Pendekatan Dasar Pemikiran Seni Bina Warisan Melayu Bagi Mendapatkan Keselesaan Hawa Serta Penyelesaian Masalah Iklim Dan Persekitaran Dalam Seni Bina Masa Kini

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Journal Design + Built

Seni Bina Warisan Melayu

Pendekatan Dasar Pemikiran Seni Bina Warisan Melayu Bagi


Mendapatkan Keselesaan Hawa Serta Penyelesaian Masalah Iklim Dan
Persekitaran Dalam Seni Bina Masa Kini
M. Surat, Usman I.M.S, Tahir M.M, Abdul Halim Ismail, N.L. Nik Ibrahim
Jabatan Seni Bina,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
mastor@eng.ukm.my
____________________________________________________________________
ABSTRACT
The issue of the thermal comfort and natural disaster occur differently depending on the climate
and the environment surroundings of the certain area. The question on how the previous
community can tackle this issue without having the diferrences in term of technology as the key
factor is still on discussed.Therefore, an observation and analysis have been done to identify
the specialilty of the previous heritage building and architecture and also on the approach taken
by the previous malay community to solve sorts of problem related to the climate and the
environment in Malaysia. With the research on the design detail of the previous Malay
architecture, we could understand the architecture development done by the previous Malay
community. Though, it is hoped that this research could be a guideline on designing nowadays
architecture to get a better thermal comfort hence be able to handle several problem related to
the climate and the environment in Malaysia. This approach also will create a new perception
of Malay architecture that can definitely become the alternative on merging the adoptable
design essence into the modern building. Hence, can also contributed in solving several other
issues that are related to the wheather surrounding with the help of our new technology and
architectural knowledge.
Key words: thermal comfort, sustainable architecture, Malay architecture, low energy
architecture

ABSTRAK
Permasalahan dalam keselesaan hawa dan bencana alam berlaku dalam cara dan kadar yang
berbeza menurut kedaerahan yang dipengaruhi oleh iklim dan persekitaran semulajadi.
Persoalannya ialah mengapa masyarakat terdahulu mampu untuk menangani permasalahan
tersebut tetapi masyarakat sekarang yang hidup di zaman kemajuan teknologi canggih masih
tidak mampu untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan harian mereka. Untuk
itu, suatu pemerhatian dan cerakinan telah dilakukan bagi mengenal pasti keistimewaan yang
ada pada bangunan-bangunan warisan tersebut tentang bagaimana pendekatan yang telah
diambil oleh orang-orang Melayu terdahulu bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang
berkaitan dengan iklim dan persekitaran di Malaysia. Dari kajian tentang kecirian rekabentuk,
kita dapat memahami dengan lebih mudah tentang pembangunan senibina yang telah
dilakukan oleh masyarakat Melayu terdahulu. Dengan itu, diharap kajian ini dapat dijadikan
panduan dalam mereka bentuk bangunan masakini bagi mendapatkan keselesaan hawa serta
berupaya menangani pelbagai permasalahan kesan dari iklim dan persekitaran di Malaysia.
Pendekatan ini akan menjurus kepada dasar pemikiran senibina warisan Melayu yang tentunya
boleh dijadikan sebagai alternatif dalam menghasilkan seni bina masakini untuk mengatasi
pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan keselesaan hawa (thermal comfort) dan
permasalahan yang berkaitan dengan iklim dan persekitaran yang turut disokong dengan
keilmuan seni bina dan teknologi binaan terkini.
Kata kunci: keselesaan hawa, seni bina lestari, seni bina Melayu, seni bina tenaga rendah

