100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
1K tayangan2 halaman

Muhashalah

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 2

Qadhiyah juga terbahagi kepada muhashalah dan ma’dulah.

Qadhiyah muhashshalah adalah qadhiyah


hamliyah yang terdiri dari mawdu ( subjek ) dan mahmul ( predikat ) yang masing-masing mawdu dan
mahmul tidak dimasuki huruf sur. Qadhiyah muhashshalah terbahagi kepada tiga iaitu qadhiyah
muhashshalah mawdu, mahmul dan mawdu& mahmul.

Qadhiyah muhashshalah mawdu adalah qadhiyah yang mawdu-nya tidak mendapat kata menidakkan.

Contoh:

Udara bersih.

Udara tidak bersih.

Mawdu ( udara ) pada kedua contoh itu tidak mendapat kata-kata tidak. Sedang kata-kata tidak dalam
contoh kedua bukan menidakkan mawdu( udara ) tetapi menidakkan mahmul ( bersih ).

Qadhiyah muhashshalah mahmul adalah qadhiyah yang mahmul-nya tidak mendapat kata-kata tidak

Contoh:

Udara bersih.

Tidaklah udara bersih.

Mahmul (bersih) pada kedua contoh tidak mendapat kata-kata menidakkan. Kata-kata tidaklah dalam
contoh kedua bukan menidakkan mahmul ( bersih ) tetapi menidakkan mawdu ( udara ).

Qadhiyah muhashshalah mawdu dan mahmul adalah qadhiyah yang mawdu dan mahmul-nya tidak
mendapat kata-kata menidakkan.

Contoh:

Udara bersih.

Harga meningkat.

Hutang banyak.

Ma’dulah juga terbahagi kepada tiga iaitu qadhiyah ma’dulah mawdu, mahmul dan mawdu & mahmul.
Qadhiyah ma’dulah adalah bila mawdu atau mahmul atau keduanya dimasuki huruf nafi.

Qadhiyah ma’dulah mawdu adalah qadhiyah yang kata menidakkan merupakan bahagian dari (atau
terdapt pada) mawdu-nya atau sebagian dari satuan mawdu nya ditidakkan.

Contoh:
Sebahagian yang bukan manusia adalah rumah.

Sebahagian yang bukan haiwan adalah manga.

Qadhiyah ma’dulah mahmul adalah qadhiyah yang kata-kata menidakkan merupakan bagian dari
mahmul-nya.

Contoh:

Cuaca tidak cerah.

Cuaca bukan tidak cerah.

Udara tidak sihat.

Udara bukan tidak sihat.

Qadhiyah ma’dulah mawdu dan mahmul adalah qadhiyah yang kata-kata menidakkan merupakan
bahagian ari mawdu dan mahmul-nya.

Contoh:

Setiap yang tidak bekerja keras tidak akan berhasil.

Setiap yang tidak jujur tidak akan disenangi.

Anda mungkin juga menyukai