hanya bersangkut paut dengan masalah pentabiran. DR.29.09.2005 79 Pindaan yang dibawa adalah untuk kita regularisekan pejabat pendaftaran utama bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sudah berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Sepertimana kita semua sedia maklum, Mahkamah Persekutuan ini dia berbincang dan dia bersidang di mana-mana sahaja. Dia bukan tertumpu bersidang di Kuala Lumpur. Walaupun dalam Perlembagaan kita menyatakan bahawa pejabat utama bagi Mahkamah Malaya adalah Kuala Lumpur, tetapi Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan bersidang di Kota Bharu, umpamanya dan bersidang di Johor Bahru. Ini tidak bermakna persidangan Mahkamah itu tidak sah! Juga Mahkamahmahkamah Tinggi yang terdapat di seluruh negara kita. Macam Mahkamah di Johor Bahru, Mahkamah di Ipoh, Mahkamah di Kangar, semuanya Mahkamah-mahkamah Tinggi, tetapi alamat utama ataupun pejabat utama ialah Kuala Lumpur. Takkanlah pula perbicaraan yang diadakan di Alor Star itu tidak sah? Itu tidak bermakna. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan ini, separuh penjelasan saya boleh terima. Tetapi sungguhpun pejabat pendaftaran, registry, kalau registry itu tidak sah, bukankah kes-kes yang ada diuruskan melalui registry itu yang tidak sah pun mungkin masalah sama ada sah ke tak sah. Oleh kerana, perbicaraan kes-kes itu berpunca dari sana, dan kalau registry itu tidak sah, boleh timbul perkara subjek. Itu menjadi satu tempat atau urusan-urusan yang keluar daripada itu menimbulkan masalah sah, tak sah. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Ya, jawabnya memang begitulah. Bahawa perbicaraan dan pejabat utama, dia adalah dua perkara yang berasingan. Pejabat utama hanyalah untuk pentadbiran dan pengurusan pejabat sahaja. Perbicaraan ialah mahkamah-mahkamah yang menjalankan perbicaraannya. Jika pindaan ini diluluskan, bermakna bahawa pejabat utama Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan kita sepertimana di Sabah dan Sarawak. Itu sahaja kita hendak regularisekan. Itu sahaja,supaya lain kali kalau Putrajaya pun dipindah ke tempat lain, kita tak payah lagi meminda Perlembagaan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itulah sahaja yang boleh saya jawab beberapa soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi pandangan dan cadangan dan kita telah mengambil kenyataan dan catatan semua pandangan-pandangan yang bernas dan berguna boleh diambil guna oleh pihak pentadbiran. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan)(No.2) 2005 ini memerlukan sokongan kepada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang dari dua pertiga dari jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5) saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat inilah keputusannya. Ahli-ahli yang bersetuju 203; [Tepuk] Ahli yang tidak bersetuju 1. [Tepuk] [Dewan riuh] Lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju. 80 DR.29.09.2005 YANG BERSETUJU: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Dato’ Seri Ong Ka Ting Dato’ Seri S. Samy Vellu Dato’ Seri Azmi bin Khalid Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Dato’ Mustapa bin Mohamed Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad Datuk G. Palanivel Datuk Ong Tee Keat Dato’ Zainal Abidin bin Zin Datuk Lim Si Cheng Datuk Dr. Yusof bin Yacob Dato’ Fu Ah Kiow Datuk Zainudin bin Maidin Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik Tan Sri Bernard Giluk Dompok Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis Dato’ Sri Chan Kong Choy Dato’ Sri Adenan bin Satem Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili Datuk Dr. Chua Soi Lek Datuk Azalina binti Othman Said Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar Datuk Anifah bin Haji Aman Datuk Dr. Tiki anak Lafe Dato’ Dr. Ng Yen Yen Dato’ Haji Noh bin Haji Omar Dato’ Khamsiyah binti Yeop Tuan Chia Kwang Chye Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Datuk Dr. Leo Michael Toyad Datuk Peter Chin Fah Kui Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin Dato’ Seri Kerk Choo Ting Datuk Douglas Uggah Embas Datuk Tan Chai Ho Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad Dato’ Hon Choon Kim Datuk M. Kayveas Dato’ Donald Lim Siang Chai Dato’ S. Veerasingam Dato’ Wong Kam