Volume 2, 2009

18

ISSN: 1985-6881

M. Surat|Usman I.M.S|Tahir M.M|Abdul Halim Ismail|Nik Lukman

Seni Warisan Melayu

PENDAHULUAN

Seni bina adalah penyataan sebenar (manifestation) budaya masyarakat


pengamalnya serta iklim dan persekitaran yang menjadi ruang lingkupnya. Malaysia
yang mengalami iklim panas dan lembab serta angin monson yang membawa ribut
dan hujan lebat hampir sepanjang tahun merupakan cabaran kepada penduduknya
dalam mendirikan rumah kediaman dan bangunan-bangunan lain sama ada untuk
kegunaan institusi, riadah, perniagaan dan sebagainya. Banyak kerosakan ke atas
rumah kediaman, bangunan lain dan harta benda berikutan dari bencana alam yang
telah melanda semenjak kebelakangan ini. Disamping itu, rumah kediaman dan
bangunan-bangunan masa kini dilihat sebagai gagal untuk memberikan keselesaan
hawa dan keselamatan dari bencana alam kepada penghuninya. Namun begitu,
rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan warisan dilihat tidak atau kurang
menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan iklim dan persekitaran. Oleh
sebab itu, suatu pemerhatian dan cerakinan telah dilakukan bagi mengenal pasti
keistimewaan yang ada pada bangunan-bangunan warisan tersebut tentang
bagaimana pendekatan yang telah diambil oleh orang-orang Melayu terdahulu bagi
menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan iklim dan persekitaran di
Malaysia. Yang menjadi persoalan ialah tentang mengapa pendekatan
yang telah dilakukan oleh orang Melayu terdahulu telah tidak diguna pakai lagi dalam
pembangunan masa kini walaupun pendekatan tersebut telah membuktikan beberapa
kejayaan apabila dipadankan dengan bentuk pembangunan masa kini. Mungkin ramai
dikalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu sendiri tidak menyedari
tentang keistimewaan yang ada pada bangunan-bangunan warisan tersebut yang
boleh dimanfaatkan untuk pembangunan masa kini.
Seni bina warisan Melayu yang dibincangkan dalam tajuk ini lebih menjurus
kepada seni bina rumah Melayu lama serta binaan-binaan lain yang dibina oleh orang
Melayu yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Pengetahuan dan pemahaman
ke atas kandungan tajuk ini begitu penting kerana ia berkaitan dengan warisan binaan
oleh orang-orang Melayu yang boleh dianggap tersendiri yang telah dibangunkan
berdasarkan pemikiran mereka yang berkembang menurut keadaan (context) masa
dan tempat. Walaupun pada asasnya penjenisan rupa binaan rumah orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu mempunyai persamaan dengan binaan rumah-rumah
lama di kedaerahan Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak, tetapi warisan binaannya
adalah berbeza. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh perbezaan latar
belakang masyarakat yang membangunkan binaan tersebut serta perbezaan latar
persekitaran masing-masing di ketika itu. Pemahaman ke atas sesuatu senibina, latar
persekitaran dan masyarakat yang membangunkannya begitu penting kerana ia ada
berkaitan dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ramai ahli
sosiologi dan ahli sejarah mengenai pengertian dan pembangunan seni bina.
Pemerhatian ke atas hasil (product) peninggalan masyarakat lampau
merupakan salah satu pendekatan yang sering diguna pakai dalam penafsiran dan
penghasilan seni bina yang bergagaskan kepada pengenalan atau identiti. Namun
begitu, pendekatan tersebut lebih kepada peniruan gaya dan perwatakan (image and
style) berikutan dari ketidak fahaman tentang falsafah masyarakat, tempat dan waktu
yang menjadi latar kepada pembentukan sesuatu hasil peninggalan tersebut. Dengan
sebab itulah kebanyakan pembangunan masa kini yang bergagaskan warisan hanya
merujuk kepada gaya dan perwatakan sahaja dan tidak banyak yang dibuat
berdasarkan penglihatan dan pemahaman terhadap falsafah serta asas pemikiran
pembangunannya. Oleh itu dalam usaha ke arah memantapkan rangka kerja identiti
senibina Malaysia, pengetahuan tentang kelahiran sesuatu falsafah yang
menghasilkan sesuatu jenis binaan perlu dikenal pasti bagi membangunkan sebuah
kerangka cendikiawan (intellectual) dan asas pendapat atau teori senibina yang
kukuh. Melaluinya, gagasan pembangunan warisan berupaya untuk diketengahkan
Volume 2, 2009

19

ISSN: 1985-6881

Journal Design + Built

Seni Bina Warisan Melayu

bagi menepati kehendak atau semangat jiwa setempat dan jiwa sezaman.
Kebanyakan masyarakat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu dan
beragama Islam telah keliru dengan bentuk pembangunan seni bina yang sepatutnya
mereka nikmati. Selain membangunkan seni bina bangunan dan rumah kediaman
yang tidak sesuai dengan budaya dan persekitaran berikutan peniruan yang lebih
bersifat solekan (cosmetic), terdapat juga masyarakat yang telah membangunkan seni
bina menurut kaedah lama yang telah tercemar dan tidak menyertai arus
pembangunan teknologi berikutan ketidak fahaman atau kejahilan tentang falsafah
dan kehebatan nilai seni bina warisan yang telah ditinggalkan kepada mereka. Oleh itu
tulisan ini cuba untuk memberikan penjelasan tentang dasar pemikiran utama
terhadap penghasilan senibina warisan Melayu dalam usaha mencari kemungkinan
pelbagai jawapan dimana ianya berguna kepada para arkitek, pelajar seni bina,
pemaju, penaung dan sebagainya sebagai panduan kepada mereka dalam
menjalankan kerja-kerja reka bentuk bangunan bergagaskan tenaga rendah yang
dapat memberikan keselesaan hawa dan keselamatan dari pelbagai bencana alam
dan dalam masa yang sama bergerak ke arah pembangunan identiti seni bina
kebangsaan Malaysia.
PERSOALAN SENI BINA MASA KINI DI MALAYSIA

