9 Mac
Penampilan
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
9 Mac merupakan hari ke-68 (hari ke-69 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 297 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Baron Bliss di Belize.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1500 - Armada pimpinan Pedro Alvares Cabral berangkat dari Lisbon ke Hindia Barat. Mereka bakal menemui Brazil yang terletak dalam lingkungan sempadan yang dikurniakan kepada Portugal mengikut Perjanjian Tordesillas.
- 1765 - Setelah Voltaire berkempen, para hakim di Paris bersetuju untuk membebaskan Jean Calas dari tuduhan membunuh anaknya, meskipun Calas telah diseksa lalu dihukum mati pada tahun 1762 atas tuduhan tersebut, padahal anaknya pula mungkin sekali membunuh diri.
- 1776 - The Wealth of Nations oleh ahli ekonomi politik Scotland Adam Smith diterbitkan, menjadi karya moden pertama dalam bidang ekonomi.
- 1796 - Napoleon Bonaparte mengahwini isteri pertamanya, Joséphine de Beauharnais.
- 1841 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa orang-orang tawanan Afrika yang merampas La Amistad, kapal perdagangan hamba rentas Atlantik, telah dijadikan hamba abdi secara haram.
- 1842 - Opera yang memantapkan reputasi penggubah romantis Giuseppe Verdi, Nabucco dipentaskan buat kali pertama di Teatro alla Scala, Milan.
- 1862 - Pertempuran antara kapal perang berperisai USS Monitor dan CSS Virginia berakhir dengan seri dalam Pertempuran Hampton Roads.
- 1908 - Kelab bola sepak Inter Milan ditubuhkan.
- 1932 - Éamon de Valera dari Fianna Fail mewarisi W.T. Cosgrave dari Cumann na nGaedhael sebagai Presiden Majlis Eksekutif Negara Bebas Ireland.
- 1933 - Kemelesetan Besar: Presiden Franklin D. Roosevelt menghantar Akta Perbankan Kecemasan kepada Kongres Amerika Syarikat sebagai langkah pertama dasar New Deal yang dicadangkan beliau.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Tentera Jepun menyerang balas tentera Amerika di Bukit 700 di Pulau Bougainville dalam pertempuran selama lima hari.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Satu serangan bom ke atas Tokyo (gambar) oleh pengebom berat B-29 A.S. memulakan ribut api yang membunuh lebih 100,000 orang.
- 1959 - Anak patung yang paling laris di dunia, Barbie muncul buat pertama kalinya di Pesta Mainan Antarabangsa Amerika di Bandar Raya New York.
- 1997 - Komet Hale-Bopp: Para pemerhati di China, Mongolia dan Siberia timur dapat menyaksikan fenomena berganda yang jarang apabila gerhana matahari membolehkan komet Hale-Bopp kelihatan pada hari itu.
- 2013 - Uhuru Kenyatta terpilih sebagai Presiden Kenya.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1891 - Jose P. Laurel, Presiden Filipina ke-3
- 1934 - Yuri Gagarin, seorang manusia pertama ke angkasa lepas
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1992 - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel ke-6
- 2018 - Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Besar Kedah