Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Berhenti menggunakan, aktifkan semula atau padamkan alamat Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com
Jika anda mencipta alamat e‑mel dengan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com atau pada peranti Apple tetapi anda ingin berhenti menggunakannya, anda boleh pergi ke halaman Ciri iCloud+ di iCloud.com untuk menyahaktifkannya.
Anda boleh mengaktifkan semula alamat pada bila‑bila masa atau memadamkan secara kekal sebarang alamat tidak aktif yang tidak diperlukan lagi.
Nota: Jika anda ingin mengurus alamat yang dicipta dengan Daftar masuk dengan Apple, lihat artikel Sokongan Apple Urus app anda dengan Daftar masuk dengan Apple.
Hentikan penggunaan alamat yang dicipta dengan Sembunyikan E‑mel Saya
Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian klik Sembunyikan E-mel Saya.
Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh mengklik
dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E-mel Saya.
Pilih alamat e‑mel yang anda ingin berhenti gunakan.
Klik “Nyahaktifkan alamat e‑mel”, kemudian ikut arahan pada skrin.
Apabila anda berhenti menggunakan alamat rawak yang unik, sebarang e‑mel yang dihantar ke alamat itu dikembalikan kepada pengirim.
Aktifkan semula alamat yang tidak aktif
Pergi ke icloud.com/icloudplus, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik Sembunyikan E-mel Saya.
Tatal ke bahagian bawah senarai, kemudian pilih alamat di bawah "[bilangan] alamat e‑mel yang tidak aktif".
Klik “Aktifkan semula alamat”, kemudian ikut arahan pada skrin.
Padamkan alamat yang tidak aktif
Anda hanya boleh memadamkan alamat yang tidak aktif.
Penting: Pemadaman alamat yang dicipta dengan Sembunyikan E‑mel Saya adalah kekal, dan ia akan dipadamkan pada semua peranti anda yang disediakan untuk Sembunyikan E‑mel Saya. Anda tidak boleh mengaktifkan semula alamat.
Pergi ke icloud.com/icloudplus, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik Sembunyikan E-mel Saya.
Tatal ke bahagian bawah senarai, kemudian pilih alamat di bawah "[bilangan] alamat e‑mel yang tidak aktif".
Klik “Padamkan alamat”, kemudian ikut arahan pada skrin.