Ramai dikalangan masyarakat moden Malaysia hari ini yang tidak menyedari tentang
adanya teknologi binaan yang telah dibangunkan oleh masyarakat Melayu terdahulu
yang telah berjaya mengatasi pelbagai masalah bencana alam dan dalam masa yang
sama boleh memberikan keselesaan hawa dan keselamatan kepada penghuninya. Ini
adalah berikutan dari terlalu bergantungnya masyarakat kita kepada teknologi impot
yang telah dibangunkan oleh kebanyakannya dari barat. Sebahagian besar program
pengajian yang diamalkan terutamanya dalam pengajian teknologi bahan dan binaan
juga adalah didasarkan dari barat yang seterusnya membawa kepada amalan dalam
kerja-kerja pembinaan. Oleh kerana arkitek atau pereka bangunan dan jurutera
struktur juga telah mewarisi kaedah binaan asing yang telah diajarkan kepada mereka,
maka kaedah binaan sedemikian telah semakin biasa bagi mereka dan kaedah
binaan warisan yang ternyata lebih baik telah semakin ditinggalkan kerana mereka
tidak diperkenalkan dengan teknologi berkenaan semasa di pusat pengajian. Maka
berlakulah ketidak serasian dalam amalan binaan apabila kaedah yang digunakan
tidak bersesuaian dengan keadaan iklim, alam dan persekitaran yang dihuni. Mungkin
ramai dikalangan ahli teknokrat juga tidak sedar tentang permasalahan tersebut yang
jarang sekali menilai kegagalan sesuatu senibina tersebut dengan melihat dari
permasalahan umbi.
Keadaan tersebut berlaku kerana ketiadaan atau kurangnya kajian bagi
meneruskan kesinambungan teknologi warisan tersebut. Lantaran tiada pula bahanbahan rujukan yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam merangka program
pengajian. Oleh itu telah tibalah masanya bagi kita untuk menyelongkar khazanah
warisan kita yang telah tinggal sisa ini bagi mengupas segala yang masih tersirat di
sebalik binaannya yang telah usang. Maklumat mengenainya perlu diperkembangkan
untuk disesuaikan dengan pembangunan teknologi masa kini dan selanjutnya.
SENARIO IKLIM, PERSEKITARAN DAN CORAK PEMBANGUNAN SENI BINA DI
MALAYSIA MASA KINI

Malaysia khususnya Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami iklim panas dan
lembab sepanjang tahun turut mengalami dua musim tengkujuh berikutan tiupan dua
angin monsun iaitu angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Angin
Monsun Barat Daya turut membawa hujan lebat ke sebelah pantai barat Semenanjung
Volume 2, 2009

20

ISSN: 1985-6881

M. Surat|Usman I.M.S|Tahir M.M|Abdul Halim Ismail|Nik Lukman

Seni Warisan Melayu

sementara Angin Monsun Timur Laut membawa hujan lebat ke sebelah pantai timur
Semenanjung. Hujan lebat juga sering mengakibatkan berlakunya banjir kilat di dalam
bandar-bandar besar termasuklah Kuala Lumpur dan di kawasan-kawasan tanah
rendah dan di muara sungai. Ciri-ciri iklim panas lembab di Malaysia adalah
sebagaimana berikut;

Purata sinaran matahari


Purata suhu tahunan
Purata suhu maksimum harian
Purata suhu minimum harian
Purata kelajuan angin
Kelajuan angin kencang
Purata hujan tahunan

:
:
:
:
:
:
:

