Wednesday, November 19, 2014

Wish list

Cikliah berceloteh lagi....

Yatt bagitau MAHA 2014 akan mula esok. Dia baru selesai cuci 9 kg kaki kambing untuk dibuat sup. Booth dia nanti akan jual sup kambing, kari kambing etc. Boleh dimakan dengan nasi atau lempeng. Lempeng

Cik Lan akan buatkan. Sedap gak tu lempeng cecah kari. Kambeng lak tuh... mengembek la lepas tu... hehehe..

 Kalau ter'pergi' MAHA kali ini... (tak sure lagi nak gi ke tak sementelah masih serik dengan pengalaman jam ke Halalfest) antara yang ingin dirembat :-

1) Pokok janggus (pucuknya boleh dibuat ulam)
2) Pokok kedondong (buah boleh dibuat jus)


Kalau ter'pi' lagi ke JAKEL :-

1) Kain plain yang sesuai dibuat seluar panjang wanita
2) Kain plain untuk dipadankan dengan kain batik pemberian ayahanda mertua.
3) Kain untuk buat wide shawl by C Haloi

Novel :-

1) Suami sebelah rumah


 Sekian....

Saturday, September 13, 2014

Demam Rindu

Cikliah berceloteh lagi.... 

Lama betul tak bersiaran.
Reason malas... tak ada idea... yang lebih penting.. keyboard rosak... banyak yang rosak...
so vitamin M kuasa dua terbentuk. Malas dan meluat... :D

Hari ni nak citer pasal demam. Bukan sebarang demam.
Demam drama..macam demam AF dulu2... :P

Tahniah to the pelakons and production team of RINDU AWAK 200% di atas pencapaian baik yang telah diperolehi.



Frankly speaking aku memang dah lama tak ikut drama2 di Malaysia ni...
sebab... ermmm takder sebab... most probably sebab dok ciwi sangat drama2 korea... huhuhuhu....
so sad.... but it is true... selepas novel... aku sangat obses dengan drama korea... Mana taknya... asik One HD jer siang malam. Rerun pon nak gak tengok lagi...

So aku tak ikut sangat perkembangan drama2 di negara sendiri... agaknya aku lebih kenal pelakon korea compared to pelakon malaysia esp pelakon2 yang baru2. Memang aku tak kenal.
Kalau kenal pon sesapa yang ada issue or scandal or gossip. Huhuhu...

Berkenalan drama slot akasia Rindu Awak 200% ni masa balik kampung sempena hari raya. Sebab hanya siaran dari tv terestrial je yang ada ... so tertengok la drama ni masa tu. Masa tu dah episod keberapa dah... macam best la pulak.

Sementelah pulak geng2 di whatapps group istana seri menanti ada yang dok ciwi gak citer ni.. maka tetiba terjebak.. hahaha... balik sini marathon la eisod2 yang dah terlepas tu kat tonton.com.my. Nasib baik free lagi... hahahaha..... dah tengok dramanya teringin la pulak nak baca novelnya... gagah pinjam dari mekda....

 Gambar di atas kami bertiga sedang mem'faraid' novel-novel Mekda :)

Dariada drama ke novel then mulala nak cari info asal pelakon2 nyer. Biasalah kan... jaman internet katanya. Kalau South Korean tu mmg ada knowledge based site or wikidrama dorang yang simpan segala data mengenai semua data berkaitan dengan filem dan drama yang dorang akan/telah diterbitkan. Info mengenai rating pun ada. So senang nak pilih drama apa yang best utk ditonton berdasarkan maklumat yang disediakan.

Artis alaf baru ni semua ada... FB... twitter... insta.. so info dihujung jari je lah.. so kenai la hero drama ni Zul Ariffin dan heroinnya Ayda Jebat. Menerusi drama ni katanya telah meningkatkan populariti Zul Ariffin yang disebut sebagai 'Next Men Leading' dan memperkenalkan Ayda Jebat di persada seni tahanair. Nama atau nama watak mereka dalam drama menjadi kegilaan ramai dan disebut-sebut sehinggakan saban hari trending di Twitter. 

Populariti yang diraih oleh Ayda Jebat turut mendapat perhatian pengeluar produk sejenis makanan tambahan iaitu kolagen untuk remaja utk dijadikan duta bagi membantu melariskan jualan mereka. Sempena Halal Fiesta (HALFEST 2014) yang telah berlangsung di MIECC, Ayda telah hadir dalam sesi pertemuan dengan pengunjung fiesta bagi mempromosikan produk yang diwakilinya. Ini sekaligus membuka peluang untuk kepada peminatnya mengenali Ayda dari dekat. 

 Kecik comel je orangnya...

Bila lah pulak dapat jumpa Kapten Zill Faezrul yea??? Hehehehehe....