Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Susun fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh menyusun fail dan folder dalam iCloud Drive. Perubahan anda muncul pada semua peranti yang menghidupkan iCloud Drive.
Jika anda sedang cuba menyusun fail atau folder yang dikongsi, lihat Tambah atau keluarkan fail dan folder yang dikongsi dalam iCloud Drive di iCloud.com.
Cipta folder
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
dalam bar alat iCloud Drive.
Jika anda tidak melihat butang itu, pastikan anda bukannya melihat folder Terkini atau Terbaru Dipadamkan. Lihat Lihat fail dan folder di iCloud Drive.
Petua: Untuk menambah folder di dalam folder sedia ada, navigasi ke folder sedia ada sebelum mengklik
.
Pindahkan item ke folder
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih mana-mana fail dan folder yang ingin anda alihkan ke folder lain, kemudian klik
di sudut kanan atas.
Klik Alihkan ke Folder, pilih folder, kemudian klik Alihkan.
Anda juga boleh mengalihkan fail dengan menyeret fail ke ikon folder. Jika anda ingin mengalihkan fail ke folder induk, seret item ke ikon folder kecil di bahagian bawah tetingkap iCloud Drive.
Anda hanya boleh memindahkan fail ke dalam folder app jika app tersebut boleh membuka fail tersebut. Contohnya, fail yang anda alihkan ke folder Pages mestilah dalam format dokumen Pages, dokumen Word atau fail jenis lain yang boleh dibuka dalam Pages.
Ketahui cara menggunakan iCloud Drive di iCloud.com pada telefon atau tablet.