8.5 jam/hari
26.4 darjah C
32 darjah C
23 darjah C
0.3 3.3 m/s
> 20 m/s
2304 mm

Sumber : Mohd Peter Davis, 1998

Menurut Mohd Peter Davis (1998), keselesaan hawa (thermal comfort) untuk
manusia adalah pada kedudukan suhu di antara 24 - 28 darjah C. Suhu purata luar
bilik di Malaysia pada waktu siang adalah pada kedudukan melebihi takat keselesaan
hawa selama 10 jam dari 24 jam sementara suhu purata pada waktu malam kurang
dari takad keselesaan hawa selama 14 jam dari 24 jam (Mohd Peter Davis).
Sementara Zulkifli
Hanafi telah menyatakan bahawa kelajuan angin antara 0.1 1.0 m/s mencukupi
untuk mencapai keselesaan dalam bangunan.
Melalui kajian Mohd Peter Davis ke atas ruang dalaman kebanyakan
perumahan moden di Malaysia, didapati tahap ketidakselesaan hawa (thermal
discomfort) ke atas rumah kajian berlaku selepas pukul 9.00 pagi sehinggalah ke
pukul 6.00 pagi pada keesokan harinya. Ini bermakna rumah-rumah kajian tersebut
hanya berupaya untuk memberikan keselesaan hawa secara semulajadi hanya
selama 3 jam dalam tempoh 24 jam iaitu bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga pukul
9.00 pagi. Dalam tempoh berikutnya, keselesaan hawa hanya boleh diperolehi dengan
bantuan kipas angin atau alat penyaman udara.
Rajah 1 : Suhu
Udara Pada
Waktu Siang Dan
Malam

S
Sumber : Mohd Peter Davis, 1998

Volume 2, 2009

21

ISSN: 1985-6881

Journal Design + Built

Seni Bina Warisan Melayu

Rajah 2 : Suhu Udara di dalam Rumah


Sumber : Mohd Peter Davis, 1998

Kajian yang telah dilakukan oleh Wan Nasrul Nizam (2009) terhadap bangunan
penginapan pelajar di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia juga menggambarkan
tentang senario bangunan-bangunan moden yang tidak memberikan keselesaan
hawa kepada pengguna bangunan-bangunan tersebut. Untuk itu bagi mengatasi
permasalahan
tersebut, kipas angin dan alat penyaman udara diperlukan, dimana ianya akan
memberikan kesan yang berpanjangan terhadap penggunaan tenaga.
LATAR BELAKANG SENI BINA WARISAN MELAYU

Seni bina warisan Melayu juga disebut secara amnya sebagai vernacular tradition
yang membawa makna kedaerahan atau asli. Seni bina warisan Melayu telah
dibangunkan berdasarkan kepada pengisian nilai tempatan, bahan binaan tempatan,
cuaca, persekitaran, kaedah binaan serta amalan seharian, budaya dan keagamaan.
Seni bina warisan Melayu telah dicipta dan dibangunkan oleh orang Melayu daripada
yang mudah sehinggalah kepada yang telah mencapai kesempurnaan; zaman demi
zaman, temurunan demi temurunan dengan penyesuaian kepada kehendak, budaya
dan persekitaran. Reka bentuknya mungkin tidak begitu tersergam atau menonjol
sebagaimana senibina modern yang mementingkan kemegahan, tetapi reka
bentuknya cukup lengkap untuk menggambarkan corak kehidupan dan budaya
masyarakat penghuninya.
Dengan penggantungan secara langsung keatas alam semulajadi (nature) bagi
penggunaan bahan binaannya dan pengetahuan yang tinggi ke atas keseimbangan
ekologi (ecological balances), rumah tersebut telah direka bentuk dengan begitu rapi
bagi disesuaikan dengan pelbagai kehendak bagi mengatasi masalah iklim tempatan
dengan menggunakan pelbagai pembukaan bagi menggalakkan pengudaraan
semulajadi, pengawalan dari pancaran terus cahaya matahari dan penggunaan bahan
binaan yang mempunyai kandungan hawa (thermal capacity) yang rendah.
Perwatakan yang paling ketara dalam seni bina warisan Melayu ialah berlantai
tinggi dan bertiang, ruang dalaman yang mudah ubah (flexibility), penggunaan bahan
dari hutan hujan tropika dan mampu untuk mengatasi pelbagai masalah cuaca di
mana hujan dan panas serta kelembapan yang tinggi di sepanjang tahun. Hujan lebat
di sepanjang tahun yang kadangkala diikuti oleh banjir kilat dan banjir tahunan telah
menyebabkan asas lantai ditinggikan, dan merupakan langkah terbaik mengatasi
Volume 2, 2009