Hoong Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi Dato’ Joseph Salang Gandum Dato’ Kong Cho Ha DR.29.09.2005 81 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed Dato’ Zulhasnan bin Rafique Dato’ Shaziman bin Abu Mansor Dato’ Mah Siew Keong Datuk Azizah binti Mohd. Dun Datuk Abdul Rahman bin Bakar Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin Tuan Joseph Entulu anak Belaun Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang Dato’ Mohd Johari bin Baharum Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya Datuk Wira Abu Seman Yusop Dr S. Subramaniam Dato’ Yong Khoon Seng Dato’ Zainal Abidin bin Osman Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim Puan Noriah binti Kasnon Puan Komala Devi Puan Chew Mei Fun Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani Tuan Yew Teong Look Tuan Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat Tuan Hoo Seong Chang Datuk Dr. Adham bin Baba – Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman Tuan Sazmi bin Miah Dato’ Lee Kah Choon Tuan Sa. Vigneswaran Tuan Ahmad Shabery Cheek Tuan Hashim bin Jahaya Tuan Razali bin Ismail Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Tuan Mohd. Yusop bin Majid Tengku Razaleigh Hamzah Dato’ Chua Jui Meng Datu Seri Joseph Pairin Kitingan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh Tan Sri Law Hieng Ding Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin Datuk Salleh bin Tun Said Dato’ Loke Yuen Yow Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor Dato’ Abu Bakar bin Taib Dato’ Dr. Tan Kee Kwong Dato’ Chor Chee Heung Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin Tuan Syed Hood bin Syed Edros Puan Lim Bee Kau Dato’ Yap Pian Hon Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Dato’ Shahrir Abdul Samad Dato’ Jacob Dungau Sagan Tuan Jimmy Donald Tan Sri Dato’ Hew See Tong 82 DR.29.09.2005 117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 132. 133. 134. 135. 136. 137. 138. 139. 140. 141. 142. 143. 144. 145. 146. 147. 148. 149. 150. 151. 152. 153. 154. 155. 156. 157. 158. 159. 160. 161. 162. 163. 164. 165. 166. 167. 168. 169. 170.. 171. 172. 173. 174. 175. Tuan Jawah anak Gerang Datuk Richard Riot anak Jaem Tuan Billy Abit Joo Tuan Tiong Thai King Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh Datuk Dr. Yee Moh Chai Dato’ Liow Tiong Lai Datuk Ronald Kiandee Dato’ Seri Tiong King Sing Tuan Alexander Nanta Linggi Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar Dato’ Goh Siow Huat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz Datuk Bung Moktar bin Radin Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh Tuan Eric Enchin Majimbun Datuk Abdul Rahim bin Bakri Tuan Aaron Ago Dagang Tuan Jelaing anak Mersat Tuan Haji Fadillah bin Yusof Tuan Loh Seng Kok Tuan Wilfred Madius Tangau Tuan Henry Sum Agong Datuk Juslie Ajirol Tuan Shim Paw Fatt Dr. James Dawos Mamit Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman Datuk Wahab bin Haji Dollah Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof Datuk Ismail Sabri bin Yaakob Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin Datuk Rosli bin Mat Hassan Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin Datuk Abdul Ghapur bin Salleh Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz Tuan Teng Boon Soon Puan Tan Ah Eng Ir. Hasni bin Haji Mohammad Datuk Haji Hasan bin Malek Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman Dr. Rozaidah binti Talib Razali bin Haji Ibrahim Tuan Mohd. Daud bin Tarihep Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat Tuan Bernard S. Maraat @ Ben Tuan Raimi Unggi Tuan Mohamad Shahrum bin Osman Ir. Dr. Wee Ka Siong Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy Tuan Huan Cheng Guan Cik Tan Lian Hoe Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin Tuan Donald Peter Mojuntin Tuan Lau Yeng Peng Tuan Markiman bin Kobiran DR.29.09.2005 83 176. 177. 178. 179. 180. 181. 182. 183. 184. 185. 186. 187. 188. 189. 190. 191. 192. 193. 194. 195. 196. 197. 198. 199. 200. 201. 202. 