13 Oktober
Penampilan
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
13 Oktober merupakan hari ke-286 (hari ke-287 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 79 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 54 - Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.
- 1307 - Beribu anggota Kesatria Templar (gambar mohor) ditahan serentak oleh ejen Raja Philippe IV dari Perancis dan kemudian diseksa untuk "mengaku" bidaah.
- 1773 - Ahli astronomi Perancis Charles Messier menemui Galaksi Pusaran (gambar), suatu galaksi pilin reka bentuk besar saling bertindak yang terletak di buruj Canes Venatici.
- 1792 - Perletakan batu pertama untuk Rumah Putih.
- 1843 - B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan tertua Yahudi yang masih beroperasi, ditubuhkan di Bandar Raya New York.
- 1884 - Balai Cerap Diraja di Greenwich, London, dipilih sebagai meridian longitud Waktu Sejagat, mempopularkan Waktu Min Greenwich.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Kerajaan baru Itali pimpinan Jeneral Pietro Badoglio memilih untuk menyertai Pihak Berikat dan mengisytiharkan perang terhadap Kuasa Paksi.
- 1965 - Akhbar Berita Harian melaporkan Kampung Batu Lima, Mukim Alai, Melaka Tengah telah diserang oleh Orang minyak selama beberapa malam di antara jam 1 hingga 3 pagi.
- 1994 - Pelayar web Mosaic Netscape 0.9, kemudiannya dipanggil Netscape Navigator dilancarkan.
- 2006 - Vladimir Kramnik mengalahkan Veselin Topalov untuk menjadi juara catur dunia disatukan dalam masa 13 tahun.
- 2006 - Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon disahkan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 2007.
- 2007 - Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan menjadi angkasawan Islam pertama yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
- 2009 - Di bawah skim One Laptop Per Child, Uruguay menjadi negara pertama membekalkan setiap pelajar sekolah rendah dengan sebuah komputer riba (gambar).
- 2010 - Kesemua 33 pelombong di bawah Gurun Atacama berhampiran Copiapó, Chile berjaya diselamatkan (gambar) selepas terperangkap selama 69 hari.
- 2011 - Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck berkahwin dengan orang kebanyakan, Jetsun Pema.
- 2011 - Banjir berterusan di Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 283 orang.
- 2016 - Raja (Rama X) Maha Vajiralongkorn, anakanda Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada 13 Oktober 2016.
- 2016 - Pemuzik terkenal, Bob Dylan diumumkan penerima Anugerah Nobel Literature Prize 2016 yang menjadikannya sebagai orang pertama menerima anugerah tersebut.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1925 - Margaret Thatcher, Perdana Menteri United Kingdom
- 1986 - Gabriel Agbonlahor, pemain bola sepak Aston Villa F.C.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2016 - Kemangkatan Raja Thailand, (Rama IX) Bhumibol Adulyadej pada usia 88 tahun di Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand (9 Jun 1946 - 13 Oktober 2016). Memerintah Thailand selama 70 tahun.