22

ISSN: 1985-6881

M. Surat|Usman I.M.S|Tahir M.M|Abdul Halim Ismail|Nik Lukman

Seni Warisan Melayu

masalah tersebut. Lantai yang tinggi akan memberikan kebersihan di samping untuk
melindungi daripada gangguan binatang buas dan binatang yang merayap dan selesa
untuk diduduki. Walaupun pembinaan lantai berpanggung kurang diamalkan di Jawa
dan bali, tetapi mereka telah menaikkan aras lantai supaya terdapat perbezaan aras
lantai yang ketara dengan aras tanah.
Sebagaimana masyarakat Jepun dan di negara Asia Jauh yang lain, orang
Melayu terdahulu gemar menjalankan tugas seharian mereka di atas lantai dimana
telah mempengaruhi reka bentuk rumah dan bangunan mereka. Orang Melayu
menanggalkkan kasut mereka diluar rumah dan bangunan, dan hanya berkaki ayam
diatas lantai yang juga digunakan sebagai tempat duduk, tidur, makan dan
menunaikan ibadah solat terus di atas lantai. Seni bina masjid juga tidak terlepas
untuk menggunakan pendekatan reka bentuk yang sama dengan rumah kediaman.
Pembukaan tingkap biasanya akan diteruskan sehingga ke paras atas lantai
bagi memberikan kedudukan aras penglihatan yang selesa semasa duduk disamping
menggalakkan pengudaraan semulajadi sehingga ke paras lantai pada keseluruhan
rumah. Persekitaran iklim yang panas, hujan dan kelembapan yang tinggi memerlukan
daya cipta (creativity) yang tinggi bagi mengatasi pelbagai masalah, pengudaraan,
penebatan dan perlindungan daripada panas dan hujan. Oleh itu, di peringkat
awalnya, dinding binaan orang Melayu diperbuat daripada buluh yang dianyam jarangjarang bagi menghasilkan lubang angin, disamping dapat memberikan sedikit
kemasukan cahaya dan memberi perlindungan daripada ancaman cuaca. Apabila
dinding papan digunakan, disertakan juga kekisi kayu yang dipasangkan secara
sahaja di bawah kayu tutup tiang terutama di bahagian tebar layar, diatas tingkap,
pintu dan dinding pembahagi dalaman.
Bumbungnya yang curam memainkan peranan yang penting bagi melindungi
ruang dalaman daripada panas dan hujan. Kemasan bumbungnya yang biasanya
dibuat dengan menggunakan atap rumbia, atap nipah, genting tanah liat atau papan
loh (timber slate) dapat memberikan penebat haba daripada memasuki ruang
disamping melindungi daripada air hujan. Cucur atap yang lebar biasanya dibuat bagi
mengatasi masalah tempias air hujan dan sebagai pelindung dari pancaran matahari.
Haba yang dapat melepasi lapisan bumbung akan dikeluarkan melalui kekisi pada
tebar layar.
Sebelum diperkenalkan dengan bahan-bahan binaan yang baru di awal kurun
ke-20 Masihi, rumah warisan Melayu pada keseluruhannya diperbuat daripada bahan
semulajadi yang terdapat di persekitaran tapak, sehingga besi dan paku amat jarang
digunakan walaupun telah terdapat peralatan dan besi ketika itu. Rumah yang paling
asas hanya diperbuat daripada batang dan ranting kayu, buluh, rotan, dedaun pokok
dan sebagainya yang terdapat di sekitar tapak. Rumah dan binaan yang lebih besar
dan lebih baik seni binanya diperbuat daripada batang pokok yang terpilih, dibelah
dan diawetkan sebelum dijadikan unsur-unsur binaan yang disambungkan setiap
satunya dengan menggunakan kaedah tanggam daripada yang mudah kepada yang
lebih rumit. Atapnya diperbuat dari genting tanah liat yang mereka usahakan sendiri.
Atap tersebut berbentuk berlian dan disusun secara bertindih-tindih seperti sisik ikan.
Kadangkala atap kayu juga digunakan yang dinamakan papan loh yang disusun
secara bertindih-tindih sebagaimana atap genting. Mewarnakan binaan jarang sekali
dilakukan. Perhiasan berbentuk ukiran pada dinding, pintu, tingkap dan unsur-unsur
kerangka binaan dibuat dengan begitu rapi dan coraknya adalah menepati gagasan
keseluruhan binaan. Setiap binaan biasanya mempunyai corak (motif) yang berbeza
bagi menimbulkan keaslian (originality).
Kenyataan di atas adalah merupakan ciri-ciri atau sifat asas seni bina warisan
Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan di dunia Melayu amnya. Satu lagi
Volume 2, 2009