203. Tuan Baharum bin Mohamed Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad Dato’ Ghazali bin Ibrahim Tuan Nasaruddin bin Hashim Datuk Dr. Rahman bin Ismail Dato’ Firdaus bin Harun Datuk Haji Idris bin Haji Haron Dr. Junaidy bin Abdul Wahab Tuan Wong Nai Chee Dato Haji Che Min bin Che Ahmad Ir. Edmund Chong Ket Wah Ir. Haji Hamim bin Samuri Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh Tuan Lim Kit Siang Dr. Tan Seng Giaw Dato’ Kamarudin bin Jaffar Puan Chong Eng Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman Tuan Tan Kok Wai Tuan Fong Kui Lun Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron Puan Teresa Kok Suh Sim Tuan Chow Kon Yeow Dr. Mohd. Hayati bin Othman Cik Fong Po Kuan Tuan Lim Hock Seng Tuan Chong Chieng Jen Tuan Chong Hon Min TIDAK BERSETUJU: 1. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail Tuan Yang di-Pertua: Oleh yang demikian rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 hingga 5 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang Undang-undang ini dilaporkan dengan tidak ada pindaan. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Bacaan Kali Yang Ketiga Dato' Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang. 84 DR.29.09.2005 Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz]: Saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang. Dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No. 2) 2005 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang dari dua pertiga dari jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5) supaya satu belah bahagian di adakan sekarang. Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagian] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai penghitung undi sila ambil tempat masing-masing sekarang di hadapan blok yang berkenaan. Pengundian dijalankan sekarang. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah keputusannya. Ahliahli yang bersetuju ialah 203 orang [Tepuk], yang tidak bersetuju tiada. [Tepuk] [Dewan riuh] Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. YANG BERSETUJU: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 15. 16. 15. 16. 17. 19. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 33. 34. 33. 34. 35. 36. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Dato’ Seri Ong Ka Ting Dato’ Seri S. Samy Vellu Dato’ Seri Azmi bin Khalid Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Dato’ Mustapa bin Mohamed Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad Datuk G. Palanivel Datuk Ong Tee Keat Dato’ Zainal Abidin bin Zin Datuk Lim Si Cheng Datuk Dr. Yusof bin Yacob Dato’ Fu Ah Kiow Datuk Zainudin bin Maidin Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik Tan Sri Bernard Giluk Dompok Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis Dato’ Sri Chan Kong Choy Dato’ Sri Adenan bin Satem Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili Datuk Dr. Chua Soi Lek Datuk Azalina binti Othman Said Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar Datuk Anifah bin Haji Aman Datuk Dr. Tiki anak Lafe Dato’ Dr. Ng Yen Yen Dato’ Haji Noh bin Haji Omar Dato’ Khamsiyah binti Yeop Tuan Chia Kwang Chye Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin DR.29.09.2005 85 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 68. 69. 70. 71. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 85. 86. 87. 88. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Datuk Dr. Leo Michael Toyad Datuk Peter Chin Fah Kui Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin Dato’ Seri Kerk Choo Ting Datuk Douglas Uggah Embas Datuk Tan Chai Ho Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad Dato’ Hon Choon Kim Datuk M. Kayveas Dato’ Donald Lim Siang Chai Dato’ S. Veerasingam Dato’ Wong Kam Hoong Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi Dato’ Joseph Salang Gandum Dato’ Kong Cho Ha Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed Dato’ Zulhasnan bin Rafique Dato’ Shaziman bin Abu Mansor Dato’ Mah Siew Keong Datuk Azizah binti Mohd. Dun Datuk Abdul Rahman bin Bakar Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin Tuan Joseph Entulu anak Belaun Datuk Tengku Putera bin Tengku Awang Dato’ Mohd Johari bin Baharum Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya Datuk Wira Abu Seman Yusop Dr S. Subramaniam Dato’ Yong Khoon Seng Dato’ Zainal Abidin bin Osman Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim Puan Noriah binti Kasnon Puan Komala Devi Puan Chew Mei Fun Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani Tuan Yew Teong Look Tuan Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat Tuan Hoo Seong Chang Datuk Dr. Adham bin Baba – Tuan Samsu Baharun bin Haji Abdul Rahman Tuan Sazmi bin Miah Dato’ Lee Kah Choon Tuan Sa. Vigneswaran Tuan Ahmad Shabery Cheek Tuan Hashim bin Jahaya Tuan Razali bin Ismail Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Tuan Mohd. Yusop bin Majid 86 DR.29.09.2005 95. 