Thursday, December 10, 2009
Sakit tumit
Saja je nak buat entry ni. Sebab nak bookmark this beneficial blog's entry about petua merawat sakit tumit. Why? Kerana sudah hampir setahun saya menderita sakit tumit. Pernah berurut tapi masih sakit.
Mungkin benar faktor lantai sejuk menjadi penyebab kerana sekiranya sebelum tidur di sapu minyak panas, waktu bangun tidur mungkin tidak begitu sakit.
Atau mungkinkan faktor berat badan. But then, meskipun BMI menyatakan saya overweight tapi sudah lama saya memikul berat ini. Cuma hanya setahun kebelakangan ini saja sakit tumit ini terjadi.
Kalau nak ikutkan petua yang disebutkan dalam blog tersebut, banyak juga hendak berbelanja membeli buah betik muda. Saya ada pokok betik tapi malangnya masih kecil dan normally pokok betik saya adalah betik jantan. Hanya tahu berbunga tidak mahu berbuah. Jika dipatahkan pucuknya (petua 'mengalih' betik jantan -> betina), buah yang terhasil amat kecil sekali.
Mungkin boleh cuba petua yang kurang kosnya (dalam bahagian komen blog tersebut) seperti 'bertungku' dengan bata merah yang dibakar. Atau mungkin saja perlu dibeli tungku khas untuk orang berpantang. Lebih ringan dan mudah cara pengendaliannya.
Teringat tuku refleksi seperti yang pernah diiklan dalam tv dulu. Ada lagikah tungku sedemikian ?
Monday, October 12, 2009
Raya, reunion dan kenangan
This weeknyer open house macam reunion dengan unimates.
Sabtu after beraya ke rumah jiran di Anggerik 1, beraya pulak ke Jalan Rebung, rumah En Sharizal aka Bang Bull. Ramai jugak yang datang. Pakcik dan Jija, Atoq dan Meeza, Che Ann, Chah, Hezli dan Ina, Harsa and Man, Sal, Hajar and Moss dan ramai lagi yang dahulunya mungkin tidak berapa kenal masa kat uni dulu. Tapi dengan adanya Our-Portal-Our-Port tu, berkenalan semula di alam maya. Kelihatan semuanya sihat-sihat belaka ;). Yang maintain cun diusik sebagai tak normal.. huhuhu... jeles la benornyer...
Then on Sunday, beraya ke rumah KZ di Seksyen 7 Shah Alam. Jumpa dengan Pah di sana. Memang dah janji nak sampai lebih kurang masa yang sama. Walaupun dekat sahaja, tapi kesibukan both of them sebagai lecturers di UiTM memang membataskan perhubungan. Hanya sesekali berutus email atau SMS sebagai pengikat tali silaturrahim yang terbina sejak kami di tahun satu lagi. Sementelah pulak duduk satu kolej, sama blok dan sama course.
Semasa Latihan Industri (practical training) kami duduk serumah di Taman Bukit Angkasa. Sama-sama mengejar BMW(Bas Mini Wilayah) atau bas Sri Jaya 46A untuk ke bus stand klang pukul 6.30 pagi. Kemudiannya saya, Pah dan 3 orang yang lain akan menapak melalui Jalan Hang Tuah untuk ke Jalan Wisma Putra. Kalau bernasib baik, ada bas yang boleh kami naiki. Jika tidak, ukurlah jalan selama setengah jam untuk sampai ke destinasi.
Hujung minggu berambu-ramba ke Jalan TAR, Chow Kit dan Jalan Masjid India. Destinasi favourite :- Mydin or beli buah di pasar Chow Kit. Walaupun elaun praktikal tak seberapa tapi cukup untuk menampung perbelanjaan kami ketika itu. Menyewa di Taman Bukit Angkasa itupun seramai 10 orang. Sewa rumah sebanyak RM800 dibahagi kepada 10 kepala. Tidur di mana saja ruang yang ada. Waktu mandi pagi bermula seawal jam 5 bagi membolehkan semua orang sempat mengejar waktu office masing-masing.
Selepas tamat belajar, masing-masing dengan pilihan sendiri. Saya ke software house, KZ dan Pah ke bidang pendidikan. Bermula dengan kolej swasta dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kini menjadi lecturer di IPTA. Pah kini sedang mengusahakan ijazah kedoktorannya. Ramai rakan yang menceburi bidang pendidikan telah/bakal bergelar Dr.
I'm so glad for them.
Thursday, September 10, 2009
Nasyid Ramadhan
Cikliah berceloteh lagi....
Saya tengah mencari mp3 or video clip nasyid dari Nadamurni yang telah diterbitkan sekitar awal 90-an yang sebahagian liriknya begini
"
...
Selanjutnya Rasul bersabda
Memberitahu pada kita
Banyakkan ibadan di bulan puasa
Balasan sungguh istimewa
Ia bulan diampunkan dosa
Juga bulan dikabulkan doa
Terhimpun kebaikan padanya
Syurga rindu orang yang memuliakannya
Bagi insan yang menghayati
Ramadhan yang diberkati
Puasa berkesan sekali
Hingga membina peribadi
"
If anybody know where to get it, please let me know ya... kut2 ada dalam youtube ke.. jenuh cari... masalah lupa tajuk la pulak...
Thank you.
Monday, September 07, 2009
Quick update
Tika dan saat ini, telah 7 hari saya bergelar Fulltime Domestic Engineer - bak kata CikPah... nampak cam keylas gitu ;)
Esok, 8 September 2009 merupakan ulangtahun ke 12 jodoh saya bersamanya. Namun atas sebab-sebab tertentu kami tamatkan jodoh kami 8 hari lebih awal. Selepas beberapa sesi 'bicara dari hati', my bosses released me. Thank you very much Arjun, Lan, Kak In and Thong kerana memahami. Special thanks to En Thong kerana kesanggupannya menanggung beban ketiadaanku nanti... kunonnn... :P
...
..
.
Saturday, August 22, 2009
Es es es
Rasa macam tak percaya this coming friday will be my last day dengan my current employer. After 12 years at last, I'll be free. On Thursday email id, network/servers login etc etc will be terminated. On Friday, come to sign the related forms officially return back all the company assets then go back home and wait for the money to be in my account after 12.00 am the next day. I'll be a full time housewife after that. Yahooooo !!!!
As simple as that? NO! Not in my case. Why? Because I am not in the list. Futhermore, I am in critical area, that's what my boss told me. So I can't be released easily... Sob...sob
I have been thinking to decide this since the offer came out three weeks ago. Pros and cons telah kutimbangkan masak-masak. Hubby’s view and restu also taken into consideration. And this is really not an easy decision. Bukan senang nak berpisah secara sukarela dengan majikan kesayanganku ini, bak kata Sam. Berulangkali mencuba, tapi jodohku masih utuh lagi dengannya.
I am in dilemma again. Why? Sebab ada sesi pujuk memujuk. Ini yang aku lomah nie. Please la boss… Don’t put me in this situation. Saya nggak mampu menghadapinya. Saya harus pikir lagi dan lagi…
Tak cukup dengan pujukan dari boss, big boss pun turut menyumbang input-input negative. He offered me one week unrecorded leave to compensate it. Berbaloi ke? In terms of money, of course not, but in terms of humanity, I already melt….
Gila nihhhh…. Kenapa kena fikir lagi semua nie ? Ya Allah berikanlah aku petunjuk bagaimana aku harus menghadapi semua ini.
I think this time a bit different compared to the previous one. Last time, I already got something in hand. So I am very sure I really wanted it. But it was turned down. No sesi pujuk memujuk. It was a big full stop that I have to accept no matter how.
Boss bagi tempoh sampai monday… Lagi 32 hours nak kena fikir… aduhaiii….
Monday, August 17, 2009
A B C D E F G H 1 N 1 selsema babi....
Awal pagi tadi semasa menguruskan anak-anak ke sekolah, kedengaran bunyi SMS masuk. Tapi tak sempat tengok. Hanya ketika telefon berbunyi, barulah sempat kelih ke SMS yang diterima. Panggilan tidak sempat dijawab. Ketika itu saya ambil kesempatan meneliti kandungan SMS.
Sangat terkejut menerima berita dari teammate mengatakan dia sekeluarga warded ke Ampang Puteri due to prolonged high fever. Sememangnya CP on medical leave since last Thursday. Suaminya dan anak kecilnya positif Influenza A. Suspected H1N1. Saya harap sangat it's NOT. Mereka telah diberi rawatan tamiflu.
Panggilan yang terputus tadi rupanya dari another officemate, Y yang ingin bertanyakan pendapat should her isolate herself in the mean time kerana dia paling banyak deal dengan CP sebelum CP bercuti sakit. Dia agak gusar kerana sepanjang 2 hari bercuti di hujung minggu, temperaturenya sedikit naik. Saya hanya dapat menasihatkan dia supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan cepat berjumpa doktor sekiranya dia masih demam. Saya sendiri sebenarnya sudah 3 minggu diserang selsema dan batuk yang on-off. So far tiada demam. Saya risau juga kerana saya yang asthamtic merupakah antara kumpulan yang berisiko tinggi.
Sesampai di office saya dimaklumkan another teammate yang duduk di sebelah saya, Sharil juga dikhabarkan sedang mengalami demam yang sangat tinggi hingga terpaksa dimasukkan air. Sharil ketika ini berada di kampungnya.
Saya berdoa semoga CP sekeluarga terutama anak kecilnya, Iman dan juga Sharil dapat melalui dugaan dan ujian ini dengan tabah. Semoga mereka cepat sembuh. Dan saya amat harap ini bukan angkara H1N1.
Boss took extra precaution dengan meminta pengurusan office membekalkan mask kepada semua staff in our division. Since last week, everyone yang masuk office either staff or visitor kena screening dulu. Staff will be screened twice a day, pagi and after lunch kena amik temperature.
Since saya diketahui telah lama 'menyimpan sakit' boss menasihatkan saya lebih berjaga-jaga dan segera membuat thorough check up sekiranya masih tidak sihat. Thanks boss. I will.
Oleh kerana keadaan saya yang sangat alergik, dan kerap selsema saya tertanya-tanya bagaimana untuk membezakan samaada simptom yang dialami adalah selsema biasa(cold) atau flu ?
Daripada website tamiflu.com saya menemukan perbezaan antara cold dan flu. Mungkin boleh dijadikan panduan dan informasi pada semua orang kerana saya faham keadaan orang yang sceptical pada orang-orang seperti saya. Bahkan C Haloi yang inherit penyakit saya ini turut menerima tempiasnya.
But then as per disclaimed by tamiflu.com
DISCLAIMER: This is not a substitute for a professional, on-site medical
diagnosis. However, you can use the printable symptoms results for discussion
with your doctor or other healthcare professional during your visit to aid in a
professional diagnosis.
wajarlah dirujuk kepada doktor juga bagi simptom yang dialami.
Ya Allah, kepadaMU tempat kumengadu dan kepadaMU tempat aku meminta pertolongan. Jauhkanlah aku dan kaum keluargaku serta seluruh umat manusia daipada penyakit berjangkit ini. Amin Ya Rabbal Alamin...
Friday, July 31, 2009
The Most Gracious