23

ISSN: 1985-6881

Journal Design + Built

Seni Bina Warisan Melayu

sifat umum yang ketara pada keseluruhan senibina warisan Melayu khususnya rumah
kediaman sebelum mendapat pengaruh luar ialah reka bentuk bumbungnya yang
mempunyai dua kecerunan dan diakhiri dengan binaan tebar layar di kedua-dua belah
hujung setiap modulnya. Orang Melayu memanggil rekabentuk rumah sedemikian
sebagai Rumah Bumbung Panjang. Yang membezakan diantara rumah-rumah
tersebut ialah ukuran dan pengisian (factor) nilai-nilai kedaerahan serta ekonomi yang
mempengaruhi kaedah binaan dan ragam-hiasnya. Bentuk bumbung panjang juga
telah diamalkan untuk binaan masjid dan binaan awam yang lain selain daripada
bentuk bumbung meru.
Kehadiran penjajah dan penghijrahan orang Melayu dari seluruh pelusuk alam
Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu telah membuatkan rekabentuk rumah warisan
Melayu diperkembangkan seperti perancangan ruang dalamannya, kaedah binaannya
serta penggunaan bahan binaan baru seiring dengan perkembangan masa. Maka
lahirlah seni bina rumah Melayu yang berbumbung limas dan seterusnya bercirikan
hybrid. Semasa di zaman pemerintahan Inggeris, rumah Melayu telah dijadikan contoh
(model) rumah kediaman mereka serta para pegawai mereka dengan membuat
perubahan pada susun atur ruang dan penggunaan bahan binaan baru di mana
rumah tersebut dipanggil Rumah Kolonial.
KECIRIAN REKA BENTUK SENI BINA WARISAN MELAYU

Kecirian yang paling ketara ke atas seni bina warisan Melayu ialah binaan lantai
berpanggung yang disokong oleh tiang. Ketinggian tiang pula adalah berbeza
bergantung kepada kehendak keselamatan dan keselesaan yang diperlukan di
sesuatu tempat umpamanya tahap ketinggian air banjir yang melanda sesuatu tempat,
tahap ancaman daripada musuh dan binatang atau serangga dan sebagainya. Tahap
ketinggian tiang juga bergantung kepada kesesuaian dengan kebudayaan dan
kehidupan masyarakat setempat umpamanya ruang bawah yang digunakan untuk
menyimpan barang dan untuk melakukan pekerjaan seharian ataupun bagi
kemudahan golongan tertentu untuk terus memasuki ke dalam ruang sesuatu binaan
melalui tunggangan mereka (biasanya gajah).

Di antara tulisan-tulisan yang telah menyatakan tentang kecirian utama binaan


tradisi orang Melayu adalah sebagaimana berikut :

a.

Wulf Killman (1994)


The eye-catching feature common to all traditional rural houses in Southeast
Asia is their stilt construction.

b.

Lim Jee Yuan (1987)


The Traditional Malay house is basically a post and lintel timber structure with
a thatched gable roof. The house is raised on stilts and rests on concrete or
stone footings.

c.

Kohl (1984)
The Traditional Malay house belongs to this type (stilt construction)
distinguishes it from the rural Chinese house, which is always built firmly
resting on the ground.

d.

Wulf Killman (1994)

Volume 2, 2009

24

ISSN: 1985-6881

M. Surat|Usman I.M.S|Tahir M.M|Abdul Halim Ismail|Nik Lukman

Seni Warisan Melayu

The principal construction of traditional Malay house consist of column (tiang)


connected by horizontal cross-braces. These columns support both the floor
and the roof.
Di samping memikirkan keperluan keselamatan dari ancaman banjir dan
binatang, orang Melayu terdahulu juga memikirkan tentang keperluan keselesaan dari
ancaman cuaca. Binaan bumbung biasanya curam bagi pengaliran segera air hujan
yang turun dengan lebat disepanjang tahun. Kepelbagaian kecerunan pada
rekabentuk bumbung bergantung kepada nisbah ketinggian bumbung berbanding
dengan ketinggian
keseluruhan binaan. Menurut Surat Amat Sujari (2004), kebiasaannya tukang-tukang
Melayu terdahulu menggunakan nisbah satu kepada tiga bagi memperolehi nilai
estetika yang memuaskan. Ini bermakna, kecerunan bumbung akan disesuaikan
supaya mendapat ketinggian 1:3 dengan keseluruhan ketinggian bangunan. Oleh itu
perbezaan kecerunan pada sesuatu binaan bumbung pada sesuatu bangunan dibuat
bagi memperolehi kesesuaian nisbah tersebut. Disamping itu secara amalinya,
kecerunan yang lebih landai untuk bumbung di bahagian tepi bangunan dapat
mengurangkan kederasan air hujan yang menuruni cucur atap bagi mengurangkan
hakisan di atas tanah.
Disamping bumbungnya yang curam, binaan warisan Melayu juga mempunyai
cucur atap yang lebar bagi meningkatkan tangkisan tempias air hujan yang biasanya
disertai angin kencang dan juga bagi melindungi dinding luar dari pancaran terus
cahaya matahari bagi mendapatkan unjuran bayang yang lebih tinggi. Di antara
tulisan-tulisan yang telah menyatakan tentang kecirian tersebut adalah sebagaimana
yang telah dinyatakan oleh Lim Jee Yuan (1987) sebagaimana berikut :
Other typical features of the traditional Malay house are the wide roof
overhangs at both the eaves and gables. These keep the house dry during
rainy season even if the rain driven by side-winds, and prevent the glare of the
sun from disturbing its occupants.
Dalam membangunkan seni bina, orang Melayu terdahulu juga telah
memikirkan tentang keselesaan hawa. Pendekatan tenaga rendah (low energy) yang
telah dibangunkan dari semasa ke semasa telah berjaya memberikan keselesaan
hawa dan
pendekatan tersebut telah juga digunakan oleh para penjajah dalam membangunkan
senibina mereka di tempat kita. Diantara pendekatan yang telah digunakan oleh orang
Melayu terdahulu bagi mencapai matlamat tersebut adalah sebagaimana berikut:
i.

