13 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
13 Februari merupakan hari ke-44 dalam takwim Gregorius. Tinggal 321 hari (atau 322 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- Hari Radio sedunia.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1542 - Permaisuri Catherine Howard, raja permaisuri kelima Henry VIII dari England, dihukum pancung atas tuduhan berzina.
- 1575 - Raja Henry III dari Perancis dimahkotakan di Rheims.
- 1635 - Sekolah awam pertama di Amerika Syarikat, Boston Latin School, ditubuhkan.
- 1668 - Sepanyol mengiktiraf Portugal sebagai negara merdeka.
- 1680 - Naning dan Rembau menandatangani perjanjian perdamaian dengan pihak Belanda seterusnya bersetuju menjadi naungan Belanda selepas itu.
- 1689 - Revolusi 1688: Putera Wales James Francis Edward Stuart tidak menaiki takhta, sebaliknya kakandanya Mary Stuart (gambar) dan suaminya William III dari Orange diisytiharkan sebagai pemerintah bersama England dan Ireland.
- 1880 - Thomas Edison mencerap Kesan Edison, yang kemudian menjadi asas diod tiub hampagas John Ambrose Fleming.
- 1881 - Pejuang hak mengundi untuk wanita terkemuka Perancis Hubertine Auclert (gambar) melancarkan akhbar kewanitaan La Citoyenne di Paris.
- 1931 - New Delhi menjadi ibu negara India British.
- 1934 - Kapal wap Cheliuskin buatan Soviet karam di Lautan Artik.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Bomber Command RAF memulakan pengeboman strategik Dresden di Sachsen, Jerman, menyebabkan ribut api maut yang membunuh ribuan orang awam.
- 1960 - Perancis menguji bom atom pertamanya.
- 1960 – Pengasingan kaum di Amerika Syarikat: Pelajar kolej Amerika Afrika mengadakan mogok duduk Nashville pertama di tiga kaunter makan tengah hari di Nashville, Tennessee.
- 1971 - Perang Vietnam: Pihak Vietnam Selatan menyerang Laos dengan bantuan tentera udara Amerika Syarikat.
- 1974 - Aleksandr Solzhenitsyn, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1970, diusir dari Kesatuan Soviet.
- 1984 - Konstantin Chernenko menggantikan Yuri Andropov sebagai setiausaha agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1990 - Rancangan dua peringkat untuk menyatukan semula Jerman mencapai kata sepakat.
- 1991 - Perang Teluk: Dua butir "bom pintar" berpandukan laser memusnahkan sebuah bunker di Baghdad. Bunker tersebut digunakan sebagai kota kara perhubungan tentera dan juga tempat berlindung bagi orang awam Iraq.
- 2000 - Jalur komik "Peanuts" yang terakhir disiarkan di akhbar sehari selepas Charles M. Schulz meninggal dunia.
- 2008 - Perdana Menteri Kevin Rudd memohon maaf bagi pihak Kerajaan Australia terhadap orang asli negara tersebut atas polisi-polisi pengambilan paksa anak-anak masyarakat mereka dilakukan kerajaan-kerajaan sebelumnya.
- 2010 - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 2010 - Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 17 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- 2010 - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 2012 - Di tengah-tengah bantahan, Parlimen Yunani meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1783 - Guglielmo Pepe, seorang tokoh Risorgimento
- 1965 - Peter O'Neill, Perdana Menteri Papua New Guinea ke-13
- 1937 - Sigmund Jähn, angkasawan pertama Jerman dan Jerman Timur
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1938 - Tunku Damsyik, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Shah[1]
- 1942 - Adnan bin Saidi, seorang perwira semasa Perang Dunia II
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kemangkatan Cucunda Sultan Kedah". Saudara. 16 Februari 1938. Dicapai pada 1 November 2017.