An Imam, a Hafiz, a Haji and a Nasheed artist. A remarkable talented dear brother: Kamal Uddin.
Catatan ku :-
Pertama kali mendengarnya, begitu meruntun jiwa. Thanks to DakNis kerana forwardkan mp3nya.
Since youtube di office ini telah di'buka' (thanks to the new CEO yang sangat terbuka, InsyaAllah satu hari nanti akan kukunjungi bistro Chawanmu tanda terimakasihku kepada mu atas keterbukaanmu ;) ).
Maka aku bisa jump here and there dan akhirnya terjumpa pemilik suara emas ini Bro Kamal Uddin.
Dari situ, aku dan DakAnis mencari surah recitation dan juga nasyeed dari Bro Kamal Uddin. Memang sedap suaranya...
Wednesday, July 29, 2009
Belasungkawa
Berkongsi kesedihan dan keinsafan ini bersama rakan baik saya, Mariam Bakhtar Affendi aka CikYumm di atas kembalinya suami ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Almarhum suami CikYumm terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada Isnin 27 Julai 2009 bersamaan 5 Syaaban 1430H.
Diberitakan motorsikal yang dinaiki almarhum bergesel dengan bas berdekatan persimpangan Tropicana dan menyebabkan almarhum jatuh.
Sayu rasa hati melihat dua orang puteri CikYumm yang masing-masing berusia 4 dan 1 tahun yang masih belum mengerti apa-apa ketika menziarahi jenazah di rumah semalam. Kali terakhir bertemu dengan almarhum adalah ketika majlis perkahwinan Ina Azell di Dengkil tempohari.
Salam takziah buat CikYumm dan keluarga. Tabahkan hatimu. Kuatkan semangatmu. Kukuhkan jiwamu. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
Al Fatihah...
Saturday, July 25, 2009
I'm craving for ...
... eating durians, fresh from the orchard !!!
Duduk dekat pondok menunggu durian, tunggu bunyi durian jatuh, kejar the bunyi... kut2 sungguh durian yang gugur, jumpa durian tergolek, bawak balik ke pondok, umpil pangsa durian... kelihatan isi durian macam kucing tergolek... opss... kucing tidor...
Voilaa... bestnyaaa....
How I wish to be there ! Tapi sedih sekali, saya ngak ada dusunnya. Kat mana yea ada homestay tunggu durian gugur dekat Lembah Kelang nie ?
Monday, June 22, 2009
Urut
Belum pernah dalam sejarah hidup, saya di'kerabu'kan sedemikian rupa oleh tukang urut. Kali ini medak isi guwe dikerjakan dek makcik tukang urut tuh.
Setiap kali musim cuti sekolah berakhir, saya selalu dilanda sakit urat. Ada lah part tertentu yang diserang. Kalau nasib pinggang yang tak baik, pinggang lah yang menerima akibat. Sekali tu, kena sakit pinggang gara-gara mengangkat beban baju basah balik dari Pulau Kapas. Siksa betul menanggung sakit terhentak-hentak sepanjang perjalanan dari jeti Pulau Kapas ke KL.
Saya berjumpa doktor terlebih dulu (to get an MC ;) dan doktor sarankan saya makan ubat. Sekiranya masih sakit, barulah pergi berurut. Sakit berkurangan dan saya melupakah hasrat untuk berurut. Namun bila sakit tersebut menular ke bahagian lain, barulah saya ada gut serah diri kepada tukang urut. Masa tu walaupun agak sakit tapi okaylah. Side effect tidaklah obvious sangat dan Alhamdulillah sakit tu lega.
Pagi Isnin mula sekolah yang baru minggu lepas, saya tiba-tiba sakit leher teramat. Susah betul nak menoleh kiri kanan. Saya fikir mungkin 'salah parking' dan cuba petua seperti menjemur bantal dan memukul tengkuk dengan bantal tersebut. Kak Ida, jiran saya menyarankan makan sejenis painkiller khas untuk sakit sendi. Tak tahulah yang mana satu mujarab, rasa seperti sedikit kurang.
Pagi sabtu, saya called makcik tukang urut yang belum pernah saya cuba perkhidmatannya sebelum ini. Makcik tukang urut datang ke rumah pada petang hari tersebut. Start mengurut makcik tukang urut komplen kata badan saya keras. Macam dejavu jek ayat-ayat tu... huhuhu..
Makcik kata lagi seeloknya kena balas urutan ini. Maksudnya kena buat 2 kali. Kali pertama untuk memecahkan angin. Kali kedua, barulah boleh mengurut untuk membetulkan urat. Tak boleh dibuat berturut hari kena badan dijangkakan akan bentan 2 hingga 3 hari. Jadi, sewajarnya minggu depan diurut lagi selepas bentan surut. Demikian penerangan rawatan yang akan diberikan.
Tempoh mengurut selama 2 jam terasa amat menyiksakan tapi saya tak berani komplen sakit, kunon macholah sebab saya sendiri yang menyerahdiri. Tapi mulut berdesip-desip, muka berkeriut-keriut jugak menahan sakit. Makcik bertanya jugak jika terlalu sakit. Saya kata boleh tahan. Padahalnya saya rasa sungguh sakit sehingga 'rasa macam nak pukul balik'... hahaha...
Bahagian tengkuk dan tumit yang sakit, diulitnya habis-habisan. Segala urut kecik besar, seolah-olah digerudi dan ditarik keluar. Di tempat-tempat yang katanya ada angin dipicit-picit. Sakitnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Saya macam kena pukau, redha walaupun sebenarnya amat sengsara.
Akibatnya, lebam-lebam kaki, tangan dan badan saya. Huwaaaaaa...
Thursday, June 04, 2009
Tahniah !
Cuti sekolah datang lagi
Musim orang membuat kenduri
Sempena anak-anak masuk jawi
Kenduri menerima menantu
Kenduri masuk rumah baru
Kenduri kendara di sana sini
Tahniah kepada Puan Ina aka Azellica yang telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei 2009 yang lalu. Seolah mini reunion dalam majlis tersebut, sempat bertemu dengan ex-officemates yang sudah lama tidak bersua muka seperti Kak Aizan dan Kak Sti.
Juga tahniah kepada En Bebe dan Puan Nora yang juga telah menaiki pelamin pada tarikh yang sama di sebelah perempuan dan di sebelah lelaki sehari kemudian. Peluang bertemu kaum keluarga sebelah husband di Melaka yang sudah lama tidak ditemui.
Semoga kedua-dua mempelai berbahagia dalam menempuhi bahtera perkahwinan dan dikurniakan anakanda yang soleh dan solehah dan memperoleh rahmat dari Ilahi.
Aminnnnnn....
Wednesday, June 03, 2009
Apa yang penting ?
KERJASAMA....

