Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Cipta dan padamkan alamat e‑mel untuk domain tersuai di iCloud.com
Selepas anda menyediakan domain e‑mel tersuai untuk Mail iCloud (atau seseorang berkongsi domain dengan anda), anda boleh menggunakan iCloud.com untuk mencipta alamat e‑mel baharu dan memadamkan alamat e‑mel yang telah anda cipta.
Anda hanya boleh mencipta dan memadamkan alamat e‑mel anda sendiri. Anda tidak boleh mencipta atau memadamkan alamat e‑mel untuk orang lain yang menggunakan domain itu.
Nota: Untuk mencipta alamat di domain e‑mel tersuai, anda perlu menghidupkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda dan menyediakan alamat Mail iCloud utama.
Cipta alamat e‑mel
Anda boleh memiliki sejumlah tiga alamat e‑mel aktif bagi setiap domain.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang ingin anda ciptakan alamat, kemudian klik di sebelah nama anda.
Masukkan alamat baharu dalam medan teks, kemudian klik “Tambah alamat e‑mel”.
Nota: Anda tidak boleh menambah alamat e-mel jika anda atau orang lain menggunakan alamat tersebut dengan Apple ID yang lain. Jika anda ingin menambah alamat itu, Apple ID yang satu lagi itu perlu ditukar ke alamat e‑mel yang lain. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar Apple ID anda.
Padamkan alamat e‑mel
Jika anda memadamkan alamat e‑mel, e‑mel yang dihantar ke alamat itu akan dikembalikan kepada pengirimnya.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang ingin anda padamkan alamat.
Klik di sebelah alamat yang ingin anda padamkan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Nota: Jika seseorang meninggalkan domain, semua alamat e-mel mereka akan dipadamkan.
Anda boleh menukar nama yang dikaitkan dengan alamat e‑mel anda dalam seting Mail. Lihat Tukar nama penuh atau label.