Penggunaan bahan binaan semulajadi (organic) - merupakan bahan penebat


haba yang baik dan tidak menyimpan haba.

ii.

Cucur atap yang lebar - bagi menangkis sinaran langsung cahaya matahari
daripada mengenai dinding serta memberi perlindungan kepada dinding dan
bukaannya daripada tempiasan hujan.

iii.

Pembinaan lantai tinggi - bagi mendapatkan aliran udara yang banyak. Aliran
udara biasanya kurang berlaku pada aras tanah kerana terlalu banyak
halangan yang berada pada aras tanah sehingga pada ketinggian 1 meter.
Disamping itu lantai tinggi dapat mengelakkan dari banjir dan gangguan
binatang dan serangga di atas tanah.

iv.

Pembinaan lantai bertingkat antara modul dan susunan lantai jarang-jarang


bagi membolehkan udara memasuki ruang dalam rumah.

Volume 2, 2009

25

ISSN: 1985-6881

Journal Design + Built

Seni Bina Warisan Melayu

v.

Lelangit (ceiling) tinggi - bagi mengelakkan udara panas dari atas bumbung
dan yang terkumpul di bawah bumbung mudah sampai ke aras penghunian.

vi.

Binaan dinding bernafas- bagi menggalakkan pengudaraan silang secara


semulajadi.

vii.

Bukaan pada tebar layar dan bawah bumbung - bagi menggalakkan udara
panas keluar dengan cepat serta menggalakkan berlakunya pengudaraan
silang semulajadi.

viii.

Ruang dalaman terbuka - bagi menggalakkan pengudaraan silang semulajadi.

ix.

Bumbung bertingkat (jack roof) - terutama untuk rumah dapur dan antara
modul bagi menggalakkan udara panas dan asap keluar dengan cepat
disamping memberikan balikan pencahayaan semulajadi ke dalam ruang
dalaman.

x.

Bumbung curam - bagi mengalirkan air hujan dengan cepat serta


memudahkan pengaliran keluar udara panas dari dalam rumah.

xi.

Telaga udara / jemuran - bagi mengurangkan kedalaman ruang untuk


menggalakkan pengudaraan semulajadi disamping memberikan balikan
cahaya matahari ke dalam ruang dalaman.

xii.

Halaman rumah warisan Melayu biasanya ditanami dengan pokok-pokok


kelapa dan pokok-pokok renek. Pokok kelapa tidak menghalang pergerakan
angin tetapi memberikan teduhan, sementara pokok-pokok renek
menggalakkan pergerakan angin tertolak ke atas untuk memasuki ruang
kediaman.

xiii.

Susun-atur rumah warisan Melayu yang secara semulajadinya bertaburan dan


tidak berbentuk garisan telah memberi peluang kepada aliran angin diagihkan
ke pelbagai arah dan mengenai setiap rumah.

Kenyataan di atas telah juga dimaklumkan oleh Wulf Killman (1994) mengenai
pendekatan yang telah dilakukan oleh orang Melayu terdahulu bagi mendapatkan
keselesaan hawa sebagaimana berikut:
The elevated floor, slat flooring, high ceiling, open interior space, many windows and
ventilation openings along the eaves and the gable triangle (tebar layar) allow good air
circulation and keep the house and inhabitants cool even in the hottest days.
Wulf Killman (1994)
Dengan mengetahui tentang kecirian reka bentuk, kita dapat memahami
dengan lebih mudah tentang pembangunan seni bina yang telah dilakukan oleh
masyarakat Melayu terdahulu. Setiap rekabentuk yang dihasilkan mempunyai
pengertian dan sebab atau falsafahnya yang tersendiri bersesuaian dengan sosio
budaya yang berlaku diketika itu serta keadaan iklim dan persekitaran yang telah
dilalui oleh sesuatu masyarakat di sesuatu masa.