Cuti sekolah muncul lagi. C Ganal and C Haloi nak bagi Auntie Sue rehat. So again Mak Long Kakak, comes to the rescue. Kalau Maklong perlu ke sekolah, maklong akan bawak bebudak bertiga :- C Ganal, C Haloi and Adda (maklong's daughter) ke sekolah. Seronok la dorang ikut maklong pegi school. Adalah modal nak bercerita dengan kawan-kawan nanti akan aktiviti masa cuti sekolah. Adapun C Ganal pernah merungut kenapa saya tidak jadi cikgu seperi mak kawan baik dia; Maria. Reason :- nak pergi sekolah seperti Maria pergi ke sekolah mak dia masa cuti sekolah. Hmmm...
Alhamdulillah, so far bebudak bertiga nie memang ngam walaupun kadang-kadang ada gado gak la sesikit. Standard bebudak. Tatak Ela (panggilan Adda kepada C Haloi) pun dapatlah merasa jaga adik. Tolong mandikan Adda (kunonnyer lah). Since ada sorang jek budak kecik, kadang-kadang C Haloi berebut dengan C Ganal nak 'jaga'kan Adda. Cuma lately bila C Ganal dah melekat dengan hobi baru - bercinta dengan novel, so dia tak kisah sangat hak penjagaan itu lagi.
Semalam MakLong ada kelas Kumon waktu petang starting 5 pm. Since toktih yang selalunya jaga Adda belum balik dari kampung lagi, so I have to take turn shift petang look after bebudaks. So semalam kunon balik awal sikit which is 8 minutes earlier. For today's arrangement, maklong masuk pukul 6. So sempatlah kot balik sharp 5.30 on the dot.
Selalunya kalau TokTih ada, before pegi Kumon, MakLong akan hantar bebudak bertiga ke rumah TokTih di Kuang. Then Mak Ngah Awa (saya le tu) akan jemput bebudak bawak balik ke SU. Adda kemudiannya akan dijemput MakLong di rumah selepas Kumon selesai lebih kurang pukul 10 malam.
Nasib baik ada maklong yang duduk di taman sebelah. Bolehlah mengadu nasib terkejut tergempar jika ada masalah.
Next week, InsyaAllah akan berkelana ke Kelana Jaya pulak. Ganggu ketenteraman tokwan dan orang-orang di sana pulak. ;)
Thursday, May 28, 2009
Musim Panas
Tika dan saat ini, hari telah berganjak ke pukul 1.08 minit pagi. Mata masih segar, tak mahu terlelap pulak. Mungkin kerana sudah tidur petang tadi penangan ubat yang diambil tengahari tadi. Hari ni (actuallynya semalam ie 27/05/2009) aku on medical leave.
Tika dan saat ini juga aku sedang menikmati segarnya udara sejuk dan hujan yang sangat kurindui kebelakangan ini. Pintu jendela ini kukuak seluas mungkin... ahhh.. tempias pula... tutup sikit.. dapatlah udara sejuk mencuri masuk ke dalam rumah. 2 hari lepas waktu pagi hujan lalu sebentar di SU. Alangkah sukanya hatiku... ku biarkan pintu terbuka untuk menikmati suasana sejuk itu.
Pehhh.. bermadah pujangga pulak. Tapi sungguh sekarang panas betul. Pokok-pokok kekeringan. Rumput tak perlu dimesin kerana sudah kekeringan layu. Duduk dalam rumah berpeluh-peluh. Pagi-pagi lagi dah berpeluh sakan. Panas siang tak mampu disejukkan dengan kehadiran waktu malam. Apatah lagi dengan kedudukan rumah yang menghadap matahari jatuh. Semua panas dari tengahari ke petang di'absorb' oleh batu rumah dan akhirnya menjadikan rumah seperti sauna.
Teringat masa mula-mula pindah ke sini. Pokok untuk melindungi rumah masih tak ada. Malam-malam tak boleh tidur di tingkat atas. Anak-anak sampai demam dibuatnya. Lastly bentang 'lembek' pakat-pakat lena kat bawah. Bagi membantu melembapkan kawasan sekitar, gantung baju-baju yang sudah dicuci di bawah kipas. Bangun pagi tengok baju pun dah kering. 2 in 1 gitu.
Begitulah panasnya cuaca ketika itu. Ada bajet sikit, barulah dapat pasang aircond. So sekarang aircond pun kena pasang sampai ke pagi. Selalunya pukul 1 atau 2 pagi dah boleh off, tapi sekarang, off saja ada yang terkuit-kuit kepanasan. Nak bukak tingkap, nyamuk banyak pulak lately.
Hujung minggu kalau dapat pegi berendam kat sungai alangkah bestnya. Tapi mesti ramai orang. Last sekali pegi mandi sungai adalah ke Lata Kinjang tempohari. Tak best sangat sebab tempat kecik, orang ramai pulak.
Seingat saya the best mandi sungai yang pernah saya lalui adalah semasa sehari selepas tamat menduduki peperiksaan SRP iaitu pada tahun 1988 di Trong, Perak. Masa tu saya dan kawan-kawan pergi 'celebrate' lah konon-kononnyer. Semua orang kena kerja dan yang sekolah dah kena kembali semula ke sekolah kecuali kami yang baru merdeka. So apa lagi. Mengubang sakan. Group kami jer ada masa tu. Memang enjoy sungguh. Almaklumlah baru terlepas beban. Nasib baiklah tak jadi apa-apa. Kami ikut petua orang lama. Kalau daun mulai gugur cepat-cepatlah naik dan balik sahaja. Petanda hujan di hulu mungkin akan mengundang bahaya.
Pernah sekali masa saya di Tingkatan Lima, ikut rombongan mentor-menti kepada dua orang cikgu ke Negeri Che Siti Wan Kembang. On the way back, kami singgah di suatu anak sungai. Saya pun dah tak ingat di mana tempatnya tapi dalam perjalanan di Jalanraya Timur-Barat itulah. Malang tidak berbau. Salah seorang rakan saya nyaris lemas dibawa arus kuat. Nasib baiklah ada orang tempatan yang berada di sekitar tolong selamatkan dia. Selepas itu kami semua mengunci mulut agar cerita tersebut tidak terlepas kepada pihak sekolah hatta guru pengiring sekalipun. Cari nahas.. alamat akan ada rules baru selepas itu la jawabnya !
Mandi sungai yang kategori muntah hijau adalah sewaktu Taiping dilanda kemarau. Hampir sebulan, waktu games petang dipenuhi dengan acara mengangkut baju kotor ke sungai di belakang asrama untuk dibasuh ala-ala gadis pingitan zaman dulu-dulu. Mandi lah puas-puas masa tu. Then pagi esoknya hanya sekadar cuci muka dan ambil wuduk saja. Tak ingat pulak ada tak yang berani turun ke sungai pada subuh hari kerana jarak yang agak jauh dan diluar kawasan pagar. Tapi yang kaki fly tu apa ada hal kan? Yang tak bestnya boys mandi di bahagian atas sikit. Girls bawah lagi dekat dengan pintu pagar. Bawah lagi perkampungan mak nyah yang bekerja malam di kawasan sekitar taman tasik. Ngeri jugak kan ?
Dengarnya cuaca panas ini akan berlarutan sehingga bulan September nanti. Harap-harap akan keraplah hujan melintas seperti sekarang ini. Hujan pun sudah mulai reda. Saya nak cuba pujuk mata agar bisa dilelapkan atau mungkinkah saya jadi penjaga masa. Tepat pukul 2.30 am nanti ada orang tu nak qiamullail... errrr... tengok bola... saya tak join... tak reti aku bola-bola nie.... iskkkk
Tata.. titi... tutu... sampai jumpa lagi....
Wednesday, May 27, 2009
Thursday, May 21, 2009
Rezeki saya...
Rezeki tidak semestinya dalam bentuk material dan wang ringgit sahaja. Cuma macam sedih sedikit kerana rezeki bagi saya adalah kesengsaraan buat orang lain.
Ada seorang teman bertanya bagaimana saya boleh survive berulang-alik dari SU ke KL bertahun-tahun lamanya? Bagi yang sama macam saya mungkin jawapan kita sama atau mungkin berbeza.
Setelah 4 bulan mengucapkan Selamat Tinggal KL, nyata ramai yang mula angkat bendera putih, tidak tahan dengan dugaan ini. Kalau dulu mereka orang yang gembira kerana rumah yang dekat dengan tempat kerja, kini tidak lagi. Almost everyday, ada yang bid farewell yang pastinya membingungkan bosses. Pujukan dan rayuan but the grass is always greener on the other side. Bagi yang sudah tetap hatinya, apa lagi yang bisa menghalang.
Suasana itu menjelma kembali. Tak perlu VSS. Dengan rela hati menarik diri dari percaturan ini. Mungkin this is one of the agenda la kan... (sigh)
As for me, buat masa ini, inilah yang saya idam-idamkan. Dari dulu mengintai peluang untuk ke sini. Pernah sekali tu, one of my colleage resigned to get a better opportunity at Telco C, the other two terbang ke Downunder, my boss discussed face to face tanya apa plan saya so that dia akan prepare backup plan for worse scenario. Bila ramai2 resign serentak mana tak sakit kepala kan.
Saya bagitau my boss, 'Well, I'm not that ambitious... sekarang nie kalau dapat tukar department (masa tu only network and operation yang ada kat sini) so that I can work closer to my house, I dah cukup happy'.
But since it was not a good time for me to transfer to other department, so I stayed. Luckily, tup-tup the new CEO announced semua orang kena pindah. So it is really a rezeki for me. (Big Smile)
But then tak tahulah ada 'jarum' yang lebih tajam yang menyebabkan saya alpa akan rezeki ini. Wallahu'alam.
Saturday, May 16, 2009
Guru Pembina Budaya Bangsa
Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia !
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Sumber

