Wednesday, December 08, 2004

Isk...iskk....

Dah 8 Dis... next Tadika untuk ika belum cari lagi. Birthday party utk dia pun tak buat lagi. Kawan-kawan dia dah ramai yang cuti. Tinggal 12 orang sahaja lagi yang ke TASKA. Selebihnya sudah tidak mahu membayar RM110 utk 15 hari dalam bulan Disember ini.

Berita yang bukan baru ialah pihak pengurusan Petronas benar-benar ingin memansuhkan TASKA Petronas Kuala Lumpur. Aleeya adalah batch terakhir dapat bersekolah di sana.
Tapak TASKA akan diambil oleh DBKL untuk pembinaan pangsapuri bagi menambah bilangan kepadatan penduduk di kawasan Ampang Hilir. Sayang sekali...
Sebuah TASKA yang begitu mewah dan berkredibilit itu akhirnya terpaksa dimansuhkan.
Bagaimana pula nasib cikgu2 TASKA di situ ? Peluang pekerjaan utk mereka dengan TASKA tersebut sudah tertutup. Mungkin juga boleh mengusahakan TASKA sendiri selepas ini berbekalkan pengalaman bekerja di TASKA Petronas.

Tapi bagaimana usaha2 ibubapa yang merupakan staff Petronas dalam memperjuangkan TASKA ini ? Adakah perjuangan ini telah sampai ke titik nokhtahnya ?

Apa sebenarnya ?

Lama jugak aku tak menulis di sini. Serasa tak ingin menarikan jari jemariku di sini lagi.
Tapi kadangkala terasa ingin pula menulis meluah perasaan.
Aku tertanya2 apakah tujuan blog sebenarnya....
Kalau tak salah aku menurut kat Encik Azli Paat dalam satu rancangan radio di RMKL blog sebenarnya berasal dari perkataan weblog dan akhirnya dipendekkan menjadi blog sahaja.
Kalau begitu blog nie seolah2 log lah.. tetapi ianya lebih istimewa sebab berada diweb. Begitu kah ?