RUMUSAN

Seni bina warisan Melayu telah dibangunkan dengan kebitaraannya tersendiri dan
merupakan suatu kaedah binaan yang canggih. Pembangunannya telah dibuat
dengan berpandukan dasar pemikiran binaan yang mempunyai keseertian
Volume 2, 2009

26

ISSN: 1985-6881

M. Surat|Usman I.M.S|Tahir M.M|Abdul Halim Ismail|Nik Lukman

Seni Warisan Melayu

(synonymous) dengan pengisian waktu dan tempatan disamping begitu menghargai


nilai-nilai kemanusiaan penghuninya. Pematuhan kepada dasar pemikiran
pembangunan dengan sendirinya telah menyerlahkan seni bina warisan Melayu
dengan nilai estetika yang tersendiri disamping dalam masa yang sama memberikan
pengenalan kedaerahan kepada sesuatu binaan yang dibangunkan.
Seni bina warisan Melayu yang telah dibangunkan dengan penuh berhati-hati
dengan pemahaman yang mendalam ke atas nilai-nilai persekitaran dan iklim telah
membuatkan ianya selesa dan selamat untuk dihuni. Pembangunannya yang telah
melalui proses percubaan dan pembaikan yang begitu lama telah juga memberi
pengetahuan dan pemikiran kepada penjajah dalam membangunkan seni bina
kolonial dan seni bina perbandaran.
Oleh itu selain daripada menggunakan pelbagai pendekatan seni bina yang
telah dibangunkan sekarang seperti sustainable architecture, green building dan
sebagainya, pendekatan yang menjurus kepada dasar pemikiran seni bina warisan
Melayu boleh dijadikan sebagai pilihan dalam menghasilkan seni bina masa kini. Ia
perlu bagi mengatasi pelbagai permasalahan mengenai keselesaan hawa dan
permasalahan yang berkaitan dengan iklim dan persekitaran yang turut disertai
dengan keilmuan seni bina dan teknologi binaan masa kini.
RUJUKAN

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan The (1996) The Traditional Malay House.
Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Chris Abel, (2000). Architecture And Identity. Architectural Press, Oxford.
Josef Prijotomo, (1992). Ideas And Forms Of Javanese Architecture. Gajah Mada.
University Press.
Kamaruddin Md. Ali, (1983). A Vanishing Heritage : The Old Traditional Malay House.
Master Thesis. University of York.
Ken Yeang, (1992). The Architecture Of Malaysia. The Pepin Press. Kuala Lumpur.
Lim Jee Yuan, (1987). The Malay House : Rediscovering Malaysias Indigenous
Shelter System. Pulau Pinang. Institut Masyarakat.
Mastor Surat, (1987). Sistem Tanggam Tradisi: Penggunaannya Pada Senibina
Rumah Tiang Duabelas. Thesis. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mizan Hitam & Anuar Talib, (2005), The Malaysian Mosque : Evolution, Elements &
Meaning, Built Environment Journal, Number 2, January 2005. Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam.
Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi, (1999), Senibina Di Malaysia Kritikan Tentang
Senibina Islam, Identiti Nasional & Pendidikan. Pusat Bandar Sungai Buluh.
Design Modular Sdn. Bhd.
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Kamaruddin Mohd Ali, Syed Ahmad Iskandar
Syed Ariffin, Raalah Mohamad & Gurupiah Mursib, (2004). Warisan Senibina
Rumah-Rumah Tradisional. Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Zamri Abdul Malik, (2001). Masjid Kayu Terindah. Bangi, Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, (1998). The Encyclopedia Of Malaysia :
Early History - Volume 4. Kuala Lumpur. Archipelago Press.
Phillip Gibbs, Yahya Abdul Rahman & Zamani Kassim, (1987). Building A Malay
House. Singapore. Oxford University Press.
Wulf Killmann, Tom Sickinger & Hong Lay Thong, (1994). Restoring & Reconstructing
The Malay Timber House. Kuala Lumpur. Forest Research Institute Malaysia
(FRIM).
Peter Davis et. al (1998). Thermal Comfort of Medium and Low Cost Double Storey
Linked Houses.

Volume 2, 2009

27

ISSN: 1985-6881

You might also like