Gambar ciloked from internet. Credit kepada pelukisnya.
Tuesday, May 12, 2009
Syukur
Pagi tadi saya terima SMS dari seseorang yang berbunyi...
"Saja nak sms, saya baru sampai dayabumi wpun keluar 650am, kl semakin jem. Anda patut bersyukur"
Alhamdulillahhhhh....
Kadang-kadang pernah juga untuk ke Glenmarie mengambil masa hampir 45 minit.. sama macam nak gi KL... coollll.....
Sunday, May 10, 2009
Bingkisan Anakanda
Untuk Bonda Sarifah Binti Sambri, jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat bonda tersayang. Semoga Allah sentiasa merahmati bonda. Jasa bonda melahirkan dan membesarkan anakanda tidak akan dapat dibalas selamanya.
Sekalung doa buat bonda mertua, Allahyarhamah Hasnah Ani binti Abdul Jalil. Semoga bonda damai di sana. Amin.
Buat anakanda berdua, terima kasih diucapkan di atas titipan kad ucapan sempena Hari Ibu walaupun pada hakikatnya wang yang korang belanjakan untuk membeli kad itu adalah dari kantungku jua... huhuhu....
Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan sentiasa beroleh kesejahteraan.
Buat semua ibu di dunia... Selamat Hari Ibu....
Monday, May 04, 2009
Tok Gayah dalam kenangan
Kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Kita mentadbir Allah mentakdir. DariNya kita datang kepadaNya jualah kita dikembalikan.
Pada tengahari Sabtu 2 Mei 2009, saya menerima panggilan telefon dari Encik Berlingo yang ketika itu berada di office, memaklumkan Nendanya yang memang sudah sekian lama sakit telahpun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Kami bersiap sekadarnya dan terus bertolak ke utara. Diberitakan jenazah akan diuruskan di Sungai Petani dan kemudiannya dibawa pulang ke Sik untuk dikebumikan. Oleh kerana lewat bertolak dan perjalanan tidak begitu lancar kerana hujan di beberapa tempat, kami tidak sempat sampai sebelum jenazah disemadikan pada pukul 6 petang. Tidak mengapalah. Mempercepatkan urusan pengkebumian itu lebih penting. Menurut ayah mertua yang kebetulan pulang ke Kedah untuk menziarahi kaum keluarga di sana, urusan Tok dipermudahkan. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah...
Semoga Tok damai di sana. Al- Fatihah.
Thursday, April 30, 2009
Long Weekend
Cuti 3 hari nak gi mana kengkawan sekalian ? Rasa macam jeles jek opismates dok merancang nak pi sekian-sekian tempat. My boss sibuk call sana sini cari apartment bagi tujuan menyesakkan Penang. Sorang colleague ada job 'menembak' kat Seberang Perai. Pun tengah pening kepala cari penginapan. Soh dok homestay Ustazah Hamidah kat Jalan Baharu tak mau. Seorang lagi yang baru habis exam nak lepak di Langkawi dengarnya tak jadi pergi sebab penginapan dah penuh. Entah kemana destinasi percutian untuk merehatkan minda.
DakNis dan KakPeng agaknya dah sakan shopping kat Bandung. Since semalam tak kelihatan online@Skype. KakDatin sure sibuk nak kemas rumah baru renovate kat Sg Long. Saya ?
Saya dok rumah jek la kot. C Haloi ada kelas tutorial pagi Sabtu. Lepas tu kelas taekwando pukul 11. Dah nak masuk ujian tukar tali pinggang ni, kenalah rajin-rajin buat latihan. Sekarang barulah saya faham kenapa menurut Master Ramli ramai yang buat separuh jalan saja. Susah nak berjalan di hujung minggu tambahan pulak ada satu hari cuti bersambung begini.
Kunon-kunon knowledgeable sangat la, been there cuti sekolah last year, saya suggest my boss gi panjat Bukit Bendera , gi Pagoda, visit toy museum yang tak worth ittew etc...etc... Padahalnyer orang tu nak gi katok bola golf... huhuhu....
Godek-godek gambor lama, jumpa lah gambar kenangan meronda utara Pulau Pinang masa cuti sekolah yang lalu. Atas inisiatif En Berlingo lari sekejap dari keje-keje opis dapeklah kami naik Bukit Bendera itu. Booked tiket pukul 12 pm untuk naik pukul 7.30 pm. Hampehkan? To kill the time, pegi Toy Museum, Tg Bungah and Pagoda.







