Padamkan peranti dari Cari Peranti di iCloud.com
Jika iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch anda hilang atau dicuri, anda boleh memadamkannya dalam Cari Peranti di iCloud.com.
Untuk mendaftar masuk ke Cari Peranti, pergi ke icloud.com/find.
Apakah yang berlaku apabila anda memadamkan peranti dalam Cari Peranti?
E‑mel pengesahan dihantarkan ke alamat e‑mel Apple ID anda.
Kunci Pengaktifan kekal hidup untuk melindungi peranti. Apple ID dan kata laluan anda diperlukan untuk mengaktifkan semula peranti tersebut.
Jika anda memadamkan peranti yang dipasang dengan iOS 15, iPadOS 15 atau terkini, anda boleh menggunakan Cari Peranti untuk mencari atau memainkan bunyi pada peranti. Jika tidak, anda tidak akan dapat mencari atau memainkan bunyi pada peranti tersebut. Anda mungkin masih dapat mengesan Mac atau Apple Watch anda jika peranti itu berada berdekatan dengan rangkaian Wi‑Fi yang digunakan sebelum ini.
Padamkan peranti anda atau peranti ahli keluarga dari jauh
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Padam Peranti Ini.
Ikuti arahan pada skrin.
Petua: Jika anda diminta untuk memasukkan nombor telefon atau mesej, anda mungkin perlu menyatakan bahawa peranti tersebut hilang atau menyatakan cara untuk menghubungi anda. Nombor dan mesej dipaparkan pada Skrin Kunci peranti.
Jika peranti anda berada dalam talian, pemadaman dari jauh akan bermula setelah anda mengikut arahan pada skrin. Jika peranti anda berada di luar talian, pemadaman dari jauh akan bermula apabila ia berada dalam talian semula.
Untuk maklumat lanjut tentang peranti yang dipercayai dan kod pengesahan, lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Batalkan pemadaman
Jika peranti anda berada di luar talian, pemadaman dari jauh akan dimulakan apabila ia berada dalam talian semula. Jika anda menemui peranti tersebut sebelum ia dipadamkan, anda boleh membatalkan permintaan tersebut.
Dalam Cari Peranti di iCloud.com, pilih peranti dalam senarai Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Hentikan Permintaan Pemadaman, kemudian masukkan kata laluan Apple ID anda.
Anda juga boleh menggunakan Cari pada sebarang peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Gunakan Cari untuk mencari orang, peranti dan item.
Cari tidak disediakan pada peranti anda yang hilang, lihat artikel Sokongan Apple Cari iPhone atau iPad anda yang hilang dengan Cari.
Nota: Jika anda tidak menjangka akan menemui iPhone, iPad (model Wi‑Fi + Cellular) atau Apple Watch (model Wi‑Fi + Cellular), hubungi pembekal perkhidmatan wayarles anda untuk menggantung perkhidmatan supaya anda tidak dikenakan caj panggilan telefon atau caj lain.