23 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
23 Ogos merupakan hari ke-235 (hari ke-2 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 130 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1305 - Selepas satu pembicaraan tunjukan, ketua penentang Scotland melawan England William Wallace (gambar patung), dihukum gantung di London.
- 1382 - Pengepungan Moscow: Angkatan Kencana Tokhtamysh menyerang ibu kota Duchy Besar Moscow.
- 1514 - Angkatan Uthmaniyyah menewaskan Safawiyah dalam Pertempuran Chaldiran, mendapat kawalan terhadap timur Anatolia dan utara Iraq.
- 1866 - Prusia menewaskan Austria dalam Perang Austria-Prusia, dan membubarkan Gabungan Jerman.
- 1939 - Pakatan Molotov-Ribbentrop, satu perjanjian tidak menceroboh selama 10 tahun antara Kesatuan Soviet dan Reich Ketiga Jerman, ditandatangani di Moscow.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Bermulanya Pertempuran Stalingrad.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Marseille dibebaskan Pihak Berikat.
- 1944 - Raja Mihai memecat kerajaan pro-Nazi Jeneral Ion Antonescu, menjadikan Romania sekutu Pihak Berikat hingga tamat Perang Dunia Kedua.
- 1958 - Perang Saudara China: Krisis Selat Taiwan Kedua dimulai dengan pengeboman Kinmen oleh Tentera Pembebasan Rakyat.
- 1966 - Lunar Orbiter 1 NASA (gambar) mengambil gambar pertama Bumi daripada jarak Bulan.
- 1981 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad tiba di Bangkok untuk melakukan lawatan rasmi selama dua hari di mana beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Thai. Beliau disambut di lapangan terbang oleh Perdana Menteri Thailand.
- 1989 - Revolusi Menyanyi: Sekitar dua juta orang menyambung tangan bagi membentuk rantaian manusia melebihi 600 km merentasi Republik Soviet Estonia, Latvia dan Lithuania.
- 2011 - Dakwaan serangan seksual terhadap bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa Dominique Strauss-Kahn digugurkan.
- 2011 - Perang saudara Libya bertambah hebat apabila angkatan anti-Gaddafi menguasai Tripoli.
- 2011 - Gempa bumi intraplat bermagnitud 5.8, terkuat di timur Amerika Syarikat sejak 1944, terjadi di Virginia.
- 2022 - Mahkamah Persekutuan Malaysia mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1931 – Hamilton O. Smith, ahli mikrobiologi Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
- 1951 – Permaisuri Noor dari Jordan
- 1963 – Park Chan-wook, pengarah dan penulis lakon layar Korea Selatan
- 1971 – Mayangsari, penyanyi Indonesia
- 1972 – Martin Grainger, pemain dan pengurus bola sepak Inggeris
- 1974 – Konstantin Novoselov, ahli fizik dan cendekiawan Rusia, pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik
- 1978 – Kobe Bryant, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- 1978 – Julian Casablancas, penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat
- 1988 – Jeremy Lin, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 634 – Abu Bakar as-Siddiq, khalifah (lahir 573)
- 1176 – Maharaja Rokujō dari Japan (lahir 1164)
- 1387 – Olaf II dari Denmark (lahir 1370)
- 1831 – Ferenc Kazinczy, penyajak dan penulis dari Hungary (lahir 1759)
- 1944 – Abdülmecid II, Sultan Uthmaniyah (lahir 1868)