Thursday, April 23, 2009
Jiwa kacau
Apsal tah semenjak dua menjak nie macam tak ketahuan hala pulak. Apa yang ada dalam kepala otak ni pun tak tau. Everything going wrong...
Saturday, April 11, 2009
Pak Abu yang marau

Pak Abu is wandering around
Ingatkan spesies kucing je pandai marau. Rupanya arnab pun pandai memaraukan dia. Marau nie tak tahu bahasa banjar atau melayu. Most probably comes from word "kemarau". Bila kemarau, benda hidup akan ada tendency keluar mengembara. So marau sama erti dengan keluar mengembara.
Since Meekutih mati, seekor kucing jalan yang baru bersalin berwarna orenlah yang menjadi teman baiknya. Pantang lepa, pagar terbuka dia sakan meronda bersama-sama dengan teman baikknya ini. Sepanjang jalan F3 ni la kot dorang sukat.
Dah beberapa kali Pak Abu 'kabur' memaraukan diri. Awal malam tadi pun sama. Jenuh mencari. Dah jumpa tu jenuh pulak memujuk dia supaya balik. Dah makin degil nampaknya tadi. Pandai pulak dia buat aksi hindustan main aci lut dengan saya mengelilingi pokok bunga depan rumah Suria tadi. Dah penat agaknya, barulah dia berlari balik ke rumah dan terus masuk ke dalam sarangnya.
Agaknya jiran-jiran pun pelik apsal saya ni dok bercakap sorang-sorang memanggil-manggil nama Pak Abu di jalan. Yang mana tahu pasal perangai Pak Abu yang suka memaraukan diri ini mungkin dah arif sangat bila melihat saya di luar rumah kebiasaannya pada waktu malam mencari Pak Abu.
Kandangnya digerit di sana sini bagi meloloskan diri. Letak papan di bahagian bawah, dia gerit bahagian atas. Nak beli jaring besi tak terbeli-beli lagi.
Semalam, anjing-anjing liar menconquer along jalan F3. Nasib baik ada akal balik ke sarang. Dok ontok-ontok je kat dalam tu. Tau pun takut kena salak dengan anjing-anjing tu. Pak Abu owhhh pak abu... bikin hati ku gundah gulana....
Thursday, April 09, 2009
Lesson learnt
Semalam saya EL sebab kereta tak boleh start. Bateri sudah kong lorrrr... Seingat saya sebelum habis eddah dengan perodua, saya dah pernah tukar bateri samaada sekali atau 2 kali. Dinasihatkan tukar bateri kerana bateri lemah. Saya ni buta kereta. So mekanik kata tukar saya pun ikut. Sebelum ni my father ada gak lahirkan rasa sangsi sebab saya 'kedengaran' kerap menukar bateri kereta. Katanya biasanya sel basah tahan untuk tempoh 2 atau 3 tahun. Ini belum sempat 2 tahun dah tukar.
Semalam tu first time la kong sebelum sempat tukar. Mungkin tak berbela la kot. Saya bukan reti nak tambah air bateri ke apa ke. Betoi la kot org kata lady driver tau bawak kereta jek. Maintenance hampeh tak amik tau. Geram gak dengan label tu benaqnyer.
All this while saya memang bergantung 100% pada service centre perodua tu. So dorang le tolong tambah apa-apa2 yang patut waima air wiper pon dorang pastikan penuh. Itu yang saya suka bangat dengan service centre tuh. Apa benda yang ditambah semua ditunjukkan. Masalahnyer RM jek la. Mahai lorrr.. so lepas habis eddah dengan perodua saya carilah yang baru.
Sembang-sembang dengan kawan2 barulah saya tahu kenapa bateri Myvi saya tu cepat out jangkahayatnya.
-Adapun saya memang selalu ON aircond ketika kereta berhenti. Adakalanya hampir sejam.
-Atau sikap 'takut' kena hon sebab lembabun di trafik lite menyebabkan saya tidak mengubah posisi gear ke N semasa lampu merah.
-Radio selalu ON. Once masuk kereta jer radio musti ON.
So kali ni pakai sel kering. Menurut kat En Muthalib, setahun lagi buang jek la bateri tu. Angkat baru. Pehhh... jgn sampai kong tengah jalan dah ler ye encik bateri. Sebab saya selalu tensen kalau ada kereta rosak tengah jalan masa orang sibuk-sibuk nak gi office tu.Takut gak saya dibayar cash nanti... hehehe...
Nauzubillah....
Thursday, April 02, 2009
JJCM@Glenmarie - Geng's Corner
Masuk kandang kamben mengembek, masuk kandang ghimau mengaum, masuk kandang ghebau menguak... Udah pindah sini kan, kena la berkenalan dengan tempat-tempat makan sekitar sini plak.
Isnin lepas, Nurul ajak pergi Les Copaque yang terletak di belakang TESCO XTRA Shah Alam. Katanya kat bawah studio Les Copaque tu ada kedai yang jual pelbagai merchandise Upin Ipin.
Rupa-rupanya bukan setakat kedai World of Geng (WOG) yang ada kat situ. Restoran berjenamakan Geng pun ada kat situ. So kitaorg pun lunch kat situ. Not bad. Ada nasi campur. Walaupun laukpauk tidaklah banyak tapi just nice. Tempatnya pun selesa. Harga pun berpatutan. Nampak macam ada promo Nasi Lemak Ayam Goreng Ipin Upin. Ye lah kan Upin dan Ipin memang terkenal sangat obses dengan ayam goreng.
Lepas makan, kitaorang menjenguk ke kedai World of Geng. Agak teruja jugalah dengan merchandise yang dijual di situ. Pakat-pakat rabak gak la kat situ. Harganya boleh tahan dengan brand yang tersendiri. Nasib baik dah beli tshirt Hang Upin dan Hang Ipin cetak rompak kat PB hari tuh. Kalau tidak bertambah rabak guwe. Hehehehe....


Restoran sebelah sini


Bantal Kak Ros pun ada

List of product yang dijual boleh refer di sini.
Wednesday, April 01, 2009
Mabuk buttersekot...
Selepas beberapa hari memburu Butterscotch akhirnya berjaya diperolehi dari stesen minyak dekat plaza tol Bukit Lanjan sabtu lalu. Aparaaaa??? Jenuh cari kat SU, asyik habis jek.
Ini semua gara-gara promosi percuma dari DakNis la ni. Dok perembang sakan. Teruja le nak rasa camner sedapnyer bagai dikata.
Seminit pertama, habis separuh bungkus. 2 jam kemudian habis sebungkus. Beli lagi di Ten2Ten. Menjelang petang habis sebungkus. Malam beli lagi. Habis sehari selepas tuh, beli lagi...
Pek ke4 pakat2 tengok saja lah.... hahahahahah.... Ada separuh lagi kat rumah. Sapa pon tak teruja dah. Tunggu lapar betul baru ada yang nak makan kot.
Penangan Roti Gardenia Butterscotch....
Wednesday, March 18, 2009
Shuttle Train KLS -Ipoh-KLS
Special entry for my avid reader En Apai. Maraming maraming salamat (Thank you very much) kerana selalu mengunjungi blog ini. ;)
Since my daughters ada kelas taekwando sampai pukul 1 and then C Haloi wanted to attend her friend's birthday at 4 pm, maka kami naik tren pada pukul 6.15 petang di Sungai Buloh dan sampai lebih kurang pukul 9 malam di Ipoh.
Tambang bagi dewasa adalah RM 18 dan kanak-kanak RM 10.50. Tren hanya berhenti di 9 stesen utama. Walaubagaimana pun since lokomotif dan koc yang digunakan masih yang lama, maka saya rasa dia tetap "gedeh-gedeh" yang membawa maksud "lembabun"... hehehe... InsyaAllah... coming soon laju kot. Faktor lain yang menyebabkan lembabun mungkin track masih gokgek... maka perjalanan tak smooth. Hanya selepas Tanjung Malim, perjalanan lebih selesa.
Sayugia diingatkan walaupun perjalanan memakan masa hampir 3 jam, perlulah menyiapkan minuman dan makanan kerana shuttle train in tidak mempunyai F&B coach ya. Oleh sebab saya tidak menyediakan makanan dan minuman kerana mengandaikan F&B coach ada disediakan dalam train tersebut, maka baru separuh jalan, C GaLoi mengadu lapar. Setelah sampai di stesen Ipoh, sekali lagi kecewa kerana cafe pula under renovation dan tiada gerai-gerai berhampiran yang kelihatan.
Jadual perjalanan dan tambang adalah seperti di bawah. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik.

Jadual Perjalanan. (Click for bigger image)

Jadual tambang. (Click for bigger image)


Bila kebosanan melanda... True colours pun keluarlah... Main meja kecik tuh...
Ke hulu ke hilir... ulang ke toilet... iskk... iskkk... kada bisa beranai....