96. 97. 98. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 113. 114. 115. 116. 113. 114. 115. 116. 117. 118. 119. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 132. 133. 134. 135. 136. 144. 145. 146. 147. 148. 149. 150. 144. 145. 146. 147. 148. 149. 150. 151. 152. 153. 154. Tengku Razaleigh Hamzah Dato’ Chua Jui Meng Datu Seri Joseph Pairin Kitingan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh Tan Sri Law Hieng Ding Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin Datuk Salleh bin Tun Said Dato’ Loke Yuen Yow Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor Dato’ Abu Bakar bin Taib Dato’ Dr. Tan Kee Kwong Dato’ Chor Chee Heung Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan Dato’ Dr. Wan Azmi bin Wan Ariffin Tuan Syed Hood bin Syed Edros Puan Lim Bee Kau Dato’ Yap Pian Hon Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Dato’ Shahrir Abdul Samad Dato’ Jacob Dungau Sagan Tuan Jimmy Donald Tan Sri Dato’ Hew See Tong Tuan Jawah anak Gerang Datuk Richard Riot anak Jaem Tuan Billy Abit Joo Tuan Tiong Thai King Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh Datuk Dr. Yee Moh Chai Dato’ Liow Tiong Lai Datuk Ronald Kiandee Dato’ Seri Tiong King Sing Tuan Alexander Nanta Linggi Tan Sri Dato’ Dr. K.S. Nijhar Dato’ Goh Siow Huat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz Datuk Bung Moktar bin Radin Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh Tuan Eric Enchin Majimbun Datuk Abdul Rahim bin Bakri Tuan Aaron Ago Dagang Tuan Jelaing anak Mersat Tuan Haji Fadillah bin Yusof Tuan Loh Seng Kok Tuan Wilfred Madius Tangau Tuan Henry Sum Agong Datuk Juslie Ajirol Tuan Shim Paw Fatt Dr. James Dawos Mamit Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman Datuk Wahab bin Haji Dollah Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof Datuk Ismail Sabri bin Yaakob Tuan Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin Datuk Rosli bin Mat Hassan Puan Rosnah bte. Haji Abd. Rashid Shirlin Datuk Abdul Ghapur bin Salleh Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz DR.29.09.2005 87 155. 156. 157. 158. 159. 160. 161. 162. 163. 164. 165. 166. 167. 168. 169. 170.. 171. 172. 173. 174. 175. 176. 177. 178. 179. 180. 181. 182. 183. 184. 185. 186. 187. 188. 189. 190. 191. 192. 193. 194. 195. 196. 197. 198. 199. 200. 201. 202. 203. Tuan Teng Boon Soon Puan Tan Ah Eng Ir. Hasni bin Haji Mohammad Datuk Haji Hasan bin Malek Tuan Che Azmi bin Hj. A. Rahman Dr. Rozaidah binti Talib Razali bin Haji Ibrahim Tuan Mohd. Daud bin Tarihep Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat Tuan Bernard S. Maraat @ Ben Tuan Raimi Unggi Tuan Mohamad Shahrum bin Osman Ir. Dr. Wee Ka Siong Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy Tuan Huan Cheng Guan Cik Tan Lian Hoe Datuk Mohd. Zaid bin Ibrahim Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin Tuan Donald Peter Mojuntin Tuan Lau Yeng Peng Tuan Markiman bin Kobiran Tuan Baharum bin Mohamed Tuan Haji Md. Alwi bin Che Ahmad Dato’ Ghazali bin Ibrahim Tuan Nasaruddin bin Hashim Datuk Dr. Rahman bin Ismail Dato’ Firdaus bin Harun Datuk Haji Idris bin Haji Haron Dr. Junaidy bin Abdul Wahab Tuan Wong Nai Chee Dato Haji Che Min bin Che Ahmad Ir. Edmund Chong Ket Wah Ir. Haji Hamim bin Samuri Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh Tuan Lim Kit Siang Dr. Tan Seng Giaw Dato’ Kamarudin bin Jaffar Puan Chong Eng Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman Tuan Tan Kok Wai Tuan Fong Kui Lun Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron Puan Teresa Kok Suh Sim Tuan Chow Kon Yeow Dr. Mohd. Hayati bin Othman Cik Fong Po Kuan Tuan Lim Hock Seng Tuan Chong Chieng Jen Tuan Chong Hon Min Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sekarang dan Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 30 September 2005, jam 4.00 petang. [Tepuk] Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.