Hiyahhhh ! Dah sampai Ipoh.
Kat belakang itulah koc yang digunapakai untuk shuttle train ni.
Cuti sekolah
Tika dan saat ini, C Ganal and C Haloi berada di kampung bersama opah dan tokwan, maklong serta betty dan anak-anaknya. First time tinggalkan mereka dengan opah di kampung. Kira dah masuk hari kedua, mereka masih bertahan walaupun pagi tadi C Haloi menelefon merengek nak balik. Kata opah kalau boleh nak bertahan sampai Khamis baru Opah hantar balik. Kalau tidak, tak berbaloilah balik bercuti di kampung.
Actually since long weekend Maulidurrasul hari tu, dorang sibuk nak balik kampung. Bila ditanya kenapa beria-ia nak balik kampung? "Nak tengok anak betty"... bertuah betoi !
Nak balik kampung bukan sebab nak visit kaum keluarga tapi nak kelek anak kucing Maklong yang baru lahir empat ekor tu. Maka anak-anak kucing itulah sebenarnya yang memaut hati mereka untuk setuju ditinggalkan dengan opah di kampung.
Petang sabtu yang lalu, kami bertiga menaiki tren shuttle ke Ipoh dan kemudiannya dijemput oleh PakSu di stesen KTM Ipoh untuk balik ke TP. Saya kemudiannya kembali ke SU menumpang sepupu yang juga balik sekejap pada hujung minggu lepas pada Ahad malam.
Sunyi juga tak ada jerit pekik mereka. Kalau tidak, riuh rendah macam nak berperang. Kata opah, belajar-belajarlah berpisah dengan mereka buat sementara waktu. Manalah tahu nanti kalau dapat masuk asrama tidaklah sensitif sangat. Hehehehe.... so far so good. May be sebab ada telefon sebagai penghubung. Hmmmmm...
Monday, March 02, 2009
Lion Dance
Gambar lama masa CNY lepas... layanzzzz......

Baru nak start...
Talam tu dipersembahkan kat tuan kedai. Dan tuan kedai kasi angpow kat Ketua persembahan.
Best lah.. saya mmg suka lion dance nie. Kalau ada bunyi "kecing-kecing" tu, seboleh mungkin nak tengok dekat-dekat sebab saya rasa lion tu comel dan cute. Especially kalau ada aksi berlari-lari dengan riangnya.
Friday, February 27, 2009
PakTeh menangis?
Ingat kot bapak che yang nangis. Bapak che pon anak-anak mekanan dan bebudak kampung dok panggey PakTeh sebab bapak anak tok yang kelima. Belah mak, anak-anak menakan panggey PakLang. Sebab mak anak ketiga; maka digelar MakLang.
Rupa-rupanya PakTeh lain yang nangis...
Menjunjung kasih titah paduka Sultan.. Sabarlah wahai rakyat negeriku...
Wednesday, February 25, 2009
Bank S(C)ekik Darah
Todaynya sentimen cam ada perisa MSG bengang sikit. Pepagi lagi dok berciter ngan Cat and Kak Datin pasal bank. Kak Datin lak ada sikit2 kena mengena ngan bank yang dikutuk2 itu. Tapi kak datin kata tak per... tak ada kaitan. Becoz bank tu pon baru masuk group of companies majikan dia. Hahaha... so siok la mengutuk sakan.
Hari tu dah bengang dengan Bank Chap CT dan Bank Chap Unta sebab telemarketing dorang. Lepas tu Bank Chap Kepala Ghimau pon ada jugak buat camgitu. Tapi since dah pandai taichi, so dah tak kesah sangat la. Dorang pon sebenarnya 'cari makan' jugak. So kasi chance la kan... layan mana yang boleh.
Since petang semalam dok bengkek dengan Bank Chap Merah + Bank Chap lain yang terbabit. Ini gara-gara perkhidmatan internet yang dok float duit orang di sana dan di sini. Akibatnya kena late charges plus riba for the following month. Sudah la per transaction dah kena charge RM2. Lagi nak float sana sini. Tu tak lain tak bukan nak making profit la tuh. Iskkk.. iskkk...
Cat suggest, anggapkan ajer riba yang dorang kasi tu ditolak dengan bayar all the charges. Aiyakkk... mana ada riba duh ? Dorang tak der kasi interest nie sumer sebab current account daa... So duit tu solely duit aku ? How? Tak der bagi riba pun. Pehtu lagi ada ati nak charge tah hapa2 fee plak for every six months! Hari tu suka suki ati deme memandai tag acct kami dengan flagship apa bala tah. So kalau balance pada ujung bulan kurang dari sekian-sekian amount, we will be charge RM25 ! Sekik darah sungguh. Oleh sebab itu kena bukak acct baru dan dikenakan fee RM8 untuk setiap 6 bulan. Jadi satu hal plak nak kena ngadap HR sebab gaji tak masuk. Acct dah tutup kena pakai acct baru.
Sungguh aku tak paham. Kut sini kena ketuk... kut sana pun kena katok. Bukanka bila kita deposit duit kita kat depa, depa akan rolling duit tu... lagi nak charge sebab kunon kata depa jaga wit kita sangat la ek ?
Ayoooo... awat lah banyak sangat perisa nie ?
Monday, February 23, 2009
Kau pergi jua...
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi akan genap setahun Mak Utih aka Meekutih tinggal bersama-sama kami. Menceriakan hidup kami. Menggeletek hati kami dengan keletah dan aksi cutenya.
Terbayang-bayang wajah dengan hidung gerak2nya dibalik sliding door sekiranya ada yang menghampiri pintu. Dia tahu bila C Ganal akan membuka sliding door dan mengusap2 bulunya. Semasa dia masih kecil, dia akan dikelek bergilir oleh C Haloi dan C Ganal. Masih teringat wajah comelnya yang suka sangat tidur di belakang sofa. Tidurnya lipus sekali, macam mati. Bila dimandikan meronta2, tetapi bila dilapkan bulunya dengan tuala, dia diam memejamkan mati, kadangkala sehingga tertidur.
Cuma lately bila badannya sudah berat, kami sudah tidak larat menguruskannya. Dan dia agak agresif semenjak Peekaboo muncul. Saya telah berkali menyebut, sayang..tapi dah tak larat. Kadang-kala mulut celupar menyebut akan pengakhiran hidupnya.
Sabtu lalu, saya membuat lawak buat kesekian kalinya untuk menggulaikan badan deboknya itu. Ketika itu mereka dilepaskan dari kandang setelah hampir 5 hari terperuk di dalam sana. Saya mahu membersihkan kandang mereka.Meekutih dan Peekaboo akan membuat muka boring dengan dagu terlunjur ke depan dalam keadaan malas sekali jika sudah lama tidak dilepaskan. Apabila dilepaskan ke halaman, terloncat-loncatlah mereka menikmati sinaran matahari. Mereka saling berkejaran dan mengunggis segala tumbuhan yang ada sesuka hati mereka. Daun-daun kering turut menjadi santapan.
Saya akan tutup mana-mana lubang yang mungkin mereka boleh bolosi sebaik mungkin. Setakat ini hanya Peekaboo yang mampu bolos kerana badannya lebih kecil. Dia menyusup melalui lubang tepi pintu pagar yang agak lohong. Walaupun begitu, dia pandai masuk ke dalam kawasan berpagar semula.
Petang sabtu, kami ke Sunway Pyramid dan kemudiannya menziarahi Tokwan di Kelana Jaya. Saya tidak memasukkan Peekaboo dan Meekutih kedalam kandang mereka kerana masih mahu memberi peluang kepada mereka bermain-main diluar. Cage, food dan air saya angkat letak di hadapan. Normally saya letak dalam kawasan kandang. Selepas menutup pintu pagar saya telah cuba menutup semua lubang sebaik mungkin.
Pada pukul satu setengah pagi, kami pulang dari Kelana Jaya, kelihatan Meekutih berada diluar pintu pagar sampai tercari2 lubang untuk masuk semula. Peekaboo kelihatan tenang dan setia menanti di bahagian dalam. Terkejut juga melihat Meekutih berada di luar. Tak tahu dari mana dia keluar. Mungkin disebabkan matanya yang rabun dia hanya tahu jalan untuk keluar tapi tidak menjumpai jalan untuk masuk semula. Atau keadaan lubang itu sesuai untuk menyusup keluar tapi tidak untuk masuk semula. Saya membuka pintu pagar dan menyuruh mereka masuk. Both of them akur dan berlari-larian menuju ke kawasan kandang.
Disebabkan penat dan mengantuk, cage, food & air tidak saya masukkan ke dalam kawasan kandang. Kali terakhir saya menjenguk sebelum masuk tidur, kelihatan Meekutih dan Peekaboo keluar semula ke porch dan masuk ke dalam cage untuk makan dan minum. Itulah kali terakhir saya tengok Meekutih bernafas.
Pada keesokan harinya, kami temui dia terbaring dengan bulu-bulu yang berselerak dan mulut berdarah di atas jalan. Pada mulanya saya ingatkan dia menjadi mangsa anjing tetapi melalui pemerhatian saya, saya jangkakan she was hit by something. Innalillahiwainnailahirojiun……
Sampai jumpa lagi Meekutih… Terima kasih kerana telah mengisi hidup kami dan menceriakan kami. C Ganal dan C Haloi tidak menitiskan air mata atau bersedih hati kali ini. Yang merasa sayu adalah En Berlingo…..
Sayang Meekutih……
Friday, February 13, 2009
Dilema
Apakah aku harus 'kembali' ke KL demi sesuatu yang disebut "Career Development"?
Thursday, February 12, 2009
Angin pus-pus
Petang tadi rasa macam ada "my blood goes upstairs, you know! ".... hahaha...
Tertensen jap sebab dah nak masuk 3 minggu dok kat sini tapi my phone nie kalau ringing, angkat then akan ada fax tone. Normally petang2 jadi gitu. Tensennyer la hai... dekat 5 kali angkat dok bunyi fax lagi. Geram gak la kan... takkan la owner fax nie tak inform kat client dia bahawasanya dia dah pindah ke mana-mana dan tak carry the fax/phone number.
Then hari ni gamaknya baru la org yg dok fax tu ada gut nak call the number. Agaknya baru dapat idea kenapa fax dia tak lepas-lepas. Dapatlah cakap dengan saya.
Yang saya tensi tu saya nak tolong dia trace no fax baru org yg dia deal with. Tanya nama penuh orang tu then saya boleh tolong searchkan dalam Q_Voice or intranet. Tapi dia tatau nama betul org tu. Saya try gak guna wildcard search tak dapat. Tanya the correct spelling of the person name, dia pun tak tahu. Haru tak haru ?
Dan lebih mentensenkan dia pi marah2 saya sebab tak tahu the prev person tu pi mana. Mana la saya tau. Saya nie sapa jek kat sini. Bukan saya pegang lay out plan org tu pindah pi mana... dok mana... which floor.
Saya tanya if the person under sekian2 department. Dia keep on mentioning that person tu from Finance. Setahu saya Finance pun sama gak ngan saya, previously kat WT nun. Takkan pakai fax no prefix sekian-sekian. Tatau nak wat per saya kasi fax no CFO's office. Udah dia keep on saying that org yang dia nak hantar fax tu dari Finance. Kasi phone number secretary of CFO. Pepandai la dia cari siyi... orang nak tolong dia marah-marah pulak. Letak tepon.
Tak sedap hati saya cari from email pulak. Dapat la sorang nie nama dekat2 dengan nama yang dia sebut tuh. Saya pun call la ext no yang ada kat situ. Saya tanya if dulu dia pakai fax yang numbernya ext saya sekarang. Dia kata betul. Saya pun inform dia kata banyak bunyi fax jek masuk sini. Since saya dah kena marah tak pepasal dengan client dia, mintak dia contact sumer client dia bagitau dia punya no fax baru.
Mintak nomot fax baru dia in case ada lagi panggilan sesat camgini... phewwww....
Tuesday, February 10, 2009
Blog anak-anak
Promo
C Ganal minta dibuatkan blog khas untuk dia. C Ganal mendapat inspirasi dari sahabat baiknya Maria. C Haloi pula, bila melihat kakaknya ada blog sendiri, dia pun hendakkan blog sendiri. Maka lahirlah
Dunia Ceria Aleeya
dan
Dunia Ria Ceria Anis Eyka
...
..
.
Jemputlah bertandang... ;)
Friday, February 06, 2009
Parking violation
"Kenderaan bernombor pendaftaran W** XXXX mohon dialihkan..."
Annoucement begitu sangat biasa kedengaran di GLEN-CRO ini gara-gara ketidakcukupan parking di kawasan sekitar office. Pihak pengurusan ada menyediakan satu lot parking sebesar kilang tapi nun jauh di sana. About 5 minutes walking distance.
Tengahari ini hujan dan masih hujan. Ramai ambil jalan mudah buat double parking dalam kawasan office kerana tidak mahu meredah hujan. Akibatnya annoucement demi annoucement dibuat supaya kereta yang diblok dapat keluar. Masalah betul.
So far, saya pernah kena block 2 kali. Lebih malang, after office hour. Masa tu fikir nak balik jer. Buang masa la pulak nak buat apa dengan kereta yang memblock. Nak gores dengan paku ke.. nak tolak ke... Kalau kecik tak per lah.. Tu pon kalau mujur hand brake tidak diangkat. Kalau tak ? Kalau kereta bagak2 camner ? Ingat larat ke nak tolak ?
Thursday, February 05, 2009
Thursday, January 29, 2009
Tak dak mood!
Musim gerhanaku mungkin sudah tiba seperti gerhana matahari sabtu lalu...
I'll be back sooner or later....
Adios
Amigos
Friday, January 23, 2009
Today is....
Saja jek nak catat kat sini...
My 10th Wedding anniversary (Masihi).
My 1st day bersiaran dari Glen-CRO. Semua barangku dah sampai kecuali KERUSI ! Mana kerusiku itu? Huwaaa.... label dah tanggal ke? Please la jangan hilangggg....
Wednesday, January 21, 2009
Catatan terakhir
pada hari terakhir di 249, Jalan Tun Razak ini. Walaupun hati rasa gembira kerana berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan rumah, namun terselit juga rasa sayu. Manakan tidak, sepanjang 11 tahun lebih di sini, banyak cerita dan sejarah telah tercoret dan tinggal sebagai kenangan.
Saya pasti merindui TIME Out Cafe, Rose 911 aka RCD (Rose Cekik Darah), Yong Tow Foo Kg Pandan, Nasi ayam Zul yang terkenal dengan pedal goreng, Thahara Seafood, Belanga, Kedai Air Jagung yang best sangat di Kg Baru, Mee Udang KakCik@Jalan Duta, Asam Pedas etc etc.
Barang telah siap dikemaskan dan dilabelkan. Tinggal pc ini saja. According to the email, the movers akan mula pack pc at 4 pm starting Level 9. Dan pc will be delivered to Glenmarie tomorrow morning. Esok kami dibolehkan datang ke office Glenmarie pada tengahari. Maka esok acara kemas mengemas membuka kotak di sana pula.
Selamat tinggal Wisma TIME...
Selamat tinggal Jalan Tun Razak Darul Jam...
Selamat tinggal KL.... uhukssss....
Signing off from
249, Jalan Tun Razak @ 4.03 pm
Friday, January 16, 2009
Jumaat terakhir...
Jika tiada aral, inilah Jumaat terakhir kami di sini. Minggu depan 22 Januari 2009 (Khamis) kami akan berpindah ke Glenmarie-CRO (Central Region Office). Sepatutnya hari Jumaat 23 Jan 2009 sudah bersiaran dari sana.
Tapi tak tahulah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Procurement sepatutnya mula move hari ni tapi tempat di sana pulak belum ready lagi. Tapi mereka tidak ditempatkan di Glen-CRO. Mereka bakal dipindahkan ke warehouse yang telah diupgrade.
Mungkin masa kami berpindah kelak, Glen-CRO dah ready sepenuhnya. Sebetulnya dalam gembira dengan perpindahan ini, saya belum habis mengemas barang pun. Rasanya mostly adalah barangan peribadi yang saya perlu bawak balik rumah, instead of bawak ke Glen-CRO. Memandangkan di sana, the space will be smaller and only one drawer allowed. After 11 years ++, saya 'mengumpul' 3 drawers!
Barangan peribadi - books, souvenirs, frames etc etc saya bawak balik sikit demi sikit. 'Dapur' saya kini hanya tinggal 1 teapot, 2 cawan dan sepasang fork and spoon. The rest saya dah angkut balik rumah.
Bila mengemas 'dapur' ini, wajarlah saya digelar 'arkib' oleh teman rapat saya. Mana taknya. Look at this. Ada sos yang tarikh luputnya 2006 masih dalam simpanan. Aper ke heinyer Yong?



Banyak benda yang saya bawak balik dari office menjadi bahan gelak C GaLoi. Antaranya pencil box berkartun. Actuallynya ia adalah free gift sejenis coklat. Dah lama dapat tu, masa C Ganal masih baby lagi. C Haloi pun mungkin belum ada.
Diari lama yang masih kosong menjadi perhatian mereka. Dapatlah buat main cikgu-cikgu or opis-opis. Now no more main pondok-pondok like us tau... Hahaha...
Antara yang menjadi kontroversi, adalah frame gambar C Ganal yang lebih banyak berbanding C Haloi. Daripada gambar C Ganal ketika baby berusia sebulan sampai lah masuk tadika. Semua saya framekan. C Haloi jeles. Bukan niat saya nak discriminate. Cuma dah tak terbuat time dia. First baby semua ciwikan? Lagipun pernah ada verbal regulation (entah masa zaman sapa tah) yang menyatakan tak dibenarkan letak sebarang frane gambar atas meja. WTH???? So semua frame tu akhirnya ditempatkan dalam drawer saja. Bila mengemas nie semua keluar balik.
Hah... bawaklah balik rumah untuk diarkibkan di rumah pulak.... hahaha
Mandi "tulam"
C GaLoi (Ganal & Haloi) empunya kisah.
Since cuti sekolah hari tu, depa ni nak sangat "mandi tulam" (ini ikut slang pelat Adda la nie yang jadi tulam). Mandi kolam benornyer. Dah kempunan tak dapat mandi kolam kat club house lagi. Last sekali mandi kolam masa Family Day OGP kat Le Paris hari tu.
Masa cuti balik kampong hari tu saya janji nak bawak dorang main2 air kat Lost World of Tambun. Tapi timing lari sebab macam-macam nak buat. Ada jugak hati nak mandi kat Burmese Pool lepas turun dari Bukit Larut tapi since MakLongYong kata dah tak selamat kat situ, terus batal.
Kemudian on 4th January, lepas sambaut maklong Faridah balik dari menunaikan haji di KLIA, terus ke rumah Acu Faizah di Villa Wangsamas. Nampak kolam la pulak dari balkoni rumah Acu tu. Ape lagi. Menggedik-gedik la nak gi "mandi tulam". Baju mandi tak bawak. Rules "tulam renang" applied. Strictly swimming wear only. Acu kata lain kali mai bawak baju. Paksu Ajmal buat citer, kat kolam tu ada tikus mati semalam. Org yang mandi tu semua tatau. Wahh… Paksu Ajmal ingat depa nie layan ke benda-benda yang camgitu. Hahahaha…
After 5 hari sekolah, on Saturday C Ganal ajak ke rumah Acu. Mengenangkan nak masuk ke Villa Wangsamas tu punyalah susah, saya buat alasan. Saya kata pegi KLCC jek la. Dia tak nak. Kolam tu utk budak2 kecik jek. Wahhh… demand tuh. Macam la reti berenang sangat.
Saya minta En Belingo tanyakan Pusat Akuatik kat Shah Alam. Since ada tournament hari tu tak ada dibuka untuk public. Sebenarnya saya pun tak berapa faham pasal Pusat Akuatik tuh. Ade ke dibuka untuk main-main air jek memandangkan C Ganal mana ada skill berenang segala kuak lentang, kupu-kupu segala tu. Nanti le saya riki lagi.
Sebenarnya KLCC pun saya malas nak pegi. Hujung minggu untuk membuat kerja-kerja rumah yang bertimbun dan berehat. Aper kejadahnya nak ke KL di hujung minggu kan? Dah penat mengukur jalan ke KL hari-hari. Saya kata esok jek la kita pegi Wet World. Kata mesti dikota. Selagi tak bergerak, selagi tulah dorang mengungkit. Since saya dah janji lama dulu, bawak la dorang pegi WW hari ahad tu.
Hanya C GaLoi jer yang main air. Saya tak terasa nak join sama. Sewakan tube besar untuk dorang dan dorang pandai-pandai bawak diri. Saya pulak mengambil kesempatan membaca novel "Tanah Andriyana". Saya tengok ada pengunjung yang tidur so saya pun cuba melelapkan mata tapi tak boleh. Sesekali jenguk bebudak berdua tu.
Happy kemain dapat tube tu. Dah demand tube tu dari rumah lagi.
Lengang...

Gagah beratur panjang untuk main Water Coaster ni. Dapat la 3 round sebab start 2.30 pm. Kalau air putus, terpaksa diberhentikan. Beberapa kali jugak stuck on that day.
Memula janji main air untuk 2 jam jek tapi terlajak jugak almost 3 jam main air. Sempat ada insiden pengunjung pengsan, barulah angkat kaki.
Sampai SU dah lepas Asar. Nak menjengah ke Hari Muslimat pun dah segan. Agaknya gerai2 semua dah start packing. So tak der la pegi program kat surau hari tuh... Dengarnya lebih meriah berbanding tahun lepas.
Kakcik tanya if ada bukak gerai this time. Saya kata tak larat. Kunon banyak keje rumah nak kena settle. Alih2 ke WW plak aku terlepas... :P
Kakcik kalau ada lagi after this kita joint venture bukak gerai nak ? Jual telur asin ler... hehehe.. kakcik ni jual telur asin yang direndam dalam air garam. Sedap banget. Tak terlalu masin. Kalau sapa nak cuba bolehlah contact kakcik.
Tuesday, January 13, 2009
Rupa-rupanya ...
Semalam... Meekutih terkurung dalam rumah adanya. Iskk... masa bila pulak minah nie masuk balik tak perasan la pulak. Patut pun masa Peekaboo dok terloncat-loncat menikmati sinaran mentari di laman, dia tidak kelihatan.
Buka pintu waktu balik senja kelmarin, tup2 dia yang menyambut di muka pintu. Pelik tuh camner bleh masuk. Ingat sliding door terbuka, rupanya tidak. Tengok beg plastik isi pallet makanan dia kena gerit. Pehhh... kompem terkurung dalam rumah seharian. Huhuhuh... sian Meekutih.
Sibbaik dia tak berak/kencing dlm rumah. Nampaknya dia sangat dahaga. Masukkan dia dalam kandang dia balik, sibuk menjilat air hujan di atas lantai. Tak sempat nak cari air dalam botol. Meekutih spesies albino, so penglihatan dia terhad.
Maafkan saya ye Meekutih...
Monday, January 12, 2009
Doaku buat mereka
Pertama, buat meekutih dan peekaboo yang kulepaskan untuk berlegar-legar di halaman rumah tanpa sekatan sedang rumah ditinggal kosong. Semoga kalian selamat dari hambatan hanjeng2 yang berkeliaran seandainya korang memandai curi-curi keluar dari pagar rumah. Ye lah... salah sapa kan. Orang buka pintu nak tambah food. Yang ko, meekutih curi2 keluar tu apsal ? Nak mengejor komer masuk balik dalam kandang komer, udah kesuntukan masa. Dah tu ingat senang nak ligan komer yang kalau dah "kabur" tu lari macam tak pernah jumpa tanah. Lastly kuangkat papan yang menutup lubang jaring yang komer gerit-gerit hari tuh (sampai bolos badan, komer menggerit ye) supaya peekaboo can join you later dan senang komer keluarmasuk sesuka ati komer...

Kalau komer penat main kang... komer masuklah balik dalam tempat komer tu ye. At least selamat la jugak komer dari usikan si gray, si kelabucicak, si kucing fakiha...etc...etc.. jangan komer bolos dari bawah pagar dah ler. Tak ada sapa nak selamatkan komer kalau terlepas dari pagar... Pandai2 la komer jaga diri ye... komer gerit pokok aku sampai togel tinggal batang aku tak marah. Komer geritlah pokok apa pun asalkan komer tak keluar dari pagar rumah ya !
~~~~~
Yang kedua dan paling utama sebenarnya...
Doaku buat saudara-saudaraku di Palestine.
Selamatkan la mereka Ya Allah dari cengkaman kaum Kuffar yang sedang menyakiti mereka Ya Allah... Kembalikan lah hak mereka Ya Allah.... Lindungilah mereka Ya Allah... Selamatkan mereka Ya Allah...
Tidak mampu aku mengirim diriku untuk memperjuangkan nasib mereka. Hanya doa yang berpanjangan kukirimkan buatmu Saudara-saudaraku di Genting Gaza yang sedang menderita kerana kerakusan dan keangkuhan suatu bangsa yang dilaknat Allah. Celakalah mereka selama-lamanya !
